Salam sayang buat semua.. Adoii sakit pinggang duduk lama-lama mengadap oven menyiapkan kuih raya. Macam-macam rupa ada yang comei, yang tak berapa nak masak, yang hangus, yang hitam legam pun ada jugak. Setakat hari ini dah berjaya menyiapkan 4 jenis kuih raya (sila tepuk kuat-kuat untuk aku sebab dapat siapkan sekaligus dalam satu masa huhu)
Sebenarnya aku x sempat nak conclude lagi kisah aku ber-pbs kat SKL. Sebelum ini aku dah post entry
ini, dan
ini ( baca dulu baru tahu kisahnya ) Macam-macam ragam budak aku jumpa pening kepala dibuatnya. Tapi bagi aku ini kenangan yang terbaik dah aku lalui, orang kata senang nak jadi cikgu.
SENANG KE?? meyh aku citer sikit senang tak senang jadik cikgu ni sebenarnya.
Hari first aku masuk kelas Tahun Satu dah macam-macam kes parah aku dengar dari cikgunya, yang putus telinga lain, yang meragam tak nak belajar lain, entah macam-macam lagi la. Yang Tahun 6 lain pulak ragamnya. Masuk Tahun 3, aku diberi peluang untuk menggantikan kelas Bahasa Melayu selama satu jam. Habis satu jam masa maka budak-budak ini pun mengerumuni aku bertanya itu ini.
Cikgu duduk mana??
Cikgu belajar kat mana??
Cikgu dah kahwin ke belum??
Cikgu ada pakwe tak??
Cikgu nak nombor tepon cikgu buleh??
Cikgu Nak datang raya ye nanti!!
haaaa macam-macam soalan yang ditanya mengalahkan detektif lagaknya, nak tak nak terpaksalah layankan je. Tiba-tiba datang soalan
killer dari seorang murid, namanya Khairunnisa...
Nisa : Cikgu, kalau saya nak kenalkan cikgu dengan ayah saya, boleh tak??
Aku : Kenapa pulak nak kenalkan cikgu dengan ayah awak?? ( menjawab dengan cool even dalam hati aku dah macam-macam pikir dibuatnya )
Nisa : Yela, saya dah tak ada mak. Ayah saya pesan, kalau ada cikgu baru yang belum kahwin nanti kenalkan la dengan dia.
Aku : Errkkkkkk!! Eh tak mahu lah cikgu awak jangan la camtu ishh ishh tak boleh tak boleh tak boleh (mak oii tersedak aku dengar budak ni punya ayat mati aku huwaaa~)
Yela niat pi sekolah nak rapat ngan anak murid, kang bila dah kes macam ini tak pasal-pasal terkenan pulak dengan bapak budak tak memasal terus jadik bini orang tambah pulak dapat anak express..,
huwaaa sungguh aku tak rela!!!!!
Adoii budak-budak, budak-budak. Cikgu ini belajao pon tak abes lagi tau, nak menuntut ilmu rumah tangga pun tak khatam-khatam lagi, inikan pulak mahu dikenalkan dengan bapak dia la pulak adeyhh macam-macam hal pagal aku dibuatnya. Sabow jela... Tapi dalam ramai-ramai murid, aku paling suka melayan karenah budak darjah satu. Bila aku tengok muka diorang satu-satu nampak tulus je, jujur je, sejuk je hati ini melihat (cewahh ada macam jiwa keibuan tak huk huk) dengan melayan ragam diorang yang manja tu (naseb baik tak tumbang dipeluk diorang beramai-ramai adeyhh) Mak aihh payah gak ini nak jadik cikgu kan!
Apa-apapun memang banyak sangat yang diperoleh biarpun hanya seminggu je tapi pengalamannya memang tak ternilai. Bak kata Mat Salleh, : Experience is the Best Teacher. So, nak tutup kisah PBS ni dengan gambar-gambar sepanjang aku di sana.
Ada gaya cikgu tak aku ni??huhu
Alahai chumelnya diorang ini haha
Bergambar ngan murid Pendidikan Khas, Hasif dan Siti. Diorang ni shy-shy cat tapi kalo bab amik gambar memang suka sangat haha
Inilah rakan-rakan guru pelatih lain. Even datang dari IPG yang berbeza tapi visi dan misi kami tetap sama ngee~ Ada siapa-siapa nak berkenalan ke ngeh ngeh ngeh
Inilah gambar kelas Tahun 1 Arif, bergambar dengan guru kelas mereka Cikgu Siti. Kawan aku cakap budak yang duduk depan sekali muka macam gothik, erkk ade ke??
Okies, kalau nak tengok pic lain lagi leyh la sekodeng
facebook aku ya. Tapi aku nak tanya sikitla kat korang, macam mana ye nak buat muka garang?? Sampai sekarang still tak berjaya lagi meng
GARANGkan diri depan budak-budak. Bila nak kontrol wajah garang je tiba-tiba mesti cam nak tergelak je adoyaii payah gak ni. Memang susah nak jadi cikgu yang betul-betul cikgu sebenarnya. Bak kata Guru Besar, Nak kerja cikgu semua boleh buat, tapi nak jadi pendidik tak semua mampu menggalas tanggungjawab yang sebenar.
katakan like jika best ya!