Owh hati..
Hari ini aku terjumpa coretan yang ku fikir bisa meniupkan kekuatanku, kesabaran, dan ketenangan. Sesungguhnya mana mungkin dapat ku lawan fitrah diriku yang hanya seorang insan biasa. Benar, segala yang kupendam adalah sebuah keperitan yang amat dalam. Pengalaman lampau banyak mengajar aku erti hidup yang sebenar, realiti cinta sebagai manusia. Niatku hanya satu, untuk menggapai redha-Mu Ya Allah. Dengan mengawal keinginan dan gejolak hati, dan memendam segala isi hati, aku dapat memelihara diri ini sebaiknya.. InsyaAllah..
***************************************************************
Tak boleh dengar SUARA walau sepatah,
Tak boleh bertentang MATA walau sekejap,
Kerana Akibatnya menderita siang & malam,
Ku elak CINTA keranaku takut menjadi DOSA,
Ku Elak FITRAH keranaku Takut menjadi FITNAH,
Ku pendam diam terubat rasa,
Kerana Allah SWT SELALU menjaga.
~♥ Cintailah seseorang itu secara diam-diam seperti kisah cinta suci Saidatina Fatimah dan Saidina Ali yang akhirnya Allah SWT pertemukan jua. Sesungguhnya mereka yang mencintai secara diam itu sedang BERJIHAD. BERJIHAD menentang kehendak diri. Menundukkan nafsu hati.
~♥ Tetapi, jangan sampai cinta dalam diam itu membawa kita kepada zina hati. Serahkan segala-galanya kepada Allah SWT kerana DIA Maha Mengetahui. DIA tahu siapa yang terbaik buat kita. :)
sumber: (link)
No comments:
Post a Comment