Tabung Masa Depan

Showing posts with label sHaRing/caRiNg. Show all posts
Showing posts with label sHaRing/caRiNg. Show all posts

Tuesday, July 12, 2011

Happy birthday to me and my besty, Nur Haziyah Zaidi..


( Agak lewat post ini.. hurmm )


Happy birthday to me...
Happy birthday to me...
Happy birthday to me, Ieqa Swetluv..
Happy birthday to me....


Sedihnye nyanyi lagu birthday ni sorang-sorang untuk diri sendiri.


Sebenarnya kalau nak diikutkan, birthday aku kali ini adalah birthday yang paling tak rasa birthdayla.. sambut dalam bas IPG, sewaktu on the way ke KOGUM di UITM Shah Alam hari itu, 8 Julai 2011.. Dah pulak tu, tak ada siapa pun yang semangat nak wish aku.. adik aku pun just sent mesej , " HB" je kat aku. Haish cam tak ikhlas betul.


Sedih sebenarnya. Bila duduk sorang-sorang, ingat zaman muda dolu-dolu.. cam meriah jer. Tapi sekarang ni.. hurmm.. sadis betul..


Nasib baik besty aku, azie, still wish semangat-semangat kat aku... siap wat note ni lagi untuk aku..


________________________________________________________________________________



my besfwen yg gonjeng~!

by Nur Haziyah Zaidi on Thursday, July 7, 2011 at 10:40pm


hihi..
nmpak x tajuk tu??
comey kan?
hehe..sy ade bes fwen ms sy sekolah kat smakj dulu...
kitorg sme2 mereng...
suke buat bnde mgarot2 same2...
rapat ngn dy since sy f4...kire ms mule masuk smakj dlu..
nme die nenek nurul atiqah azhari..
sy syg die...
nk tahu knp??
sbb dy sgt baik kat sy...
care kat sy...
kwn sy yg slalu sme2 sy x kira susah senang....
byk sgt memori kitorg ms sekolah2 dulu...
bile engt2 sume nye memg sgt klakar...
kitorg pernah nges same2..pas tu gelak2..mcm org sasau kan??
hehehe....

nurul...ak nk ko taw...
ko la kawan baik ak dunia akhirat~
insyaallah~!!!!!!!!
smoga kite tetap jd kwn baik smpai bile3 pon...
ak syg sgt3 kat ko wei....
wlupon kite dah makin jauh..
msg2 dah bz ngn life masg2...
tp kenangan kite sme2 tetp segar dlm ingatan~
trengat dulu malam2 kite duk g public phone sme3..
blik lewat2...
semata2 call depe...kekekek....
engt gak dulu buat keje jahat same2...
makan same2(time bulan pose) erkkkk...hihi
ko la kwn yg byk bg nchat n sokongan kat ak...
thanxxx kawan~!!

hehe...mule2 ak knal ko...
ak rs ko skema sgt..
ckp sebijik2..plahan2...
sempot ak nk tggu ko hbeh kan ko ckp tu...
hahahaha.....
nurul yg ak knal gak memg sgt menonjol..
seorg yg proaktif....
suke sgt bile dtg part2 yg memerlukan ko gune mulot ko yg becok tu...
hahahaha......
ak suke tgok cara ko study....
know y??
sbb klu x phm ko suke tny cekgu...
ko ckp ape yg ko rs btoi...
tp at the same time sgt laa polite....
ha~!! lg 1...ko adelah kwn ak yg suke buat soalan klu study...
latihan23..ak pon mcm nk pengsan tgok..hahaha....
ak trengt gak kite outing sme3...skali je spnjg ak kat sekolah tu...
tu pon mak ak je taw..abah ak xtaw..heheh...
tu laa outing pertama ak kat smakj...
pling x leyh lupe ramai kate kite kembar....
tp klu skunk kite jalan sme3 ak kompom org x ckp mcm tu lg dah..
sbb ak dah gomukkk...ko plak mkin melidi.....hihi..
yg ni ak xdpt nk nafi kan...
tp 4 sure ak mkin comil nk bnding ngn ko..hahaha....
n ak engt lg...blik outing tu...
ko men lintas jalan je..
xtgok kiri kanan...
seb bek ak sempat tarik ko..
klu x...ape ntah nk jd...hehe
thanx gak..sbb jg ak setiap kali ak sakit...
ak kan bpenyakit...kekekeke....
engt gak knagan lawan syarahan kat ko...
yeay~!! ak menang..hahahah..
tp u know what???
ko memg pendebat terhebat~!!
skema2 bgtu memg sesuai untuk ko...
betah2 ckp org tu memg keje ko...
wakakakakak...
jgn mare..copek tuo nnt eih....
tp ape2 pun sume tu kenangan wei ko ngn ak....

dikesempatan ni gak...
ak nk mintax maaf...
sbb ak dah jrg2 contact ko..
jrg2 care kat ko...
tp ak nk ko tahu...
ak slalu engt ko..
cume masa x mgizin kan kite tuk buat sume sme2 mcm dulu...
klu nk hangout sme3 pon ak xdpt janji...
sbb susah ak nk kuar umah....
tp insyaallah..
ade rezki..ade umor n jodoh yg pnjang...
kite mesti dpt jumpe n spend time mcm waktu kite sekolah dulu3....
just both of us je...^_^

n lastly...sbnar nye..ak buat note ni.........
special ntuk ko...
sempena bzday ko esok....
ak nk ucapkan...
selamat hari lahit weh~!!
ape3 pon ko dah tue....
lg tue dari ak..
jd sodar2 laa diri ek...

smoga bzday kali ni...
lbeih bermakne ntuk ko...
ak doakn smoga ko pnjg umor murah rezki....
allah kabul kan doa n impian ko...
ak jugak doakn semoga ko dpt tros cekal kan hati n bertahan kat sne....
biar laa org nk kate ape pon...
jnji ak knal ko yg sbnar nye mcm ne...
hehe...
terharun x??
klu terharun pi nyanyi lagu pok amai2....cpt~!!hehe...

neway bestie...
i luv u~!!!!!!!!!!
muahxxxx~!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
!@#$%^&*)!#&*)(*#&!@#$%^&*())&^#!@#$%^&*()*&^%@#$%^&*(


________________________________________________________________________________


Azie.. azie.. siyesly aku touching sangat-sangat pas baca note ni.. Di saat ramai kawan-kawan aku yang dekat ngan aku lupa birthday aku ini, kau ada untuk aku, even jauh dimata, bertahun-tahun tak jumpa, sekian lama x berhubung mesej and col, tapi as long as kita still keep in touch, dari hati ke hati.. hubungan persahabatan tetap akrab untuk selamanya.. thanks yunk..


10 Julai lepas pula birthday azie, tak jauh pun.. tapi aku tak sempat nak wat gempak2 cam note kau wat ni pun.. sorry sangat2 yunk.. tak apa lah, nanti kalau kau dah balik USM, aku usaha nak mai tempat kau okies.. kite celebrate dua2 even lambat giler pun.. peduli apa kan! haha..


Kepada semua kawan-kawan yang sudi ingat birthday aku, wish aku.. Thanks sangat-sangat ya korang.. I'll never forget that..




katakan like jika best ya!

Thursday, July 7, 2011

Konvensyen Guru-guru Muda Kebangsaan (KOGUM) 2011


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..


Pada 8 Julai 2011 sehingga 10 Julai 2011, akan diadakan Konvensyen Guru-guru Muda Kebangsaan atau juga dikenali sebagai KOGUM kali pertama di Malaysia. Berdasarkan sumber yang telah dibaca, lebih kurang 1400 orang peserta yang merupakan pemimpin daripada guru-guru pelatih IPG dan pensyarah-pensyarah daripada 27 IPG , pegawai-pegawai KPM dan IPG, ahli-ahli GPMS, dan pemerhati, dan urus setia yang akan terlibat sepanjang program konvensyen ini dijalankan. (sumber : link )




Aku merupakan salah seorang guru pelatih yang terpilih bagi mengikuti konvensyen yang akan diadakan di UITM Shah Alam ini. Bagi aku, ini merupakan satu peluang untuk aku melihat sejauh mana perangkaan dan perancangan yang telah disusun untuk bakal-bakal guru dalam usaha meningkatkan lagi kredibiliti profesion keguruan pada masa akan datang. Selain itu, disinilah peluang semua wakil-wakil guru pelatih dari IPG seluruh Malaysia bertemu dan bertukar idea, pandangan serta berbincang dengan lebih mendalam lagi mengenai perkara-perkara berkaitan profesion keguruan dan seumpamanya.


Namun, apa yang aku ketahui, ada juga desas-desus yang menyatakan ketidak senangan beberapa pihak tertentu akan program dirancangkan. Entahlah ya, nak percaya pun tidak, tak nak percaya pun tidak juga. Kalau tiada angin, masakan pohon bergoyang! Pada pendapat aku, apa-apapun lebih baik kita ikut dahulu program yang dirancang, dan dari situ, kita menilai yang baik dan buruknya. Normallah dalam sesuatu yang dibuat, pasti ada kekuatan dan kelemahannya. Apa yang penting adalah sejauh mana pemikiran kita bersikap rasional dalam melihat perjalanan program ini dengan lebih teliti dan kehadapan terhadap visi dan misi di sebalik pelancaran KOGUM ini. 


Walau bagaimanapun, diharapkan agar program ini akan memberi kebaikan, ketelusan serta membantu ke arah kecemerlangan guru-guru,pada masa kini dan akan datang. Hal ini kerana setiap apa jua yang dirancang pada hari ini, akan memberi kesan kepada generasi seterusnya. Oleh itu, bagi aku, setiap perkara yang bakal diperoleh dalam konvensyen ini perlulah memadang kepada semua aspek serta memberi kebaikan kepada semua pihak, bukan sekadar mengukur kesan daripada luaran, mahupun masa kini semata-mata.


Semoga perjalanan aku dan rakan-rakan guru pelatih lain ke sana bermula esok, 7 Julai 2011 ke UITM Shah Alam tiada apa jua masalah, serta selamat pergi dan selamat pulang, sekaligus membawa hikmah di sebalik program ini, InsyaAllah.




katakan like jika best ya!

Tuesday, June 21, 2011

Rezeki daripada Allah Taala.. Alhamdulillah


Assalamualaikum...


Lihatlah, betapa banyaknya dugaan dan cabaran yang ada dalam kehidupan sekeliling ini, seringkali menguji setiap perjalanan hidup seorang insan yang bergelar hamba Illahi. Begitu juga perjalanan hidupku yang penuh onak dan duri, yang sentiasa dihadapkan dengan terjahan ombak yang memukul hati dan sanubari. Apalah ertinya hidup ini jika tidak diuji dengan pancaroba. Bagaimana keindahan hidup ini dapat dinikmati dan dihargai kiranya tiada pengorbanan yang menjadi bayarannya. Itulah yang dinamakan kehidupan, sentiasa ada suka dan duka, sentiasa ada susah dan senang, sentiasa ada untung dan ruginya.


Alhamdulillah, hari ini aku dah dapat melalui hari-hari di tempat aku belajar ini dengan sebaiknya. Kini aku sudah mula menghadapi semester 4 pula. Sekejap je masa ini berlalu pergi. Semester ini, bermulalah kehidupan baru aku di rumah sewa. Maklumlah, bila 'intake' baru mula masuk, pastinya kakak-kakak dan abang-abang yang senior terpaksalah mengalah dengan adik-adik kan!


Mula-mula, memang banyak masalah juga yang perlu aku dan 7 orang rakan lagi hadapi gara-gara perihal rumah sewa ini. Dari satu rumah ke satu rumah lain kami selidiki, sehinggalah rumah keempat yang kami diami sekarang ini, barulah dapat melepaskan nafas lega yang teramat. Itulah yang dikatakan, kalau ada rezeki, takkan ke mana. Namun setiap rezeki itu pasti banyak cobaannya. Begitu juga dengan apa yang telah aku hadapi sepanjang menghadapi masalah rumah sewa ini.


Aku hampir-hampir terpaksa tinggal bertiga gara-gara sebahagian kami mengambil keputusan untuk memohon masuk semula ke asrama. Memang waktu itu, rasa dah hilang akal hendak mencari solusinya. Bukan mudah nak cari rumah sewa yang mencapai harga sewa RM200-350. Lagi-lagi awal semester ini, biasalah dengan masalah kewangannya lagi. Tapi itulah, rezeki itu semestinya milik Illahi. Akhirnya rakan-rakanku yang selebihnya ini mengambil keputusan untuk bersama-sama dengan kami semula. Syukur sangat segala masalah dapat diatasi dengan sebaiknya, tambahan pula kini kami dapat rumah sewa yang lebih baik, biarpun serba sederhana. Alhamdulillah..


Hari ini juga, kami telah dimaklumkan mengenai keputusan peperiksaan semester lepas. Aku bersyukur sangat kerana masih lagi dapat mengekalkan keputusan peperiksaan aku semester ini, dan mencapai 'aim' ku untuk mendapat 3.8 ke atas. Alhamdulillah..




Apabila mengimbas setiap liku-liku hidup ini,kalau diikutkan rasa hati ini, aku sebenarnya banyak yang terkilan, terguris hari apabila mengenangkan saat2 perit sepanjang aku tinggal di Bumi Terengganu ini. Sehinggakan nak meninggalkan rumah pun perlu menangis teresak-esak, bagai mahu berlayar bertahun-tahun di tanah seberang. Bukan aku sengaja mahu menangisi detik-detik perjuangan hidup di sini. Tetapi, biarpun zahir aku kelihatan teguh dan utuh, namun hati seorang hamba ini tetap lemah tiap kali menghadapi ranjau dunia. Namun apabila terkenangkan akan bait-bait nasihat yang keluar dari bibir ibuku, 'Jika kita rasa dugaan yang kita hadapi suda besar, sebenarnya ada orang lain yang sedang menghadapi dugaan yang lebih besar lagi daripada kita, begitu juga sebaliknya'. Aku bertambah bersyukur kerana masih mampu menjalani hidup ini dengan kudrat yang dikurniakan-Nya. Sesungguhnya, Allah masih sayangkan aku..


Setiap dugaan yang Allah berikan kepada manusia, sekiranya mereka menghadapi dengan tenang dan sabar, insyaAllah, hikmah yang terhijab akan terbentang luas di kemudian harinya. Betapa indahnya rezeki yang Allah kurniakan apabila kita menerima imbalan yang diimpikan, setelah begitu banyak kehilangan dan kesedihan yang kita hadapi. Aku bersyukur Allah atas dugaan demi dugaan yang diuji kepadaku, kerana aku yakin, Allah tidak mahu aku jauh menyimpang daripada mengingati-Nya, Allah tidak mahu aku jarang-jarang  berdoa sehingga menangis memohon pertolongan dan keampunan daripada-Nya, Allah tidak mahu aku lalai dalam menyebut dan memuji kebesaran-Nya. Sesungguhnya, setiap apa yang berlaku pasti ada hikmah di sebaliknya .. Wassalam..




katakan like jika best ya!

Tuesday, February 22, 2011

Sekadar Teguran, menerima atau protes


Bismillah.. Alhamdulillah..


Malam ini baru ada sedikit kesempatan untuk menulis sedikit coretan ilmu juga perkongsian pengalaman diri. Baru-baru ini memang jadual sangat padat sehingga dirasakan setiap detik yang lalu sangat mencemburui.


Teguran.. Pernahkah anda ditegur? Apa yang anda rasa apabila seseorang itu menegur anda? Apatah lagi apa yang ditegur itu adalah realiti diri anda, kesukaan dan minat anda, yang kiranya ada sebahagian  mata-mata lain kurang enak memandang, namun bagi diri ianya merupakan satu kemestian, keghairahan yang dianggap suatu yang biasa  sahaja.


Pada mula teguran itu, tentunya teramatlah sukar untuk menerima, bahkan siapa-siapa jua yang menerima teguran, pasti dalam hati akan memberontak menyatakan ketidak puasan hati. Apalah, sibuk je masuk campur tentang hidup aku! Ish, tak ada kerja lain ke daripada duk jaga tepi kain orang! Begitulah respon sebilangan besar daripada manusia. Kerana begitulah fitrahnya manusia, apabila ada yang menentang suatu yang disuka, pasti keegoan mencanak diri, kemarahan menguasai hati langsung kewarasan akal tidak dapat dibendung lagi.


Jadi, kali ini mari sama-sama renungkan, pada sesiapa jua yang pernah menerima teguran, apakah teguran yang diberi itu relevan atau sebaliknya? Atau apakah teguran itu menunjukkan tanda bahawa si penegur 'jeles' dengan kita? Atau apakah teguran itu sebenarnya benar, tetapi hati yang keras ini juga tetap berdegil dan sanggup menentang yang benar kerana  keegoan kita?


Hari ini aku telah menerima teguran dari seseorang yang aku kira, telah kuanggap dia seperti kakakku sendiri. Bicaranya berbunyi sebegini..


" Wahai adikku sayang..

Ya ukhti, gambarmu  itu tak sesuai tuk tatapan umum... :) menampakkan jelas perhiasanmu..:)

sbb ukhti antara yg rapat dgn akak , maka sudah jadi tanggungjawab akak untuk menegurmu.:)"


Sungguh, pada mulanya jika tidak dapat mengawal diri dan hati, pasti akan lahir perasaan kurang senang apabila ditegur sebegini. Namun apabila difikirkan secara waras berulang kali, hati mula berdetik,


" Sesungguhnya tegurannya adalah suatu yang baik, dan aku telah membuat suatu yang sebaliknya.. 

Apa dikata adalah benar, membawa ke arah kebaikan untuk diri aku sendiri. Dia sayangkan aku.

Maka aku harus menerimanya dengan sebaik -baiknya. "


Sebenarnya bila direnungkan semula, apabila kemarahan menguasai diri  dan hati , ketika itu perasaan yang lahir  berpunca kerana  MALU, BENGANG, TIDAK SANGKA, TIDAK PUAS HATI dan sebagainya. Namun jangan mudah tergadah apabila menerima perkara sebegini sebegini, Tarik nafas dan tenang. Baru boleh bersikap rasional dengan teguran yang diberi. Jika belum apa-apa sudah tinggi suara, bermasam muka, bukankan sudah merapuhkan hubungan persaudaraan seagama, dek keegoan tidak mahu menerima!


Adab menegur juga perlu kena pada masa, waktu dan ketika, bukan hentam sajalah bila-bila pun tak pe.  Bait bicara untuk menegur pun haruslah berhikmah, bukan berunsur menyakitkan hati apatah lagi berniat untuk menghina. Jika tidak difikirkan semua ini terlebih dahulu, juga akan membuat orang ditegur tidak dapat menerima. Oleh sebab itu, individu lebih mudah menerima teguran apabila bicaranya rendah serta perwatakannya mesra dan tutur katanya relevan.


Sebelum saya tawakufkan bicara, marilah kita berfikir kembali. Sebenarnya, orang yang benar-benar menyayangi kita, bukan orang yang hanya suka memuja muji semata-semata. Kerana setiap pujian yang diberi umpama renjisan minyak yang akan memarakkan lagi api riak dan takbur. Akan tetapi, orang yang yang telus mengasihi adalah orang yang sentiasa ingat-mengingati, berpesan-pesan ke arah kebaikan, dan menyeru ke arah kebenaran, kerana merekalah yang akan menjadi penyelamat daripada kelalaian dan kealpaan.



katakan like jika best ya!

Sunday, February 13, 2011

Sejarah Hari Valentine ; Mahukah Dia dengan Insan yang Tiada Dara?


Salam Perkongsian..


Apabila dibangkitkan dengan isu Valentine, sewajarnya sebagai umat Islam haruslah membuka mata, membuka hati dan iman untuk melihat isu ini dengan lebih jauh, bagaimana sejarah Valentine bermula. Namun, perihal Hari Kekasih ini biarpun sudah ditegaskan dalam penulisan, ceramah, majlis ilmu atau seumpamanya, amat menyedihkan apabila melihat masih ada lagi insan yang cetek pemikirannya menganggap Hari Valentine ini lah satu-satunya hari istimewa bagi membuktikan lambang cinta duniawi semata. Nauzubillah~


**************************************


Ok cukuplah tu ayat skema saya. Sebenarnya ada persoalan BESAR  yang nak ditanya kepada semua cerdik pandai kat sini, sejauh manakah  'KE-DARA-AN' seorang anak gadis menjadi penentu dan penerimaannya dalam kehidupan insan yang bernama LELAKI.


Jika ditanya kepada mana-mana lelaki pun kat dunia ini, pasti mahukan wanita yang baik, cantik, lembut, dan bla bla.. TAPI persoalan yang paling PENTING, apakah lelaki mahukan seseorang yang baik, cantik, lembut dan bla bla itu, apabila didapati dia sudah hilang 'DARA' nya kepada lelaki lain??


Jikalau yang ganas-ganas, liar tu, mungkin fikir nak buat stok suka suki saja, cuba anda fikirkan, apakah masih ada lagi lelaki yang berhati mulia dan setia, menganggap kisah lama wanita tersebut sebagai perkara yang sudah berlalu, dan cuba belajar menerima wanita itu seadanya ?




Masih ada juga dalam kalangan mereka yang cuba memperbaiki diri apatah lagi berusaha untuk menjadi insan yang lebih baik. Cuba membuka lembaran baru dengan niat agar berpeluang lagi untuk menjalani kehidupan biasa, mengimpikan lelaki yang baik biarpun kadang-kadang masih terselit rasa berdosa, dan bersalah atas kesilapan lama.Menebus dosa lama dengan bertaubat dan mendalami ilmu agama. Kerana sudah lumrahnya, setiap manusia pernah melakukan kesilapan. Waima dia mahu kembali pangkal jalan atau tidak, pilihan sudah tersedia di genggaman.


Jika kaum wanita, frasa 'Hilang Dara' pastinya menjadi isu besar dalam masyarakat kita. Bagaimana pula dengan kaum lelaki yang sudah 'Hilang Teruna' nya? ada ke yang menjadikan ia suatu isu yang besar juga?? Kaum Wanita masih sudi menerima lelaki sebegini sebagai pasangan hidup?


Pasti persoalan sebegini ada jawapan yang berbeza daripada golongan 'arjuna' mahupun 'kirana' kan. Jadi, tertanya-tanya juga macam mana pula respon korang, apabila berhadapan dengan situasi sebegini, apatah lagi mereka yang sudah anda cintai, tiba-tiba sanggup membuat 'PENGAKUAN BERANI MATI' terhadap kisah lamanya. Anda terima atau  tidak???



Hujung Tinta~

Setiap apa yang dilakukan pada hari ini, pasti ada pulangannya di kemudian hari. Sebelum melakukan sesuatu, fikirlah kesannya supaya tak menyesal di hari muka. 



katakan like jika best ya!

Saturday, February 12, 2011

Petua Imam Syafie - 4 perkara perlu jadi peringatan bersama


Salam persahabatan buat semua pembaca. Hari ini ada sedikit ruang untuk saya berkongsi dengan semua. Memandangkan sekarang agak kesempitan waktu dengan pelbagai program maktab, jadi minta maaf sangat-sangat kepada siapa yang sudi berkunjung kat blog ini yang tak sempat dibalas kunjungan. InsyaAllah ada ruang akan ke blog anda pula.


Jadi, mari kita sama-sama baca, dan dan berusaha mengamalkan Petua Imam Syafie ini, semoga boleh jadi panduan semua untuk menjadi insan yang lebih baik dari sebelumnya.



4 Perkara Untuk Menguatkan Badan :

  1. Makan daging.
  2. Memakai Haruman.
  3. Kerap Mandi.
  4. Berpakaian daripada kapas.


4 Perkara Yang Melemahkan Badan :

  1. Banyak berkelamin (bersetubuh).
  2. Selalu cemas.
  3. Banyak minum air ketika makan.
  4. Banyak makan makanan yang masam.



4 Perkara menajamkan mata :

  1. Duduk mengadap kiblat.
  2. Bercelak sebelum tidur.
  3. Memandang yang hijau.
  4. Berpakaian bersih.


4 Perkara merosakkan mata :

  1. Memandang najis.
  2. Melihat orang dibunuh.
  3. Melihat kemaluan.
  4. Membelakangkan kiblat.


4 Perkara menajamkan fikiran :
  1. Tidak banyak berbual kosong.
  2. Rajin bersugi (gosok gigi).
  3. Bercakap dengan orang Soleh.
  4. Bergaul dengan Ulama' (orang yang berilmu)


Selamat Beramal =)


katakan like jika best ya!

Monday, January 31, 2011

Realiti sebenar sahabat-sahabat kita Di Mesir, Benarkah ada yang telah dirogol?? SILA BACA, PENTING!!


Terbaca informasi ini di blog sahabat, Luahan Hati Mamat 

Kisah Sebenar di Egypt, sila baca dan sebarkan.


Minta jasa baik semua yang berada di Malaysia,
Tolong, tolong, tolong, sebarkan pada semua.
Tingkatkan kesedaran.
Rakyat Malaysia di Egypt perlukan bantuan kerajaan.
Secepat mungkin.
Keadaan di Egypt adalah lebih buruk dari yg anda semua tahu.

Kami lihat, media utama di Malaysia tidak ketengahkan langsung hal Egypt.
Kata TPM, "Pelajar Malaysia selamat, tidak perlu dibawa pulang."

Please, jangan bergantung pada media tempatan dah.
Go online, bukak BBC, Al-Jazeera.
BUKA MATA, banyak lagi penting dari hal pilihanraya Tenang tu.

Kenapa, kenapa, student abroad je yg banyak sebarkan hal ni???
Lepas tu, keluarga pelajar Egypt yg kt Malaysia je risau.
Korang tak risau ke?
Tolong la, aku merayu ni.
 
 
JADI, APA SEBENARNYA YANG TELAH BERLAKU PADA RAKAN-RAKAN DAN SAHABAT-SAHABAT KITA DI EGYPT?? 

~ Airport di Alexandria dah tak boleh pakai.
~ Balai polis di sekitar Mansoura dan Alexandria dah dipecah.
~  Angkatan polis diarahkan untuk tidak mengawal, kononnya untuk susahkan lagi protes.
~ Penjara-penjara, yes, PLURAL, di sekitar Egypt dah dipecah masuk; lebih 6000 banduan   terlepas di jalan-jalan Egypt. 
~  Pelajar2 perempuan terpaksa bergantung dengan pelajar2 lelaki untuk mengawal rumah mereka.


Baca selanjutnya di sini ( link )
 

Kredit to krisis Mesir

Bila dengar macam ini, jadi takut pula. Yela ramai kot student kita, kawan-kawan aku  yang study kat sana. Sebenarnya aku try gak contact abang saudara aku yang kerja di Kedutaan Mesir melalui facebook, tapi setakat ini masih belum lagi tahu apa-apa perkembangannya. Entah macam mana la keadaan dia kat sana. 


Jadi harap semua yang ada terbaca atau membaca entry ini, silalah membantu mereka dengan doa insyaAllah semoga mereka selamat di sana.

http://www.facebook.com/pages/Global-Medic-Network/161720120528321?v=wall


http://krisismesirnasibrakyatkita.blogspot.com/

http://www.facebook.com/pages/Selamatkan-pelajar-dan-rakyat-Malaysia-di-Mesir/185618624791964




post credit to umek.thanks for posting this babe. i wouldnt understand unless you post it. and im praying that my aunty and all malaysian at egypt is alright. amin.

and you. yang sedang membaca. please copy and paste entry ini di blog, di facebook, di twitter in everywhere social network you have. spread it please.
thank you. :'(
 
 
***************************************** 

Respon aku :

Lepas satu ujian iaitu banjir besar yang terjadi di beberapa kawasan termasuklah bandar tempat aku tinggal kat Labis ini selepas Pilihan Raya DUN Tenang kelmarin, kini datang lagi satu ujian dari Allah kepada rakan-rakan kita di Mesir. 

Aku pun tak tahu adakah ini satu petunjuk kepada kita supaya ingat segala ujian pasti ada hikmah di sebaliknya dan bagi kita yang masih lagi selamat di Tanah Air kita. Mudah-mudah Allah melindungi mereka di sana. Aminn~


katakan like jika best ya!

Wednesday, January 26, 2011

Marilah Beramal bersama Elle Mardiana, Ben Ashaari, Kujie, dan Mereka..


Salam Muhibah untuk semua...


Terbaca entry ini di blog d_tieah, hatiku amat tersentuh. Melihat penderitaan yang terpaksa ditanggung oleh 2 orang saudara kita, Mohd. Syah Abdul Razak, dan Muhammad Hairuman Miskon. Terus kukunjungi sebuah blog, empunya nama Elee Mardiana, seorang novelis juga punya hati murni kerana keikhlasan beliau untuk membantu meringankan beban mereka.




Akibat kekejaman nafsu songsang seorang bekas banduan 11 tahun dahulu,  Mohd Shah Abdul Razak, 23, kini terpaksa menanggung kecacatan kekal pada dubur dan pundi kencingnya akibat disula dengan kayu sepanjang 0.51 meter hingga ke paras halkum. Kini Mohd Shah memerlukan perbelanjaan yang tinggi bagi menampung kos perubatan dan keperluan seharian memandangkan kedua ibu bapanya juga bergaji kecil. Baca seterusnya di sini ( link )




Demi mencari sesuap nasi, Mohd Hairuman Miskon, 22, tidak menyangka nyawanya telah dipertaruhkan. Hairuman telah menjadi mangsa renjatan kabel elektrik ketika mengambil upah mengait kelapa sawit pada tahun lalu. Akibatnya, Hairuman kini dalam dilema sama ada untuk memotong kedua-dua tangannya atau dibiar kehitaman. Kos perubatan yang perlu ditanggung pula terlalu tinggi kira-kira RM 15 000. Baca seterusnya ( link ).



Petikan dari blog Elle Mardiana :

" Oleh sebab itulah, saya mengambil keputusan untuk menderma seluruh royalti daripada 4 buah novel di bawah kepada adik-adik ini. Dan sumbangan ini berpanjangan. Maksud saya, selagi novel-novel ini dibeli orang, selagi itulah mereka akan menerima royalti tersebut. Ini sajalah yang boleh saya lakukan untuk membantu mereka."











Aku menyeru kepada rakan-rakan semua agar dapat bersama-sama menyokong Elee Mardiana bagi membantu mereka bagi meringankan beban mereka. Dan aku yakin di luar sana juga masih ada insan yang punya hati LUAR BIASA yang dapat membantu mereka seperti Abang Ben Ashaari, Kak Jie, dan ramai lagi. Anda pula bagaimana?? Adakah anda juga punya hati LUAR BIASA seperti mereka??


katakan like jika best ya!

Sunday, January 23, 2011

Tips Blogging untuk NEWBIE Blogger, Blogger VETERAN jangan baca ya



Rasa macam dah lama je aku tak buat tips blogging kat sini. Jadi hari ini tangan aku gatal-gatal sikit ya nak sharing kat korang semua especially kat new blogger tentang tips blogging. Kalo korang nak tau, aku ini pun bukannya hebat sangat dalam berblogging ini, sebab sikit-sikit tenggelam timbul kat sini sebab itu memang lah tak glamor langsung berbanding kawan-kawan yang dulu seangkatan dengan aku naik kapal sama-sama dulu.


Ini hasil apa yang telah aku belajar masa mula-mula berblogging dulu daripada mereka yang berpengalaman:




1) Kalau korang nak tahu, dulu blog aku ini gelap jerk. Maklumla mood gadis emo waktu itu. Aku pulak lagi suka warna gelap-gelap macam hitam berbanding putih. Tapi atas nasihat seseorang yang istimewa cewahh.. So aku pun upgrade la blog jadilah putih purple macam ni.


2) Better tak payah letak widget banyak-banyak, menambahkan kolestrol je kat blog korang tu. Pilih mana yang perlu dan penting untuk memudahkan korang. Sebab, kalo blog kita berat sangat, nanti orang yang elok-elok nak datang blog kita tiba-tiba terus klik tanda pangkah kat atas tu sebab malas nak tunggu loading lama sangat. Haa, apa kata korang gi timbang luk blog korang tu bape kilo la ye hehe. 


3) Then, cuba susun atur blog korang ini elok-elok kasi teratur sikit. Yela, kadang-kadang ada blog yang aku  masuk tu mak aihh penuh aksesori dengan blink-blink nya lagi sampai juling dibuatnya. Kalau akulah, aku lagi suka blog yang simple dan kemas sebab nak baca pun senang. Rasanya kebanyakan blogger glamor pun buat simple-simple je macam Hanis Zalikha, Ben Ashaari, Zack Zukhairi, Cik Epal, Cik Lolly dan lain-lain. Lagi satu, tulisan tu janganla comel bebenow kecik je cam saiz tahi mata mak aihh berkedip-kedip orang nak baca dibuatnya.


4) Ada sesetengah blogger suka pasang readmore pada entry bagi menjimatkan space dan memudahkan blog di-loading, tapi bagi aku lak, aku tak berapa berkenan dengan penggunaan readmore jenis ini, apatah lagi kena klik then loading lagi sekali untuk buka full entry tu. Leceh la gak, lagi-lagi bagi orang yang mengalami masalah tenet tenuk lagi tenat macam aku ini, daripada bersemangat nak baca terus tak jadi . Tapi kalo guna readmore macam sifu blogger aku ini dulu Along Arman aku tak kisah, sebab dia automatik je keluar tak payah nak tunggu lama-lama.



Cukuplah itu yang boleh aku kongsikan berdasarkan pengalaman aku berblogging selama setahun lebih ini. Dulu blog aku ini pun banyak kali kena tegur, tapi kita sebagai newbie kenalah terima dengan hati terbuka coz apa yang diorang cakap tu banyak betulnya. Tak percaya boleh tengok blog review oleh Touya Karuma masa aku mula-mula blogging dulu. Teruk jugak kena kutuk ngan blogger lain dulu wawawa~~


Ada banyak cara nak hangatkan ruangan blog korang macam yang pernah aku tulis dulu. So gi la jeling-jeling k. Alamak ada ke blogger veteren baca?? Adeyh tak dela reti nak tulis tips-tips ni tapi nak juga menggatal. Kalau ada nak komen blog aku silakanlah ya, sebab aku ngakula gak aku ini sekadar blogger picisan tak ada istimewanya cewahh~


Hujung Tinta:

~ Thanks kepada Abang Ben yang sudi tulis entry tentang blog ni. Sangat terharu cam nak nangis guling-guling je wawawa.

~ Kadang-kadang nak tergelak je baca entry dolu-dolu, tak matang sungguh haha.




katakan like jika best ya!

Saturday, January 22, 2011

Terbaik buat Cikgu-cikgu Blogger : Blog Kami Cikgu Blogger untuk anda semua


Salam sejahtera buat rakan-rakan semua..


Semalam, rakan aku Syafiq Shino ada 'paste' kan satu link kat wall FB aku, 'Kami Cikgu Blogger'. Wah agak teruja juga sebab blog ini bakal mengumpulkan semua guru-guru yang juga blogger dari seluruh institusi pendidikan sama ada IPG, IPTA/IPTS  juga yang sudah mengajar di sekolah-sekolah.




Apa yang menariknya, blog ini akan memuatkan pelbagai input yang boleh dikongsi khususnya dalam dunia pendidikan, sekaligus dapat menghubungkan serta mengeratkan sesama cikgu blogger. Selain itu, cikgu-cikgu blogger boleh berkongsi pendapat masing-masing serta mengetahui info-info semasa melalui blog ini.


Sebenarnya, dalam diam-diam aku juga telah mengikuti perkembangan semasa group 'Gathering Cikgu Blogger' di facebook. Bagus sungguh mereka ini, sebab selalu plan untuk buat gathering cikgu-cikgu blogger. Tahniah kepada Cik Mas dan rakan-rakan lain yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung bagi mengumpulkan dan menyatukan semua bakal-bakal cikgu ini. Sebenarnya memang sangat jeles lah sebab tak dapat nak join first gathering diorang hari itu. InsyaAllah ada peluang, next gathering mesti mahu join. Harap adalah space untuk aku selit-selit lak nanti ya kih kih!!


Oklah, jadi bagi cikgu-cikgu blogger semua, bolehlah datang melawat blog Kami Cikgu Blogger nanti. Sila letakkan link dan nama tempat korang belajar di entry ini. Boleh juga lepak-lepak santai di group Gathering Cikgu Blogger di facebook. Bolehlah nanti korang berkongsi idea, pendapat atau nak tanya apa-apa dengan diorang nanti. Tengok cikgu-cikgu blogger ini semuanya friendly. So apa lagi cikgu-cikgu semua, jom ramai-ramai kita meriahkan blog Kami Cikgu Blogger ya!



Hujung Tinta~

Ternampak dalam komen kat blog kawan tanya IPGM untuk apa. Kalau nak tau, IPGM stands for Institut Pendidikan Guru Malaysia yang sebelumnya dikenali sebagai maktab perguruan. 



katakan like jika best ya!

Monday, January 10, 2011

Renungan Hati : Biarpun Dugaan itu Pahit, Namun Kejayaan itu Manis


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..


Sudah menjadi fitrah hidup manusia, dalam hidup ada suka dan duka. Tiada perjalanan yang mudah, segala ranjau perlu ditempuh demi merealisasi sebuah cita-cita. Apatah lagi dalam mencapai matlamat yang semestinya diimpikan untuk sekian lamanya. Namun, apalah erti sebuah kejayaan jika tiada pengorbanan yang perlu diperhitungkan terlebih dahulu.


Maka, pelbagai cara dan inisiatif yang akan difikirkan semata-mata untuk berjaya. Tak ada namanya manusia yang bercita-cita mahu menjadi gagal. Tak ada siapa juga yang mengimpikan kemiskinan. Dan tiada yang sanggup bernasib malang seumur hidupnya. Untuk itu, betapa indahnya ciptaan Tuhan mengurniakan akal yang unik bagi memudahkan manusia mengadaptasi diri dengan keadaan sekeliling serta berusaha mempertingkat kualiti diri untuk menjadi yang lebih baik.




Walau bagaimanapun, perlu direnungkan kembali, apakah cara yang diambil untuk mencapai sesuatu yang diimpi? Adakah dengan cara yang baik, atau sebaliknya. Hal ini kerana, hasil yang memberangsangkan selalunya memang mudah diperoleh, tetapi keberkatan di sebalik kejayaan itu tidak nampak di mata, tapi sebenarnya, keberkatan itu jelas dapat dirasakan ketara. Segalanya sudah tersurat sebagai hukum alam.


Lihatlah sekeliling kita. Ada orang yang punya wang berjuta-juta, tetapi masih merasakan tidak cukup bagi dirinya. Ada orang yang sentiasa dikelilingi 'bodyguard', tetapi hidupnya diselubungi dengan ketakutan. Ada orang berjaya dalam kerjaya, tetapi hidup resah dan tidak gembira. Ada orang yang sihat walafiat, tetapi jiwanya kosong dan hatinya merana. Ada orang yang mewah makannya, tetapi tidak pernah kenyang-kenyang biarpun siang malam pagi petang mengunyah tak henti-henti.


Aku selalu mengingatkan diriku dan orang sekeliling yang rapat denganku, dimana silapnya jika kita pernah merasakan tidak cukup dengan apa yang ada. Kenapa sifat syukur selalu tipis biarpun segalanya sudah cukup tersedia di depan mata. Kenapa masih rasa 'sengkek' biarpun sudah diberi wang belanja secukupnya. Maka, perlu berbalik kepada asal, fikirkan semula bagaimana dan apakah cara yang telah dilakukan untuk mengecapi matlamat tersebut, sama ada cara baik atau sebaliknya kerana apa jua matlamat itu baik rupanya, tetap tidak akan menghalalkan cara yang salah di sisi agama dan undang-undang.



Sesungguhnya, nak meniti kejayaan sebenarnya bukan suatu perkara yang mudah. Bulat takkan datang bergolek, pipih tak datang melayang. Segalanya hanya akan diperoleh setelah sekian lama berusaha keras ditambah dengan doa dan yakin kepada Maha Pencipta. Sekiranya telah berjaya pula, dugaan itu takkan berhenti kerana ada saja penyakit hati menyelubungi hati-hati manusia yang bersifat dengki dan iri hati. Begitulah erti dunia sebenar, kerana dengki dan sakit hati, boleh membawa hingga ke mati, Nauzubillah.




Demikianlah hidup ini berputar ibarat roda, ada hari-hari di atas dan ada hari-harinya di bawah. Hari-hari di atas memberi peluang untuk kita memanjatkan rasa syukur dan menghargai apa adanya. Serta, hari-hari yang di bawah itu pula yang akan menyedarkan diri kita betapa kerdil dan lemah diri agar tetap berpijak di bumi yang nyata.



Hujung Tinta :

~ Alhamdulillah, sangat bersyukur usaha keras berbaloi, azam aku akhirnya tercapai dapat pointer 3.78 untuk semester lepas. Adik aku juga berjaya sambung ijazah. Syukur. Harap perjalanan hidup selepas ini sentiasa dipermudahkan, Aminn.



katakan like jika best ya!

Wednesday, December 29, 2010

Action Gila-gila.. MAGIC Sudu melekat atas Hidung Mesti Kena CUBA!!


KAlau sehari tak gelak sakan dengan budak-budak ini memang tak boleh dipercayai. Maklumlah masing-masing ada macam-macam perwatakan, yang kecik, yang kedengking, yang gemuk(best buat bantal peluk ni haha) yang blur-blur, semua ada. Siapa lagi tak lain tak bukan my sisters and brothers. Lagi-lagi lepas kemaruk tengok Clever Edisi Malaysia dan TVIQ sekarang ini, baik eksperimen dan magic, semua mau cuba.


Korang percaya tak yang sudu besi boleh lekat pada hidung?? TAK PERCAYA?? Haa meyh sini aku kasi demo. Dengan ini, Aku akan menampilkan seorang superhero kecik yang baru lepas sunat seminggu lepas (sekarang tengah proses nak baik) untuk menjadi MODEL untuk tunjukkan macam mana nak kasi lekat sudu besi atas hidung.





Mula-mula kenalah sediakan sudu besi.






Pastu, kasi sikit wap masam-masam baru lepas bangun tidur dari mulut korANg, hembuskan pada sudu tersebut.



Last sekali, cuba lekat pada hidung korang!! Haa, berjaya tak?? Memandangkan hidung adik aku sorang ni penyek sikit, memang payahla nak berjaya sikit-sikit jatuh je haha. Nampaknya nak tak nak aku gak yang tunjuk buktinya. Terima kasih kepada mak sebab kecik-kecik dulu suke sepit hidung aku gune penyepit baju bila nak kejut bangun pagi, mancung la sikit hidung aii ni huahuahua






Wahh, tahniah la pada yang berjaya buat, bolehla try wat gune senduk besi lak ye hoho. Yang tak berjaya buat barangkali angle hidung korang tak cukup lagi kot, takpela len kali cuba lagi ya haha.. Actually ada prinsip sains di sebalik apa yang kitorang wat ni, belajar kan dulu tajuk 'Keseimbangan'?? Haa nanti carik sendiri la yerk.. Okeyh kalo kitorang ada eksperimen best lagi nanti aku kasi tunjuk, leyh ar korang cuba bajet2 tunjuk magic kat sapa-sapa nanti ngee~



Awas!! dah buat jangan lupa basuh sudu yang tercemar tu kang tak pasal-pasal mati kering orang lain bau masham tu ngeee...


katakan like jika best ya!

Monday, December 13, 2010

Hidup Orang Kampung: Aku, Lembu dan Kelapa Sawit


Kalau selama ini, aku hanya habiskan masa cuti kat rumah, tolong mak kat dapur, kemas-kemas.. Kali ini aku habiskan hujung minggu yang lepas tolong ayah aku kat kebun lak. Haha, tak sangka rupanya kuat jugak aku tarik pelepah kelapa sawit, bagi lembu makan, wahh syok sungguh. Yela ini yang seronoknya jadi orang kampung, ada pengalaman wat perkara-perkara extreme macam ini:


Misi aku, ayah, era dan adik aku yun, di kebun kelapa sawit ayah aku

Bagi lembu makan, kalau nak tau nama dia Mei Mei


Ayah tengah demo camne nak perah susu lembu, comei kan Mei Mei kitorang, tengah bunting tu x sabar nak tunggu dia beranak huhu


Gelinya pegang tu..Kononnya nak belajar perah susu gak.. Pengalaman sungguh hahaha..

Cerita pasal lembu, ayah aku memang suka bela lembu, lagi-lagi semenjak dia bekerja kat Jabatan Veterinar ini, secara tak langsung banyak gak yang aku tahu. Yang paling menarik, baru aku tahu rupanya binatang ada dua cara beranak, berdiri atau duduk. Bagi binatang jenis lembu ni, dia akan beranak secara duduk mengiring, selepas itu, ibu dia akan gigit tali pusat anak dia. Berbanding binatang yang beranak berdiri, macam gajah, dia akan beranak secara berdiri, jadi tali pusat dia akan terputus sekaligus selepas keluar.



Sebelum buat kerja, kenalah pasang ubat nyamuk dulu, pakai sarung tangan, keselamatan kena jaga penting tu


Tolong ayah alihkan pelepah kelapa sawit yang dah di'broning', entah betul x eja nye aku pun tak tahu haha, yang penting macam trimming pokok la


Tak lepaskan peluang, nak 'broning' aka potong pelepah kelapa sawit, even tak berjaya, tapi eksen je sudah haha

Banyak yang aku dah belajar, tentang pokok kelapa sawit dan penjagaannya. Kalau korang nak tau, pokok kelapa sawit ni boleh tampung air yang banyak. Ayah aku cakap, kalau nak pokok berbuah banyak, kenalah 'broning' aka trim pokok tu, aishh tak tau nak eja la perkataan tu tapi itulah yang ayah aku dok sebut-sebut. Kalau tak, nanti dia akan makan banyak baja, so untuk mengelakkannya, at least biar ada dua pelepah bawah buah kelapa sawit, satu untuk tampung buah, dan satu lagi untuk tampung air.



da siap buat kerja, ayah ajak minum air kelapa, ada banyak buah-buahan gak kat sini

Dah penat-penat buat kerja, apa lagi ayah ajak gi hujung kebun minum air kelapa, fresh punya huhu. Selain buah kelapa, ayah ada tanam buah tembikai, dukung, pokok pisang dan macam-macam lagi. Dan yang seronoknya, siap ada kolam lagi kat sini, ayah buat. Seronok. Banyak pengalaman 'extreme' yang aku dah belajar kat sini, korang pernah buat jugak tak??



katakan like jika best ya!

Saturday, December 11, 2010

BlogLarian : Cara Mudah untuk blogwalking!


Semalam ketika meronda-ronda di blog rakan-rakan, beberapa kali aku terbaca entry mengenai cara mudah blogwalking dengan menggunakan BlogLarian  sebagai salah satu medium untuk mempromosikan blog dan menarik trafik.

Agak menarik juga join segmen ni. Tapi sebelum itu, ada beberapa syarat yang perlu dilakukan, sila ke page Padelblog untuk roger-roger apa yang patut dan ada beberapa syarat yang perlu diikut.:


*************************




1)  Letak banner ni dan link kan ke http://bloglarian.blogspot.com/

2)  Lengkapkan Slogan "Saya suka berblogwalking kerana...." (tidak lebih 30 patah perkataan)

3)  Follow  Bloglarian

4)  Tag 3 orang atau lebih rakan

5)  sila beritahu rakan yang anda Tag memalui comment

6)  Tinggalkan link post anda di comment entry ini...

7)  peserta akan di listkan ke dalam BlogLarian mengikut turutan..

8)  tiada tarikh tutup buat masa ini




*********************

Saya suka berblogwalking kerana dengannya dapat berkenalan dan berkongsi info, pendapat dan pengalaman dengan rakan-rakan lain, membantu mempromosikan blog serta menaikkan trafik, secara tidak langsung dapat berblogging dengan lebih bersemangat cewahh!


Beberapa rakan yang ditag ...



katakan like jika best ya!

Friday, November 19, 2010

Azam cuti sekolah : Blogging dengan BERKOBAR-KOBAR


Hola halu huhu.. Wahh lama gilewwwrrrrrr tak mengadap blog.. Macam rindu lak ( macam je ke huk2 )..

Sorry la beb busy sungguh maklumler budak ni fokus 101% exam.. So now ni i'm HOME sangat suke yeay.. U jangan jeles tau itulah bestnye jadi cikgu budak cuti i pun tumpang dua-dua kaki huhu.. Sekian lama 2 bulan lebih dekat 3 bulan tak balik kampung, dah macam tak betul plus mereng otak ni dah. Siap dok menyeru-nyeru mak aku coz nak balik, kesian mak aku hari-hari kena layan aku kat phone hoho..




Ada gak aku hapdate sikit-sikit hari tu, tapi banyak melalut je, sikit-sikit tulis puisi sampai aku rasa si Along Tapa ni tensen kot baca entry aku yang baru-baru ini, ang tau tak, terasa aku tau bila bace ang punye post yang ini. Mentang-mentang aku manyak bersastera haishh~


Ok berbalik pada azam cuti sekolah, aku dah senarai pendekkan semuanya:

~> dapat 'up up up' kan balik trafic aku ni, jatuh mendadak kesian sungguh blog aku yang satu ini. Jadinya, kenalah aku rajin update entry, blogwalking, support blogger lain and etc.. (kau kena RAJIN tau ika!!)

~> disebabkan mak aku dah bising-bising suruh upgrade skill memasak, mengemas rumah, belajar menjahit supaya menjadi WANITA MEE-TALI, makanya, dengan semangatnya aku akan berusaha sgigh demi emak tersayang, cewahhh.. yela, stress bila mak asyik bising je "Along,waktu mak sebaya kau dulu mak dah kahwin tau!! Ini dah besar-besar pun tak reti apa lagi!! " Adeii mak ni, rilek ar ikut perangkaan habis study lagi 3 tahun, so lambat lagi nak kawen, buat ape nak terburu-buru belajar nanti cepat lupa betul tak! Lagipun, ekceli aku sebenarnya reti je nak masak cuma malas nak tunjuk skill je hehe..(alasan nak escape dari buat kerja la tu! )

~> Aku nak jalan-jalan, nak bersuka ria, enjoy sana sini, berjimba-jimba sesuka hati plus sambil cuci cuci mata owhh sangat menarik gitu lho.. Mana la tau kot-kot ter-stalking abang hansem, Sekali sekala buat maksiat mata apa salahnya!! Wakakakaka (ketawa jahat)

~> Lastly, aku tengah perah otak nak cari duit lebih sementara cuti ini. Memandangkan aku cuma reti mengajar anak orang je, so tak de idea nak cari income lain. Kalau ada siapa-siapa leyh bagi idea BERNAS, aku sangat mengalu-alukannya, kalo setakat idea BERAS baik tak yah cakap okies..


Okeyh, roger and out~ ;p


katakan like jika best ya!

Thursday, November 4, 2010

Penulisan Kreatif : Biar Alam Berbicara




Dikala langit menangis duka,
Dapat kulihat ramai yang suka,
Indahnya dunia dapat dirasa,
Sedangkan cuma godaan jiwa.


Dikala angin menghembus lara,
Dapat kulihat ramai yang leka,
Terlanjur tenang dibuai raga,
Namun indahnya cuma seketika.


Dikala bayu membelai pipi,
Dapat kulihat ramai yang asyik,
Teramat suka  pantang diusik,
Khuatir kelak menjadi sakit.


Dikala dingin menggigit tulang,
Berselubung hati di balik suram,
Melayan dunia dalam girang,
Akal tenggelam dalam kelam.


Dikala awan semakin sarat,
Menanggung semua teramat berat
Yang dipekung kian tersurat.
Malanglah nasib sudah melarat.


Biarlah alam berbicara,
Moga kau lekas terjaga.



Khamis, 0330 am   
04 November 2010


*********************


Hujung Tinta :

Rasa cam dah lama tak berkarya macam ini.. =)

katakan like jika best ya!