Tabung Masa Depan
Showing posts with label sWetLuv'S LifE. Show all posts
Showing posts with label sWetLuv'S LifE. Show all posts
Sunday, September 28, 2014
Di Mana-mana Ada Peluang
Assalamualaikum dan Selamat sejatera...
Hari ini... ahad, 28 September 2014... aku dapat rasa banyak perubahan dalam diri aku. Sejak aku sahut peluang ini, sejujurnya life aku jadi semakin mencabar. Masa aku jadi semakin suntuk.
Tetapi, why not we take as a challenge. Tak ada masa ? Allah kurniakan masa 24 jam dalam hidup kita. So, adakah sebelum ini kita gunakan kesemua 24 jam tu dengan sebaiknya? Jadi, aku cuba refresh balik, dan susun atur semula life aku.
Alhamdulillah, sekarang ini aku mula menyesuaikan diri, kejutkan diri dan perbetulkan semula life aku. Aku pandang peluang yang aku dapat ini dari sudut positif. Aku lihat semua cabaran, tekanan dan kekangan ini sebagai satu peluang untuk aku jadi lebih baik. Malah sekarang aku nampak semua perkara yang ada dalam hidup aku sebagai satu peluang, dan nampak di mana-mana pun ada aku berada, semuanya ada peluang dan manfaatkan semua itu dengan sebaik-baiknya.
Mudah-mudahan Allah mempermudahkan aku untuk berubah, dan aku majukan diri aku selepas ini, InshaaAllah. ..
katakan like jika best ya!
Thursday, August 21, 2014
Kenapa Tidak Boleh Sebarkan SOFT COPY Laporan Penyelidikan Tindakan??
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..
Apa khabar kawan-kawan semua? Mudah-mudahan sihat hendaknya. Kali ini Ieqa ingin berkongsi luahan dan pendapat hati Ieqa.
Memandangkan sekarang sudah semakin menghampiri hujung tahun, jadi sudah semestinya bagi adik-adik junior semester akhir di IPG sekarang ini sedang berhempas pulas menyiapkan tugasan Kajian Penyelidikan Tindakan yang perlu diselesaikan bagi memenuhi syarat untuk bergraduasi nanti. Ada sedikit perkongsian dan peringatan yang ingin Ieqa beritahu dan ingatkan.
Mungkin bagi beberapa individu menganggap laporan penulisan penyelidikan tindakan yang anda siapkan sebenarnya tidak penting, hanya sekadar untuk lepas belajar di IPG. Bagi sesiapa yang beranggapan seperti ini, anda sebenarnya SALAH SALAH SALAHHHH!!
Kenapa Ieqa cakap begini ya? Haa meh Ieqa habaq satu satu naa..
Berdasarkan pengalaman Ieqa menyiapkan Penyelidikan Tindakan Ieqa, perkara pertama yang paling penting sekali adalah hasil penyelidikan ini merupakan bukti kajian situasi sebenar pengajaran anda dan paling penting hasil pengalaman pertama anda. Macam mana anda tergamak hendak berkongsi bulat-bulat titik peluh anda yang julung-julung kalinya anda buat kepada orang ramai. Ingat mudah ke nak buat?? Rasanya siapa-siapapun yang berusaha menyiapkan laporan kajian tindakan ini, mesti hampir setahun makan tak kenyang, tidur tak lena, mandi tak basah, otak serabut sepanjang tahun akhir itu semata-mata hanya kerana satu penyelidikan tindakan! Serious Ieqa bagitahu pada awak semua! So, adakah mudah sangat kita nak memberi kepada yang tidak berhak sesuka hati begitu sahaja???
Sebab kedua, jangan pelik jika penyelidikan tindakan yang anda buat macam entah hape-hape je sekarang ini boleh jadi satu bahan rujukan terkemuka untuk seluruh negara malahan mungkin untuk seluruh dunia. Adakah Ieqa berangan terlampau tinggi? Tidak!! Sebab, sepanjang Ieqa menyiapkan tugasan penyelidikan tindakan Ieqa, Ieqa pernah jumpa rujukan/reference kajian yang seperti kajian Ieqa yang dibuat untuk Tesis Master dan Tesis PhD. Haa.. Nampak tak kat situ kepentingan kita menjaga softcopy bahan penyelidikan tindakan kita? Mungkin jika Ieqa, dan awak semua, InshaaAllah diberi kesempatan dan peluang untuk menyambung pelajaran nanti, penyelidikan tindakan semasa ijazah awak semua ini boleh dipanjangkan dan dikaji lebih mendalam untuk Tesis Master dan Tesis Phd awak semua.Malahan, Ieqa siap guna lagi bahan kajian Ieqa ini untuk Pertandingan Inovasi lagi tau. Jadi, penting tak kajian tindakan awak tu???
Sebab ketiga pula, perkara utama yang kita nak elakkan adalah amalan PLAGIAT yang teramat meluas dalam kalangan pelajar-pelajar di mana-mana institusi pendidikan. Jika mudah sangat kita sebarkan soft copy hasil penyelidikan yang kita buat, tidak mustahil orang yang mengambil hasil kerja kita tu guna jalan short cut je nak siapkan kerja diorang.Yela, benda dah depan mata, apa susah-susah, edit apa-apa yang patut pastu tukar nama kata dia yang punya. In case la satu hari nanti dia boleh mendalami kajian itu, dan satu hari awak nak guna balik kajian awak, tiba-tiba ada orang saman awak sebab didakwa memplagiat kajian orang lain sedangkan itu kajian awak sebenarnya. Tapi waktu itu awak tak boleh nak buat apa-apa sebab dia dah branding hasil kerja awak sebagai hak milik terpelihara dia. Haaa jangan-jangan main sekarang ini zaman saman menyaman ya. Maklumlah nak dapat jadi jutawan ekspres kann hehe.
Sebab keempat, penyelidikan tindakan awak semua ini amat penting bila awak dah jadi guru nanti, apatah lagi masa tahun pertama berkhidmat di sekolah. Untuk pengetahuan awak semua, guru-guru baharu mesti mengikuti program PPGB, atau nama panjangnya Program Pembangunan Guru Baharu. Dalam tugasan yang Ieqa peroleh ni, kami cikgi-cikgi baharu ni diminta untuk menyediakan satu laporan penyelidikan tindakan sebagai syarat untuk pengesahan jawatan sebagai guru nanti. Jadi, kalau dah ada bahan untuk penyelidikan tindakan semasa ijazah lepas, dan kebetulan murid kita sekarang ini pun mempunyai masalah yang sama seperti responden kajian dahulu, apa salahnya kita jadikan kajian lepas kita rujukan mahupun susulan untuk kajian bagi program PPGB ini nanti. Haa penting tak itu?
Panjang lebar kan Ieqa dah explen seketoi seketoi kat awak semua. Jadi, jagalah kerahsiaan SOFT COPY penyelidikan tindakan anda. Bagi yang ada mesej Ieqa, komen blog Ieqa siap bagi email lagi untuk send softcopy, Ieqa minta maaf sangat sebab tak dapat nak kongsikan. Jika benar-benar memerlukan, awak semua boleh rujuk LAPORAN PENUH PENULISAN penyelidikan Tindakan Ieqa di IPG Ieqa, IPG Kampus Dato' Razali Ismail, Kuala Terengganu, atau rujukan RINGKASAN LAPORAN atau PROSIDING penyelidikan Ieqa yang Ieqa kongsikan dalam entry sebelum ini. (link)
So, please please please jangan kata Ieqa sombong, kedekut atau seumpama dengannya. Kalau bahan untuk assignment biasa, inshaaAllah kalau ada Ieqa akan kongsikan, tapi berbeza jika laporan penyelidikan tindakan, memang berat hati banyak la nak share sory yang amat ya. Harap anda mengerti akan perasanku ini huk3.. Sayonara....
katakan like jika best ya!
Monday, August 11, 2014
.Jom Makan Di Restoran Singgah Selalu, Johor Bahru.
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua...
Semalam,rasa kecapekan yang amat selepas bershoping sakan beli barang dapur di KipMart Tampoi. So untuk recharge balik tenaga yang hilang sebab shopping itu, Ieqa dan members menyinggah di Restoran Singgah Selalu.
Rasanya orang-orang JB dah biasa dan kenal dah dengan restoran ini. Pada pengamatan Ieqa, even nampak dari luar restoran ini besar amat, tapi bila dah masuk, banyak lagi kedai-kedai yang lain juga macam ala-ala foodcourt.

Sampai sahaja di sana, datang seorang waiter hulur buku menu. Macam-macam benda ada. Nak makan pizza ke, masakan panas ke, western ke, steamboat ke, dan banyak lagi pun boleh. Tak sampai berapa minit kemudian datang lagi beberapa orang waiter dari kedai lain hulur menu kedai masing-masing. Memanglah rambang mata kitorang nak wat pilihan makan apa hee.

Kami group makcik2 Kiah ini makan simple jela. Just ambil masakan panas je. Ieqa ambil crunchy mee kungfu(entah betul tak nama menunya haha). Kawan Ieqa yang lain makan kue teow kungfu, nasi goreng cili padi dan mee ladna. Kami berempat just ambil air limau je konon-kononnya macam diet la kot.

Kat sini memang banyak kedai. Nak cerita satu-satu pun tak dapekla so sementara tunggu makanan Ieqa snap la pic buat tatapan ramai.

Overall makan kat sini ok je. Nak kata gempak sangat rasanya, Ieqa rasa sederhana. Even nampak macam mahal je yela dari jauh boleh nampak banyak lampu berdendang kan, bagi Ieqa harganya still affordable sama je kalau kita makan kat warung tepi jalan. Yang menarik bagi Ieqa kat sini mungkin suasananya dan pilihan makanan yang berbagai.

Perut pun dah konyang, hati pun sudah gumbira, mata pun dah layu.. nak balik tu haa jangan buat-buat lupa tak reti nak bayar ye hihi.

So, apa lagi! Saya dah datang sini anda pula bila lagi?! Heee...
katakan like jika best ya!
Monday, August 4, 2014
Fesyen Raya Aidilfitri Terbaru Family
Assalamualaikum dan salam sejahtera. .









Macam mana raya Aidilfitri tahun ini? Wahh mesti seronok je masing-masing kan. Tahun ini da bermulalah pertukaran shift Ieqa 'menerima' duit raya kepada 'memberi' duit raya pula. Haha yela dah bekerja lah katakan. Adik-adik dan anak-anak buah beratur siap ingatkan awal-awal lagi dah punya nak dapat duit raya daripada Ieqa ni. Sabow jela budak-budak ni haha..

Hari raya tahun ini Ieqa dan family ambil tema biru je. Memandangkan sebelum ini kami tak pernah lagi pakai baju plain yang sedondon, so macam excited bila semua colour seragam dah macam nak marhaban da hihi.

Perasan tak tahun ini ramai yang ambil tema biru dan pink? Haishhh pelik betul Ieqa, macam tahu-tahu je nak pakai matching ramai-ramai kan hihi. Raya first day tahun ini rumah Ieqa agak suram sikit sebab family paksu tak join beraya sekali. Raya kedua barula diorang datang stay kat rumah. So, kitorang raya ketiga tu pakai balik baju raya first semata-mata nak bergambar puas-puas sampai lebam hee..
Fesyen baju raya Ieqa tahun ini? Tahun ini entahla ek, tak berapa nak bersemangat macam sebelum ini. Banyak pakai baju apa yang ada je. Memang tahun ini Ieqa betul-betul bersederhanalah.
Raya pertama...

Raya kedua...

Raya keempat..

Tapi yang lebih menyedihkan Ieqa, tak dapat nak beraya ke kampung mak or ayah di Kampung Sungai Gatom dan Kampung Sawah Baru, Labis. Sedih sebenarnya tapi apakan daya. Tetamu ramai berkunjung ke rumah nak melawat dan menziarah nenek.

Sekali datang ke rumah sampai 5-6 biji kereta tu. Seronok even memang penat melayan tetamu tapi bila tengok kemeriahan raya sangatlah bermakna.


Apa-apapun, Ieqa nak ambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir dan batin ya. Semoga kita dapat meningkatkan keimanan dan ketaqwaan kita menyambut Hari Lebaran yang mulia ini, InshaaAllah.

katakan like jika best ya!
Tuesday, July 12, 2011
Happy birthday to me and my besty, Nur Haziyah Zaidi..
( Agak lewat post ini.. hurmm )
Happy birthday to me...
Happy birthday to me...
Happy birthday to me, Ieqa Swetluv..
Happy birthday to me....
Sedihnye nyanyi lagu birthday ni sorang-sorang untuk diri sendiri.
Sebenarnya kalau nak diikutkan, birthday aku kali ini adalah birthday yang paling tak rasa birthdayla.. sambut dalam bas IPG, sewaktu on the way ke KOGUM di UITM Shah Alam hari itu, 8 Julai 2011.. Dah pulak tu, tak ada siapa pun yang semangat nak wish aku.. adik aku pun just sent mesej , " HB" je kat aku. Haish cam tak ikhlas betul.
Sedih sebenarnya. Bila duduk sorang-sorang, ingat zaman muda dolu-dolu.. cam meriah jer. Tapi sekarang ni.. hurmm.. sadis betul..
Nasib baik besty aku, azie, still wish semangat-semangat kat aku... siap wat note ni lagi untuk aku..
________________________________________________________________________________
my besfwen yg gonjeng~!
by Nur Haziyah Zaidi on Thursday, July 7, 2011 at 10:40pm
hihi..
nmpak x tajuk tu??
comey kan?
hehe..sy ade bes fwen ms sy sekolah kat smakj dulu...
kitorg sme2 mereng...
suke buat bnde mgarot2 same2...
rapat ngn dy since sy f4...kire ms mule masuk smakj dlu..
nme die nenek nurul atiqah azhari..
sy syg die...
nk tahu knp??
sbb dy sgt baik kat sy...
care kat sy...
kwn sy yg slalu sme2 sy x kira susah senang....
byk sgt memori kitorg ms sekolah2 dulu...
bile engt2 sume nye memg sgt klakar...
kitorg pernah nges same2..pas tu gelak2..mcm org sasau kan??
hehehe....
nurul...ak nk ko taw...
ko la kawan baik ak dunia akhirat~
insyaallah~!!!!!!!!
smoga kite tetap jd kwn baik smpai bile3 pon...
ak syg sgt3 kat ko wei....
wlupon kite dah makin jauh..
msg2 dah bz ngn life masg2...
tp kenangan kite sme2 tetp segar dlm ingatan~
trengat dulu malam2 kite duk g public phone sme3..
blik lewat2...
semata2 call depe...kekekek....
engt gak dulu buat keje jahat same2...
makan same2(time bulan pose) erkkkk...hihi
ko la kwn yg byk bg nchat n sokongan kat ak...
thanxxx kawan~!!
hehe...mule2 ak knal ko...
ak rs ko skema sgt..
ckp sebijik2..plahan2...
sempot ak nk tggu ko hbeh kan ko ckp tu...
hahahaha.....
nurul yg ak knal gak memg sgt menonjol..
seorg yg proaktif....
suke sgt bile dtg part2 yg memerlukan ko gune mulot ko yg becok tu...
hahahaha......
ak suke tgok cara ko study....
know y??
sbb klu x phm ko suke tny cekgu...
ko ckp ape yg ko rs btoi...
tp at the same time sgt laa polite....
ha~!! lg 1...ko adelah kwn ak yg suke buat soalan klu study...
latihan23..ak pon mcm nk pengsan tgok..hahaha....
ak trengt gak kite outing sme3...skali je spnjg ak kat sekolah tu...
tu pon mak ak je taw..abah ak xtaw..heheh...
tu laa outing pertama ak kat smakj...
pling x leyh lupe ramai kate kite kembar....
tp klu skunk kite jalan sme3 ak kompom org x ckp mcm tu lg dah..
sbb ak dah gomukkk...ko plak mkin melidi.....hihi..
yg ni ak xdpt nk nafi kan...
tp 4 sure ak mkin comil nk bnding ngn ko..hahaha....
n ak engt lg...blik outing tu...
ko men lintas jalan je..
xtgok kiri kanan...
seb bek ak sempat tarik ko..
klu x...ape ntah nk jd...hehe
thanx gak..sbb jg ak setiap kali ak sakit...
ak kan bpenyakit...kekekeke....
engt gak knagan lawan syarahan kat ko...
yeay~!! ak menang..hahahah..
tp u know what???
ko memg pendebat terhebat~!!
skema2 bgtu memg sesuai untuk ko...
betah2 ckp org tu memg keje ko...
wakakakakak...
jgn mare..copek tuo nnt eih....
tp ape2 pun sume tu kenangan wei ko ngn ak....
dikesempatan ni gak...
ak nk mintax maaf...
sbb ak dah jrg2 contact ko..
jrg2 care kat ko...
tp ak nk ko tahu...
ak slalu engt ko..
cume masa x mgizin kan kite tuk buat sume sme2 mcm dulu...
klu nk hangout sme3 pon ak xdpt janji...
sbb susah ak nk kuar umah....
tp insyaallah..
ade rezki..ade umor n jodoh yg pnjang...
kite mesti dpt jumpe n spend time mcm waktu kite sekolah dulu3....
just both of us je...^_^
n lastly...sbnar nye..ak buat note ni.........
special ntuk ko...
sempena bzday ko esok....
ak nk ucapkan...
selamat hari lahit weh~!!
ape3 pon ko dah tue....
lg tue dari ak..
jd sodar2 laa diri ek...
smoga bzday kali ni...
lbeih bermakne ntuk ko...
ak doakn smoga ko pnjg umor murah rezki....
allah kabul kan doa n impian ko...
ak jugak doakn semoga ko dpt tros cekal kan hati n bertahan kat sne....
biar laa org nk kate ape pon...
jnji ak knal ko yg sbnar nye mcm ne...
hehe...
terharun x??
klu terharun pi nyanyi lagu pok amai2....cpt~!!hehe...
neway bestie...
i luv u~!!!!!!!!!!
muahxxxx~!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
!@#$%^&*)!#&*)(*#&!@#$%^&*())&^#!@#$%^&*()*&^%@#$%^&*(
________________________________________________________________________________
Azie.. azie.. siyesly aku touching sangat-sangat pas baca note ni.. Di saat ramai kawan-kawan aku yang dekat ngan aku lupa birthday aku ini, kau ada untuk aku, even jauh dimata, bertahun-tahun tak jumpa, sekian lama x berhubung mesej and col, tapi as long as kita still keep in touch, dari hati ke hati.. hubungan persahabatan tetap akrab untuk selamanya.. thanks yunk..
10 Julai lepas pula birthday azie, tak jauh pun.. tapi aku tak sempat nak wat gempak2 cam note kau wat ni pun.. sorry sangat2 yunk.. tak apa lah, nanti kalau kau dah balik USM, aku usaha nak mai tempat kau okies.. kite celebrate dua2 even lambat giler pun.. peduli apa kan! haha..
Kepada semua kawan-kawan yang sudi ingat birthday aku, wish aku.. Thanks sangat-sangat ya korang.. I'll never forget that..
katakan like jika best ya!
peRiSa
sHaRing/caRiNg,
suKa-suka Aku,
sWetLuv'S LifE
Tuesday, June 21, 2011
Rezeki daripada Allah Taala.. Alhamdulillah
Assalamualaikum...
Lihatlah, betapa banyaknya dugaan dan cabaran yang ada dalam kehidupan sekeliling ini, seringkali menguji setiap perjalanan hidup seorang insan yang bergelar hamba Illahi. Begitu juga perjalanan hidupku yang penuh onak dan duri, yang sentiasa dihadapkan dengan terjahan ombak yang memukul hati dan sanubari. Apalah ertinya hidup ini jika tidak diuji dengan pancaroba. Bagaimana keindahan hidup ini dapat dinikmati dan dihargai kiranya tiada pengorbanan yang menjadi bayarannya. Itulah yang dinamakan kehidupan, sentiasa ada suka dan duka, sentiasa ada susah dan senang, sentiasa ada untung dan ruginya.
Alhamdulillah, hari ini aku dah dapat melalui hari-hari di tempat aku belajar ini dengan sebaiknya. Kini aku sudah mula menghadapi semester 4 pula. Sekejap je masa ini berlalu pergi. Semester ini, bermulalah kehidupan baru aku di rumah sewa. Maklumlah, bila 'intake' baru mula masuk, pastinya kakak-kakak dan abang-abang yang senior terpaksalah mengalah dengan adik-adik kan!
Mula-mula, memang banyak masalah juga yang perlu aku dan 7 orang rakan lagi hadapi gara-gara perihal rumah sewa ini. Dari satu rumah ke satu rumah lain kami selidiki, sehinggalah rumah keempat yang kami diami sekarang ini, barulah dapat melepaskan nafas lega yang teramat. Itulah yang dikatakan, kalau ada rezeki, takkan ke mana. Namun setiap rezeki itu pasti banyak cobaannya. Begitu juga dengan apa yang telah aku hadapi sepanjang menghadapi masalah rumah sewa ini.
Aku hampir-hampir terpaksa tinggal bertiga gara-gara sebahagian kami mengambil keputusan untuk memohon masuk semula ke asrama. Memang waktu itu, rasa dah hilang akal hendak mencari solusinya. Bukan mudah nak cari rumah sewa yang mencapai harga sewa RM200-350. Lagi-lagi awal semester ini, biasalah dengan masalah kewangannya lagi. Tapi itulah, rezeki itu semestinya milik Illahi. Akhirnya rakan-rakanku yang selebihnya ini mengambil keputusan untuk bersama-sama dengan kami semula. Syukur sangat segala masalah dapat diatasi dengan sebaiknya, tambahan pula kini kami dapat rumah sewa yang lebih baik, biarpun serba sederhana. Alhamdulillah..
Hari ini juga, kami telah dimaklumkan mengenai keputusan peperiksaan semester lepas. Aku bersyukur sangat kerana masih lagi dapat mengekalkan keputusan peperiksaan aku semester ini, dan mencapai 'aim' ku untuk mendapat 3.8 ke atas. Alhamdulillah..
Apabila mengimbas setiap liku-liku hidup ini,kalau diikutkan rasa hati ini, aku sebenarnya banyak yang terkilan, terguris hari apabila mengenangkan saat2 perit sepanjang aku tinggal di Bumi Terengganu ini. Sehinggakan nak meninggalkan rumah pun perlu menangis teresak-esak, bagai mahu berlayar bertahun-tahun di tanah seberang. Bukan aku sengaja mahu menangisi detik-detik perjuangan hidup di sini. Tetapi, biarpun zahir aku kelihatan teguh dan utuh, namun hati seorang hamba ini tetap lemah tiap kali menghadapi ranjau dunia. Namun apabila terkenangkan akan bait-bait nasihat yang keluar dari bibir ibuku, 'Jika kita rasa dugaan yang kita hadapi suda besar, sebenarnya ada orang lain yang sedang menghadapi dugaan yang lebih besar lagi daripada kita, begitu juga sebaliknya'. Aku bertambah bersyukur kerana masih mampu menjalani hidup ini dengan kudrat yang dikurniakan-Nya. Sesungguhnya, Allah masih sayangkan aku..
Setiap dugaan yang Allah berikan kepada manusia, sekiranya mereka menghadapi dengan tenang dan sabar, insyaAllah, hikmah yang terhijab akan terbentang luas di kemudian harinya. Betapa indahnya rezeki yang Allah kurniakan apabila kita menerima imbalan yang diimpikan, setelah begitu banyak kehilangan dan kesedihan yang kita hadapi. Aku bersyukur Allah atas dugaan demi dugaan yang diuji kepadaku, kerana aku yakin, Allah tidak mahu aku jauh menyimpang daripada mengingati-Nya, Allah tidak mahu aku jarang-jarang berdoa sehingga menangis memohon pertolongan dan keampunan daripada-Nya, Allah tidak mahu aku lalai dalam menyebut dan memuji kebesaran-Nya. Sesungguhnya, setiap apa yang berlaku pasti ada hikmah di sebaliknya .. Wassalam..
katakan like jika best ya!
peRiSa
ReNungKanLah,
sHaRing/caRiNg,
sWetLuv'S LifE
Thursday, June 2, 2011
Alkisah Belajar Masak Memasak..
Assalamualaikum..
Rasanya kebanyakan student2 kat seluruh Malaysia ni skang on mode cuti sem kan! Tambahan pula tengah school break ni, memang seronok bila dapat balik rumah. Rasa kepala otak ni lapang je.. Tak perlu nak fikir pasal assignment, exam, lecture, lack of money and etc.. seronok betul!!
Tapi bila dah biasa busy, schedule pack dengan macam-macam program, tetiba rasa boring lak tak tahu nak wat apa kat rumah. Aku pun dah mati kutu tak nak wat apa.. Rasanya hari-hari wat perkara yang sama, tidur, makan, online, tengok tv, kemas rumah, pusing-pusing macam itu juga. Argghh tak suka bila ada perasaan macam ini.
Sebab itulah aku bertekad, cuti sem 3 minggu ini, aku tak nak la sia-siakan masa yang ada.. Maka dengan semangatnya, aku nak mengumumkan yang aku nak serius belajar MEMASAK!! wohhooo... gaya cam bangga tol! Siyes harap tak delah hangat-hangat tahi ayam jela.. Nak wat camne kan, budak ni bukan tak pandai, cuma selama ini kan malas menunjuk-nunjuk yang reti memasak.. keh keh keh ayat nak cover~
Eksperimen siang tadi, goreng ikan. Uishh.. aku pelik betollah.. Even da banyak kali goreng, mesti jadi peristiwa sadis yang war aku bengkek gila.. Eh, tetibe teringat zaman aii muda-muda dolu.. Kalo korang nak tau, dulu aku cuak gak nak menggoreng ni, takut minyak terpercik. Nak dijadikan cerita lah.. adik aku ni punya lah semangat nak menggoreng sosej ngan nugget. Disebabkan kitorang dua-dua takut terkena minyak, adik aku punya kepala, dia guna topi keledar atas sebab keselamatan. Masalahnya aku waktu tu pun boleh terima je idea dia even gelak terkekek-kekek tengok dia menggoreng.. pandai betul lah haha
Cerita pasal goreng ikan, dah banyak kali aku praktis goreng.. tapi malang sungguh ikan aku tetap tak cun. Sebelum masuk kuali, punyalah cantik, berbaju je dia.. Tapi lepas angkat, mashaAllah, dah bogel dibuatnya ikan tu. Hilang langsung kulit, yang tinggal daging. Teruk aku digelakkan dengan family aku. Hish stress stress. Adik aku kata, kalau macam ni terus, habisla aku direject mak mentua.. Tak pe tak pe kalau gitu nanti suruh cik abang jela yang tolong gorengkan, kita jadi tukang makan je. Tak jadik masalah kan! hohoho..
katakan like jika best ya!
peRiSa
cORat CoRet,
maKan-maKaN,
sWetLuv'S LifE
Wednesday, April 20, 2011
Rebah di depan Surau, Jatuh di depan Pagar.. Malunya..
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..
Sekian lama aku menyepi dalam penulisan blog, baru sekarang ada kesempatan dan mood untuk di sini semula.. Banyak sangat perkara yang hendak dikongsikan, mungkin akan menyusul kemudian..
Aku selalu rasa diri aku kuat. Aku selalu yakin dengan diri aku yang aku insyaAllah mampu menghadapi apa jua cabaran, rintangan, dugaan selagi aku tahu tahap kemampuan aku sendiri. Entah macam mana, semalam terjadi satu tragedi yang tak disangka-sangka dalam hidup aku. Tak sangka pula benda-benda yang dulunya berlaku zaman sekolah terjadi semula dalam hidup aku kat maktab ni.
Segalanya bermula bila sepanjang minggu ini dan minggu lepas, schedule da semakin busy, dengan amali TMK BMM3105 lagi, kena buat Tapak Pembelajaran Bahasa Melayu, then dengan assignment PJ- kena buat anatomi dan fisiologi.. pastu bersambung pulak minggu ini, semalam ada Ujian untuk Hubungan Etnik, dan pagi ini pula Ujian Amali Kibod untuk subjek Muzik. Kiranya memang agak busy la sebelum ini.
Memang start dari minggu lepas, aku asyik mengaduh sakit kepala yang teramat sangat, berdenyut-denyut.. Tak larat rasanya. Sampailah pagi semalam, bangun tidur lepas Subuh, aku terus muntah-muntah.. kepala pening dan badan tak larat. Sedangkan petang nya pula aku ada test untuk Ujian Akhir Kursus (UAK) bagi paper HE tu. Nak tak nak terpaksalah tak datang kelas sepanjang hari itu.
Tapi sangatlah menyedihkan bila aku dengar suara-suara dari manusia yang mengata aku guna alasan itu untuk ponteng kelas, nak curi-curi study. Astaghfirullah.. sakitnya hati ini, Hanya Tuhan Saja Yang Tahu. Mana nak taknya, kau tengah betul-betul tak larat, tapi pada masa yang sama ada juga manusia yang berhati dengki cuba nak saiko kau macam itu. Kalo korang, sakit hati tak? Ok, aku cuba cool.. cuba lagi tahan, and tahan, tapi kesannya siyesly tak leh nak fokus study. Aku ingat aku kuat, tapi last-last air mata aku menitis juga.. Satu, sebab mulut orang. Dua, sebab aku tak leyh study. Tiga, sebab aku tak larat langsung nak pergi exam petang tu.
Tapi Alhamdulillah, sepanjang aku jawab exam, tak ada apa-apa masalah yang berlaku. Even aku dizzy gila-gila, aku still mampu nak jawab exam. Balik exam, aku gi makan ngan classmates aku, kiranya keadaan aku ok je. Tapi on the way nak balik.. aku dah tak nampak apa-apa dah. Semuanya gelap. Just boleh dengar suara orang, tapi aku sendiri tak boleh nak control badan aku. Kesian kawan aku yang teman aku, nak tak nak kena juga angkat aku even diorang kecik-kecik je. Dah ler aku ni BERAT GILA.. Pengsan lak kat tengah jalan, depan surau maktab aku. Aduhh...
Aku dah tak ingat apa-apa time tu.. Cuma aku ada tersedar kejap time diorang tengah angkat aku masuk kereta nak gi klinik sebab tangan aku terkena tiang besi.. Adeii.. sakit kowtt.. Nasib jela aku tengah lembik gitu.. Budak-budak nih sempat pulak buat lawak bodoh.. Ntah apa apa jer ingat aku tak dengar ke.. Nak tergelak pun ada, nasibla tengah sakit haha..
Sampai di klinik.. aku tersedar.. Ya Allah, rambut aku!! Aurat aku!! Waktu itu, dalam fikiran aku, MALU MALU MALU... even kawan-kawan aku dah tutup kepala aku dengan tuala sebab diorang tak nak aku panas sangat, tapi bagi aku, malunya hanya Tuhan saja yang tahu. Memang sepanjang aku kat klinik, langsung aku tak pandang muka doktor tu, sebab aku terlalu malu. Apatah lagi doktor yang check aku tu lelaki. Ya, memang dia menjalankan kewajiban dia sebagai doktor, dan aku pula dalam keadaan DARURAT.. tapi, aku malu sangat, tak pernah rasa malu yang teramat macam ini. Yang penting aku harap aku cuba tak nak gi klinik ni lagi, and takkan jumpa doktor tu lagi. Harap dia lupalah muka aku ni macam mana amin amin amin~
Alhamdulillah, sekarang ini semuanya dalam keadaan ok je.. cuma aku perlukan rehat dan makan ubat mengikut waktu. Tak suka jadi orang sakit, asyik rasa nak muntah, cepat sensitif, macam-macam lagi lah. Tapi sekurang-kurang kali ini aku kena tak adalah seteruk masa aku kena zaman sekolah dulu, sampai kena tahan wad dan masuk air dalam badan coz tekanan darah rendah. Pelik kan, aku aktif, tapi still ada tekanan darah rendah macam ni.. Tak apalah.. ini namanya dugaan.. Sakit itu kan menghapus dosa-dosa kecil, sabar itu pula penguat iman... InsyaAllah semuanya akan ok seperti sediakala.
katakan like jika best ya!
Thursday, March 24, 2011
Aku ada penyakit?! Owh, semua ini cobaan~
Entahlah, baru-baru ini aku selalu rasa tak sihat. Badan tak bermaya. Selalu sahaja sakit-sakit itu dan ini. Apa sudah jadi dengan sistem badan aku ni, aku pun tak pasti.
Apa sakit aku sebenarnya nih??
Selalu sangat, lepas Isyak dalam kol 9 malam dah selamat tombang zzZZzz , pagi-pagi buta kol 4 pagi dah celik. Bila-bila hari-hari camni.. Dah tak memasal kerja pun banyak yang terbengkalai. Orang dah siap kerja aku lak pagi-pagi buta baru nak start enjin wat semua.. Arghh.. stress~
Tido awal? Itu aku tak delah kisah sangat. Masalahnya tang bangun pagi-pagi buta tu.. err.. cuak tu!!!
Cerita-cerita seram zaman sekolah dulu satu satu datang kat pale otak. Macam aku kena dulu, bila kawan aku nampak aku yang bukan aku depan lappy , aku pun naik seram gak sorang-sorang dok pikir. Apetah lagi bila dok hostel.. tetibe lak time aku bangun pagi-pagi buta ni lah, macam-macam bunyik nak datang... grrr~
AHH! semua ini cobaan. Dari dok pikir bukan-bukan, baik aku siapkan kerja yang melambak-lambak.. T_T
katakan like jika best ya!
Tuesday, February 1, 2011
Gambar-gambar Kenangan menjadi kerani SPR di DUN TENANG
Salam sayang untuk semua..
Pada entry yang lepas, aku ada bercerita pada korang kan yang aku pun turut serta jadi kerani semakan pengundi SPR bagi Pilihan raya di Dun Tenang. Jadi kali ini, tak nak cakap banyak-banyak, just nak kongsa-kongsi gambar kenangan aku sepanjang 2 hari terlibat di sana.
Sehari sebelum Hari Pilihanraya, Di Dewan Serbaguna Majlis Daerah Labis untuk proses taklimat.
Semasa Hari Mengundi, actually sangat teruja coz Tok Ai ( ADUN Tenang skang ) daftar/semak nama pengundi kat meja aku. Tapi ADE KE PATUT MUKA AKU MASUK TV SIPI-SIPI JE, CEHH!! Macam-macam ragam manusia aku dapat tengok kat sini. Letih gak la kerja start pagi-pagi sampai 5 petang da le hujan lebat sejuk giler menggigil grrr~
Selesai je kerja aku dalam jam 6 petang, tengok-tengok bandar Labis ni dah tenggelam dek air. Dasyat.. Habis semua kedai dan rumah2 tenggelam termasuklah kereta ayah aku yang nyaris-nyaris terkandas di bandar sebab 'battery weak'. Nasib baiklah sempat diselamatkan dan rumah aku pula tak dimasuki air. Cuma ada beberapa kawasan tu memang agak teruklah. Jalan on the way balik rumah pun dah tenggelam. Tapi setakat hari ini aku tengok hujan dah berhenti, cuaca pun da panas semula. Memang banjir kali ini jauh lebih teruk berbanding tahun 2006. Nak tengok lagi pic-pic banjir leyh klik sini ( link )
Jom tonton video kat atas ini!! Sengal jugak budak-budak ini leyh kayuh basikal lagi dalam air hehe..
katakan like jika best ya!
Sunday, January 30, 2011
Realiti Konspirasi di DUN TENANG, Blog Normala Sudirman, Bandar Labis menjadi TUMPUAN
Salam Muhibah..
30 Januari 2011. Tepat jam 12.00 tengah malam tadi, maka berakhirlah kempen pilihan raya antara kedua-dua wakil UMNO dan PAS bagi menarik undi dari rakyat Labis. Sungguh, biarpun aku baru sahaja kembali ke Labis beberapa hari lepas, aku dapat merasai kehangatan pilihan raya yang sangat LUAR BIASA. Masakan tidak, jika dahulunya Labis ini seumpama tidak dikenali apatah lagi dipandang oleh keseluruhan masyarakat di Malaysia, kini boleh dikatakan hampir saban hari ada sahaja informasi daripada pihak media sama ada di kaca televisyen mahupun dada akhbar.
Sebagai anak jati yang lahir dan menetap di Labis ini, aku agak teruja jugakla melihat perubahan yang agak ketara. Kebanyakan 'orang-orang besar' datang turun ramai-ramai ke sini. Waktu beginilah berbagai bantuan dan aktiviti kemasyarakatan diberikan dari ceruk-ceruk kawasan sehinggalah ke kawasan bandar. Wahh, ini satu keajaiban! Dahulunya, jika jam telah menunjukkan 10 malam, rasanya kawasan Labis ini dah mulai sunyi. Berbanding dengan sekarang, Jam 12.00 tengah malam pun keadaan masih hingar bingar, rasa macam dok kat KL pulak. Dengan traffic Jam.. huhh hanya mampu geleng kepala.
Namun, apa yang tak bestnya, macam-macam konspirasi telah timbul antara calon daripada pihak UMNO, Mohd Azahar Ibrahim serta calon daripada pihak PAS, Normala Sudirman. Sebagai seorang pelajar dan juga anak jati Labis, sudah semestinya aku juga akan mencari kebenaran melalui mana-mana medium supaya tak tersalah sangka, tersilap kata. Aku dapat tahu Cikgu Mala juga telah punya laman web/blog sendiri ( link ). Kesimpulan yang aku dapat, bukan mudah nak menjadi seorang pemimpin dan juga wakil rakyat, kerana setiap apa yang dilakukan akan menjadi asbab dan perhitungan semua. Tapi aku yakin satu perkara, seorang pemimpin yang baik insyaAllah pasti akan mampu menghadapi segala cabaran dan tohmahan daripada mana-mana pihak.
Antara judul artikel yang menarik perhatian aku sepanjang musim 'demam' pilihan raya ini :
~ Senarai Serangan BN kepada Cikgu Mala
~ Isu Tanah
~ Isu Salam
~ dll
Hanya mampu membaca dan menghadamnya sendiri (jangan banyak komplen nanti makan diri hehe). Ada seorang kawan aku tanya, yang mana aku akan pangkah nanti. Haha, aku hanya menggeleng sambil tersengih, " Undi adalah rahsia, tapi tetap tak boleh nak mengundi lagi sebab baru je daftar pengundi akhir tahun lepas, Sayangnya.. tak dapatlah nak jalankan kewajipan. Cuma dapat berbakti je jadi kerani semakan pengundi yang akan diadakan 30 Januari ini. "
Bagi aku, inilah pengalaman yang dinanti-nanti untuk melihat dan merasai sendiri 'hangatnya' suasana mengundi nanti apatah lagi terlibat secara tidak langsung pada hari mengundi. Biarpun hujan turun dari hari ke hari di sini, dan kelihatan ada beberapa tempat yang telah dilimpahi air, kita hanya mampu berdoa, semoga segala urusan hari mengundi akan dipermudahkan oleh-Nya. Harapnya segala sokongan dan bantuan yang dihulurkan bukanlah sekadar atas niat untuk berkempen semata-mata dan Bandar Labis ini juga akan menjadi salah satu Bandar Ilmu, taraf kemiskinan rakyat dapat diatasi, kemudahan dapat ditingkatkan serta, hubungan persaudaraan antara rakyat dapat diutuhkan bersama.
"Ya Allah, mudah-mudahan sesiapa pun jua yang akan menjadi pemimpin tanah tumpah darahku di Dun Tenang, semoga beliaulah yang terbaik untuk menjadi wakil kami. Segalanya ku berserah kepada-Mu.. Aminn.. Semua warga Labis, marilah ramai2 turun ke tempat mengundi esok, jalankan kewajipan anda, pilihlah yang TERBAIK untuk kita semua =) "
peRiSa
ReaLiti masyaRakat,
sWetLuv'S LifE,
uKiRan peNa
Tuesday, January 25, 2011
Diari Harian - Perubahan jadual yang menyesakkan.
Sekadar entri ringkas :
Start minggu lepas, lec maklumkan perubahan course kitorang, daripada PISMP Bahasa Melayu/ Pendidikan Jasmani/ Pendidikan Sivik, sekarang ini dah jadi PISMP Bahasa Melayu/Pendidikan Jasmani/ Muzik.
Aku yang tak de apa-apa basic kena belajar muzik??!! OMG, ini satu cabaran BESOW punya ni. Dah ler semester ini amali kena mainkan lagu menggunakan 'keyboard' sambil menyanyi. Ko bayangkanlah, sore katak gi nyanyi sorang-sorang kat tin kosong. Pengalaman ngeri kot!! Dengan tangan ketar-ketar, argghhh camne ni... INgatkan senang je rupanya... korang pikirla sendiri huh~
Sekarang aku join training Bola Tampar, harap-harap terpilihlah untuk mewakili IPG aku ke KAGUM yang akan diadakan di Melaka nanti. Hari-hari tampar bola, bila tensi rasa nak tampar mende lain lak.
Malam-malam lak sibuk aje dengan training aerobik untuk wakil kelas.
Jap lagi mesti dah mula sibuk-sibuk untuk praktis sketsa English. Menci aku sebab suka tak suka tapi kena paksa masuk gak.
Assignment dan kerja kursus da start melambak. Aku masih terkial-kial sebab mud tarak.
Plan aku untuk bina kelab teater tak sempat nak jalan lagi. Semua nya boleh dikatakan sibuk sokmo guane la nih weyhh.
Dah la, banyak sangat perubahan yang menyesakkan. Latih kowt juz malam-malam tua je dapat lepak guling-guling atas katil dengan bahagia. dah ler tengah teruk selesama dan bersin-bersin. Tak sihat, letih, stress, badan sakit-sakit(lama x bersukan).. Bila semua ini nak berakhir...
Hujung Tinta~
Kadang-kadang rasa tak sabar-sabar nak grad dan kerja.. Tapi study vs kerja, mana yang lebih stress?? Aku pun tak tahu tapi aku dah mula menghitung hari tunggu tahun 2013. Pendapat korang lak camne?
katakan like jika best ya!
peRiSa
aku Kan cikGu,
cORat CoRet,
sWetLuv'S LifE
Thursday, January 20, 2011
Fuiyoo excited weyhh orang Metrowealth call aku
Time aku tengah sibuk-sibuk wat aiskrim (nak berbisnes ni) coz ada hari terbuka kat IPG aku ni, tiba-tiba dapat call daripada orang tak dikenali. Eh, sape lak yang call aku ni, dah ler aku takkan sesukahati bagi nofon kat orang yang tak dikenali huh. Nampaknya dari KL je coz pangkal 03-**********..
Tak Tahu: Salam, ini Cik Ieqa ya?
Tak Tahu: Saya dari Metrowealth, nak invite cik Ieqa untuk dinner malam 26 haribulan nanti. Cik Ieqa boleh join x?
Aku : (Terkesima sat) Erkk.. ini yang pasal David Teo punya filem ke??
Tak Tahu: Hah ye betul tu. Jadi Cik Ieqa boleh tak confirmkan untuk malam tu. Ini email Cik Ieqa kan? ( dia sebutla email aku)
Aku : ( Mata blink blink muka teruja wahhhh rasa cam glamor sat kui2) Haa ya itu saya lah. Ermmm... tapi saya ada masalah sikitla malam tu coz sekarang saya berada di Terengganu. Mungkin saya tak dapat nak join. Maaf.
Tak Tahu : Ermm kalau macam tu tak pela. Nanti Cik Ieqa konfemkan kat email ya. Terima kasih.
Huwaaaa aku baru je excited gila nak gi. Weyhh first time kot dapat invitation macam ini **pergghhh tetibe rasa glamor giler lak hahaha. Ada can gak kot-kot jadi actress ke ** nak jugak aku ni dush dush dush. Lagipun sekarang aku agak busy nak bina kelab untuk teater, boleh tambah contact nanti kan kan! Tapi bila dok pikir-pikir balik.....
1) Jauh kowt. Aku kat Terengganu, event tu lak may be area KL.
2) Waktu tu mana ada cuti. Takkanla semata-mata nak gi sana kena ponteng kuliah kan! Maklumlah aku ni pelajar contoh nakal-nakal banyak mana boleh wawawa
3) Kalo aku turun KL, orang yang paling aku teruja sekali nak jumpa, Aisumi n Nabiel. Tapi kalo kejap-kejap je tak bestla. Coz 30hb lak aku kena jadi kerani SPR untuk pilihanraya Dun Tenang. Mesti sibuk memang tak boleh.
4) Nanti kalo sampai sana, sapa nak jaga aku. Dah le tak de kaum kerabat kat sana. Kalo jadi apa-apa kat aku nanti camna.. Dah le aku lom kawen lagi ishh~
Papepun thanks kat ery farieha coz bagi nama aku untuk join ni. Ingatkan suka-suka tak sangka lak betul-betul dapat. TAPI Serius sedey giler tahap cimpazi menjerit dah ni coz banyak sangat halangan tau. Dah banyak kali aku terpaksa lepaskan peluang nak join gathering gengblogger, cikgu blogger and etc. Apekan daya jodoh nak gi tak ada kan..
Kalo ada rezeki lagi, adelah lain kali. Isk isk isk....
katakan like jika best ya!
peRiSa
cORat CoRet,
Let's FuN,
sWetLuv'S LifE,
Tentang Blog
Tuesday, January 18, 2011
Mencari kisah Cinta Ieqa Swetluv : Tanggal 18 JAN Happy Birthday to MR EX-BF
Tersedak aku bila tengok-tengok ada juga entah manusia mana la kan duk sibuk-sibuk nak cari kisah cinta aku. Hahaha, perlu ke tau?? OHH aku tak glamor jadi better jangan baca takut nanti ada yang muntah hijau *euwwww... Kisah cinta aku yang biasa-biasa saja, itupun cerita lama. Semuanya bermula.....
*************************************************
Satu miscol, yup, dari situ bermulalah perkenalan aku dengan DIA. Panjang ceritanya.. Tak pernah disangka aku boleh tangkap cintan dengan senior aku sendiri.
Kenapa aku suka dia?? Macam mana lah aku boleh mengalah dengan dia. Sedangkan sepanjang hidup aku, aku tak pernah ada perasaan istimewa pun pada kaum lelaki, biarpun hanya suka-suka, sebab aku rasa selalunya diorang tak matang, perangai cam budak-budak.. grrr... Tapi dia ada sesuatu yang ISTIMEWA.
OHhh.. Rasa JAHAT sangat!! Rupanya aku ni jadi penghalang. Bestfren aku admire gila kat mamat ni. Siyesly, aku tak pernah ada niat nak kacau line . Yela, mula-mula tu aku just layan dia as abang angkat je, maklumla jiwa remaja, kurang kasih sayang la katakan. Tapi betullah kata orang, abang angkat lah konon, lama-lama aku sendiri jugak yang terangkat. Cehh!!
Dah lentok gara-gara penangan 'first love', tetiba kawan aku ni serang time malam SPM, tak silap aku esoknya ada paper BIO (nasib baik result BIO aku ok fuhh). Serabut gila time tu, rasa bersalah, mesej dia, aku terus mintak clash. Tapi gara-gara ayat SENTAP dia ni...
Aku : Saya rasa, baik kita putus je. Awak berkawanlah dengan dia, dia dah lama suka kat awak, dan dia bestfriend saya. Anggap je kita tak pernah ada apa-apa.
Dia : Awak ingat saya ni apa? Kain buruk ke yang boleh pas pas kat orang suka-suka hati je. Siapa awak untuk tentukan hati saya dengan siapa. Hati saya pada awak. Saya suka kat awak!
Kenapalah hati aku ni lembik macam agar-agar bila dengan dia, grrrrr~~ Tapi sebagai seorang perempuan yang jujur lagi polos **cewahhh.. suka tak suka kena cakap gak, betullah orang kata hati perempuan ini ibarat kerak nasi, direndam dengan air lama-lama lembut gak.
Sanggup ketepikan kawan baik sendiri demi seorang lelaki. Kau memang BODOH!! Haa tengok sekarang ni, at last dia pi tinggalkan ko sekor-sekor kat sini, selamat dengan perempuan lain. Mula-mula hati ini macam kena siat-siat toreh toreh berdarah tak henti-henti. Kononla disebabkan AKU kau jadi serik nak dengan perempuan lagi , tup tup rupanya da ada perempuan lain. Cinta Jarak Jauh, patutlah banyak alasan. Hatiku terbakar, lelaki memang dasar PENIPU!!!
Ya, aku akui memang aku JELES giler la weyhhh, 4 tahun hati aku pada ko. Kau tahu tak besow gila tau angan aku, dahler aku payah nak percaya lelaki. Tapi KAU...Dalam sebulan je ko rilek-rilek da selamat ngan perempuan lain lak. Dulu aku dengan kau punyalah rahsia, underground je.. Tapi dengan dia, satu dunia kau kasi hebohkan supaya semua tau kau sedang BAHAGIA. Ciss~ kejam!!!
Lepas tu aku dok pikir-pikir balik, hurmm.. Lepak je sudah apa nak sedih, benda dah lepas, biarlah. Apa-apapun, nasib baik aku ni masih waras sebab leyh kontrol diri, tak macam beberapa orang manusia yang kecewa gara-gara putus cinta, terus menyimpang dari landasan agama, jadi lesbian, playgirl, bunuh diri and whatever. Aku takkan buat benda-benda bodoh hanya kerana seorang lelaki. Merugikan diri sendiri..Lagipun member aku tu da ok dengan aku, even dah tak close macam dulu.
To YOU.. Happy Birthday my MR. EX-BF yang ke-24.. Semoga kau bahagia. Sorry, tak ada istilah friendship lepas 'break up' antara kita dan aku tak mahu dan tak ingin tahu apa-apa tentang KAU. Memang aku TAK benci dan takkan mampu lupakan kau sebab kau pernah memberi peluang untuk aku rasa apa itu erti BAHAGIA. Tapi kerana KAU, kini aku takut merasa TERLUKA untuk kali yang kedua...
********************************************
Toink toink... So, korang percaya ke ni kisah cinta aku?? Hahaha.....
Hujung Tinta~
katakan like jika best ya!
peRiSa
juRNaL ciNta,
suKa-suka Aku,
sWetLuv'S LifE
Monday, January 17, 2011
Harga Barang 2011 Naik mendadak, Masalah Ketandusan WANG dalam Kalangan PELAJAR
Salam sayang untuk semua..
Memang agak sakit apabila kita sebagai warga Malaysia terpaksa berhadapan dengan kondisi yang agak MARA-BAHAYA apatah lagi dengan masalah kewangan yang agak meruncing sekarang ini. Apatah lagi, sebagai pelajar, aku juga terkena banyak tempiasnya. Dengan harga barang yang kini semakin melonjak naik *bukan sikit-sikit tau, mak aihh memang terasa!!
Dalam senarai barangan yang harganya kian meningkat kini, aku hanya mampu mnggeleng kepala. Apa tidaknya, sekarang ini beli barang sikit harga dia mak aih tercekik tekak makcik ni weyhh!! Ini kita, yang digelar pelajar, tiada tanggungan dan tanggungjawab dah terasa gila-gila *menangis guling-guling, haa korang bayangkan jela macam mana mak ayah kita, sedara sepupu sepapat yang dah berkeluarga tu sudah berkerut dahi untuk memikirkan bagaimana nak korek duit tampung keluarga dan sebagainya.
Aku?? Nak buat macam mana, dah zaman gawat (untuk aku aje dan mereka-mereka), banyaklah benda yang perlu dikawal supaya tak dela semberono je dok kuar duit untuk benda yang tak sepatutnya. Kadang-kadang geram jugak, time kita tengah sengkek ni la, macam-macam lah pihak dari situ sana sini sinun (perlu dirahsiakan karang kontroversi mampuih aku) kata kena bayar itulah, inilah. Adoii kalo korang ni students macam aku, mesti korang pun geram gak tau! Mana taknya, kadang-kadang benda yang rasa tak perlu pun DIWAJIBKAN bayar. Nak cakap lebih-lebih tak boleh, tulis jela kat sini. Geram sungguh haish~
Dah jadi student, suka tak suka, marah tak marah, puas hati tak puas hati pon, ko tetap kena kata ya, baiklah, dalam keadaan PAKSA RELA. Lagi sakit bila time inilah bermulanya sistem DENDAAN melibatkan WANG. Eii singgit tu kalo kena, besow nilainya tau. Menggigil jari jemari nak hulur supaya lepas denda segala tu. Dalam hati panas je grrr~
Ya, memang sekarang ini aku rasa masing-masing jadik berkira sikit. Dulu setakat sen-sen ni pejam sebelah mata kira halal, sekarang ini bila pokai, tak boleh memang tak boleh. Makan pun nasi dengan telur mata kerbau tu kira dah cukup dah, janji kenyang semua tanggung beres. Nak berjimba-jimba shopping sakan, janganlah cari nahas. Bak kata makcik sebelah ayah sebelah atuk sebelah moyang sedara aku, SEDARLAH ANDA SEBELUM ANDA TERCEKIK TANPA SEDAR di kemudian hari.
Pendekatan d zaman gawat, sebelum membeli :
1) Fikirkan, sama ada KEPERLUAN atau KEHENDAK
2) Tak MAMPU?? Pendam dalam hati sambil berkata, " Hanya mampu melihat... isk isk "
3) Doa banyak-banyak, dengan harapan adalah durian runtuh tergolek-golek, tak pun jumpa duit selit-selit kat kocek seluar ke baju ker... Murah REZEKI hehe..
katakan like jika best ya!
peRiSa
cORat CoRet,
inFo/pSiko,
sWetLuv'S LifE
Monday, January 10, 2011
Renungan Hati : Biarpun Dugaan itu Pahit, Namun Kejayaan itu Manis
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..
Sudah menjadi fitrah hidup manusia, dalam hidup ada suka dan duka. Tiada perjalanan yang mudah, segala ranjau perlu ditempuh demi merealisasi sebuah cita-cita. Apatah lagi dalam mencapai matlamat yang semestinya diimpikan untuk sekian lamanya. Namun, apalah erti sebuah kejayaan jika tiada pengorbanan yang perlu diperhitungkan terlebih dahulu.
Maka, pelbagai cara dan inisiatif yang akan difikirkan semata-mata untuk berjaya. Tak ada namanya manusia yang bercita-cita mahu menjadi gagal. Tak ada siapa juga yang mengimpikan kemiskinan. Dan tiada yang sanggup bernasib malang seumur hidupnya. Untuk itu, betapa indahnya ciptaan Tuhan mengurniakan akal yang unik bagi memudahkan manusia mengadaptasi diri dengan keadaan sekeliling serta berusaha mempertingkat kualiti diri untuk menjadi yang lebih baik.
Walau bagaimanapun, perlu direnungkan kembali, apakah cara yang diambil untuk mencapai sesuatu yang diimpi? Adakah dengan cara yang baik, atau sebaliknya. Hal ini kerana, hasil yang memberangsangkan selalunya memang mudah diperoleh, tetapi keberkatan di sebalik kejayaan itu tidak nampak di mata, tapi sebenarnya, keberkatan itu jelas dapat dirasakan ketara. Segalanya sudah tersurat sebagai hukum alam.
Lihatlah sekeliling kita. Ada orang yang punya wang berjuta-juta, tetapi masih merasakan tidak cukup bagi dirinya. Ada orang yang sentiasa dikelilingi 'bodyguard', tetapi hidupnya diselubungi dengan ketakutan. Ada orang berjaya dalam kerjaya, tetapi hidup resah dan tidak gembira. Ada orang yang sihat walafiat, tetapi jiwanya kosong dan hatinya merana. Ada orang yang mewah makannya, tetapi tidak pernah kenyang-kenyang biarpun siang malam pagi petang mengunyah tak henti-henti.
Aku selalu mengingatkan diriku dan orang sekeliling yang rapat denganku, dimana silapnya jika kita pernah merasakan tidak cukup dengan apa yang ada. Kenapa sifat syukur selalu tipis biarpun segalanya sudah cukup tersedia di depan mata. Kenapa masih rasa 'sengkek' biarpun sudah diberi wang belanja secukupnya. Maka, perlu berbalik kepada asal, fikirkan semula bagaimana dan apakah cara yang telah dilakukan untuk mengecapi matlamat tersebut, sama ada cara baik atau sebaliknya kerana apa jua matlamat itu baik rupanya, tetap tidak akan menghalalkan cara yang salah di sisi agama dan undang-undang.
Sesungguhnya, nak meniti kejayaan sebenarnya bukan suatu perkara yang mudah. Bulat takkan datang bergolek, pipih tak datang melayang. Segalanya hanya akan diperoleh setelah sekian lama berusaha keras ditambah dengan doa dan yakin kepada Maha Pencipta. Sekiranya telah berjaya pula, dugaan itu takkan berhenti kerana ada saja penyakit hati menyelubungi hati-hati manusia yang bersifat dengki dan iri hati. Begitulah erti dunia sebenar, kerana dengki dan sakit hati, boleh membawa hingga ke mati, Nauzubillah.
Demikianlah hidup ini berputar ibarat roda, ada hari-hari di atas dan ada hari-harinya di bawah. Hari-hari di atas memberi peluang untuk kita memanjatkan rasa syukur dan menghargai apa adanya. Serta, hari-hari yang di bawah itu pula yang akan menyedarkan diri kita betapa kerdil dan lemah diri agar tetap berpijak di bumi yang nyata.
Hujung Tinta :
~ Alhamdulillah, sangat bersyukur usaha keras berbaloi, azam aku akhirnya tercapai dapat pointer 3.78 untuk semester lepas. Adik aku juga berjaya sambung ijazah. Syukur. Harap perjalanan hidup selepas ini sentiasa dipermudahkan, Aminn.
katakan like jika best ya!
Tuesday, January 4, 2011
Hari Akhir Bercuti.. Esok Bermula Satu Ekspedisi Hidup Seorang Pelajar
Cuti memang seronok. Boleh buat sesuka hati sesedap rasa bila cuti. Tidur makan tidur makan tengok tv, tak payah nak pening-pening kepala pikir nak pergi kelas ke, homework, assignment, kelas dan sebagainya. Hidup begini memang sungguh bahagia.
Nampaknya esok dah kena balik Terengganu semula. Waduhh 3 tahun lagi nak habis belajar rasa macam lama sangat je. Rasa cam tak sabar-sabant je nak kerja, jeles tengok senior first bacth PISMP dah selamat habis study. Actually, study tu memang seronok sebenarnya, tapi bila environtment kita tak syok, sekaligus tak dapat merangsang mood yang bagus. Apa boleh buat kan..
Dengan berat hati terpaksa packing segala harta benda.. makan dengan sepuas-puasnya takut nanti kempunan kalau dah balik sana. Bayangkanlah, semalam aku balun bihun tomyam semangkuk, separuh pinggan laksa ayah aku, mi rebus mak aku lagi dengan sebiji burger special plus ais krim sekali makan, wahh memang balas dendam betul haha, awas jika tak kenal aku memang kuat makan wink wink. Siap adik aku cakap perut aku perut stokin sebab boleh sumbat macam-macam.
Dahler nak mengemas dululah. Punyalah tarak mud segala harta benda aku pun dah lupa da letak kat mana. Sebagai cuci-cuci mata, jom tengok apa yang aku dah buat sepanjang cuti ini!
hang out wif my cousin, Aniah and anak-anak dia.. baru umur 22 dia dah ada 2 anak hebat kan!!
Time ini di jb, menyambut kedatangan orang baru, anak paksu aku. Yang specel nya aku yang bagi nama dia suke bangat!! Her name is Nur Khaliesah(Cahaya keikhlasan). Wahh ini baru anak orang aku dah semangat gila nak bagi nama kat dia siap search kat tenet lagi. Kalo lah anak sendiri entah macam mana la agaknya ya haha.
Waktu bershopping sakan kat Batu Pahat @ BP Mall. Masa sibuk-sibuk nak Christmas and Year End Sale.. Wahh semangat betul aku membeli belah waktu ini, haa tengok skang da kontang poket ni mana lagi nak korek weyhh nasib baik ade account PA-MA selamat sudah ekekeke..
Memori terakhir di Pantai Air Papan, Mersing. Yela pasni dah payah nak datang coz adik aku dah selamat menamatkan SPM dia dengan jayanya cewahh. Kalau setakat nak mai jalan-jalan Mersing may be payah dah kot, perjalanan nak ke sana jauh sangat tak larat dok dalam keter huhu.
Ingat lagi tak cerita pasal kitorang gi kebun ayah aku. INi pun aku kira kenangan and pengalaman yang memang mahal lah. Tak pernah-pernah aku perah susu lembu, sekarang ni boleh dikatakan agak menguasailah kot hak hak.
Me and my dear sis era, with my parents. Kitorang gi KFC baru tempat adik aku, angah kerja. Maklumlah waktu ini famous betul Zinger Crunch burger tu.. menu baru lah katakan.. Sekali cuba pasti nak lagi!!
Lastly, hantar adik aku balik hostel dia, kat Sekolah Kebangsaan Seri Kenangan, Segamat.
Memang cuti ini aku habiskan just with my family. Nak jumpa kawan-kawan pun takde can, masing-masing dah kerja study jauh-jauh payah nak jumpa. InsyaAllah esok malam sampai ke Terengganu. Mudah-mudahan selamat sampai sana..
katakan like jika best ya!
peRiSa
cORat CoRet,
suKa-suka Aku,
sWetLuv'S LifE
Saturday, January 1, 2011
Senarai panjang azam Tahun Baru 2011.. perlu ke perancangan masa depan??
Perlu ke ada azam baru bila start tahun baru??
Tercapai tak azam tahun lepas??
Atau tahun lepas beri kegembiraan atau kelukaan??
Bermimpi sesuatu yang lebih untuk tahun ini??
Cepat sungguh masa berlalu, 2010 sudah lama menutup tirai, dan bermula Tahun Baru 2011.. tup tup kiranya tahun ini dah meningkat la usia aku setahun lagi.. Aduhhh!! Malas gila nak jadi orang dewasa, jadi budak-budak kan best.. Tak payah susah-susah nak pikir tanggungjawab itu, komitmen ini, hanya hidup untuk happy-happy je.
Tapi kena jugak berdepan dengan realiti, yang aku ini bukan budak-budak kecik lagi. Semakin meningkat tahun, semakin meningkat usia, dan bermaksud sepatutnya pemikiran menjadi lebih matang dan rasional. Masalahnya kau kena menghadapi macam-macam perangai dan ragam manusia. Sama ada mengalah dan menerima, atau melawan dan bertahan.. Berjumpa dengan pelbagai manusia dewasa yang mempunyai pemikiran yang complicated, sungguh malas aku nak layan.
Weyhh susah kot bila da masuk kategori umur 20-an ni. Hidup dalam usia macam ini biasalah, cuma fikir nak study betul-betul sampailah grad, menikmati zaman study dengan macam-macam karenah kawan, lepas itu proses nak carik buah hati, kalo serasi sibuk pulak nak kahwin, kalo tak jumpa dikatakan tak laku pula, dah tu sibuk-sibuk lak nak pikir pasal kerja, tak dapat kerja tinggal tanam anggur kat belakang uma. Nampak tak, dalam usia macam ini, macam-macam boleh jadi. Setiap perjalanan yang dipilih akan memberi risiko yang besar untuk jangka masa panjang, kalo salah pilih merana lah badan sampi ke tua, Sungguh menakutkan.
Setiap azam yang dibina pasti berkait rapat dengan perancangan masa depan yang telah dirangka. Dan yang pastinya, semua mengharapkan tahun baru merupakan tahun yang lebih baik dan gembira berbanding tahun-tahun sebelumnya. Dan aku.. aku semakin takut untuk memikirkan masa depan yang belum jelas dan nyata, masih samar-samar untuk aku rancangkan.
Entahlah, sejujurnya aku tak nak jadi dewasa. Kalau boleh nak stay je macam ini. Tension arhh bila mak aku duk sibuk-sibuk cakap aku ini umur makin tua, tapi perangai tak matang-matang lagi, sama je ngan budak-budak. EEe.. malas tau bila fikir pasal matang! Kalau boleh aku nak letak seluruh hidup aku kat mak aku, biar dia yang tentukan, aku follow je. Aku serik untuk memilih, apatah lagi jika pilihan yang aku buat itu salah, dan memberi kesan yang mendalam dalam hidup aku, sampai sekarang..
Mak : Ada tak yang special sekarang ni??
Aku : Ala.. mak ni balik-balik tanya camni boringlah...
Mak : Lahh.. tanya pun tak boleh ke..
Aku : Bukan tak bolehla mak, cuma tak sukalah..
Mak : Ala, along tu yang selalu jual mahal kan..
Aku : Kalau camtu, mak jelah carikan untuk along ya.
Mak : Laaa takkanlah mak pulak yang kena cari nanti tak kena mak pulak disalahkan. Tak reti lah..
Aku : Along pun lagi tak reti. Menyusahkan je kalo pikir. Dahlah jangan tanya-tanya lagi k..
Jadi, senarai azam tahun ini untuk peringatan diri aku yang terutama..
1) Family ~ Nak jadi anak yang terbaik untuk parents aku, demi mak tersayang aku upgrade lagi skill jadi 'wanita dewasa' macam mak nak... and hargai masa yang ada untuk bersama sepuas-sepuasnya.
2) Study ~ Harap lebih baik dari tahun lepas, harap result aku okeyh, macam yang aku aim.
3) Friends ~ Tak nak ada masalah-masalah lagi. Malas nak pikir pasal hati orang, hati sendiri pulak tak pasal-pasal makin sakit. Ikut flow jela..
4) Life ~ Nak enjoy, nak jalan-jalan.. Kalau boleh tahun ini dapatlah merasa gi pulau redang ke, pulau perhentian ke, pulau kapas ke, dah masuk 2 tahun setengah kot dok ganu tapi tak pernah ke mana huhu.
5) Blog ~ Harap mud berblogging tak pasang surut pasang surut je.. Harap gak mudah2an idea sentiasa mencurah2 ke ladang gandum hoho.. Jangan banyak alasan, Janganla jadik pemalas yer ika!!!
6) Love ~ Postpone luk.. Kalau ada tak ke mana. Bukan apa, sama ada aku yang tak boleh percayakan orang tu, atau dia nanti yang tak boleh percayakan aku..
Selamat Tahun Baru Semua.. =)
peRiSa
cORat CoRet,
ReNungKanLah,
sWetLuv'S LifE
Monday, December 27, 2010
Dilanggar Lori Balak, Nyaris-nyaris Menjadi Mangsa Sungguh Mengerikan
Sangat mengerikan apabila melihat kemalangan-kemalangan maut yang terpampang di kaca televisyen dan akhbar. Lebih mengerikan apabila kemalangan melibatkan kenderaan-kenderaan besar dan berat seperti bas, lori balak dan sebagainya. Rasanya kalau kereta kecil menjadi sasarannya, kereta hancur dengan pemandu dan penumpangnya pun hilang nyawa. Apatah lagi kalau yang bermotosikal!
![]() |
| menyeramkan!! |
Itulah yang terbayang-bayang di kepala setiap kali memandu kereta di sebelah lori-lori besar. Berderau je rasa, terus terketar-ketar tangan dibuatnya. Yela, kadang-kadang kita yang memandu ini caranya dah betul, salah yang lain tak pasal-pasal dengan kita-kita sekali menjadi mangsa. Tengok pula lori besar, kayu balak bertindih-tindih tinggi, treler panjang, huishh serammm.. Nauzubillah.
Cerita pasal lori balak, Sabtu yang lepas aku dan famili pergilah rumah kahwin di Segamat. Maklumlah cuti sekolah ini, memang banyak kerja kahwin. Nak tak nak ikutkan jela, ambil berkat kot-kot tak lama lagi aku lak terkena tempiasnya huahuahua kecik-kecik lagi dah gatal ea ko.
Nak dijadikan cerita, on the way nak balik tu, traffic light merah kat jalan berbukit. Tiba-tiba je....
BUMM!!!
Lori balak kat belakang entah macam mana brek tak makan ke apa entah, terlajak sekaligus melanggar dua kereta yang berada di depannya. Kereta Wira yang betul-betul kat depan lori tu terbabas masuk parit, terus melanggar kereta yang di depannya, begitu juga kereta yang satu lagi dan seterusnya, rasanya 6 kereta menjadi mangsa. Nasib baiklah belakang kereta aku HILUX, mungkin sebab kereta tu kuat, selamat kereta aku tak dilanggar jugak, kalau tak masalah. Pemandu Exora sebelah kereta aku tu baru keluar nak marah kereta belakang tak jadi nak marah bila tengok lori balak punya angkara.
Kitorang satu famili bersyukur je tak jadi apa-apa. Yela, kalaulah kereta betul-betul depan lori tu, bahaya sungguh! Pesanan Penaja, sebelum memandu bacalah doa naik kenderaan ya, semoga perjalanan ke destinasi selamat balik dan pulang, maklumlah malang tak berbau kan.
![]() |
| dasyat sungguh lembu tu boleh lompat masuk cermin depan kereta grrr~ |
Hujung Tinta :
Tak lama lagi dah kena balik Terengganu, rasa cuak lak nak naik bas ekspres bila tengok macam-macam kemalangan dah jadi.
peRiSa
cORat CoRet,
ReaLiti masyaRakat,
sWetLuv'S LifE
Subscribe to:
Posts (Atom)












