Assalamualaikum..
Kepada guru-guru pelatih yang baru berpraktikum, pasti menghadapi serba sedikit masalah apatah lagi berkaitan dengan portfolio dan penulisan jurnal. Oleh itu, Ieqa nak berkongsi cara penulisan jurnal yang ieqa selalu gunakan semasa ieqa berpraktikum di sekolah..
_____________________________________________________________________________
Jurnal
Praktikum Minggu Kedua Praktikum 2
SK Rengas
Bekah, Kuala Terengganu
a) Tarikh
2 Ogos 2012 (Khamis)
b) Masalah
Pada minggu kedua di SK Rengas Bekah ini, masalah yang saya ingin
fokuskan adalah masalah sebutan dan intonasi. Kebanyakan murid yang saya
ajar menghadapi pengaruh dialek (dialek Terengganu) yang agak kuat sehingga
mempengaruhi sebutan mereka terutama perkataan-perkataan yang diakhiri dengan
huruf ‘n’. Sebagai contoh, makan disebut sebagai ‘makang’, membacakan disebut
sebagai ‘membacakang’ dan isikan disebut sebagai ‘isikang’.
c) Analisis Masalah
Saya telah menjalankan ujian membaca kepada semua murid Tahun 3
dan Tahun 4.
Bagi murid Tahun 3 Amanah, sebutan dan intonasi bacaan mereka
masih di dalam kawalan. Walaupun mereka menghadapi masalah ini, namun apabila
kaedah pengajaran dipelbagaikan, mereka dapat mengatasi masalah ini dengan
baik. Secara keseluruhan, hanya 15 peratus murid sahaja yang perlukan lebih
latihan bagi sebutan dan intonasi.
Bagi Tahun 4 Ikhlas pula, saya mendapati sebahagian besar murid
dalam kelas ini menghadapi masalah sebutan dan intonasi . Hal ini disebabkan
kebiasaan mereka menggunakan sebutan dialek Terengganu dalam aktiviti seharian.
Oleh hal yang demikian, murid-murid ini agar sukar memperbaiki sebutan mereka
biarpun telah ditegur berulang kali ketika penilaian membaca dijalankan.
Daripada segi intonasi,hanya 15 peratus murid Tahun 4 Ikhlas perlu diberi
perhatian.
d) Cadangan
Dalam mengatasi masalah murid-murid Tahun 3 Amanah dan 4 Ikhlas
yang lemah daripada segi sebutan, guru akan mempelbagaikan lagi bahan bacaan
bagi melatih kemahiran berbahasa mereka daripada segi sebutan. Perhatian khusus
diberikan kepada perkataan-perkataan yang diakhiri dengan huruf ‘n’.
Bagi masalah intonasi, guru memperbaiki intonasi bacaan murid
terutama pada ayat tunggal. Sebagai contoh, latihan pengulangan bacaan ayat
penyata.
e) Tempoh Penyelesaian
Masalah sebutan akan diatasi secara beransur-ansur sepanjang
latihan praktikum guru di sekolah ini.
Bagi masalah intonasi, sebelum bulan kedua guru praktikum di SK
Rengas Bekah, murid dapat membaca atau menuturkan ayat penyata dengan betul dan
baik.
f) Tindakan Susulan
Bagi Tahun 3, guru telah mempelbagaikan bahan rangsangan bagi
kemahiran membaca dan bertutur. Sebagai contoh, prosa tradisional seperti
pantun dan gambar animasi membantu dan dapat menggalakkan murid menyebut
perkataan dan ayat dengan sebutan dan intoansi yang betul.
Bagi Tahun 4 pula, guru akan mempelbagaikan bahan rangsangan
seperti , prosa tradisional seperti pantun dan gambar animasi membantu dan
dapat menggalakkan murid menyebut perkataan dan ayat dengan sebutan dan
intoansi yang betul. Selain itu, guru akan member perhatian kepada murid yang
bermasalah daripada segi intonasi dengan menggalakkan mereka membaca ketika
proses P&P di dalam kelas.
Tambahan pula, ujian penilaian membaca akan dijalankan dari semasa
ke semasa mengikut keperluan.
Tanda Tangan Guru Pelatih,
____________________________
( NURUL ATIQAH BTE AZAHARI)
Tanda Tangan Pensyarah Pembimbing,
_________________________________
( )
3 comments:
mohon share ya...ma kasih
mohon share
to @azizul~
silakan =)
Post a Comment