Tabung Masa Depan

Showing posts with label FRieNdship. Show all posts
Showing posts with label FRieNdship. Show all posts

Sunday, May 16, 2010

Jom Join Contest : Note Untuk Aisumi


Wah contest lagi.. sebab kali ini contest daripada kawan kesayanganku, cik aisumi... so aku pun curi masa la juga untuk join even exam dah nak dekat.. muahaha gila sungguh aku ini sempat lagi men'flirting'kan diri huahua..

Ok contest ini simple dan mudah je.. meyh kita lihat apa kata penganjur...


------------------------------------------------------------------------------------


Ini merupakan contest aisumi yang ke 3 yang aisumi sendiri buat.. contest yang di anjurkan aisumi of coz la hadiahnye aisumi sendiri yang akan beri.. contest kali nih berkenaan note untuk aisumi.. contoh yang korang boley tengok adalah seperti gambar di bawah nih..

 
 
Syarat-Syarat nak join contest:
  1. adalah seorang blogger dan ada blog sendiri
  2. gambar yg digunakan adalah gambar sendiri

 Cara-Cara nak join contest:
  1. Buat satu entry pasal contest nih dengan bertajuk Jom Join Contest : Note untuk Aisumi
  2. Lekatkan Banner di atas dalam entry korang dan jugak sidebar blog korang.. make sure link dengan blog ini.. tak buat nanti disqualification eyh..
  3. Letak 1 keping gambar anda posing bersama dengan note yang bertulis AISUMI CHAN (contoh macam dalam banner di atas).. tak kisah samada korang nak conteng atas tangan ke conteng atas kertas ke.. yang penting note untuk aisumi chan.. ikut kekreatifan korang sendiri lah..
  4. Entry nih mestilah entry Sticky Mode (selama 3hari).. klik disini untuk nak tau cara buat sticky mode entry..
  5. Tinggalkan comment link entry penyertaan anda di sini..
  6. Saya mengetahui kontest ini dari _________ (contoh: aisumi)
Siap sudah syarat syarat dan jugak cara camna nak join contest nih.. Oh ye!! jangan lupe inform daripada siapa anda tahu berkenaan contest ni.. ada hadiah jugak tauu~ 3 Pemenang bertuah aje yang dapat hadiah ni!!! Terima Kasih..  

Tarikh tutup 30 May 2010..
pengumuman mengenai pemenang contest  Jom Join Contest : Note untuk Aisumi akan di buat blog utama aisumi iaitu http://www.quirkybutterfly.blogspot.com/.. terpulang kepada peserta untuk follow atau tidak..

 
 ----------------------------------------------------------------------------



mudah je kan nak join.. lagipun ika dapat tau contest ni pun dari aisumi sediri... tak kisah la kan nak join juga.. if you guys ade buat apa-apa contest nak ajak ika join ok je as long as i'm free  ok... so apa lagi jom kita hangatkan lagi contest ini.. actually ika pun memang nak bagi la a note to my sweet friend ni as my appreciation coz sumi ini kawan yang baik bangat ngee.. soon  ada rezeki... i'll give you kinder bueno okey, kalau ade chance nak jumpa la hehe.. even simple i hope it's ok hehe.. 


tadaa.. pic bajet aku dengan cermin mata besar yang tak sudah sudah.. but i like~~~ muahaha


nota kaki:

~ lepas ini busy dengan final exam sem ini.. so tak boleh sangatla nak menggedix aka usha blog korang dalam seminggu dua ini.. sorry but don't worry i will come soon ngeh3.. please pray for me weee..

~ luahan perasaan.. aku suka study tapi benci exam.. tak boleh ke kalau tak exam?? huwaaaa~~

~ masih mencari-cari arjuna hati.. siapakah bakal menyusul nanti?? jeng jeng jeng~~



katakan like jika best ya!

Saturday, December 19, 2009

kaWan oOo kaWaN ( paRt 2)


Masa Part 1 yang lepas.. ika ade citerkan tentang KAWAN yang bukanlah kawan tapi sebaliknya.. tapi kali ni ika nak cite tentang KAWAN yang betul2 kawan.. yela dalam hidup ni.. x bolelah disebabkan nila setitik rosak la susu sebelanga.. n masing2 percaya.. ade lagi kawan yang setia.. di kala suke gelak ketawe sama-sama.. dikala luka berkongsi tangisan bersama.. x ke gitu?? hehehe.. Kalo hidup tanpa kawan.. alamatnye ke mana2 sorang-sorang jela.. jadi kena la pandai-pandai bawa diri.. bak kate orang.. masuk kandang kambing mengembek[mbekkkk mbekk].. masuk kandang lembu mengembu la.. [moo mooo] masuk kandang harimau [cari nahas la tu]..



Cerita pasal kawan.. Best gak la life now ni..ada kawan2 yang mesra alam jua.. boleh lagi sharing everything.. paling x lupe kawan2 mase zaman muda-muda.. ala zaman sekolah menengah dulu..[da tua ke aku now ni??haha] Okla sampai sekarang ni still contact..wat group kat FB.. bagusla salah satu cara supaya nak always keep in touch.. da masuk degree ni.. otak masing2 makin matang.... ada gak yang still kanak2 rebina.. well tahap kematangan orang x sama kot..ada cepat ada lambat.. [barangkali salah minum susu masa kecik ekekeke~]

Bila ingat zaman sekolah menegah ni.. teringat masa ika sakit dulu.. sakit apa?? nanti-nantila cerita hehe.. Tinggal kat hostel kalo x jumpa kawan yang setia..sangat susahla nak hidup.. betapa baiknya diorang ni angkat ika bila tiba2 ika pengsan dulu.. [berat aku dulu bape kg ek??ringan je kot hehe] Tapi kat hostel ika tu agak KERAS la.. maklumla first batch dok kat hostel atas bukit tu..seram giler grrr~ hurmm.. teruk kot ika kene.. nasib baik kawan-kawan banyak bantu..especially my bestfriend.. azie... [tiba2 rindu giler kat dia..da tiga tahun x jumpa ni isk isk isk]..



Masuk matriks.. wahh sangat beruntung masih ada lagi kawan2 lama time kat sekolah dulu..perghh masing-masing da sekepala..macam-macam bende la buat..sangat best..haha.. antara benda giler yang kitorang pena wat dulu.. rahsiala [x leyh malu kalo kantoi huhu].. tp bila mud baik.. mulala nk tabur bakti..mnjalankan khidmat komuniti membersihkan bilik air aras kitorang..ntah napa tah rajin giler nak wat even dah ada cleaner.. cuma perangai org2 yang x bertanggung jawab tu menyakitkan mata..tapi x kisahla as long as kitorang enjoy..tapi now ni sume kawan-kawanku da sepah2.. rindunya nak patah balik masa dulu..cuma yang x larat nye nak study kat matriks tu  TENSION sungguh la kerja banyak x putus2..argghhh~




KISAH KAWAN DUNiA MAYAku..

hehe.. kenal kawan2 dalam dunia cyber ni pon syok gak..even x pena nampak batang idong nya..tapi keadaan yang mesra alam wat rasa senang nak cloz.. dari perkenalan biasa sampaila jd cloz sekarang ni.. thanks la semua.. enjoy kawan ngan u all..

Antara kawan2 ika yang paling lama ika kenal sebelum join blog ni.. kawan ika masa kat TAGGED.. yang ada blog cuma dua org je..nk tau sape..?? hehe eLme n NaBieL.. best kawan ngan diorang ni.. lama gak ika da kenal... dulu masa ika kat TAGGED macam2 kes ika kena..tapi adanya kawan2 antaranya diorang dua ni.. at least ika masih strong lagi r kan.. makasih la kat korang... Then ada dua orang gak yang ika kenal dalam "mukabuku aka facebook" before ika berjinak-jinak dalam dunia blog ni.. Aisumi n zack.. diorang pun best.. x sangka kenal gitu2 je leyh mesra sampi camni ke blog.. N last.. antara kawan yang ika enjoy sangat kenal dalam dunia blog ni Arc and Oren.. hehe.. enjoyla kenal korang even baru kejap ja huhu.. kepada semua pembaca especially blogger..jemput2la jalan2 ke blog diorang nanty.. sambil follow menfollow.. ika da siap taruk link da kat nama semua2 tu..x rugi kalo korang kenal sume2 di atas huhu..(sempat lagi aku mempromot ni sorang2 kne bagi aku 50sen tau haha)



********

Lastly.. nak promot kepada semua.. joinla GengBlogger memang x rugi la join sangat best..bagus tol la admin dia sangat kreatif bikin camtu kasi tabik "doublespring" la haha.. ending nya..hargaila kawan2 yang ada di sekeliling korang huhuhu..adios~






katakan like jika best ya!

Friday, December 18, 2009

kaWan oOo kaWaN ( paRt 1)

Mana boleh hidup tanpa kawan... Kalo hidup sorang-sorang, baik dok dekat dalam hutan.. masuk hutan pun Tarzan kawan dengan binatang.. haa.. Ada ke yang hidup x pena ada kawan kat sini???



Tapi tu la.. KAWAN.. kadang-kadang x semua kawan boleh percaya.. lagi malang kalo kes kawan makan kawan.. ini ke istilah kawan?? Macam-macam kes pena didengar.. kes kena tipu dengan kawan.. kes kawan rampas awek/pakwe.. kes kawan pecah amanah..musnahkan kepercayaan.. ibarat gunting dalam lipatan, api dalam sekam.. kawan-kawan camni bukan membantu hidup malah mahu memusnahkan hidup lagi ada la..

Ika paling tension bila ada kawan.. depan cakap lain belakang cakap lain.. senang kata talam dua muka.. Ewah ewah ewah.. bila depan mata.. lembut gigi dari lidah.. punya la manis kata-kata.. bukan main baik.. "kita kan kawan.. susah senang aku tetap dengan ko.. ko jangan risaula k".. Amboi.. susah senang bersama-sama la konon.. tapi bila memang betul-betul da susah.. batang hidung pun da tak nampak.. cari bukan main susah.. mane pergi istilah "susah senang sama-sama " tu???



Lagi baran bila ade kes.. kawan yang diberi kepercayaan.. amanah.. " Ko jangan risau..aku janji akan simpan janji ko..rahsia ko rahsia aku jugak".. Tup tup.. esok lusa kecoh sekampung cite angkara si dia.. mulut tempayan punye orang.. kenapa la ada orang yang punye hasad dengki yang begitu  ketara.. disebabkan hal camni wat manusia ni x boleh dipercayai.. Ada kes.. kawan yang jatuhkan kawan.. sebar kan fitnah macam-macam.. " ko nak tau x.. dia kan.. bla bla bla.. teruknya dia tu" hurmm.. ni lagi dasyat.. sampai sanggup makan daging saudara sendiri.. Bak kata kawan ku.. " daripada ko cakap aku macam-macam.. baik ko bunuh jela aku".. Yela.. sakit hati tau.. bila ada orang cerita macam-macam yang x betul.. lagi sakit hati bila tau punca dari orang yang paling rapat. itu ke dinamakan KAWAN??

Kisah benar

Ini kisah yang x dapat dilupakan sampai bila-bila.. Yup.. memang mudah memaafkan.. tapi sukar nak buang parut dek luka yang dibuat gara-gara kerana kau.. KAWAN.. Macam mana tergamaknya kau, KAWAN.. menyebarkan fitnah.. Kau kata kau KAWAN aku.. kau kata.. kau kan tetap dengan aku.. duduk di hostel membuatkan aku bergantung dan mempercayai kau sepenuhnya KAWAN.. tapi kenapa tergamaknya.. kau, oh KAWAN.. menyebarkan sebuah cerita yang amat penting bagiku..merupakan rahsia besarku.. malah kau, KAWAN.. menokok tambah cerita demi menghangatkan fitnah yang kau bina.... dan gara-gara kau.. mulut yang mengata membuat aku kian sengsara.. dan waktu tu kau mula menjauhkan diri dari aku.. kenapa manusia suka sangat sibuk dengan cerita orang lain??? Ngumpat.. ngata.. kutuk-mengutuk.. adakah semua tu da menjadi sebuah hobi yang amat menyeronokkan?? Kerana kau KAWAN.. aku dipulau oleh mereka.. perghh.. sangat peritnya AKU di'damn' oleh semua.. kau takkan faham apa rasanya.. bila aku berdiri di tengah.. dan semua mula marah-marah..semua ni membuat ku menderita.. mana istilah KAWAN yang kau bina.. KAWAN x guna!! tu la yang terdetik dalam hati.. nasib baik kesabaran masih teguh.. ada lagi KAWAN-KAWAN yang setia.. membuat aku terus teguh untuk hidup..



Dan akhirnya terbongkar segala cerita.. kau KAWAN.. memang pembuat angkara.. penyebar fitnah dan cerita.. waktu tu hati aku puas bila semua kebenaran ternyata.. dan kau meminta maaf.. biarpun segala luka yang carit dalam hati msih berdarah.. ku tetap menerima maafmu dengan hati terbuka.. Sebab aku sedar aku jua manusia biasa.. segala yang berlaku pasti ada hikmahnya..itu yang ku genggam erat sentiasa..

******

Kerana itu.. sebelum mengundur kata.. ika ingatkan kepada rakan-rakan semua.. tiada siapa yang boleh dipercaya.. selain diri sendiri.. biarpun kini mungkin ada insan yang setia.. kawan mahupun cinta..tapi tinggalkan 5% ketidak percayaan terhadapnya.. sebab kita x kan tahu apa yang akan berlaku kelak.. x kisahla siapa jua insan itu.. Dan KAWAN.. sekali kau memusnahkan kepercayaan dan keyakinanku padamu.. sampai bila-bila kau pasti akan merana kerana perbuatanmu...






katakan like jika best ya!