Salam Satu Malaysia dariku buat sahabat-sahabat semua. Bersyukur kita kerana hari ini masih lagi diberi peluang oleh-Nya untuk bernafas di Bumi ini, tanpa rasa gentar atau ketakutan, berbanding dengan saudara-saudara kita di Gaza, semoga mereka akan sentiasa dilindungi dengan rahmat dan kasih-Nya..
Masihkah anda ingat lagi zaman sekolah dulu-dulu, pasti cikgu akan mengetuk jari pelajar sekiranya kuku mereka panjang. Haa pernah kena ketuk tak?? Ada sebahagian daripada kita gemar membela kuku sehingga panjang, dan hal ini dianggap sebagai satu kebanggaan.Cikgu aku kata, kuku yang panjang sebenarnya membela syaitan, kerana di situlah tempat 'mereka' bergayut. Lagipun dari segi kebersihan kuku yang panjang akan menggalakkan bakteria membiak dengan bahagianya, sedangkan tanpa kita sedari, apabila kita pun makan menggunakan tangan, dah lah main telan tak basuh tangan, tak baca doa, lepas itu kuku pun panjang-panjang, mesti'diorang'(syaitan+bakteria) menjerit kegembiraan masuk dalam perut kan!
entah macam manalah dia cebok, makan, buat kerja, menulis..kan!
Jadi hari ini aku ingin kongsikan kenapa pada hari tertentu sahaja kita digalakkan sunat memotong kuku berbanding hari-hari yang lain :
Hari Sabtu :
Nescaya keluar dari dalam tubuhnya ubat dan masuk kepadanya penyakit
Hari Ahad :
Nescaya keluar daripadanya kekayaan dan masuk kemiskinan.
Hari Isnin :
Nescaya keluar daripadanya gila dan masuknya sihat
Hari Selasa :
Nescaya keluar daripadanya sihat dan masuk penyakit.
Hari Rabu :
Nescaya keluar daripadanya was-was dan masuk kepadanya kepapaan.
Hari Khamis :
Nescaya keluar daripadanya gila dan masuk kepadanya sembuh daripada penyakit.
Hari Jumaat :
Nescaya keluar dosa-dosanya seperti pada hari dilahirkan oleh ibunya dan masuk kepadanya rahmat Allah
Kenapa kena buang/tanam kuku atau rambut yang telah dipotong dalam tanah???
Hal ini adalah sunat menanam kuku atau rambut yang telah dipotong sebagai tanda menghormatinya kerana kuku dan rambut kan sebahagian daripada anggota kita. Jadi janganla buang sepah-sepah ya
Sepatah dua kata:
Manusia selalu mengabaikan perkara yang mudah untuk diikuti sedangkan sibuk mengejar perkara yang lebih besar yang tak tentu lagi dapat ditanggung mahupun tidak, sehingga kadang-kadang tu semua tak dapat. Jadi jangan sampai apa yang dikejar tak dapat, yang dikendong pula keciciran..
katakan like jika best ya!
14 comments:
betol2!!
aku ponn kadsang2 termiss jugakk hari2 yang baik untuk potong kuku.
newayy tenx ehh.
insyallah pas nih tak buat lagi dahh. hhehehe
thanx for sharing~!
rupa rupanya kuku nie tak bleh main potong ikut hari jer kan
sblm2 nie main potong jer asal nampak panjang
hm,sis da potong belum nie?
hihihihihi
nak tambah...
berbekam pula tak boleh hari Rabu
saya potong kuku setiap hari jumaat sablom solat jumaat..emmm...
AISHA SAAD~
same2lah kite beringat ye ngeh3
syahira ariff~
da potonglah cyunk kalo x potong nanti kena ketuk kikiki
Syafrizal~
oo baru ika tau thanks 4 sharing
Miro Armyrule~
baguslah kalau dijadikan amalan camtu =)
Selalau cepat kuku hari jumaat
thanx 4 kongsi yea ika~
kuku biel ssh nk pnjg~
sbb suke kopek~hahaha~
woww! info yg sgt2 berguna..tak pernah tahu sblm ni..
thanx derr..
touyakaruma~
bagus2..teruskan potong kuku waktu tu k =)
Nabiel~
eii.. jgn kopek kuku la nty rosak tau!
Linglung~
sama2..belanje mcD se wee~ ;p
Post a Comment