Tabung Masa Depan

Thursday, May 10, 2012

Rinduku pada blog..


Lamanya tak menulis di sini.. Bukan masa yang menjadi halangan, bukan kesibukan yang menjadi penyebab, tetapi kemalasan yang teramat punca kurangnya aku menjenguk dan mencoret segala memoriku di sini. Mungkin sebab aku sangat bahagia dengan life sekarang! huhu..


Seronok dengan life sekarang berbanding dahulu. Kini, boleh menyibukkan diri dengan macam-macam program.. Setiap minggu, berenang di Pusat Akuatik Batu Burok . Seronok, sebab tempat itu asing lelaki dan perempuan, jadi bebas. Bila boring, boleh pergi  ke mana-mana je, sebab da ada kenderaan sendiri. Thanks ayah, emak sebab sudi pinjamkan kereta untuk along bawa kat Terengganu ni. Tanpa kereta tu, mesti along terpaksa bergantung pada orang lain untuk ke mana-mana. Bersenam, buat aerobik, rasa lebih cergas setiap hari.. cumanya selepas praktikum, tak berkesempatan lagi nak beraerobik...



Thanks Kak Asni sebab bawakan ika pergi tengok, naik kuda kat Terengganu Equestrian Resort. Special moment for me. First time aku dapat naik kuda sendiri even tak berapa reti. Seronok seronok. Semester lima ini semester yang aku rasa happy sangat sangat sebab aku free dengan semua masalah. Bila stress ke tension je, melalak sepuas hati kat karok. Owh.. suka sanggattt~


Moment yang paling tak kan lupakan, first time praktikum, dapat sekolah jauh nun di Hulu Terengganu, Sekolah Kebangsaan Kuala Ping. Anak-anak muridku yang sangat sporting, first time aku rasa jalan-jalan kat sawah padi, terima kasihlah murid-murid cikgu. Bila dah mula masuk sekolah, rasa malas sangat nak balik maktab. Ahh.. perjalanan aku sebagai guru pelatih tinggal setahun lebih je lagi. Bersabarlah ya ika, masanya akan tiba nanti..


Tentang jodoh? Kawan yang rapat ngan aku time sekolah rendah dulu, ecah, dah menikmati alam rumah tangga. Seri pula tinggal seminggu lebih je lagi nak bertunang. Tahniah korang! Akhirnya antara kita, korang juga yang dah beralih ke zaman satu lagi. Aku pula, masih macam ini, single. Mungkin belum sampai jodoh aku lagi. Tak apalah, biar aku ambil peluang ini untuk aku fokus belajar dulu. Kalau sudah sampai masanya, tak kan ke mana jua, kan! Korang tolong doakan aku cepat jumpa jodoh jugak tau! heee~




Owhh, sekejap je masa berlalu. Minggu depan dah mula paper EDU dengan BM... Time for study.. Gotta go.. ^_^V



katakan like jika best ya!

2 comments:

Yuni Aisyah said...

rindu kat blog kamu n kamu juga dear...:D

Ieqa Swetluv said...

Yuni Aisyah~

rindu jugak kat kamu yuni.. lama x jumpe kan huhu