Tabung Masa Depan
Showing posts with label ReNungKanLah. Show all posts
Showing posts with label ReNungKanLah. Show all posts
Sunday, September 28, 2014
Di Mana-mana Ada Peluang
Assalamualaikum dan Selamat sejatera...
Hari ini... ahad, 28 September 2014... aku dapat rasa banyak perubahan dalam diri aku. Sejak aku sahut peluang ini, sejujurnya life aku jadi semakin mencabar. Masa aku jadi semakin suntuk.
Tetapi, why not we take as a challenge. Tak ada masa ? Allah kurniakan masa 24 jam dalam hidup kita. So, adakah sebelum ini kita gunakan kesemua 24 jam tu dengan sebaiknya? Jadi, aku cuba refresh balik, dan susun atur semula life aku.
Alhamdulillah, sekarang ini aku mula menyesuaikan diri, kejutkan diri dan perbetulkan semula life aku. Aku pandang peluang yang aku dapat ini dari sudut positif. Aku lihat semua cabaran, tekanan dan kekangan ini sebagai satu peluang untuk aku jadi lebih baik. Malah sekarang aku nampak semua perkara yang ada dalam hidup aku sebagai satu peluang, dan nampak di mana-mana pun ada aku berada, semuanya ada peluang dan manfaatkan semua itu dengan sebaik-baiknya.
Mudah-mudahan Allah mempermudahkan aku untuk berubah, dan aku majukan diri aku selepas ini, InshaaAllah. ..
katakan like jika best ya!
Tuesday, June 21, 2011
Rezeki daripada Allah Taala.. Alhamdulillah
Assalamualaikum...
Lihatlah, betapa banyaknya dugaan dan cabaran yang ada dalam kehidupan sekeliling ini, seringkali menguji setiap perjalanan hidup seorang insan yang bergelar hamba Illahi. Begitu juga perjalanan hidupku yang penuh onak dan duri, yang sentiasa dihadapkan dengan terjahan ombak yang memukul hati dan sanubari. Apalah ertinya hidup ini jika tidak diuji dengan pancaroba. Bagaimana keindahan hidup ini dapat dinikmati dan dihargai kiranya tiada pengorbanan yang menjadi bayarannya. Itulah yang dinamakan kehidupan, sentiasa ada suka dan duka, sentiasa ada susah dan senang, sentiasa ada untung dan ruginya.
Alhamdulillah, hari ini aku dah dapat melalui hari-hari di tempat aku belajar ini dengan sebaiknya. Kini aku sudah mula menghadapi semester 4 pula. Sekejap je masa ini berlalu pergi. Semester ini, bermulalah kehidupan baru aku di rumah sewa. Maklumlah, bila 'intake' baru mula masuk, pastinya kakak-kakak dan abang-abang yang senior terpaksalah mengalah dengan adik-adik kan!
Mula-mula, memang banyak masalah juga yang perlu aku dan 7 orang rakan lagi hadapi gara-gara perihal rumah sewa ini. Dari satu rumah ke satu rumah lain kami selidiki, sehinggalah rumah keempat yang kami diami sekarang ini, barulah dapat melepaskan nafas lega yang teramat. Itulah yang dikatakan, kalau ada rezeki, takkan ke mana. Namun setiap rezeki itu pasti banyak cobaannya. Begitu juga dengan apa yang telah aku hadapi sepanjang menghadapi masalah rumah sewa ini.
Aku hampir-hampir terpaksa tinggal bertiga gara-gara sebahagian kami mengambil keputusan untuk memohon masuk semula ke asrama. Memang waktu itu, rasa dah hilang akal hendak mencari solusinya. Bukan mudah nak cari rumah sewa yang mencapai harga sewa RM200-350. Lagi-lagi awal semester ini, biasalah dengan masalah kewangannya lagi. Tapi itulah, rezeki itu semestinya milik Illahi. Akhirnya rakan-rakanku yang selebihnya ini mengambil keputusan untuk bersama-sama dengan kami semula. Syukur sangat segala masalah dapat diatasi dengan sebaiknya, tambahan pula kini kami dapat rumah sewa yang lebih baik, biarpun serba sederhana. Alhamdulillah..
Hari ini juga, kami telah dimaklumkan mengenai keputusan peperiksaan semester lepas. Aku bersyukur sangat kerana masih lagi dapat mengekalkan keputusan peperiksaan aku semester ini, dan mencapai 'aim' ku untuk mendapat 3.8 ke atas. Alhamdulillah..
Apabila mengimbas setiap liku-liku hidup ini,kalau diikutkan rasa hati ini, aku sebenarnya banyak yang terkilan, terguris hari apabila mengenangkan saat2 perit sepanjang aku tinggal di Bumi Terengganu ini. Sehinggakan nak meninggalkan rumah pun perlu menangis teresak-esak, bagai mahu berlayar bertahun-tahun di tanah seberang. Bukan aku sengaja mahu menangisi detik-detik perjuangan hidup di sini. Tetapi, biarpun zahir aku kelihatan teguh dan utuh, namun hati seorang hamba ini tetap lemah tiap kali menghadapi ranjau dunia. Namun apabila terkenangkan akan bait-bait nasihat yang keluar dari bibir ibuku, 'Jika kita rasa dugaan yang kita hadapi suda besar, sebenarnya ada orang lain yang sedang menghadapi dugaan yang lebih besar lagi daripada kita, begitu juga sebaliknya'. Aku bertambah bersyukur kerana masih mampu menjalani hidup ini dengan kudrat yang dikurniakan-Nya. Sesungguhnya, Allah masih sayangkan aku..
Setiap dugaan yang Allah berikan kepada manusia, sekiranya mereka menghadapi dengan tenang dan sabar, insyaAllah, hikmah yang terhijab akan terbentang luas di kemudian harinya. Betapa indahnya rezeki yang Allah kurniakan apabila kita menerima imbalan yang diimpikan, setelah begitu banyak kehilangan dan kesedihan yang kita hadapi. Aku bersyukur Allah atas dugaan demi dugaan yang diuji kepadaku, kerana aku yakin, Allah tidak mahu aku jauh menyimpang daripada mengingati-Nya, Allah tidak mahu aku jarang-jarang berdoa sehingga menangis memohon pertolongan dan keampunan daripada-Nya, Allah tidak mahu aku lalai dalam menyebut dan memuji kebesaran-Nya. Sesungguhnya, setiap apa yang berlaku pasti ada hikmah di sebaliknya .. Wassalam..
katakan like jika best ya!
peRiSa
ReNungKanLah,
sHaRing/caRiNg,
sWetLuv'S LifE
Tuesday, February 22, 2011
Sekadar Teguran, menerima atau protes
Bismillah.. Alhamdulillah..
Malam ini baru ada sedikit kesempatan untuk menulis sedikit coretan ilmu juga perkongsian pengalaman diri. Baru-baru ini memang jadual sangat padat sehingga dirasakan setiap detik yang lalu sangat mencemburui.
Teguran.. Pernahkah anda ditegur? Apa yang anda rasa apabila seseorang itu menegur anda? Apatah lagi apa yang ditegur itu adalah realiti diri anda, kesukaan dan minat anda, yang kiranya ada sebahagian mata-mata lain kurang enak memandang, namun bagi diri ianya merupakan satu kemestian, keghairahan yang dianggap suatu yang biasa sahaja.
Pada mula teguran itu, tentunya teramatlah sukar untuk menerima, bahkan siapa-siapa jua yang menerima teguran, pasti dalam hati akan memberontak menyatakan ketidak puasan hati. Apalah, sibuk je masuk campur tentang hidup aku! Ish, tak ada kerja lain ke daripada duk jaga tepi kain orang! Begitulah respon sebilangan besar daripada manusia. Kerana begitulah fitrahnya manusia, apabila ada yang menentang suatu yang disuka, pasti keegoan mencanak diri, kemarahan menguasai hati langsung kewarasan akal tidak dapat dibendung lagi.
Jadi, kali ini mari sama-sama renungkan, pada sesiapa jua yang pernah menerima teguran, apakah teguran yang diberi itu relevan atau sebaliknya? Atau apakah teguran itu menunjukkan tanda bahawa si penegur 'jeles' dengan kita? Atau apakah teguran itu sebenarnya benar, tetapi hati yang keras ini juga tetap berdegil dan sanggup menentang yang benar kerana keegoan kita?
Hari ini aku telah menerima teguran dari seseorang yang aku kira, telah kuanggap dia seperti kakakku sendiri. Bicaranya berbunyi sebegini..
" Wahai adikku sayang..
sbb ukhti antara yg rapat dgn akak , maka sudah jadi tanggungjawab akak untuk menegurmu.:)"
Sungguh, pada mulanya jika tidak dapat mengawal diri dan hati, pasti akan lahir perasaan kurang senang apabila ditegur sebegini. Namun apabila difikirkan secara waras berulang kali, hati mula berdetik,
" Sesungguhnya tegurannya adalah suatu yang baik, dan aku telah membuat suatu yang sebaliknya..
Apa dikata adalah benar, membawa ke arah kebaikan untuk diri aku sendiri. Dia sayangkan aku.
Maka aku harus menerimanya dengan sebaik -baiknya. "
Sebenarnya bila direnungkan semula, apabila kemarahan menguasai diri dan hati , ketika itu perasaan yang lahir berpunca kerana MALU, BENGANG, TIDAK SANGKA, TIDAK PUAS HATI dan sebagainya. Namun jangan mudah tergadah apabila menerima perkara sebegini sebegini, Tarik nafas dan tenang. Baru boleh bersikap rasional dengan teguran yang diberi. Jika belum apa-apa sudah tinggi suara, bermasam muka, bukankan sudah merapuhkan hubungan persaudaraan seagama, dek keegoan tidak mahu menerima!
Adab menegur juga perlu kena pada masa, waktu dan ketika, bukan hentam sajalah bila-bila pun tak pe. Bait bicara untuk menegur pun haruslah berhikmah, bukan berunsur menyakitkan hati apatah lagi berniat untuk menghina. Jika tidak difikirkan semua ini terlebih dahulu, juga akan membuat orang ditegur tidak dapat menerima. Oleh sebab itu, individu lebih mudah menerima teguran apabila bicaranya rendah serta perwatakannya mesra dan tutur katanya relevan.
Sebelum saya tawakufkan bicara, marilah kita berfikir kembali. Sebenarnya, orang yang benar-benar menyayangi kita, bukan orang yang hanya suka memuja muji semata-semata. Kerana setiap pujian yang diberi umpama renjisan minyak yang akan memarakkan lagi api riak dan takbur. Akan tetapi, orang yang yang telus mengasihi adalah orang yang sentiasa ingat-mengingati, berpesan-pesan ke arah kebaikan, dan menyeru ke arah kebenaran, kerana merekalah yang akan menjadi penyelamat daripada kelalaian dan kealpaan.
katakan like jika best ya!
peRiSa
Islam Agamaku,
ReNungKanLah,
sHaRing/caRiNg
Sunday, February 13, 2011
Sejarah Hari Valentine ; Mahukah Dia dengan Insan yang Tiada Dara?
Salam Perkongsian..
Apabila dibangkitkan dengan isu Valentine, sewajarnya sebagai umat Islam haruslah membuka mata, membuka hati dan iman untuk melihat isu ini dengan lebih jauh, bagaimana sejarah Valentine bermula. Namun, perihal Hari Kekasih ini biarpun sudah ditegaskan dalam penulisan, ceramah, majlis ilmu atau seumpamanya, amat menyedihkan apabila melihat masih ada lagi insan yang cetek pemikirannya menganggap Hari Valentine ini lah satu-satunya hari istimewa bagi membuktikan lambang cinta duniawi semata. Nauzubillah~
**************************************
Ok cukuplah tu ayat skema saya. Sebenarnya ada persoalan BESAR yang nak ditanya kepada semua cerdik pandai kat sini, sejauh manakah 'KE-DARA-AN' seorang anak gadis menjadi penentu dan penerimaannya dalam kehidupan insan yang bernama LELAKI.
Jika ditanya kepada mana-mana lelaki pun kat dunia ini, pasti mahukan wanita yang baik, cantik, lembut, dan bla bla.. TAPI persoalan yang paling PENTING, apakah lelaki mahukan seseorang yang baik, cantik, lembut dan bla bla itu, apabila didapati dia sudah hilang 'DARA' nya kepada lelaki lain??
Jikalau yang ganas-ganas, liar tu, mungkin fikir nak buat stok suka suki saja, cuba anda fikirkan, apakah masih ada lagi lelaki yang berhati mulia dan setia, menganggap kisah lama wanita tersebut sebagai perkara yang sudah berlalu, dan cuba belajar menerima wanita itu seadanya ?
Masih ada juga dalam kalangan mereka yang cuba memperbaiki diri apatah lagi berusaha untuk menjadi insan yang lebih baik. Cuba membuka lembaran baru dengan niat agar berpeluang lagi untuk menjalani kehidupan biasa, mengimpikan lelaki yang baik biarpun kadang-kadang masih terselit rasa berdosa, dan bersalah atas kesilapan lama.Menebus dosa lama dengan bertaubat dan mendalami ilmu agama. Kerana sudah lumrahnya, setiap manusia pernah melakukan kesilapan. Waima dia mahu kembali pangkal jalan atau tidak, pilihan sudah tersedia di genggaman.
Jika kaum wanita, frasa 'Hilang Dara' pastinya menjadi isu besar dalam masyarakat kita. Bagaimana pula dengan kaum lelaki yang sudah 'Hilang Teruna' nya? ada ke yang menjadikan ia suatu isu yang besar juga?? Kaum Wanita masih sudi menerima lelaki sebegini sebagai pasangan hidup?
Pasti persoalan sebegini ada jawapan yang berbeza daripada golongan 'arjuna' mahupun 'kirana' kan. Jadi, tertanya-tanya juga macam mana pula respon korang, apabila berhadapan dengan situasi sebegini, apatah lagi mereka yang sudah anda cintai, tiba-tiba sanggup membuat 'PENGAKUAN BERANI MATI' terhadap kisah lamanya. Anda terima atau tidak???
Hujung Tinta~
Setiap apa yang dilakukan pada hari ini, pasti ada pulangannya di kemudian hari. Sebelum melakukan sesuatu, fikirlah kesannya supaya tak menyesal di hari muka.
katakan like jika best ya!
peRiSa
ReaLiti masyaRakat,
ReNungKanLah,
sHaRing/caRiNg
Saturday, February 12, 2011
Petua Imam Syafie - 4 perkara perlu jadi peringatan bersama
Salam persahabatan buat semua pembaca. Hari ini ada sedikit ruang untuk saya berkongsi dengan semua. Memandangkan sekarang agak kesempitan waktu dengan pelbagai program maktab, jadi minta maaf sangat-sangat kepada siapa yang sudi berkunjung kat blog ini yang tak sempat dibalas kunjungan. InsyaAllah ada ruang akan ke blog anda pula.
Jadi, mari kita sama-sama baca, dan dan berusaha mengamalkan Petua Imam Syafie ini, semoga boleh jadi panduan semua untuk menjadi insan yang lebih baik dari sebelumnya.
4 Perkara Untuk Menguatkan Badan :
- Makan daging.
- Memakai Haruman.
- Kerap Mandi.
- Berpakaian daripada kapas.
4 Perkara Yang Melemahkan Badan :
- Banyak berkelamin (bersetubuh).
- Selalu cemas.
- Banyak minum air ketika makan.
- Banyak makan makanan yang masam.
4 Perkara menajamkan mata :
- Duduk mengadap kiblat.
- Bercelak sebelum tidur.
- Memandang yang hijau.
- Berpakaian bersih.
4 Perkara merosakkan mata :
- Memandang najis.
- Melihat orang dibunuh.
- Melihat kemaluan.
- Membelakangkan kiblat.
4 Perkara menajamkan fikiran :
- Tidak banyak berbual kosong.
- Rajin bersugi (gosok gigi).
- Bercakap dengan orang Soleh.
- Bergaul dengan Ulama' (orang yang berilmu)
Selamat Beramal =)
katakan like jika best ya!
peRiSa
Islam Agamaku,
ReNungKanLah,
sHaRing/caRiNg
Monday, January 31, 2011
Realiti sebenar sahabat-sahabat kita Di Mesir, Benarkah ada yang telah dirogol?? SILA BACA, PENTING!!
Terbaca informasi ini di blog sahabat, Luahan Hati Mamat
Kisah Sebenar di Egypt, sila baca dan sebarkan.
Minta jasa baik semua yang berada di Malaysia,
Tolong, tolong, tolong, sebarkan pada semua.
Tingkatkan kesedaran.
Rakyat Malaysia di Egypt perlukan bantuan kerajaan.
Secepat mungkin.
Keadaan di Egypt adalah lebih buruk dari yg anda semua tahu.
Kami lihat, media utama di Malaysia tidak ketengahkan langsung hal Egypt.
Kata TPM, "Pelajar Malaysia selamat, tidak perlu dibawa pulang."
Please, jangan bergantung pada media tempatan dah.
Go online, bukak BBC, Al-Jazeera.
BUKA MATA, banyak lagi penting dari hal pilihanraya Tenang tu.
Kenapa, kenapa, student abroad je yg banyak sebarkan hal ni???
Lepas tu, keluarga pelajar Egypt yg kt Malaysia je risau.
Korang tak risau ke?
Tolong la, aku merayu ni.
JADI, APA SEBENARNYA YANG TELAH BERLAKU PADA RAKAN-RAKAN DAN SAHABAT-SAHABAT KITA DI EGYPT??
~ Airport di Alexandria dah tak boleh pakai.
~ Balai polis di sekitar Mansoura dan Alexandria dah dipecah.
~ Angkatan polis diarahkan untuk tidak mengawal, kononnya untuk susahkan lagi protes.
~ Penjara-penjara, yes, PLURAL, di sekitar Egypt dah dipecah masuk; lebih 6000 banduan terlepas di jalan-jalan Egypt.
~ Pelajar2 perempuan terpaksa bergantung dengan pelajar2 lelaki untuk mengawal rumah mereka.
Baca selanjutnya di sini ( link )
![]() |
| Kredit to krisis Mesir |
Bila dengar macam ini, jadi takut pula. Yela ramai kot student kita, kawan-kawan aku yang study kat sana. Sebenarnya aku try gak contact abang saudara aku yang kerja di Kedutaan Mesir melalui facebook, tapi setakat ini masih belum lagi tahu apa-apa perkembangannya. Entah macam mana la keadaan dia kat sana.
Jadi harap semua yang ada terbaca atau membaca entry ini, silalah membantu mereka dengan doa insyaAllah semoga mereka selamat di sana.
http://krisismesirnasibrakyatkita.blogspot.com/
http://www.facebook.com/pages/Selamatkan-pelajar-dan-rakyat-Malaysia-di-Mesir/185618624791964
://luahan-hati-matika.blogspot.com/2011/01/krisis-mesirnasib-pelajar-malaysia.html (videos at egypt. must see!)
post credit to umek.thanks for posting this babe. i wouldnt understand unless you post it. and im praying that my aunty and all malaysian at egypt is alright. amin.
and you. yang sedang membaca. please copy and paste entry ini di blog, di facebook, di twitter in everywhere social network you have. spread it please.
thank you. :'(
*****************************************
Respon aku :
Lepas satu ujian iaitu banjir besar yang terjadi di beberapa kawasan termasuklah bandar tempat aku tinggal kat Labis ini selepas Pilihan Raya DUN Tenang kelmarin, kini datang lagi satu ujian dari Allah kepada rakan-rakan kita di Mesir.
Aku pun tak tahu adakah ini satu petunjuk kepada kita supaya ingat segala ujian pasti ada hikmah di sebaliknya dan bagi kita yang masih lagi selamat di Tanah Air kita. Mudah-mudah Allah melindungi mereka di sana. Aminn~
peRiSa
ReaLiti masyaRakat,
ReNungKanLah,
sHaRing/caRiNg
Wednesday, January 26, 2011
Marilah Beramal bersama Elle Mardiana, Ben Ashaari, Kujie, dan Mereka..
Salam Muhibah untuk semua...
Terbaca entry ini di blog d_tieah, hatiku amat tersentuh. Melihat penderitaan yang terpaksa ditanggung oleh 2 orang saudara kita, Mohd. Syah Abdul Razak, dan Muhammad Hairuman Miskon. Terus kukunjungi sebuah blog, empunya nama Elee Mardiana, seorang novelis juga punya hati murni kerana keikhlasan beliau untuk membantu meringankan beban mereka.
Akibat kekejaman nafsu songsang seorang bekas banduan 11 tahun dahulu, Mohd Shah Abdul Razak, 23, kini terpaksa menanggung kecacatan kekal pada dubur dan pundi kencingnya akibat disula dengan kayu sepanjang 0.51 meter hingga ke paras halkum. Kini Mohd Shah memerlukan perbelanjaan yang tinggi bagi menampung kos perubatan dan keperluan seharian memandangkan kedua ibu bapanya juga bergaji kecil. Baca seterusnya di sini ( link )
Demi mencari sesuap nasi, Mohd Hairuman Miskon, 22, tidak menyangka nyawanya telah dipertaruhkan. Hairuman telah menjadi mangsa renjatan kabel elektrik ketika mengambil upah mengait kelapa sawit pada tahun lalu. Akibatnya, Hairuman kini dalam dilema sama ada untuk memotong kedua-dua tangannya atau dibiar kehitaman. Kos perubatan yang perlu ditanggung pula terlalu tinggi kira-kira RM 15 000. Baca seterusnya ( link ).
Petikan dari blog Elle Mardiana :
Aku menyeru kepada rakan-rakan semua agar dapat bersama-sama menyokong Elee Mardiana bagi membantu mereka bagi meringankan beban mereka. Dan aku yakin di luar sana juga masih ada insan yang punya hati LUAR BIASA yang dapat membantu mereka seperti Abang Ben Ashaari, Kak Jie, dan ramai lagi. Anda pula bagaimana?? Adakah anda juga punya hati LUAR BIASA seperti mereka??
katakan like jika best ya!
peRiSa
ReaLiti masyaRakat,
ReNungKanLah,
sHaRing/caRiNg
Monday, January 10, 2011
Renungan Hati : Biarpun Dugaan itu Pahit, Namun Kejayaan itu Manis
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..
Sudah menjadi fitrah hidup manusia, dalam hidup ada suka dan duka. Tiada perjalanan yang mudah, segala ranjau perlu ditempuh demi merealisasi sebuah cita-cita. Apatah lagi dalam mencapai matlamat yang semestinya diimpikan untuk sekian lamanya. Namun, apalah erti sebuah kejayaan jika tiada pengorbanan yang perlu diperhitungkan terlebih dahulu.
Maka, pelbagai cara dan inisiatif yang akan difikirkan semata-mata untuk berjaya. Tak ada namanya manusia yang bercita-cita mahu menjadi gagal. Tak ada siapa juga yang mengimpikan kemiskinan. Dan tiada yang sanggup bernasib malang seumur hidupnya. Untuk itu, betapa indahnya ciptaan Tuhan mengurniakan akal yang unik bagi memudahkan manusia mengadaptasi diri dengan keadaan sekeliling serta berusaha mempertingkat kualiti diri untuk menjadi yang lebih baik.
Walau bagaimanapun, perlu direnungkan kembali, apakah cara yang diambil untuk mencapai sesuatu yang diimpi? Adakah dengan cara yang baik, atau sebaliknya. Hal ini kerana, hasil yang memberangsangkan selalunya memang mudah diperoleh, tetapi keberkatan di sebalik kejayaan itu tidak nampak di mata, tapi sebenarnya, keberkatan itu jelas dapat dirasakan ketara. Segalanya sudah tersurat sebagai hukum alam.
Lihatlah sekeliling kita. Ada orang yang punya wang berjuta-juta, tetapi masih merasakan tidak cukup bagi dirinya. Ada orang yang sentiasa dikelilingi 'bodyguard', tetapi hidupnya diselubungi dengan ketakutan. Ada orang berjaya dalam kerjaya, tetapi hidup resah dan tidak gembira. Ada orang yang sihat walafiat, tetapi jiwanya kosong dan hatinya merana. Ada orang yang mewah makannya, tetapi tidak pernah kenyang-kenyang biarpun siang malam pagi petang mengunyah tak henti-henti.
Aku selalu mengingatkan diriku dan orang sekeliling yang rapat denganku, dimana silapnya jika kita pernah merasakan tidak cukup dengan apa yang ada. Kenapa sifat syukur selalu tipis biarpun segalanya sudah cukup tersedia di depan mata. Kenapa masih rasa 'sengkek' biarpun sudah diberi wang belanja secukupnya. Maka, perlu berbalik kepada asal, fikirkan semula bagaimana dan apakah cara yang telah dilakukan untuk mengecapi matlamat tersebut, sama ada cara baik atau sebaliknya kerana apa jua matlamat itu baik rupanya, tetap tidak akan menghalalkan cara yang salah di sisi agama dan undang-undang.
Sesungguhnya, nak meniti kejayaan sebenarnya bukan suatu perkara yang mudah. Bulat takkan datang bergolek, pipih tak datang melayang. Segalanya hanya akan diperoleh setelah sekian lama berusaha keras ditambah dengan doa dan yakin kepada Maha Pencipta. Sekiranya telah berjaya pula, dugaan itu takkan berhenti kerana ada saja penyakit hati menyelubungi hati-hati manusia yang bersifat dengki dan iri hati. Begitulah erti dunia sebenar, kerana dengki dan sakit hati, boleh membawa hingga ke mati, Nauzubillah.
Demikianlah hidup ini berputar ibarat roda, ada hari-hari di atas dan ada hari-harinya di bawah. Hari-hari di atas memberi peluang untuk kita memanjatkan rasa syukur dan menghargai apa adanya. Serta, hari-hari yang di bawah itu pula yang akan menyedarkan diri kita betapa kerdil dan lemah diri agar tetap berpijak di bumi yang nyata.
Hujung Tinta :
~ Alhamdulillah, sangat bersyukur usaha keras berbaloi, azam aku akhirnya tercapai dapat pointer 3.78 untuk semester lepas. Adik aku juga berjaya sambung ijazah. Syukur. Harap perjalanan hidup selepas ini sentiasa dipermudahkan, Aminn.
katakan like jika best ya!
Saturday, January 1, 2011
Senarai panjang azam Tahun Baru 2011.. perlu ke perancangan masa depan??
Perlu ke ada azam baru bila start tahun baru??
Tercapai tak azam tahun lepas??
Atau tahun lepas beri kegembiraan atau kelukaan??
Bermimpi sesuatu yang lebih untuk tahun ini??
Cepat sungguh masa berlalu, 2010 sudah lama menutup tirai, dan bermula Tahun Baru 2011.. tup tup kiranya tahun ini dah meningkat la usia aku setahun lagi.. Aduhhh!! Malas gila nak jadi orang dewasa, jadi budak-budak kan best.. Tak payah susah-susah nak pikir tanggungjawab itu, komitmen ini, hanya hidup untuk happy-happy je.
Tapi kena jugak berdepan dengan realiti, yang aku ini bukan budak-budak kecik lagi. Semakin meningkat tahun, semakin meningkat usia, dan bermaksud sepatutnya pemikiran menjadi lebih matang dan rasional. Masalahnya kau kena menghadapi macam-macam perangai dan ragam manusia. Sama ada mengalah dan menerima, atau melawan dan bertahan.. Berjumpa dengan pelbagai manusia dewasa yang mempunyai pemikiran yang complicated, sungguh malas aku nak layan.
Weyhh susah kot bila da masuk kategori umur 20-an ni. Hidup dalam usia macam ini biasalah, cuma fikir nak study betul-betul sampailah grad, menikmati zaman study dengan macam-macam karenah kawan, lepas itu proses nak carik buah hati, kalo serasi sibuk pulak nak kahwin, kalo tak jumpa dikatakan tak laku pula, dah tu sibuk-sibuk lak nak pikir pasal kerja, tak dapat kerja tinggal tanam anggur kat belakang uma. Nampak tak, dalam usia macam ini, macam-macam boleh jadi. Setiap perjalanan yang dipilih akan memberi risiko yang besar untuk jangka masa panjang, kalo salah pilih merana lah badan sampi ke tua, Sungguh menakutkan.
Setiap azam yang dibina pasti berkait rapat dengan perancangan masa depan yang telah dirangka. Dan yang pastinya, semua mengharapkan tahun baru merupakan tahun yang lebih baik dan gembira berbanding tahun-tahun sebelumnya. Dan aku.. aku semakin takut untuk memikirkan masa depan yang belum jelas dan nyata, masih samar-samar untuk aku rancangkan.
Entahlah, sejujurnya aku tak nak jadi dewasa. Kalau boleh nak stay je macam ini. Tension arhh bila mak aku duk sibuk-sibuk cakap aku ini umur makin tua, tapi perangai tak matang-matang lagi, sama je ngan budak-budak. EEe.. malas tau bila fikir pasal matang! Kalau boleh aku nak letak seluruh hidup aku kat mak aku, biar dia yang tentukan, aku follow je. Aku serik untuk memilih, apatah lagi jika pilihan yang aku buat itu salah, dan memberi kesan yang mendalam dalam hidup aku, sampai sekarang..
Mak : Ada tak yang special sekarang ni??
Aku : Ala.. mak ni balik-balik tanya camni boringlah...
Mak : Lahh.. tanya pun tak boleh ke..
Aku : Bukan tak bolehla mak, cuma tak sukalah..
Mak : Ala, along tu yang selalu jual mahal kan..
Aku : Kalau camtu, mak jelah carikan untuk along ya.
Mak : Laaa takkanlah mak pulak yang kena cari nanti tak kena mak pulak disalahkan. Tak reti lah..
Aku : Along pun lagi tak reti. Menyusahkan je kalo pikir. Dahlah jangan tanya-tanya lagi k..
Jadi, senarai azam tahun ini untuk peringatan diri aku yang terutama..
1) Family ~ Nak jadi anak yang terbaik untuk parents aku, demi mak tersayang aku upgrade lagi skill jadi 'wanita dewasa' macam mak nak... and hargai masa yang ada untuk bersama sepuas-sepuasnya.
2) Study ~ Harap lebih baik dari tahun lepas, harap result aku okeyh, macam yang aku aim.
3) Friends ~ Tak nak ada masalah-masalah lagi. Malas nak pikir pasal hati orang, hati sendiri pulak tak pasal-pasal makin sakit. Ikut flow jela..
4) Life ~ Nak enjoy, nak jalan-jalan.. Kalau boleh tahun ini dapatlah merasa gi pulau redang ke, pulau perhentian ke, pulau kapas ke, dah masuk 2 tahun setengah kot dok ganu tapi tak pernah ke mana huhu.
5) Blog ~ Harap mud berblogging tak pasang surut pasang surut je.. Harap gak mudah2an idea sentiasa mencurah2 ke ladang gandum hoho.. Jangan banyak alasan, Janganla jadik pemalas yer ika!!!
6) Love ~ Postpone luk.. Kalau ada tak ke mana. Bukan apa, sama ada aku yang tak boleh percayakan orang tu, atau dia nanti yang tak boleh percayakan aku..
Selamat Tahun Baru Semua.. =)
peRiSa
cORat CoRet,
ReNungKanLah,
sWetLuv'S LifE
Tuesday, December 7, 2010
Ramai gila 'Orang Gila' dalam dunia
Ramai gila 'Orang Gila' dalam dunia ini
Ada orang gilakan harta benda
Ada orang gilakan duit
Ada orang gilakan pangkat dan kuasa
Ada orang gilakan bola
Ada orang gilakan emas, intan dan berlian
Ada orang gilakan perempuan
Ada orang gilakan kejayaan
Ada orang gilakan kecantikan
Ada orang gilakan fesyen terbaru
Ada orang gilakan artis pujaan
Ada orang gilakan kesempurnaan
Ada orang gilakan keuntungan
Bermacam-macam jenis orang gila ada dalam dunia kini
Yang tak waras dipanggil orang gila
Yang berakal, bijak pandai juga berperangai macam orang gila
Yang baik dianggap kesalahan paling besar
Yang salah pula dipandang tinggi dan dibangga-banggakan
Tak ke itu namanya gila??
Hai dunia ini memang ramai orang gila
katakan like jika best ya!
peRiSa
cORat CoRet,
ReaLiti masyaRakat,
ReNungKanLah
Saturday, November 6, 2010
Jika Nabi Muhammad SAW bersama kita hari ini..
Salam sejahtera dan salam kasih buat semua.. Hari ini aku ingin berkongsi satu tayangan video yang diambil daripada sebuah rancangan televisyen Arab. Sama-sama kita tonton dan semoga peroleh hikmah di sebalik video ini.
Daripada diorang dok tayang wakenabeb or bing bang boom tu, baik tayang program camni.. ade gak beri kesedaran sikit..
Hujung tinta:
Jauh sudut hati ini rasa sayu sangat. Jika rancangan sebegini ditayangkan di Malaysia, entah bagaimanalah nisbah yang jujur dan punya nilai-nilai sebegini.. Allahu'alam
peRiSa
inFo/pSiko,
Islam Agamaku,
ReNungKanLah
Thursday, November 4, 2010
Penulisan Kreatif : Biar Alam Berbicara
Dikala langit menangis duka,
Dapat kulihat ramai yang suka,
Indahnya dunia dapat dirasa,
Sedangkan cuma godaan jiwa.
Dikala angin menghembus lara,
Dapat kulihat ramai yang leka,
Terlanjur tenang dibuai raga,
Namun indahnya cuma seketika.
Dikala bayu membelai pipi,
Dapat kulihat ramai yang asyik,
Teramat suka pantang diusik,
Khuatir kelak menjadi sakit.
Dikala dingin menggigit tulang,
Berselubung hati di balik suram,
Melayan dunia dalam girang,
Akal tenggelam dalam kelam.
Dikala awan semakin sarat,
Menanggung semua teramat berat
Yang dipekung kian tersurat.
Malanglah nasib sudah melarat.
Biarlah alam berbicara,
Moga kau lekas terjaga.
Khamis, 0330 am
04 November 2010
*********************
Hujung Tinta :
Rasa cam dah lama tak berkarya macam ini.. =)
peRiSa
ReNungKanLah,
sHaRing/caRiNg,
uKiRan peNa
Tuesday, October 19, 2010
Bertuahnya Menjadi seorang Wanita
sebuah pujangga berbunyi..
bukan dari tulang ubun ia dicipta,
sebab berbahaya membiarkannya dalam sanjung dan puja,
tak juga dari tulang kaki,
kerna nista menjadikannya diinjak diperbudak,
akan tetapi..
dari rusuk kiri,
dekat ke hati untuk dicintai,
dekat ke tangan untuk dilindungi.
*****************
Salam sayang buat semua sahabat. Kali ini aku ingin berkongsi sedikit pembacaan yang aku peroleh dari sebuah buku, 'Tips menjadi Wanita yang Paling Bahagia'. Banyak sangat info yang telah ku peroleh, dan sangat seronok bila dapat tambah ilmu untuk bekalan masa depan. Semoga kisah ini memberi manfaat dan ilmu yang berguna untuk kita terutamanya untuk menjadi muslimah sejati, isteri solehah dan ibu yang mithali, insyaAllah.
"Apabila seorang wanita telah melakukan solat wajib lima waktu, berpuasa di bulan Ramadhan, menjaga maruah dan mentaati suami, di akhirat nanti ia diseru masuk ke dalam syurga mengikut pintu mana (pilihan) yang disukai." (Riwayat at-Tabrani)
Suatu Riwayat mengisahkan , pada suatu hari Rasulullah SAW menziarahi anaknya Fatimah dan didapatinya Fatimah sedang menangis. Maka Rasulullah SAW bertanya apakah yang menyebabkan Fatimah bersedih. Jawab Fatimah,
" Wahai ayahku, aku menangis kerana terlalu letih mengisar tepung untuk menyediakan makanan bagi keluarga dan menyiapkan kerja harian di rumah. Kalau boleh, tolonglah beritahu kepada Ali agar ia belikan seorang hamba bagi membantu kerja-kerja ini dan ia sebesar-besar kurnia kepadaku."
Maka Rasulullah membantu puterinya mengisar gandum dan dengan lafaz Bismillah, suatu keajaiban berlaku. Batu pengisar tersebut berterusan bertasbih memuji kebesaran Allah sambil mengisar gandum tersebut tanpa diputar oleh tangan kekasih Allah.
Usai sahaja Rasulullah membantu Fatimah, sambil Rasulullah SAW memandang puterinya maka berkatalah baginda,
" Wahai Fatimah, ALLAH boleh menghendaki batu pengisar itu bekerja dengan sendiri mengisar tepung bagi membantumu sepertimana yang engkau lihat tadi, tetapi ALLAH tidak mahu berbuat begitu, kerana ia hendak memberi ganjaran pahala yang besar meninggikan darjatmu dalam syurga daripada penat lelahmu memerah tenaga dan bekerja mengurus keluarga dan rumah tanggamu "
Sambung Rasulullah SAW,
" Wahai Fatimah, kelebihan setiap wanita mengeluarkan peluh ketika mengisar tepung dan memasak roti (makanan) untuk dihidangkan kepada suami dan anak-anaknya, Allah akan bina parit (sebagai pendinding) di antara dirinya dengan api neraka (bagi menghalang dari panas api neraka). Jarak di antara satu parit dengan satu parit sejauh langit dengan bumi."
" Wahai Fatimah, setiap wanita yang berair matanya lantaran pedih kerana memotong bawang untuk dijadikan bahan masakan kepada ahli keluarganya, maka ALLAH akan membalas pahala sebanyak orang yang menangis kerana takutkan ALLAH."
" Wahai Fatimah, setiap wanita yang memintal benang, menenun dan menjahit pakaian untuk keluarganya, ALLAH akan mencatatkan kebajikan sebanyak jumlah benang yang ditenun (dijahit) dan dihapuskan(diampunkan) pula 10 kejahatan(dosa)."
" Wahai Fatimah, setiap wanita yang menenun(menjahit) pakaian ahli keluarganya, ALLAH menetapkannya di tempat khas di atas takhta (di dalam syurga) di akhirat."
Riwayat lain menyatakan akan diberi pahala sama seperti memberi pahala makan kepada 1000 orang yang sedang lapar dan memberi pakaian kepada 1000 orang yang tidak berpakaian.
" Wahai Fatimah, setiap wanita yang meminyakkan dan menyisir rambut, mencuci pakaian anak-anaknya, ALLAH akan membalas perbuatan kebajikannya itu dengan pahala sebanyak jumlah rambut anaknya yang telah disisir dan menghapuskan dosa-dosanya serta wajah beliau kelihatan berseri-seri di akhirat."
" Wahai Fatimah, tiada yang lebih utama bagi seseorang wanita itu ialah berada dalam keadaan redha suaminya. Sekiranya suami tidak redha ke atasmu maka aku tidak mendoakan untukmu. Ketahuilah bahawa redha ALLAH terhadap seorang wanita bergantung kepada redha suami ke atasnya."
******************
Bertuahnya kita menjadi seorang wanita, kerana kita punya peluang yang luas mempertingkatkan amal dan bekalan di akhirat kelak. Hanya memenuhi 3 perkara ini, maka insyaAllah pintu syurga akan terbuka : Taat kepada Allah, Cinta kepada Rasulullah dan Kasih kepada Suami. Semoga kita sama-sama menjadi seorang wanita yang tabah, sabar, dan kuat menghadapi segala godaan dan badai kehidupan, dan seterusnya menjadi isteri yang solehah buat suami tercinta serta ibu yang terbaik buat anak-anaknya.
katakan like jika best ya!
peRiSa
inFo/pSiko,
ReNungKanLah,
sHaRing/caRiNg
Saturday, October 16, 2010
kasih seorang kakak.. khas buat adikku yang bakal SPM 2010
Petang semalam adikku call dari hostel, rasa macam lama sangat tak jumpa dia coz nak wat camne, dia jauh ke selatan, aku pulak sedang berjuang di pantai timur. Nasib baik kemudahan teknologi ada, kalau tak terpaksa guna telegram ala-ala orang dulu-dulu. Adikku bakal menghadapi SPM this year, so sebagai seorang kakak yang berjiwa kekakakkan yang ketara (ada dalam kamus BM tak) memang pada aku la dia merujuk segala..
" Along, trial kali ini achik tak dapat yang terbaik, sedih sangat "
" Kenapa?? hurmm, achik stress ke study kat sana? "
" Entahlah along, kat sini semua orang fokus lebih pada sains dan maths. Cikgu pula dah tak tekankan sangat subjek-subjek teras, dia suruh belajar sendiri, tapi bagi banyak sangat homework, kadang-kadang nak wat revision sendiri pun tak sempat. Sedihla kita long tak ada A pun trial ini. Achik takut la long.. "
Risau juga bila aku lihat adik aku kusut macam ini. Aku faham perasaan dia, study di MRSM, apetah lagi sekadar seorang freshie yang baru masuk ketika dari form 4 dari sekolah yang biasa-biasa je, memang banyak dugaan, friendship, study, lifestyle dan segalanya berbeza. Yup, rasanya dia macam aku kowt, sains bukan dunia dia. Sebab aku pun dahulunya berasal dari aliran pure sains yang akhirnya berpindah ke sastera. Tapi sekarang bukan masanya nak menyesal sebab sekali melangkah, tiada peluang kedua untuk berpatah balik semula. Life must go on dear.
" Achik, sekarang ini kau kena ada aim, sebab kalo nak baca semuanya dalam masa sebulan dah tak sempat dah. Kena kontrol diri, bijak atur study schedule, tak payah dengar cakap-cakap orang yang cuba nak jatuhkan achik. Janji sekarang ini, achik kena belajar sungguh-sungguh. "
Bila aku da mula plan strategy, memang banyakla ayat berupa inspirasi supaya dia kuat.
" First, plan setiap hari, nak belajar sains atau maths tu terpulang. Tapi mesti peruntukkan sekurang-kurang satu jam lebih untuk fokus subjek teras macam matematik, pendidikan agama Islam, Bahasa Melayu, Sejarah dan Bahasa Inggeris. Cuba atur schedule decide nak study subjek apa dan apa. Jangan sibuk nak study subjek killer, sampai tinggalkan subjek teras yang achik boleh strive A. Ingat itu "
Adik aku mengiyakan. Aku terus menyambung.
" Kedua, dah tak sempat dah nak baca semua buku itu. Apetah lagi kalau subjek yang banyak fakta macam sejarah dan pendidikan agama Islam. Belajar cara nak jawab soalan, tengok contoh-contoh soalan lepas itu cuba tackle bentuk soalan itu macam mana. Especially dalam maths selalunya bentuk dia sama je setiap tahun. Kerap buat latihan dan hafal apa-apa yang penting macam sejarah tajuk Malayan Union, kabinet semua itu. Kena pandai susun strategi study. Study smart bukan study hard!"
Adik aku diam. Serius aku sangat marah bila dia cakap dia tak boleh itu dia tak boleh ini. Siapa kata tak boleh semua boleh tak ada apa yang mustahil, di mana ada kemahuan di situ ada jalan. Seribu dalih hanya buat kau makin jatuh achik. Yang penting usaha doa dan tawakal. Kena yakin pada Allah baru hati jadi makin kuat, tenang nak study. Bila part ini memang nampak aku sangat serius grrr~ Garang jugak kan !
" Teruskan study schedule yang lain-lain itu macam biasa, tapi sekarang ini jangan selalu nak bersuka ria, bertangguh, (macam zaman aku belajar dulu suka sangat tangguh tangguh huk huk) setiap waktu, detik, minit, jam yang berdetik ini semua bermakna. Jaga makan jangan sampai tak makan. Jaga tidur jangan sampai tak rehat. Yang penting amalan pada Allah yang along dah cakap dulu jangan lupa, Tinggal sikit je masa yang tinggal, Banyak-banyak doa,Kepadanya segala ikhtiar kita berserah, tawakal mudah-mudahan dipermudahkan "
Ya, itulah tips yang paling berguna, hubungan dengan Allah, hubungan dengan masyarakat. Nak buat apa-apa pun yang paling penting niat itu mesti nak dapatkan keberkatan Illahi, ibu bapa, guru-guru dan insan-insan sekeliling. Aku cakap macam ini pada dia sebab aku sendiri dah pernah rasa hikmahnya. Hati jadi lebih tenang, segala hubungan jadi lebih mudah, rasa semakin kuat.
Kalaulah aku dekat, dah lama aku terbang balik gi sekolah dia bagi kata-kata semangat and segala tips yang boleh dia buat dalam saat-saat akhir ini. Tapi aku jauh, jauh sangat. Dengan program yang agak compact, exam pula dah semakin dekat. Aku tak dapat nak bantu dia. Hanya titipan doa sahaja mampu kuberikan. Semoga kau mampu hadapi cabaran SPM ini dik.. InsyaAllah along yakin kau mampu dapat yang terbaik.
Hujung tinta :
Bila dalam keadaan camni, aku selalu terfikir, beruntungnya punya kakak, bertuahnya punya abang. Sebab aku anak sulung, aku lah kakak, akulah abang pada diri sendiri. Waktu aku susah, aku sedih, aku perlukan bimbingan dan tips dari orang yang matang dan bijak pandai, aku tak ada semua itu. Yang hanya aku ada motivasi, inspirasi dan semangat persahabatan yang kukuh dari semua rakan-rakan kat sekolah dulu, kawan-kawan aku di SMAKJ. Hanya Iltizam dan semangat dalam diri sahaja yang buat aku berdiri, di samping peroleh kekuatan dari emak dan ayah. Cuma bagi aku paling penting sekali, pada Allah aku berserah dan memohon dipermudahkan segala urusan. Harap adikku mampu mengatasi dugaan ini.
katakan like jika best ya!
peRiSa
inFo/pSiko,
ReNungKanLah,
sHaRing/caRiNg,
sWetLuv'S LifE
Sunday, October 10, 2010
Kerana KAU kawan, Aku Nak MATI!!
" Aku nak mati!!! Aku dah tak sanggup nak terus hidup macam ini lagi, aku dah tak TAHANN!!! "
Tersentak aku bila dengar kawan yang aku sangat sayangi cakap macam ni, dah kenapa pulak tiba-tiba keluar statement.
Kasihan bila aku mendengarkan cerita dia, ye, aku faham perasaan dia. Tapi bukan aku sengaja tidak mahu membantunya, kerana terlalu jauh dek pandangan mata, bukan maksudku tidak menghiraukan kau, kawan.
" Kenapa diorang selalu wat aku camni, apa salah aku?? Apa yang diorang tak suka sangat dengan aku. Kenapa diorang selalu je sisih aku camni?? Teruk sangat ke aku?? "
Aku minta dia istighfar banyak-banyak. Bersabar, dekatkan diri pada Tuhan. Anggapla ini satu dugaan, dugaan untuk menguji sejauh mana ketahanan hati dan kekuatan iman menghadapi segala tohmahan yang dilemparkan ke atasnya.
" Kau kena sabar, aku yakin kau tak bersalah. Segala yang berlaku pasti ada hikmahnya. Allah sentiasa menguji hamba-Nya kerana Dia tahu kau mampu hadapi semua ini. Aku yakin dengan kau, kau mesti kuat "
" Teruk sangat ke aku ni, aku dah cuba sehabis baik untuk menyenangkan diorang. Malah aku selalu tanya apa kurangnya aku, apa salahnya aku, apa silapnya aku. Tapi kenapa diorang tetap menguji aku dengan pelbagai alasan, sehingga aku teramat sedih, kecewa kerana punya kawan, tapi mereka berkata itu dan ini kat aku, malah aku diperlakukan sebegini. Aku pun manusia biasa, aku tak sanggup nak hadapi semua ini. Kalaulah aku diberi pilihan, aku akan pergi meninggalkan tempat ini, TAPI AKU TAK BOLEH!!"
" Kalau aku dekat dengan kau, pasti akanku temani kau di saat kau sedih mahupun suka. Tentunya takkan kau sorang-sorang camni. Mungkin Tuhan uji kau macam ini sebab DIA sayangkan kau, DIA mahukan kau muhasabah diri, DIA tak nak kau terpesong jauh dengan keseronokan hidup remaja. Aku yakin pasti ada hikmahnya. Sabarlah, aku sentiasa ada untuk kau biarpun kita tak ditakdirkan belajar sebumbung, aku tetap di ada kat sini. "
" Kau cakap je bolehlah sebab bukan kau yang kena, kau takkan rasa apa yang aku rasa, kau takkan faham apa yang aku terima. Hidup aku kat sini macam boneka, biarpun bibir tersenyum namun hati luka berdarah. Aku terpaksa berlakon seolah-olah semuanya tiada apa-apa sedangkan ikutkan hati ini pelbagai mende di luar jangkaan aku nak buat. Kalau tak difikirkan tanggungjawab, dah lama dah aku MATI!!! "
" Kau ingat ini jela, kau rasa dugaan ini besar, ada insan lain yang lebih besar dugaannya. Kalau kau rasa sedih, ada orang yang jauh lebih sedih berbanding dari kau. Dunia ini bulat, hari ini kau ditimpa malang, esok lusa tiada siapa kan tahu apa jua yang akan jadi. Hari ini orang buat kau macamni, esok lusa tiada siapa yang tahu apa pula jadi, Fikirlah tu! "
Manusia takkan berpuas hati pada kau selagi kau jatuh tersungkur, tika itu semuanya sekadar melihat di tepi dan ada juga yang sekadar menjeling. Kawan senang ramai, kawan duka tak mudah nak jumpa. Kehidupan dunia penuh hasad dengki, prasangka dan iri hati buat manusia jadi tamak dan mementingkan diri . Hanya iman peneguh hati. Semuanya dugaan..~
katakan like jika best ya!
peRiSa
cORat CoRet,
ReaLiti masyaRakat,
ReNungKanLah
Wednesday, September 8, 2010
Kisah seks di Bulan Puasa dan 5H
" Awak, cepatlah masuk, nanti mak ngan abah nampak "
" Hihi.. jangan risaulah awak.. tahulah saya. Mana diorang?? "
" Diorang tengah kat dapur, tengah sahur. Cepatlah masuk bilik, jomlah "
" Pandai juga ya awek saya ini, cari time nak ehem ehem.. hihi.. jom jom saya pun dah rindu sangat nak dengan awak. haha "
" Mengadalah awak ni, hihi "
Sedutan daripada Kisah Benar, Kisah Anak Bangsa kita
Salam Ramadhan dan Salam sejahtera buat rakan-rakan yang dikasihi sekalian. Biarpun syahru Ramadhan kian meninggalkan kita dan Eid Mubarak semakin membuka tirainya, pastinya sebahagian besar daripada kita sedang sibuk mempersiapkan diri dengan kuih raya, baju raya, kasut raya, langsir raya, dan sebagainya. Harapnya kita tidak berlebihan dalam berbelanja serta tidak terleka dalam menjalankan tanggungjawab sebagai muslim di muka bumi ini.
Justeru sebelum Umat Islam melangkah ke syahru yang berikutnya, marilah sama-sama renungi dialog di atas, yang merupakan kisah benar yang berlaku dalam masyarakat pada hari ini, yang telah saya petik daripada perkongsian seorang ustaz dalam Rancangan Zuriat saluran Astro Oasis. Apa sudah jadi dengan anak bangsa kita, sikap sebahagian daripada mereka yang langsung tiada rasa segan silu, malu mahupun takut kepada Maha Pencipta apatah lagi kepada ibu bapa, melakukan perbuatan berzina di dalam rumah sendiri, biarpun ibu bapanya ada di rumah. Lagi malang apabila perbuatan terkutuk itu dilakukan di kala semua Umat Islam sedang sibuk bersahur untuk menunaikan puasa di hari esoknya. Nauzubillah~
Jadi pada kesempatan ini, saya mengambil peluang untuk berkongsi dengan rakan-rakan, agar sama-sama kita kuatkan iman dan hati dalam menempuhi kehidupan kian bergelora. Apa yang diinginkan adalah satu titik perubahan diri daripada kurang baik kepada yang lebih baik, supaya Ramadhan yang kita lalui kali ini memberi seribu satu kemanisan dan kebahagiaan buat kita. Marilah sama-sama jadikan 5H sebagai cara untuk memperbaiki diri yang begitu kerdil untuk berhadapan Yang Esa.
1) Hati yang kuat :
Kuatkanlah hati ini dengan amalan-amalan kerohanian supaya tak tergelincir mahupun terpesong daripada landasan Islam yang sebenar.
2) Hampiri orang yang positif :
3) Hindari kawan lama :
4) Hajat/matlamat yang ingin dimiliki. :
5) Hijrah ke arah yang lebih baik.
Harap perkongsian ini dapat membantu diri dan hati serta rakan-rakan semua dalam menjadikan Ramadhan kali ini lebih beerti dan bermakna. InsyaAllah~
peRiSa
ReNungKanLah,
sHaRing/caRiNg,
uKiRan peNa
Tuesday, August 10, 2010
Kisah puasa Ieqa Swetluv di Bulan Ramadhan
Kalau kat rumah, bangun sahur best best. Ada nasi, ada lauk-lauk even simple tapi bolehlah diisi dalam perut ini. Mak sediakan atas meja kita tinggal makan je ( ape punya anak lah ini haishh ). Kadang-kadang mak goreng pemakan-pemakan sikit macam nugget ke, sosej ke buat penambah selera. Makan ramai-ramai dengan family, even sambil tersengguk sengguk tapi nikmatnya bersahur dengan family memang x dapat disangkal lagi.
Tapi bila kat sini, bangun sahur sorang-sorang. Kalau roomate larat bangun, kita sahur sama-sama. Kalau dia tak mau bangun, terpaksalah sahur sorang-sorang, kadang-kadang dengan aku aku sekali tak bangun sebab malas punya pasal. Sahur pun ala kadar, kalau advance sikit adalah nasi kosong dengan ayam goreng seketul. Takpun makan maggi time sahur pun dah kira agak hebatla. Tapi di saat kemalasan meRAJA LELA ditambah kepokaian yang tak dapat dinyatakan dengan kata-kata, nak tak nak sahur air masak jela plus kurma nak dapat sunat sahur. Kesiannnya aku sob sob~
Bila berbuka kat rumah, pergi bazaar ayah tanya nak makan apa, boleh ambil apa-apa sahaja sangat tersengih gembira. Yelah bukan kita bayar kan hak hak.. Seronak berbuka bersama keluarga. Mak mesti tanya selera aku nak berbuka apa, mulalah aku mencadangkan menu menu terhebat sebagai juadah berbuka yang penuh menyelerakan. Yela tengok je aku badan kecik tapi kuat makan tau huahaha. Mewah sungguh bila berbuka kat rumah penuh meja makan.
Tapi bila berbuka kat sini, berbuka pun seadanya jela. Cukup-cukup dapat isi perut tu pun jadilah. Menu wajib untuk aku makan mesti mau nasi dengan satu lauk ringkas. Nak masak-masak ini payah beb sebab duduk hostel, jadi semua borong kat bazaar jela. Pergi bazaar mula nafsu makan meningkat rasa macam nak beli semua tapi tak boleh beli . Kawan pesan, " ika jangan beli ikut nafsu karang tak habis membazir " terngiang-ngiang je kat cuping telinga ini. Adeii besar bebeno dugaan berpuasa ini haishh~
Nampaknya macam ginilah gayanya aku berpuasa kat hostel ini. Tapi setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya, sebab puasa ini lah yang mengajar kita untuk bersederhana dalam melakukan amalan kepada-Nya. Biarpun Iblis dan syaitan dirantai, tetapi jika kita tak mampu mengawal diri, maka nafsu akan mengawal kita sehingga kita sendiri tidak dapat menikmati kemanisan Syahru Ramadhan. Aku harap puasa kali ini akan lebih menambahkan keimanan dan ketaqwaan kita kepada Maha Pencipta, merapatkan hubungan kekeluargaan serta mengeratkan lagi persaudaraan dan persahabatan sesama kita. InsyaAllah~
Bicara hujung Tinta :
Mesti penghuni-penghuni Barzakh sedang bergembira kerana pada Bulan Ramadhan ini lah pintu-pintu neraka akan ditutup. Pesanan dari penaja, selamat berpuasa ya semua, jangan pose yang yok tau huahuahua =)
katakan like jika best ya!
peRiSa
ReNungKanLah,
sHaRing/caRiNg,
sWetLuv'S LifE
Wednesday, June 16, 2010
Hegemoni Barat dalam Dunia kita hari ini
Salam kasih buat sahabat-sahabat, yang jauh di mata namun dekat di hati.. Umpama malam berganti siang, dan siang pulang mengganti tugas sang malam, singkat sungguh masa yang berlalu, terlalu pantas sehingga apabila kita sedar, banyak perkara telah berlaku, dan begitu juga ruginya jika kita tidak menghargai dan menikmati masa yang ada sebaiknya.. Terkenang aku akan bait-bait ayat suci dalam Surah Al-Asr yang bermaksud, " Demi masa, sesungguhnya manusia berada dalam kerugian, kecuali bagi orang-orang yang beriman dan mengerjakan kebajikan serta saling menasihati dengan sabar. "
Tanpa kita sedari, bermacam-macam tragedi ngeri telah berlaku dalam masyarakat pada hari ini... Aku yakin, kalian juga pasti dapat melihat pelbagai fenomena yang berlaku dalam masyarakat kita yang semakin kecundang dibawa arus globalisasi dan liberalisasi yang semakin mencabar. Pengamalan kehidupan yang semakin menjauh dari landasan, penerapan nilai moral bertambah goyah, kekuatan rohaniah dan lahiriah semakin tersimpang daripada paksi stabiliti, kemewahan dan materialistik menjadi keutamaan manusia, kasih sayang dan keikhlasan ditolak tepi dengan kemewahan harta yang berlimpah ruah, manipulasi kuasa dan autoriti menjadi raja yang bisa mengatur hidup mati, kaya miskin, susah senang.. sedangkan yang tidak berdaya pula terus melarat dengan kesusahan dan kesengsaraan hidup..
Senario beginilah yang menjadi punca manusia hilang pertimbangan untuk membuat pilihan secara logik dan tepat, sehingga terkandas dalam menempuhi hidup sebagai insan yang normal. Masalah judi, arak dan seks bebas yang semakin berleluasa, anak yang derhaka pada ibu bapa, isu-isu politik dan rasuah yang tidak berkesudahan, serta masalah jenayah dan maksiat yang tiada nokhtah. Kita hanya mampu melihat apa yang terpampang di dada-dada akhbar, di televisyen mahupun mendengar berita-berita semasa di corong radio waima dengan mata kepala kita sendiri dengan rasa kesal, ketakutan, kekecewaan dan pelbagai kemelut di benak namun apa yang mampu kita buat untuk menghalangnya?! 6 S yang akan terus menguasai pemikiran dan budaya hidup anak bangsa semakin menjadi keutamaan ; song, sport, style, smoke, social dan sex.. Tidak mustahil suatu hari nanti, nilai ketimuran dan pegangan agama yang menjadi kebanggaan kita kini akan akan lenyap dibawa arus pergolakan semasa, kerana kebanggaan mengikut gaya hidup masyarakat Barat yang gilakan hiburan, sukan, fesyen dan sebagainya.
Tahukah anda 6 S inilah yang menjadi taktik serangan orang-orang yang ingin menjatuhkan Islam, secara senyap mereka meracuni pemikiran anak-anak muda kita. Sedangkan jika kita selami, apabila keenam-enam perkara ini dijadikan ketetapan dalam hidup, sudah pasti manusia lupa yang mana satu keutamaan dan yang mana pula sampingan hidup. Kerana muzik, manusia sanggup berlabur wang ringgit kerana tergila-gilakan artis yang dipuja, Kerana bola, manusia sanggup berjaga malam demi melihat team favourite beraksi di kaca televisyen, sedangkan jika kita amati, untuk berjaga malam mendekatkan diri pada-Nya pun agak payah, rasanya setahun sekali pun tak pasti buat atau tidak, masakan nak tahajud, nak bangun Solat Subuh pun ketat. Kerana fesyen manusia lupa harga diri sehingga sanggup menghalalkan tak sepatutnya demi memenuhi citarasa semasa. Pergaulan bebas lelaki perempuan menjadi perkara biasa dan yang paling mengecewakan apabila perkara yang diambil mudah ini menyumbang kepada peningkatan statistik kelahiran anak-anak luar nikah. Nauzubillah..
Pada aku, seharusnya manusia beringat sebelum melangkah. Bersederhanalah dalam hidup untuk mencapai kebahagiaan dan kenikmatan dunia dan akhir nanti. Tetapkan iman dalam hati dan janganlah menjauh daripada kasih sayang Maha Pencipta. Apalah gunanya jika manusia semakin kaya intelek, teknologi dan harta tetapi miskin kesedaran sivik, nilai-nilai positif dan penghayatan agama.. Seorang tokoh menyatakan, untuk melihat bagaimana gambaran mesyarakat akan datang, maka lihatlah gaya hidup dan budaya generasi muda masa kini..
Sesungguhnya dunia semakin menghampiri penghujungnya. Dah semakin jelas tanda-tandanya, dengan kelahiran Sai Baba yang dikatakan manusia menyerupai Dajjal ( Allahu'alam ), budaya Jahiliyah Moden yang semakin dibangga-banggakan, perubahan iklim dunia dan bencana alam yang tidak disangka-sangka dan sebagainya.. Takut pula jika difikirkan bekalan amalan yang tidak pernah cukup.. Rasanya apa yang akan terjadi pada 20, 30 tahun, mahupun masa akan datang nanti? Bagaimana agaknya keadaan masyarakat kita akan datang? Fikir-fikirkanlah... hurmm~
Cebisan tinta~
Semoga hal ini menjadi peringatan buat aku yang terutama dan juga sahabat-sahabat yang lainnya... InsyaAllah~
katakan like jika best ya!
peRiSa
ReaLiti masyaRakat,
ReNungKanLah,
sHaRing/caRiNg
Saturday, June 5, 2010
For Gaza; We Will not go down
Sedih... apabila melihat pelbagai peristiwa yang berlaku kepada saudara-saudara kita di Gaza, menderita, diseksa, entah berapa banyak bom yang telah dimuntahkan, peluru-peluru yang dilepaskan tidak berhenti meragut nyawa, sama ada tua mahupun muda, wanita, kanak-kanak, orang tua, bayi juga dijadikan sasaran. Nyawa mereka umpama tidak berharga, bagaikan dihujung tanduk, bila-bila masa saja boleh diperkotak-katikkan oleh kaum sentiasa memusuhi agama Islam, kaum yang dilaknat Tuhan.. Kejam, sungguh kejam. Malahan, Apa yang kita sedia maklum dengan berita baru-baru ini, sahabat-sahabat yang sanggup menggadai nyawa untuk ke sana semata-mata dengan niat untuk menghulurkan bantuan juga dijadikan sasaran mereka melampiaskan amarah dan kekejaman.
*************
Ya Allah,
Bantulah mereka,
Berikanlah kekuatan kepada muslimin muslimat,
yang masih bertahan menegakkan maruah agama dan negaranya,
biarpun penghinaan demi penghinaan
dilemparkan kepada mereka.
Ya Allah,
tempatkanlah mereka dalam golongan yang kaucintai,
dengan limpahan rahmat dan kasih sayangmu,
syahid mereka ada kerana berjuang atas nama-Mu,
biarpun kehidupan dunia penuh noda, penderitaan dan tangisan,
setiap titis darah yang mengalir hanyalah demi mengharapkan redha-Mu
dan hidup ini hanyalah milik-MU
Ya Allah,
Biarpun hari ini musuh agamaku berbangga
membunuh,
menyeksa dan menghancurkan hamba-Mu,
Namun aku yakin,
cahaya dan rahmat-Mu sentiasa bersinar buat merka yang beriman,
penderitaan ini akan tertimbus bila tiba masanya,
Maka,
selagi mereka bernyawa,
kurniakan ketabahan dan kecekalan,
untuk mereka bernafas dan berjuang,
atas nama suci-Mu ya Allah..
Ya Rabbul Izzati..
Aminn~
************
luahan hati penulis:
Bagaimana jika suatu hari nanti ditakdirkan negara kita menerima nasib yang sama, adakah kita juga kuat untuk menghadapi dugaan ini seperti mereka. Allahu'alam~katakan like jika best ya!
peRiSa
ReNungKanLah,
sHaRing/caRiNg,
uKiRan peNa
Wednesday, June 2, 2010
Realiti Masyarakat : Kepada siapa perlu kupercaya?
Setelah dua bulan lebih aku tak menjenguk kampung halaman, akhirnya tibalah masa yang kunanti-nanti. Kesibukan menuntut ilmu, dengan aktiviti, program dan assignment yang bertali arus, cuti Hari Buruh ini lah satu-satunya ruang untuk aku membalas dendam tidur puas-puas, makan banyak-banyak, tengok tv dengan bahagia kat rumah. Dah lah rindu dalam hati ini, pada emak dan ayah buat aku semakin teruja untuk pulang.. Yela bukan senang nak balik Selangor itu, Perjalanan dari Terengganu ke Selangor, mengambil masa yang agak lama sehinggakan acapkali pinggang ini lenguh dan sengal-sengal kerana terlalu lama duduk.
Aku duduk di sebuah kerusi yang agak tidak jauh daripada tempatku bas ku berhenti. Sambil melihat jam tangan ku, setengah jam lagi nak pukul 9 malam, alamak lamanya apa nak buat ni, getus hatiku. Agak takut juga tunggu bersendirian di terminal ini, kawan-kawan yang lain selamat dah naik bas masing-masing. Tengok macam-macam ragam manusia yang ada di sekeliling, hish menyeramkan je. Tak apalah yang penting set dalam mind, THINK POSITIVE! Nasib baik handset kesayangan ada di sisi, biarpun murah bolelah juga nak layan mp3 buat hilang boring waktu ini.
Sedang syok-syok melayan.. tiba-tiba datang seorang mak cik datang dan terus duduk kat sebelah aku. Tengok daripada penampilannya, aku kira orangnya biasa-biasa, macam orang susah pun ada, rasanya usia pun dah cecah lewat 30an , menggalas beg rotan dan di sampingnya ada dua budak lelaki yang masih kecil, darjah satu atau darjah dua agaknya. Dia senyum kepadaku. Sebagai orang yang belajar adab, aku pun membalas senyumannya seikhlas yang mungkin biarpun hatiku ini berasa agak tak keruan sejak tadi. Ramah sekali dia menegurku, menanyakan hala tuju ku, itu ini mengalahkan detektif. Tapi boleh la layan, yela aku pun boring. Lagipun aku semakin selesa berbual dengan dia, jadi tak berapa kisahlah, tambahan lagi aku ini kategori banyak mulut dan senang nak berbual.
Dari satu kisah hingga ke satu kisah, dia berkongsi denganku. Biarpun tidak berapa mengenalinya, sekadar memanggilnya Kak Imah, namun aku berasa senang sekali, apatah lagi dengan tutur bicara yang lembut dan keramahan yang terpancar jelas..Kadang-kadang terselit juga beberapa perkataan dialek Terengganu yang aku tak berapa faham, tapi buat-buat faham jela... Hinggalah dia membuka kisah keluarganya yang susah, masalah kewangan yang tiada penghujungnya. Katanya suaminya telah meninggalkan dia anak beranak. Kasihan, itu sahaja yang mampu kuluahkan di benak hati.
Dia meminta aku menjaga anaknya sementara dia ke tandas. Aku mengangguk tanda setuju. 10 minit sahaja lagi, mana pergi bas ini! bebel hatiku. Akhirnya aku apa yang kunantikan tiba, bas TRANSNASIONAL ke Kuala Lumpur. Kebetulan Kak Imah pula selesai melepaskan hajatnya, lalu aku meminta dia mejagakan barangku sementara aku ke tandas pula. Dia setuju. Biarpun baru mengenalinya namun aku senang untuk mempercayainya berdasarkan sikapnya yang ramah padaku.
Terkocoh-kocoh aku keluar dari tandas, takut tertinggal bas, tiba-tiba aku terkedu. Licin. Tidak ada satu barang pun yang tinggal. Kak Imah dan anak-anaknya juga sudah ghaib entah ke mana, aku pun tak tahu. Aku tak kisah tentang dia, tapi, mana pergi beg aku, laptop, luggage, purse aku!!! Semua barang-barang yang penting ada dalam beg hilang sekelip mata. Apa yang paling menyedihkan tiket bas aku pun ada dalam tu. Yang tinggal hanya handphone yang kuletakkan dalam kocek jeans. Masa itu aku dah bercelaru, haru biru, macam-macam benda berkecamuk dalam otak. Ya Allah dugaan apakah ini~ Rasa terlalu lemah lutut nak berdiri. Aku menangis dan terus menangis sambil mencari Kak Imah di sekitar terminal bas malangnya tetap tak ku jumpa. Bas aku pula dah selamat pergi. Apa yang perlu aku buat sekarang ini??!!!
Aku duduk di sebuah kerusi yang agak tidak jauh daripada tempatku bas ku berhenti. Sambil melihat jam tangan ku, setengah jam lagi nak pukul 9 malam, alamak lamanya apa nak buat ni, getus hatiku. Agak takut juga tunggu bersendirian di terminal ini, kawan-kawan yang lain selamat dah naik bas masing-masing. Tengok macam-macam ragam manusia yang ada di sekeliling, hish menyeramkan je. Tak apalah yang penting set dalam mind, THINK POSITIVE! Nasib baik handset kesayangan ada di sisi, biarpun murah bolelah juga nak layan mp3 buat hilang boring waktu ini.
Sedang syok-syok melayan.. tiba-tiba datang seorang mak cik datang dan terus duduk kat sebelah aku. Tengok daripada penampilannya, aku kira orangnya biasa-biasa, macam orang susah pun ada, rasanya usia pun dah cecah lewat 30an , menggalas beg rotan dan di sampingnya ada dua budak lelaki yang masih kecil, darjah satu atau darjah dua agaknya. Dia senyum kepadaku. Sebagai orang yang belajar adab, aku pun membalas senyumannya seikhlas yang mungkin biarpun hatiku ini berasa agak tak keruan sejak tadi. Ramah sekali dia menegurku, menanyakan hala tuju ku, itu ini mengalahkan detektif. Tapi boleh la layan, yela aku pun boring. Lagipun aku semakin selesa berbual dengan dia, jadi tak berapa kisahlah, tambahan lagi aku ini kategori banyak mulut dan senang nak berbual.
Dari satu kisah hingga ke satu kisah, dia berkongsi denganku. Biarpun tidak berapa mengenalinya, sekadar memanggilnya Kak Imah, namun aku berasa senang sekali, apatah lagi dengan tutur bicara yang lembut dan keramahan yang terpancar jelas..Kadang-kadang terselit juga beberapa perkataan dialek Terengganu yang aku tak berapa faham, tapi buat-buat faham jela... Hinggalah dia membuka kisah keluarganya yang susah, masalah kewangan yang tiada penghujungnya. Katanya suaminya telah meninggalkan dia anak beranak. Kasihan, itu sahaja yang mampu kuluahkan di benak hati.
Dia meminta aku menjaga anaknya sementara dia ke tandas. Aku mengangguk tanda setuju. 10 minit sahaja lagi, mana pergi bas ini! bebel hatiku. Akhirnya aku apa yang kunantikan tiba, bas TRANSNASIONAL ke Kuala Lumpur. Kebetulan Kak Imah pula selesai melepaskan hajatnya, lalu aku meminta dia mejagakan barangku sementara aku ke tandas pula. Dia setuju. Biarpun baru mengenalinya namun aku senang untuk mempercayainya berdasarkan sikapnya yang ramah padaku.
Terkocoh-kocoh aku keluar dari tandas, takut tertinggal bas, tiba-tiba aku terkedu. Licin. Tidak ada satu barang pun yang tinggal. Kak Imah dan anak-anaknya juga sudah ghaib entah ke mana, aku pun tak tahu. Aku tak kisah tentang dia, tapi, mana pergi beg aku, laptop, luggage, purse aku!!! Semua barang-barang yang penting ada dalam beg hilang sekelip mata. Apa yang paling menyedihkan tiket bas aku pun ada dalam tu. Yang tinggal hanya handphone yang kuletakkan dalam kocek jeans. Masa itu aku dah bercelaru, haru biru, macam-macam benda berkecamuk dalam otak. Ya Allah dugaan apakah ini~ Rasa terlalu lemah lutut nak berdiri. Aku menangis dan terus menangis sambil mencari Kak Imah di sekitar terminal bas malangnya tetap tak ku jumpa. Bas aku pula dah selamat pergi. Apa yang perlu aku buat sekarang ini??!!!
..................................
Salam sayang dariku buat anda semua,
Kisah di atas merupakan sebuah kisah benar yang telah diadaptasi daripada kisah malang junior aku ( ada sedikit tokok tambah bagi me'real'kan lagi jalan cerita ) .. Peristiwa ini baru sahaja berlaku sekitar cuti Hari Buruh yang lepas. Bayangkanlah kalau perkara yang sama terjadi kepada kita, apakah persepsi kita ketika itu? Aku tahu ramai daripada kita mudah ramah dan percaya pada orang yang baru dikenali, kalau tidak masakan junior aku tadi boleh pula sesuka hati meninggalkan barangnya untuk dijaga kakak tersebut. Tapi tengoklah, hakikatnya tak kiralah tua atau muda, biarpun personalitinya baik di mata, tetapi busuk dalam hati, siapa yang tahu. Bagi aku.. sesiapa sahaja waima sahabat yang paling kita rapat sekalipun tidak tentu lagi boleh dipercaya seratus peratus apatah lagi jika perkara yang berkaitan dengan wang ringgit dan harta benda.
Jadi, pesanan dari penaja, khususnya kepada sesiapa yang nak balik kampung tu, yang belajar jauh-jauh daripada family, nak tunggu bas ke apa ke, hati-hati ok. Kalau boleh, rasa orang tu orang asing ke tak kira lelaki atau perempuan, jangan mudah percaya apatah lagi diperdaya mereka. Manusia zaman sekarang ini susah nak cari yang hati suci, bukan apa takut kalau nasi dah jadi bubur, melalak la seorang-seorang pun dah tak guna. Pesanan terakhir, lain kali kalau nak balik kampung, janganlah bersendirian takut apa yang dah jadi ini kena kat korang pula. =)
katakan like jika best ya!
Subscribe to:
Posts (Atom)

















