Tabung Masa Depan

Showing posts with label Islam Agamaku. Show all posts
Showing posts with label Islam Agamaku. Show all posts

Tuesday, February 22, 2011

Sekadar Teguran, menerima atau protes


Bismillah.. Alhamdulillah..


Malam ini baru ada sedikit kesempatan untuk menulis sedikit coretan ilmu juga perkongsian pengalaman diri. Baru-baru ini memang jadual sangat padat sehingga dirasakan setiap detik yang lalu sangat mencemburui.


Teguran.. Pernahkah anda ditegur? Apa yang anda rasa apabila seseorang itu menegur anda? Apatah lagi apa yang ditegur itu adalah realiti diri anda, kesukaan dan minat anda, yang kiranya ada sebahagian  mata-mata lain kurang enak memandang, namun bagi diri ianya merupakan satu kemestian, keghairahan yang dianggap suatu yang biasa  sahaja.


Pada mula teguran itu, tentunya teramatlah sukar untuk menerima, bahkan siapa-siapa jua yang menerima teguran, pasti dalam hati akan memberontak menyatakan ketidak puasan hati. Apalah, sibuk je masuk campur tentang hidup aku! Ish, tak ada kerja lain ke daripada duk jaga tepi kain orang! Begitulah respon sebilangan besar daripada manusia. Kerana begitulah fitrahnya manusia, apabila ada yang menentang suatu yang disuka, pasti keegoan mencanak diri, kemarahan menguasai hati langsung kewarasan akal tidak dapat dibendung lagi.


Jadi, kali ini mari sama-sama renungkan, pada sesiapa jua yang pernah menerima teguran, apakah teguran yang diberi itu relevan atau sebaliknya? Atau apakah teguran itu menunjukkan tanda bahawa si penegur 'jeles' dengan kita? Atau apakah teguran itu sebenarnya benar, tetapi hati yang keras ini juga tetap berdegil dan sanggup menentang yang benar kerana  keegoan kita?


Hari ini aku telah menerima teguran dari seseorang yang aku kira, telah kuanggap dia seperti kakakku sendiri. Bicaranya berbunyi sebegini..


" Wahai adikku sayang..

Ya ukhti, gambarmu  itu tak sesuai tuk tatapan umum... :) menampakkan jelas perhiasanmu..:)

sbb ukhti antara yg rapat dgn akak , maka sudah jadi tanggungjawab akak untuk menegurmu.:)"


Sungguh, pada mulanya jika tidak dapat mengawal diri dan hati, pasti akan lahir perasaan kurang senang apabila ditegur sebegini. Namun apabila difikirkan secara waras berulang kali, hati mula berdetik,


" Sesungguhnya tegurannya adalah suatu yang baik, dan aku telah membuat suatu yang sebaliknya.. 

Apa dikata adalah benar, membawa ke arah kebaikan untuk diri aku sendiri. Dia sayangkan aku.

Maka aku harus menerimanya dengan sebaik -baiknya. "


Sebenarnya bila direnungkan semula, apabila kemarahan menguasai diri  dan hati , ketika itu perasaan yang lahir  berpunca kerana  MALU, BENGANG, TIDAK SANGKA, TIDAK PUAS HATI dan sebagainya. Namun jangan mudah tergadah apabila menerima perkara sebegini sebegini, Tarik nafas dan tenang. Baru boleh bersikap rasional dengan teguran yang diberi. Jika belum apa-apa sudah tinggi suara, bermasam muka, bukankan sudah merapuhkan hubungan persaudaraan seagama, dek keegoan tidak mahu menerima!


Adab menegur juga perlu kena pada masa, waktu dan ketika, bukan hentam sajalah bila-bila pun tak pe.  Bait bicara untuk menegur pun haruslah berhikmah, bukan berunsur menyakitkan hati apatah lagi berniat untuk menghina. Jika tidak difikirkan semua ini terlebih dahulu, juga akan membuat orang ditegur tidak dapat menerima. Oleh sebab itu, individu lebih mudah menerima teguran apabila bicaranya rendah serta perwatakannya mesra dan tutur katanya relevan.


Sebelum saya tawakufkan bicara, marilah kita berfikir kembali. Sebenarnya, orang yang benar-benar menyayangi kita, bukan orang yang hanya suka memuja muji semata-semata. Kerana setiap pujian yang diberi umpama renjisan minyak yang akan memarakkan lagi api riak dan takbur. Akan tetapi, orang yang yang telus mengasihi adalah orang yang sentiasa ingat-mengingati, berpesan-pesan ke arah kebaikan, dan menyeru ke arah kebenaran, kerana merekalah yang akan menjadi penyelamat daripada kelalaian dan kealpaan.



katakan like jika best ya!

Saturday, February 12, 2011

Petua Imam Syafie - 4 perkara perlu jadi peringatan bersama


Salam persahabatan buat semua pembaca. Hari ini ada sedikit ruang untuk saya berkongsi dengan semua. Memandangkan sekarang agak kesempitan waktu dengan pelbagai program maktab, jadi minta maaf sangat-sangat kepada siapa yang sudi berkunjung kat blog ini yang tak sempat dibalas kunjungan. InsyaAllah ada ruang akan ke blog anda pula.


Jadi, mari kita sama-sama baca, dan dan berusaha mengamalkan Petua Imam Syafie ini, semoga boleh jadi panduan semua untuk menjadi insan yang lebih baik dari sebelumnya.



4 Perkara Untuk Menguatkan Badan :

  1. Makan daging.
  2. Memakai Haruman.
  3. Kerap Mandi.
  4. Berpakaian daripada kapas.


4 Perkara Yang Melemahkan Badan :

  1. Banyak berkelamin (bersetubuh).
  2. Selalu cemas.
  3. Banyak minum air ketika makan.
  4. Banyak makan makanan yang masam.



4 Perkara menajamkan mata :

  1. Duduk mengadap kiblat.
  2. Bercelak sebelum tidur.
  3. Memandang yang hijau.
  4. Berpakaian bersih.


4 Perkara merosakkan mata :

  1. Memandang najis.
  2. Melihat orang dibunuh.
  3. Melihat kemaluan.
  4. Membelakangkan kiblat.


4 Perkara menajamkan fikiran :
  1. Tidak banyak berbual kosong.
  2. Rajin bersugi (gosok gigi).
  3. Bercakap dengan orang Soleh.
  4. Bergaul dengan Ulama' (orang yang berilmu)


Selamat Beramal =)


katakan like jika best ya!

Monday, January 10, 2011

Renungan Hati : Biarpun Dugaan itu Pahit, Namun Kejayaan itu Manis


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..


Sudah menjadi fitrah hidup manusia, dalam hidup ada suka dan duka. Tiada perjalanan yang mudah, segala ranjau perlu ditempuh demi merealisasi sebuah cita-cita. Apatah lagi dalam mencapai matlamat yang semestinya diimpikan untuk sekian lamanya. Namun, apalah erti sebuah kejayaan jika tiada pengorbanan yang perlu diperhitungkan terlebih dahulu.


Maka, pelbagai cara dan inisiatif yang akan difikirkan semata-mata untuk berjaya. Tak ada namanya manusia yang bercita-cita mahu menjadi gagal. Tak ada siapa juga yang mengimpikan kemiskinan. Dan tiada yang sanggup bernasib malang seumur hidupnya. Untuk itu, betapa indahnya ciptaan Tuhan mengurniakan akal yang unik bagi memudahkan manusia mengadaptasi diri dengan keadaan sekeliling serta berusaha mempertingkat kualiti diri untuk menjadi yang lebih baik.




Walau bagaimanapun, perlu direnungkan kembali, apakah cara yang diambil untuk mencapai sesuatu yang diimpi? Adakah dengan cara yang baik, atau sebaliknya. Hal ini kerana, hasil yang memberangsangkan selalunya memang mudah diperoleh, tetapi keberkatan di sebalik kejayaan itu tidak nampak di mata, tapi sebenarnya, keberkatan itu jelas dapat dirasakan ketara. Segalanya sudah tersurat sebagai hukum alam.


Lihatlah sekeliling kita. Ada orang yang punya wang berjuta-juta, tetapi masih merasakan tidak cukup bagi dirinya. Ada orang yang sentiasa dikelilingi 'bodyguard', tetapi hidupnya diselubungi dengan ketakutan. Ada orang berjaya dalam kerjaya, tetapi hidup resah dan tidak gembira. Ada orang yang sihat walafiat, tetapi jiwanya kosong dan hatinya merana. Ada orang yang mewah makannya, tetapi tidak pernah kenyang-kenyang biarpun siang malam pagi petang mengunyah tak henti-henti.


Aku selalu mengingatkan diriku dan orang sekeliling yang rapat denganku, dimana silapnya jika kita pernah merasakan tidak cukup dengan apa yang ada. Kenapa sifat syukur selalu tipis biarpun segalanya sudah cukup tersedia di depan mata. Kenapa masih rasa 'sengkek' biarpun sudah diberi wang belanja secukupnya. Maka, perlu berbalik kepada asal, fikirkan semula bagaimana dan apakah cara yang telah dilakukan untuk mengecapi matlamat tersebut, sama ada cara baik atau sebaliknya kerana apa jua matlamat itu baik rupanya, tetap tidak akan menghalalkan cara yang salah di sisi agama dan undang-undang.



Sesungguhnya, nak meniti kejayaan sebenarnya bukan suatu perkara yang mudah. Bulat takkan datang bergolek, pipih tak datang melayang. Segalanya hanya akan diperoleh setelah sekian lama berusaha keras ditambah dengan doa dan yakin kepada Maha Pencipta. Sekiranya telah berjaya pula, dugaan itu takkan berhenti kerana ada saja penyakit hati menyelubungi hati-hati manusia yang bersifat dengki dan iri hati. Begitulah erti dunia sebenar, kerana dengki dan sakit hati, boleh membawa hingga ke mati, Nauzubillah.




Demikianlah hidup ini berputar ibarat roda, ada hari-hari di atas dan ada hari-harinya di bawah. Hari-hari di atas memberi peluang untuk kita memanjatkan rasa syukur dan menghargai apa adanya. Serta, hari-hari yang di bawah itu pula yang akan menyedarkan diri kita betapa kerdil dan lemah diri agar tetap berpijak di bumi yang nyata.



Hujung Tinta :

~ Alhamdulillah, sangat bersyukur usaha keras berbaloi, azam aku akhirnya tercapai dapat pointer 3.78 untuk semester lepas. Adik aku juga berjaya sambung ijazah. Syukur. Harap perjalanan hidup selepas ini sentiasa dipermudahkan, Aminn.



katakan like jika best ya!

Saturday, November 6, 2010

Jika Nabi Muhammad SAW bersama kita hari ini..



Salam sejahtera dan salam kasih buat semua.. Hari ini aku ingin berkongsi satu tayangan video yang diambil daripada sebuah rancangan televisyen Arab. Sama-sama kita tonton dan semoga peroleh hikmah di sebalik video ini.


 


Daripada diorang dok tayang wakenabeb or bing bang boom tu, baik tayang program camni.. ade gak beri kesedaran sikit..



Hujung tinta:


Jauh sudut hati ini rasa sayu sangat. Jika rancangan sebegini ditayangkan di Malaysia, entah bagaimanalah nisbah yang jujur dan punya nilai-nilai sebegini.. Allahu'alam



katakan like jika best ya!