Tabung Masa Depan

Monday, August 4, 2014

Fesyen Raya Aidilfitri Terbaru Family

Assalamualaikum dan salam sejahtera. .

Macam mana raya Aidilfitri tahun ini? Wahh mesti seronok je masing-masing kan. Tahun ini da bermulalah pertukaran shift Ieqa 'menerima' duit raya kepada 'memberi' duit raya pula. Haha yela dah bekerja lah katakan. Adik-adik dan anak-anak buah beratur siap ingatkan awal-awal lagi dah punya nak dapat duit raya daripada Ieqa ni. Sabow jela budak-budak ni haha..

Hari raya tahun ini Ieqa dan family ambil tema biru je. Memandangkan sebelum ini kami tak pernah lagi pakai baju plain yang sedondon, so macam excited bila semua colour seragam dah macam nak marhaban da hihi.

Perasan tak tahun ini ramai yang ambil tema biru dan pink? Haishhh pelik betul Ieqa, macam tahu-tahu je nak pakai matching ramai-ramai kan hihi. Raya first day tahun ini rumah Ieqa agak suram sikit sebab family paksu tak join beraya sekali. Raya kedua barula diorang datang stay kat rumah. So, kitorang raya ketiga tu pakai balik baju raya first semata-mata nak bergambar puas-puas sampai lebam hee..

Fesyen baju raya Ieqa tahun ini? Tahun ini entahla ek, tak berapa nak bersemangat macam sebelum ini. Banyak pakai baju apa yang ada je. Memang tahun ini Ieqa betul-betul bersederhanalah.

Raya pertama...

Raya kedua...

Raya keempat..

Tapi yang lebih menyedihkan Ieqa, tak dapat nak beraya ke kampung mak or ayah di Kampung Sungai Gatom dan Kampung Sawah Baru, Labis. Sedih sebenarnya tapi apakan daya. Tetamu ramai berkunjung ke rumah nak melawat dan menziarah nenek.

Sekali datang ke rumah sampai 5-6 biji kereta tu. Seronok even memang penat melayan tetamu tapi bila tengok kemeriahan raya sangatlah bermakna.

Apa-apapun, Ieqa nak ambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir dan batin ya. Semoga kita dapat meningkatkan keimanan dan ketaqwaan kita menyambut Hari Lebaran yang mulia ini, InshaaAllah.

katakan like jika best ya!

Wednesday, July 16, 2014

Koleksi Teks dan Skrip Pengacara Majlis bagi Majlis-majlis Formal dan Tidak Formal



Assalamualaikum dan salam sejahtera.


Apa khabar semua? Mudah-mudahan rakan-rakan semua sihat sejahtera. Hari ini Ieqa ingin kongsikan kepada rakan-rakan yang ingin mencari rujukan bagi menyediakan teks pengacara majlis untuk program-program formal dan tidak formal. Memandangkan Ieqa juga masih belajar untuk menyediakan teks pengacara majlis yang terbaik, jadi banyak juga bahan, laman web dan blog yang Ieqa kunjungi. Namun, antara semua, terdapat satu blog yang hanya memfokuskan penyedian teks pengacara majlis dalam pelbagai jenis majlis. Berikut adalah pautan (link ) ke blog ini:










Ieqa harap, perkongsian Ieqa ini sedikit sebanyak dapat membantu rakan-rakan untuk menyediakan teks pengacara majlis yang terbaik. Selamat maju jaya.






katakan like jika best ya!

Contoh Teks Pengacara Majlis Formal


Assalamualaikum dan salam sejahtera..


Pada hari ini, Ieqa akan kongsikan contoh skrip atau teks pengacara majlis yang Ieqa pernah sediakan sebelum ini. Untuk makluman semua, teks pengacara majlis ini disediakan untuk majlis perpisahan mantan Guru Penolong Kanan sekolah Ieqa, SK Temenggong Abdul Rahman 2. Semoga dapat dijadikan rujukan kawan-kawan.


____________________________________________________________________________


TEKS PENGACARA MAJLIS PERPISAHAN MANTAN GPK HEM STAR 2
  PUAN ZALIHAR BINTI UDIN

TARIKH : 1 JULAI 2014
TEMPAT : DEWAN STAR 2.


BIL.
CUE

ANN
CATATAN
1.
Persediaan Majlis
Diminta hadirin mengambil tempat masing-masing kerana majlis akan dimulakan sebentar lagi.


4.
Kata-kata Aluan
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera.


Yang Berusaha, Encik Mohd Yusof bin Hamat, Guru Besar SK Temenggong Abdul Rahman 2,

Yang berusaha, Tuan Hj Amril bin Mokhtar, Guru Penolong Kanan 1,

Yang Berusaha, EncikMohd Shahran bin Yahya, GPK Kokurikulum,

Guru-guru,

Serta murid-murid yang dikasihi sekalian.



5.
Kata-kata aluan pengacara majlis
Sirih berlipat sirih pinang,
Sirih dari Pulau Mutiara,
Pemanis kata selamat datang,
Awal bismillah pembuka bicara.


Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat Illahi kerana dengan limpah kurnia-Nya dapat kita sama-sama berkumpul di Dewan SK Temenggong Abdul Rahman 2  yang indah ini sempena MAJLIS PERPISAHAN PUAN ZALIHAR BINTI UDIN.


6
Bacaan Doa
Bagi memberkati majlis kita pada pagi ini, majlis mempersilakan Ustaz Mohd Mursyid bin Jalil untuk membacakan doa.

Dipersilakan.



6.
Ucapan Murid

Hadirin sekalian,

Majlis kita pada pagi ini dimulakan dengan ucapan daripada __________________________________
__________  , Wakil murid SK Temenggong Abdul Rahman 2.

Dipersilakan.


………………………..

Majlis merakamkan ucapan terima kasih.



7.
Ucapan Yang Dipertua PIBG
Hadirin hadirat yang dihormati sekalian,

Atur cara majlis diteruskan dengan ucapan daripada Yang berbahagia Tuan Haji Amin bin Mokhtar, Yang Dipertua PIBG SK Temenggong Abdul Rahman 2.

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

………………….

Majlis merakamkan ucapan terima kasih.





Persembahan Multimedia

Hadirin sekalian, majlis diteruskan lagi dengan persembahan tayangan multimedia Memori bersama Puan Zalihar binti Udin, sepanjang perkhidmatan beliau di SK Temenggong Abdul Rahman 2.








Ucapan Yang diraikan,
Puan Zalihar binti Udin
Hadirin sekalian,

Seterusnya, majlis dengan segala hormatnya mempersilakan, yang diraikan, Puan Zalihar binti Udin, untuk menyampaikan ucapannya.

Dipersilakan.


…………………………………………………

Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih atas ucapan Puan Zalihar sebentar tadi.



Ucapan Guru Besar
Seterusnya, majlis mempersilakan Encik Mohd Yusof bin Hamat, Guru Besar SK Temenggong Abdul Rahman 2 untuk menyampaikan ucapan.

Dipersilakan.


……………………

Majlis merakamkan ucapan terima kasih.



10.
Penyampaian hadiah

Majlis diteruskan lagi dengan penyampaian hadiah sebagai tanda kenang-kenangan kepada Puan Zalihar binti Udin.

Dipersilakan wakil daripada pra sekolah untuk menyampaikan hadiah.

Dengan segala hormatnya dipersilakan.

Seterusnya,..

Tahap 1
Tahap 2
Kebirus
Unit Kokurikulum


Dengan segala hormatnya dipersilakan.

……..

Terima kasih diucapkan.



11.
Penyampaian hadiah daripada wakil KEBIRUS
Hadirin sekalian,

Mewakili seluruh guru-guru SK Temenggong Abdul Rahman 2, majlis mempersilakan _______________ ____________ ,  wakil KEBIRUS untuk menyampaikan hadiah kenang-kenangan kepada Puan Zalihar.

Dipersilakan.

………..

Terima kasih diucapkan kepada _________________
___________________________ atas penyampaian hadiah sebentar tadi.



11.
Penyampaian Hadiah daripada wakil pentadbir
Majlis diteruskan lagi dengan penyampaian hadiah daripada wakil pentadbir kepada Puan Zalihar.

Dipersilakan Encik Mohd Yusof bin Hamat, Guru Besar SK Temenggong Abdul Rahman 2 untuk menyampaikan hadiah.

………………

Terima kasih diucapkan kepada tuan guru besar atas penyampaian sebentar tadi.



13.
Penutup
Hadirin sekalian,

Dengan berakhirnya penyampaian hadiah sebentar tadi, maka berakhirlah Majlis Perpisahan  Puan Zalihar binti Udin.

Mengambil kesempatan, sekali lagi, mewakili guru-guru dan seluruh warga SK Temenggong Abdul Rahman 2, merakamkan ucapan jutaan terima kasih kepada yang diraikan, Puan Zalihar binti Udin, yang banyak berjasa dan menyumbang bakti pada SK Temenggong Abdul Rahman 2.


Akhir kalam,

Songket biru tampak berseri,
Tenunan indah buat arjuna,
Tersilap bicara harap maafi,
Ketemu lagi di lain masa.


14.
Jamuan
Majlis dengan sukacitanya menjemput dan mempersilakan Puan Zalihar binti Udin diiringi Guru Besar untuk menikmati juadah ringan.

…………

Sekian, saya akhiri majlis dengan lafaz suci wabillahiltaufiq walhidayah, wassalammualaikum warahmatullahi wabarakatuh.











katakan like jika best ya!