Tabung Masa Depan
Friday, November 25, 2011
DKC #1 : Debaran Menanti Tawaran KPLSPM
PROLOG ( link )
Sekian lama aku menanti detik menerima tawaran ini. Akhirnya, berkat usaha, doa, dan sokongan emak, ayah serta kawan-kawan aku yang setia di sisi, mungkin inilah yang dinamakan rezeki. Sungguh ku bersyukur ke hadrat-Mu ya Rabbi.
Teringat lagi aku, sejurus selepas menerima keputusan peperiksaan SPM 2006, emak excited betul check surat khabar tak silap aku paper Utusan, nak tengok sama ada permohonan ke maktab perguruan untuk pengambilan KPLSPM(Kursus Perguruan Lepasan SPM) keluar. Namun waktu itu, rezeki aku hanya sekadar di temuduga sahaja, sedangkan kawan-kawan yang sama-sama apply semua dapat sambung study ke maktab perguruan. Waktu itu sedihnya aku, hanya Allah yang tahu. Aku redha. Dan akhirnya aku terpaksa menghabiskan masa setahun ku di Kolej Matrikulasi Johor dalam jurusan Sains Hayat.
Ahh.. itu hanya kisah setahun yang lalu. Debaran kali ini lebih mengancam. Maklumlah, jika tiada rezeki aku ke maktab perguruan, nampaknya terpaksalah aku menyambung pelajaran di UNIMAS. Aduhh.. jauhnya nak ke Serawak. Banyak perkara terpaksa kufikirkan, memandangkan keluargaku bukanlah dari golongan orang senang. Tambahan pula, destinasi universiti dan bidang yang ditawarkan langsung tidak kusenaraikan dalam permohonan IPTA selepas habis belajar di matriks dulu. Begitulah nasib golongan seperti aku, hanya mendapat kos lelong jika keputusan tidak memberangsangkan.
Waktu itu hati kecilku memprotes tindakan pihak Bahagian Pengambilan Guru (BPG) yang tidak mengeluarkan tawaran seiring dengan tawaran IPTA dan IPTS. Nak tak nak terpaksa jugalah aku melunaskan bayaran yuran untuk pendaftaran UNIMAS, khuatir yang dikejar tak dapat, yang dikendong keciciran. Mujur pihak UNIMAS memberi jaminan sekiranya aku memperoleh tawaran dari maktab perguruan, pihak mereka akan memulangkan kembali bayaran yang dibuat dalam bentuk cek.
Petang itu, aku ingat lagi, macam mana semangatnya salah seorang daripada kawan baik aku, syim, atau nama sebenarnya Nurul Hasyimah Ghozali, menyemak keputusan tawaran maktab perguruan untuk aku. Alhamdulillah, termakbul juga doa mak dan ayah untuk melihat aku sebagai seorang guru siswazah. Syukur kupanjatkan ke hadrat ILLAHI, menitis air mataku melihat betapa berbangganya mak terhadap aku. Aku mendapat tawaran kursus KPLSPM dalam program persediaan jurusan major Pengajian Melayu, Pendidikan Jasmani dan Kajian Sosial sekolah Rendah di Maktab Perguruan Kuala Terengganu, Batu Rakit, Terengganu. Alhamdulillah..
Nampaknya perjalanan hidupku sebagai seorang guru pelatih yang menuntut di negeri orang, sudah bermula. Pasti pelbagai ranjau dan pancaroba akan datang menduga kelak. Ya Allah, berikan aku kekuatan..
katakan like jika best ya!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
bestnya kalau dapat mencoret segala suka suka duka 5 tahun setengah.... 5 tahun setengah di IPGKDRI merupakan kenangan terindah yang pernah akak lalui.. banyak mengajar erti persahabatan, setiakawan dll.... bila dah jadi cikgu, rasa lumpuh hidup tanpa diorang... huhu...
hehe.. kalau dapat yg kawan baik, alhamdulillah kak.. tp kalau dapat yg sebaliknya.. entahla..
Post a Comment