Tabung Masa Depan

Friday, September 7, 2012

Penenang Hati Di Hening Subuh


Assalamualaikum...


Hari ini aku bangun awal pagi. Jam baru menunjukkan 5 pagi. Awalnya. Mungkin gara-gara aku tertido awal semalam, sejurus selepas Isyak terus sahaja melelapkan mata.


Selepas Subuh, sukarnya nak tidur semula. Mata pun dah terang je. Aku buntu tak tahu nak buat apa. Apa yang aku perlu buat ya?


Aku ambil naskhah Al-Makthurat, lalu aku baca... Alhamdulillah, tenangnya hati bila dapat mengalunkan ayat-ayat suci Al-Quran dan zikir-zikir di dalamnya.





Bila sudah selesai, aku buntu. Apa lagi yang aku perlu buat ya?


Aku buka laptop, tengok facebook, email, dan sebagainya. Tapi aku rasa sunyi lagi biarpun mengadap semua itu. Aku mencari di youtube mana-mana zikir yang dapat aku dengar, supaya hati ini lebih terhibur. 3 video zikir youtube aku dengar berulang-ulang kali.










Ya Allah, indahnya alunan zikrullah. Di saat sunyi sepi, di saat resah, di saat kekosongan, di saat kekalutan, alunan zikrullah ini menjadi peneman setia. Umpama memberi kekuatan dan hiburan di kala duka lara.Aku download video ini, supaya hari-hari lain aku senangn mendengarnya.


Mudah-mudahan, hari-hari berikutnya, aku masih lagi istiqamah melakukan amalan-amalan ini, agar hatiku lebih kuat menghadapi hari-hari yang mendatang. InsyaAllah...



katakan like jika best ya!

No comments: