Tabung Masa Depan

Friday, October 7, 2011

Laporan dan Muat turun Teks Pembentangan Belanjawan 2012,



Selepas melihat laporan Belanjawan 2012 di TV3 yang telah dibentangkan oleh Perdana Menteri Malaysia kita, Datuk Seri Najib Abdul Razak, banyak memberi perubahan di negara kita. Sejajar dengan matlamat Bajet2012, Membela Rakyat Mensejahtera Negara, secara rumusnya, apa yang dapat aku lihat, laporan ini memberi banyak transformasi yang memberi kelebihan kepada rakyat.




Antara perkara yang menarik perhatian aku ialah peruntukan yang disediakan kepada pendidikan dimana bayaran yuran bagi sekolah rendah dan sekolah menengah kerajaan telah dimansuhkan. Selain itu, murid-murid juga telah diberikan peruntukan perbelanjaan bagi mengurangkan bebanan ibu bapa khususnya yang berpendapatan rendah dan sederhana. Tambahan lagi, berita baik telah diumumkan kepada penjawat awam dengan kenaikan dan kesesuaian gaji dan gred mereka. Banyak lagi berita yang akan menggembirakan rakyat, laporan sepenuhnya boleh dirujuk melalui teks ucapan dan laporan penuh Belanjawan 2012 nanti.


Setelah dengar pembentangan ini, rasa tak sabar-sabar nak jadi cikgu dah. Tapi, mampukah aku nak menghadapi pelbagai ragam dan cabaran dalam realiti sebenar dunia pendidikan hari ini? Allahu'alam. Apa-apapun, terima kasih kepada PM kita atas pembentangan tadi. Senanglah hati mak ayah aku sekarang ini. =).. Jadi macam mana pula respon korang lepas dengan laporan tadi? positif atau negatif??


Perhatian:


Bagi Teks Ucapan Belanjawan 2012 dan Laporan Ekonomi 2011/2012 pula, pengguna² internet boleh memuat turun informasi tersebut dari Portal Perbendaharaan Malaysia, sejam selepas YAB Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak membuat membentangkan Belanjawan 2012. 



katakan like jika best ya!

2 comments:

NZ said...

tu pun ramai je yg xske Pm kite ni

Ieqa Swetluv said...

entahla ya.. ada pro n cons juga =)