Tabung Masa Depan

Thursday, August 18, 2011

Apa yang mesti dipelajari tentang 'in a relationship' ketika BERCINTA



Apa yang berlaku semalam, bukan penentu apa yang akan terjadi hari ini..
Apa yang berlaku hari ini, belum lagi menjanjikan apa yang akan terjadi hari esok,
Dan apa yang akan berlaku hari esok, belum tentu sama seperti yang difikirkan hari ini dan semalam.
Manusia merancang, Tuhan menentukan..


Setiap daripada hati yang bernama insan, semestinya mengimpikan detik-detik bahagia. Tak ada siapa pun yang mahu terluka. Tapi apakan daya, semua itu sekadar perancangan manusiawi. Bila hati sudah kata tiada, tiada apa lagi yang boleh dikata.




Begitu juga dengan ertinya cinta. Tak ada siapa yang boleh memaksa, tak ada siapa yang boleh menentukan segalanya. Sebabnya, bertemu dengan seseorang, itu satu kesempatan. Berkenalan dengan seseorang, itu satu keinginan. Berkongsi dengan seseorang, itu suatu peluang . Bercinta dengan seseorang, itu suatu keghairahan. Dan berkahwin dengan seseorang, itu suatu penentuan. 



Ya, perkahwinan bukan tumpu kepada keindahan semata-mata, tapi apa yang paling utama, apakah keindahan yang berlaku sebaliknya. Dugaan, ranjau dan apa jua yang menjelma, itulah yang akan menjadi penentu rumah tangga. Bak kata emak, dapat jodoh ini nasib. Ada yang pada awalnya tersangatlah baik, tapi kemudian harinya tak seperti yang digambarkan. Begitu jugalah sebaliknya.





Alangkah lebih terluka bila hubungan yang baru sahaja dibina tiba-tiba dihalang orang tua. Bertambah merana apabila sudah beberapa bulan bercinta tetapi muncul orang ketiga. Bertambah derita apabila sudah bertahun bercinta akhirnya sepi menghilang tiada berita. Semakin hancurnya hati apabila disangkakan cinta terjamin selepas bertunang tetapi dia pula mendustakan segalanya. Robeknya hati apabila di saat menantikan detik menjadi suami isteri tetapi tiba-tiba dia berpaling meninggalkan diri. Dan akhirnya hancur lebur kepercayaan cinta apabila sudah bersatu di atas nama 'Rumah Tangga' namun akhirnya musnah tanpa rela.


Semua ini perancangan jodoh yang telah ditentukan Tuhan. Bak kata orang, ada jodoh tak ke mana. Jika sudah takdir yang tertulis kau untukku biarpun benci setinggi gunung, akhirnya bahagia pasti kan menjelma. Begitu juga sebaliknya.


Maka, anggaplah cinta itu sebagai satu keperluan, yang diimpikan setiap manusia untuk mengisi ruang hati dan memperindahkan lagi kebahagiaan dalam hidup. Bukan sebagai satu keutamaan yang difikir manusia MESTI ada untuk memperoleh rasa gembira walau apa jua cara biarpun akhirnya ada yang derita.



katakan like jika best ya!

14 comments:

Ibu Ammar said...

cinta mmg keperluan tapi bukan keutamaan. sangat tepat!

perlu cinta, maksudnya jaga cinta itu ketika ia bersama kita. tapi kalau cinta pergi, redha lepaskan.

cinta bukan yang paling utama, banyak lagi keutamaan lain dalam hidup.

A.I said...

cinta.... aku baru heal nih dari in relationship. fully heal.

so, kata aku, cinta.... tak payah bergantung harap.
berpada-pada lah.
sedangkan cinta after kawin pon bergegar gak kadang2 tu.
ini kan cinta tak dak tali halal. so...

cinta sikit2 dah la selagi belom halal nih =)

A Fans of Lee Family said...

macam-macam boleh kate tentang cinta..
tapi cinta sekarang belum tentu menjamin yang akan datang..
kalau cinta manusia x kekal mane pon..
better cinta Yang Esa lebih baik kerna ia berkekalan dn dalam masa yang sama DIA akan hantar orang yang akan mencintai kita secara halal.. :D

Suraya I. said...

couldn't say more, i'm so agree with u =)

Afiqa Dayana said...

saya tak cukup umur lagi :P
tak dpt beri pndapat bernas . hihi

Ema Razali said...

kita boleh meranjang je, Tuhan yang menentukan semuanya. tp selagi boleh, pertahankanlah hubungan tu :) hihihi

Mr feckry said...

dengan nama allah yang maha pengasih dan maha penyasang..

setiap hari kita lafazkan love..

Ieqa Swetluv said...

Puteri Biru~

betul tuh dear.. jadi, fikir2kan la.. hehe

Ieqa Swetluv said...

A.I ~

setuju statement awk, cinta sikit2la lg belum halal, dah halal pun, cinta lah banyak2 selagi x melebihi cinta kepada Maha Pencipta =)

Ieqa Swetluv said...

cik QT~

betul tu atie ika setuju wink2

Ieqa Swetluv said...

SuRayA^i.~

thanks yunk =)

Ieqa Swetluv said...

Afiqa Dayana~

x pe dear, yg penting prepare sebelum terkena =)

Ieqa Swetluv said...

Ema Razali~

betul tu dear, yg baik tu diteruskan, yang sebaliknya tu difikir2knla yer

Ieqa Swetluv said...

Mr feckry~

aah, cinta kepada Maha Pencipta =)