Demi waktu..
Masa,tetap berlalu.. meninggalkan aku
sendiri.. Lukaku terlalu payah untuk sembuh.. sehingga suatu saat,jiwaku menjadi
kebal. Aku pun tidak ingin menangis lagi. Aku letih dan lelah untuk
menangis..Aku tidak menyalahkan sesiapa dalam hal ini,apabila aku
berpendapat,setiap manusia akan melakukan kesilapan.dan aku,ingin belajar dari
kesilapan lalu, supaya hidupku berubah menjadi lebih baik dari sebelumnya.Bukan
menjadi satu kesilapan apabila aku menyintainya.akan tetapi,itulah yang telah
ditentukan oleh ALLAH untukku.dengan menyintai,aku memahami fitrah sebagai
seorang manusia.
Tetapi apabila aku dikecewakan oleh satu perbuatan,aku
sebenarnya bertuah kerana berpeluang untuk mendewasakan fikiranku.Agar aku
lebih tabah untuk menghadapi cabaran yang akan datang dalam hidupku. Kisah
cintaku bukan satu refleksi perasaan yang berkesan bagi sepasang manusia, tetapi
lebih kepada memendam rasa,senyap dan akhirnya berlalu dengan tanda tanya.
Namun aku sendiri tidak tahu adakah cinta hatiku mencintai aku? Barangkali
ya,barangkali tidak..Sehingga masa berlalu dan aku merasakan
kehilangannya. Sepi,senyap,diam dan bersendiri.oleh kerananya aku menangis dan
bersedih. Puas akalku memujuk hati,tetapi aku masih setia dengan air mata
sehingga aku menjadi terlalu kecewa.inilah kekecewaan yang paling aku
takuti..sehinggalah ALLAH telah menentukan begitu untukku.
Sehinggalah saat ini,aku berasa amat
letih untuk menangis lagi.sehinggalah saat ini,aku menyedari,dunia ini luas dan
penuh teka-teki. Aku tidak mampu meramal dan menjangkakan apa yang akan berlaku
pada masa hadapan. Justeru,dalam kesilapanku menilai makna cinta,aku belajar
dari kesilapan ini. Hanya kerana aku mahukan seseorang yang terbaik mendampingi
aku,sedang aku terlupa,aku sendiri belum cukup sempurna untuk seorang lelaki
yang baik. Argh..padahal,manusia itu tetap tidak sempurna dari segenap
segi..manusia itu dicipta berpasang-pasangan agar saling melengkapi.
Kekecewaan ini mengejutkan aku dari
lena,membuatkan aku merenung diriku dalam-dalam. Benar,kecewa adalah kelukaan
yang mengambil masa amat lama untuk sembuh..sehingga aku memutuskan untuk
melupakan perasaan itu buat ketika ini. Kerana aku berpendapat,cintaku amat
mahal dan sukar untuk diperolehi, tetapi sebenarnya aku salah. Aku terlalu
menyempitkan makna cinta yang sebenar.Cinta adalah hak istimewa yang diberikan
TUHAN. Aku menganggap cinta itu adalah satu hal yang hanya dimiliki olehku dan
pasanganku. Sedangkan aku terlupa cinta adalah rahmat
kepunyaan TUHAN. Aku terlalu stereotaip dalam menentukan makna cinta sebenar
yang sejati, kerana cinta agung dan abadi adalah milik ALLAH.
Oleh itu,aku harus menghubungkan
cinta ini kepada sekalian makhluk. Cinta adalah belas kasihan dan berkasih
sayang.cinta yang aku alami hanya satu fitrah seorang manusia yang ingin
dicintai dan mencintai, dan aku mahukan cinta itu membawa aku kepada keredhaan
TUHANku.
Aku bersyukur kepada ilahi,yang
telah memberiku rasa cinta.Walaupun akhirnya ia bertemu dengan
kekalahan..Kerananya,aku menjadi seorang yang amat menghargai cinta, dan
berusaha untuk meningkatkan nilai tambah dalam diriku. Hidup ini mendewasakan aku
dan membuatkan aku berfikir aku hanyalah seorang hamba. Maka,untuk apa aku ingin
mengeluh atas setiap yang berlaku kepadaku? Lantaran itu, aku tidak perlu mati
untuk cinta yang telah pergi. Sedikitpun aku tidak berdendam. Malah aku
berdoa,semoga ALLAH melindungi dirinya..DIA yang pernah ku cinta,akan terus
bahagia bersama cintanya. Dan aku, aku akan teruskan hidup ini dalam mencari cinta HAKIKI, di bawah lembayung keredhaan TUHANku.. insyaAllah..
Penghujung Tinta :
"Nukilan ini pemberian si DIA buatku pada masa satu ketika dahulu, kini biarpun hanya tinggal kenangan, kata-kata ini tersirat 1000 makna yang memberi kekuatan."
2 comments:
Moga Allah kurniakan kita rasa cinta yang tak berbelah-bagi tulus kepadaNya.. Amiin.. ^^
Aminn.. insyaAllah
Post a Comment