Tabung Masa Depan

Showing posts with label uKiRan peNa. Show all posts
Showing posts with label uKiRan peNa. Show all posts

Sunday, January 30, 2011

Realiti Konspirasi di DUN TENANG, Blog Normala Sudirman, Bandar Labis menjadi TUMPUAN


Salam Muhibah..


30 Januari 2011. Tepat jam 12.00 tengah malam tadi, maka berakhirlah kempen pilihan raya antara kedua-dua wakil UMNO dan PAS bagi menarik undi dari rakyat Labis. Sungguh, biarpun aku baru sahaja kembali ke Labis beberapa hari lepas, aku dapat merasai kehangatan pilihan raya yang sangat LUAR BIASA. Masakan tidak, jika dahulunya Labis ini seumpama tidak dikenali apatah lagi dipandang oleh keseluruhan masyarakat di Malaysia, kini boleh dikatakan hampir saban hari ada sahaja informasi daripada pihak media sama ada di kaca televisyen mahupun dada akhbar.




Sebagai anak jati yang lahir dan menetap di Labis ini, aku agak teruja jugakla melihat perubahan yang agak ketara. Kebanyakan 'orang-orang besar' datang turun ramai-ramai ke sini. Waktu beginilah berbagai bantuan dan aktiviti kemasyarakatan diberikan dari ceruk-ceruk kawasan sehinggalah ke kawasan bandar. Wahh, ini satu keajaiban! Dahulunya, jika jam telah menunjukkan 10 malam, rasanya kawasan Labis ini dah mulai sunyi. Berbanding dengan sekarang, Jam 12.00 tengah malam pun keadaan masih hingar bingar, rasa macam dok kat KL pulak. Dengan traffic Jam.. huhh hanya mampu geleng kepala.



Namun, apa yang tak bestnya, macam-macam konspirasi telah timbul antara calon daripada pihak UMNO, Mohd Azahar Ibrahim serta calon daripada pihak PAS, Normala Sudirman. Sebagai seorang pelajar dan juga anak jati Labis, sudah semestinya aku juga akan mencari kebenaran melalui mana-mana medium supaya tak tersalah sangka, tersilap kata. Aku dapat tahu Cikgu Mala juga telah punya laman web/blog sendiri ( link ). Kesimpulan yang aku dapat, bukan mudah nak menjadi seorang pemimpin dan juga wakil rakyat, kerana setiap apa yang dilakukan akan menjadi asbab dan perhitungan semua. Tapi aku yakin satu perkara, seorang pemimpin yang baik insyaAllah pasti akan mampu menghadapi segala cabaran dan tohmahan daripada mana-mana pihak.


Antara judul artikel yang menarik perhatian aku sepanjang musim 'demam' pilihan raya ini :

~ Senarai Serangan BN kepada Cikgu Mala
~ Isu Tanah  
~ Isu Salam
~ dll


Hanya mampu membaca dan menghadamnya sendiri (jangan banyak komplen nanti makan diri hehe). Ada seorang kawan aku tanya, yang mana aku akan pangkah nanti. Haha, aku hanya menggeleng sambil tersengih, " Undi adalah rahsia, tapi tetap tak boleh nak mengundi lagi sebab baru je daftar pengundi akhir tahun lepas, Sayangnya.. tak dapatlah nak jalankan kewajipan. Cuma dapat berbakti je jadi kerani semakan pengundi yang akan diadakan 30 Januari ini. "




Bagi aku, inilah pengalaman yang dinanti-nanti untuk melihat dan merasai sendiri 'hangatnya' suasana mengundi nanti apatah lagi terlibat secara tidak langsung pada hari mengundi. Biarpun hujan turun dari hari ke hari di sini, dan kelihatan ada beberapa tempat yang telah dilimpahi air, kita hanya mampu berdoa, semoga segala urusan hari mengundi akan dipermudahkan oleh-Nya. Harapnya segala sokongan dan bantuan yang dihulurkan bukanlah sekadar atas niat untuk berkempen semata-mata dan Bandar Labis ini juga akan menjadi salah satu Bandar Ilmu, taraf kemiskinan rakyat dapat diatasi, kemudahan dapat ditingkatkan serta, hubungan persaudaraan antara rakyat dapat diutuhkan bersama.


"Ya Allah, mudah-mudahan sesiapa pun jua yang akan menjadi pemimpin tanah tumpah darahku di Dun Tenang, semoga beliaulah yang terbaik untuk menjadi wakil kami. Segalanya ku berserah kepada-Mu.. Aminn.. Semua warga Labis, marilah ramai2 turun ke tempat mengundi esok, jalankan kewajipan anda, pilihlah yang TERBAIK untuk kita semua =) "


katakan like jika best ya!

Friday, December 24, 2010

Hati meronta, jiwa terluka.. Sungguh aku tidak mahu pulang ke sana


Sunyi~


Seketika, aku memandang ke kiri, menoleh ke kanan, sudah beberapa kali pos yang ingin kucoret terkandas di pertengahan jalan, dan akhirnya aku delete, delete dan delete..


Apakah aku semakin hilang mood untuk berblogging? Atau adakah ini petanda berakhirnya penulisanku sebagai blogger picisan.. Ohh sungguh fikiranku serabut, jiwaku semakin tidak tentu arah.. Barangkali terlalu banyak yang difikirkan sehingga aku tidak mampu fokus pada yang utama..




Kadangkala menyepi sebentar daripada dunia maya juga memberi sedikit ruang bagiku bernafas menikmati hari-hari yang semakin suntuk ini.. Oh, sungguh aku tak rela untuk menghitung detik-detik yang berbaki memandang tinggal beberapa ketika sahaja lagi aku bertandang di teratak ini bersama ayah dan bonda dan adik-adik tersayang.


Aku menghabiskan setiap detik yang berharga ini dan aku menikmatinya sepuas-puas hati, kerana aku khuatir sekali jika tiada waktu sebegini berulang kembali. Sungguh, masa itu bergerak terlalu pantas, sehingga bisa mencantas segala apa adanya di depan. Dan sebagai seorang pejuang, setiap yang dilalui perlulah dinikmati dengan sewajarnya, agar masa yang berlalu tidak disesali dengan air mata penyesalan yang tiada sudahnya.



Sebenarnya ikutkan hati, aku enggan pulang ke sana, dimana tempat itulah buat aku tak henti-henti mengalirkan air mata. Pelbagai perasaan bergelodak tika ku menjalani hidup di sana. Orang kata, lumrah hidup seorang pelajar, semua itu adalah perkara biasa. Tapi bagi aku, tempat itu umpama cuba untuk menjatuhkan kekuatan diri, berada di sekeliling mereka yang umpama tidak sudi memandang apatah lagi menghulurkan tangan, berkongsi rasa cuma hanya tahu mengambil kesenangan di atas nama persahabatan, menjatuhkan air muka. Epilog drama mereka buat aku sakit yang tidak tertanggung rasanya.


Ingin sahaja aku menjerit sekuat-kuat hati, aku tidak mau pulang ke sana, malah menoleh pun aku tidak sudi. Aku bahagia apabila bersama keluargaku seperti waktu ini, sekurang-kurangnya aku tidak bersendiri, mereka sentiasa ada biarpun tika ku suka mahupun menangis. Namun apalah kudratku, segalanya sudah takdir. Berdosa besar jika aku tidak redha menerima qada' dan qadar Illahi. Kucuba terima sebagai satu ujian yang harus dilalui. Semoga hati sentiasa dilindungi..


katakan like jika best ya!

Sunday, November 14, 2010

Sebuah Pengertian


Aku harap kau faham..
Detik ini, waktu ini,
Masih jauh lagi perjalanan perlu ditempuh,
Nyatanya,
Hidup ini tak semudah ABC, 123,
Atau Alif Ba Ta seperti yang difikir.

Seringkali kita terlepas apa yang sudah berlalu,
Biarpun kerapkali berangan tinggi pada hari ini,
Tetapi apa yang jadi esok,
 Tak bisa dijangka sepertimana perangkaan kelmarin.

Kita cuma diarahkan menjadi pelakon untuk menggerakkan wayang,
Sedangkan segala langkah dan gerak laku,
Telah diatur oleh Maha Pencipta,
Pentas dunia ini cumalah tabir ceritera manusia,
Tiada siapa tahu peleraian plot drama kehidupan.

Aku harap kau faham,
Kenapa aku tak tegar mengikat janji,
Mahupun bermimpi untuk dimiliki dan memiliki,
Kerna aku juga masih berteka teki ,
Apa, Bila, Bagaimana, Mengapa, Kenapa dan Siapa,
Sungguh aku sendiri tidak pasti.

Dan aku harap kau faham,
Aku masih tak bersedia untuk berjanji
Kerna kini masih ada yang utama selain soal hati,
Sungguh aku tak mahu menabur lafaz yang tak pasti,
Pintaku harap kau kan mengerti.

Biarlah masa menjawab segala persoalan yang terbungkam,
Jika takdir sudah terpateri di lauh mahfuz,
Ku terima semuanya dengan redha dan tulus,
Sehingga itu, biarlah masa membawa arus...



katakan like jika best ya!

Thursday, November 4, 2010

Penulisan Kreatif : Biar Alam Berbicara




Dikala langit menangis duka,
Dapat kulihat ramai yang suka,
Indahnya dunia dapat dirasa,
Sedangkan cuma godaan jiwa.


Dikala angin menghembus lara,
Dapat kulihat ramai yang leka,
Terlanjur tenang dibuai raga,
Namun indahnya cuma seketika.


Dikala bayu membelai pipi,
Dapat kulihat ramai yang asyik,
Teramat suka  pantang diusik,
Khuatir kelak menjadi sakit.


Dikala dingin menggigit tulang,
Berselubung hati di balik suram,
Melayan dunia dalam girang,
Akal tenggelam dalam kelam.


Dikala awan semakin sarat,
Menanggung semua teramat berat
Yang dipekung kian tersurat.
Malanglah nasib sudah melarat.


Biarlah alam berbicara,
Moga kau lekas terjaga.



Khamis, 0330 am   
04 November 2010


*********************


Hujung Tinta :

Rasa cam dah lama tak berkarya macam ini.. =)

katakan like jika best ya!

Wednesday, September 8, 2010

Kisah seks di Bulan Puasa dan 5H


" Awak, cepatlah masuk, nanti mak ngan abah nampak "

" Hihi.. jangan risaulah awak.. tahulah saya. Mana diorang?? "

" Diorang tengah kat dapur, tengah sahur. Cepatlah masuk bilik, jomlah "

" Pandai juga ya awek saya ini, cari time nak ehem ehem.. hihi.. jom jom saya pun dah rindu sangat nak dengan awak. haha "

" Mengadalah awak ni, hihi "


Sedutan daripada Kisah Benar, Kisah Anak Bangsa kita



Salam Ramadhan dan Salam sejahtera buat rakan-rakan yang dikasihi sekalian. Biarpun syahru Ramadhan kian meninggalkan kita dan Eid Mubarak semakin membuka tirainya, pastinya sebahagian besar daripada kita sedang sibuk mempersiapkan diri dengan kuih raya, baju raya, kasut raya, langsir raya, dan sebagainya. Harapnya kita tidak berlebihan dalam berbelanja serta tidak terleka dalam menjalankan tanggungjawab sebagai muslim di muka bumi ini.


Justeru sebelum Umat Islam melangkah ke syahru yang berikutnya, marilah sama-sama renungi dialog di atas, yang merupakan kisah benar yang berlaku dalam masyarakat pada hari ini, yang telah saya petik daripada perkongsian seorang ustaz dalam Rancangan Zuriat saluran Astro Oasis. Apa sudah jadi dengan anak bangsa kita, sikap sebahagian daripada mereka yang langsung tiada rasa segan silu, malu mahupun takut kepada Maha Pencipta apatah lagi kepada ibu bapa, melakukan perbuatan berzina  di dalam rumah sendiri, biarpun ibu bapanya ada di rumah. Lagi malang apabila perbuatan terkutuk itu dilakukan di kala semua Umat Islam sedang sibuk bersahur untuk menunaikan puasa di hari esoknya. Nauzubillah~


Jadi pada kesempatan ini, saya mengambil peluang untuk berkongsi dengan rakan-rakan, agar sama-sama kita kuatkan iman dan hati dalam menempuhi kehidupan kian bergelora. Apa yang diinginkan adalah satu titik perubahan diri daripada kurang baik kepada yang lebih baik, supaya Ramadhan yang kita lalui kali ini memberi seribu satu kemanisan dan kebahagiaan buat kita. Marilah sama-sama jadikan 5H sebagai cara untuk memperbaiki diri yang begitu kerdil untuk berhadapan Yang Esa.


1) Hati yang kuat :

Kuatkanlah hati ini dengan amalan-amalan kerohanian supaya tak tergelincir mahupun  terpesong daripada landasan Islam yang sebenar.


2) Hampiri orang yang positif : 

Bergaul dengan orang-orang yang bersikap positif, orang yang memberi ilmu dan perkongsian yang boleh memberi faedah dan manfaat hidup dunia dan akhirat, serta orang yang sentiasa mengasihi erti persahabatan dan persaudaraan, yang memberi nasihat di kala kita tersilap langkah, yang sedia di sini menghulurkan tangan dan bahu di kala dalam kesusahan dan kesedihan.


3) Hindari kawan lama :

Kawan lama yang dimaksudkan kawan yang sentiasa cuba untuk mengajak ke arah kemungkaran, yang cuba menyebabkan diri sentiasa melangkah ke kancah kerosakan hati, iman dan jiwa, yang cuba mempengaruhi diri ke arah negatif.


4) Hajat/matlamat yang ingin dimiliki. :

Tentukan hajat, matlamat dan tujuan apa hidup di dunia ini. Pastikan tahu apakah yang menjadi keutamaan dan apakah yang menjadi sampingan dalam hidup. Seterusnya berusaha, berikhtiar dan bertawakal kepada Yang Esa moga setiap perjalanan dan usaha yang dilakukan akan sentiasa dipermudahkan dan mudah-mudah segala hajat yang diingini tercapai dengan rahmat dan keredhaan dari-Nya.


5) Hijrah ke arah yang lebih baik.

Perubahan sikap, amalan, perspektif mahupun tingkah laku yang dahulunya negatif dan bertentangan dengan syariah Islam kepada yang lebih positif, daripada peribadi mazmuah kepada peribadi yang mahmudah, dan cuba cetuskan persekitaran yang dahulunya melekakan kepada keinsafan dan kesedaran.


Harap perkongsian ini dapat membantu diri dan hati serta rakan-rakan semua dalam menjadikan Ramadhan kali ini lebih beerti dan bermakna. InsyaAllah~


katakan like jika best ya!

Saturday, June 12, 2010

Nota Cinta Kudus


Di sebuah perpustakaan, terlihat seorang jejaka yang begitu asyik membaca buku di satu sudut. Keasyikannya untuk membaca isi yang terkandung dalam buku tersebut membuatkannya leka dan tidak menghiraukan sekelilingnya. "NOTA CINTA KUDUS", begitulah judul buku tersebut, menceritakan kisah cinta suci antara dua insan yang tak pernah kenal rupa, hanya nota yang menjadi penghubung dan perkenalan mereka. Ketika dia menyelak helaian terakhir, tiba-tiba sekeping surat merah jambu terjatuh daripada helaian tersebut.




Si jejaka mengambil surat tersebut lalu  membaca tulisan yang terdapat di muka depannya, "Nota ini hanya milik seseorang yang hatinya ikhlas untuk memberi dan menerima". Biarpun dia berasa amat serba salah untuk membacanya kerana khuatir seandainya surat tersebut milik orang lain, namun perasaan ingin tahunya membuatkan hatinya beria-ria untuk mengetahui apakah yang terkandung di sebalik sampul surat tersebut. Lalu dia membukanya dan terlihat akannya sekeping nota yang kemas lipatannya. Lalu, dia membuka nota tersebut perlahan-lahan dan membaca tulisan yang terlakar di dada nota tersebut.



" Seuntai kasih seharum kasturi dihulurkan buat penerima berhati murni,

Hati berbunga tatkala bait-bait kata dilakarkan, hanya mengharapkan sebuah perkenalan suci, atas keinginan menjalin persahabatan, namun dipinta, biarlah hanya warkah penghubung bicara. Justeru, jika yang membaca sudi dan bersedia menyambut perkenalan ini dengan hati terbuka, maka senanglah hati ini menerima. Perkenalan yang hanya terlakar dengan tulisan, jangan ditanya siapa yang berkata, jangan dipinta pertemuan atau lainnya, kerna yang diinginkan hanyalah hati yang tulus memberi dan menerima. 

Maka, balaslah dengan nota bersambut kata, disisip kembali ke dalam sampul yang sama, dan diletakkan kembali ke buku ini  di ruangan yang sama. Akan dibalas setiap kata, dan nantikanlah pada detik dan waktu yang sama, pasti wadahmu kan terjawab jua. "



Terjalinlah persahabatan antara si jejaka dengan si gadis yang tak dikenalinya, kemesraan di sebalik bait-bait yang tersusun indah membuatkan dia tertarik untuk mengenali si gadis dengan lebih mendalam hingga lahirlah perasaan cinta. Namun kerana janji yang dipegang, maka si jejaka tidak pernah meminta lebih selain sebuah persahabatan. Begitulah seterusnya hubungan terbina, hanya dengan nota yang tersisip di sampul penghubung mereka.


Tibalah satu ketika, si jejaka terpaksa meninggalkan desa tercinta, menyambut panggilan untuk berjuang demi memartabatkan maruah bangsa dan negara. Maka dikhabarkan akan si gadis pada sekian waktunya, tarikh berangkatnya dia. Lalu, warkah terakhir berbalas kata,



"  Duhai perwira,

Jika kau pulang dengan selamat, akan ku tunggu tibamu di stesen keretapi api desa kita setelah tamatnya peperangan ini. Maka, bawalah sekuntum mawar merah sebagai tanda untuk mudah ketemu dirimu, dan akan ku bawakan sekuntum mawar merah sebagai tanda bagi diriku. Semoga perjuanganmu dilindungi dan akan ku setia menantimu di sini. Jika ada jodoh kita, pastinya akan menjadi milik kita, jika sebaliknya, maka redhalah menerimanya. "



Berlalulah 2 tahun lamanya, hinggalah tamat peperangan tersebut. Kekuatan cinta mereka membuatkan si jejaka berjaya menumpaskan musuh negara dan kembali dengan selamat. Seperti yang dijanjikan, si jejaka membawa sekuntum mawar merah untuk bertemu dengan si gadis di tempat yang dijanjikan. Gembira sungguh dirinya kerana dapat jua mereka bertemu. Setibanya dia di stesen keretapi tersebut, maka terlihatlah dia seorang gadis berkerusi roda membawa sekuntum mawar merah sedang menantikan seseorang. Sewaktu itu, mulalah muncul perasaan curiga dan serba salah sama ada mahu berjumpa dengan si gadis atau tidak.




Namun apabila diingat semula akan janji yang termeterai antara mereka dua tahun yang lalu, si jejaka pun kuatkan hati dan terus melangkah menghampiri si gadis. Dia tekad, jika memang itulah gadis yang diimpinya selama ini, maka akan dia tunaikan janjinya untuk membina istana impian bersama. Dia menyapa si gadis, lalu bertanyakan adakah dia empunya yang dicari. Jawablah si gadis,



" Maaf, bukan saya yang abang cari, mawar ini bukan milik saya tetapi ia milik seorang kakak yang berpakaian merah jambu,  sedang duduk di kedai itu. Katanya dia sedang menanti seseorang lalu meminta agar saya membawa mawar ini dan jika ada yang bertanya, dia suruh saya serahkan mawar ini kepada abang dan sampaikan pesan agar abang berjumpa dengannya di kedai tersebut. "


Berlarilah si jejaka mencari si gadis di kedai tersebut. Segeralah dia mencari-cari kelibat mana-mana gadis yang memakai pakaian merah jambu, namun tidak dia ketemu. Biarpun bersungguh dia bertanyakan kepada tuan kedai perihal gadis itu, malangnya kata si pekedai gadis itu sudah berlalu kerana lama menunggu. Alangkah kecewanya hati si jejaka mendengar, hatinya umpama kaca pecah berderai.


Tatkala dia membuka pintu kedai tersebut, maka terlihatlah dia di satu sudut ada seorang gadis jelita sedang menunggunya di hadapan kedai tersebut sambil tersenyum mesra umpama melambai dirinya. Hati yang duka rianglah semula melihat gadis yang diimpi bertemu akhirnya. Maka, tamatlah kisah NOTA CINTA KUDUS, benarlah kata orang, jika ada jodoh takkan ke mana, apa yang penting bukanlah rupa, tapi yang dicari adalah ketulusan dan keikhlasan hati menerima dia seadanya.




katakan like jika best ya!

Saturday, June 5, 2010

For Gaza; We Will not go down


Sedih... apabila melihat pelbagai peristiwa yang berlaku kepada saudara-saudara kita di Gaza, menderita, diseksa, entah berapa banyak bom yang telah dimuntahkan, peluru-peluru yang dilepaskan  tidak berhenti meragut nyawa, sama ada tua mahupun muda, wanita, kanak-kanak, orang tua, bayi juga dijadikan sasaran. Nyawa mereka umpama tidak berharga, bagaikan dihujung tanduk, bila-bila masa saja boleh diperkotak-katikkan oleh kaum sentiasa memusuhi agama Islam, kaum yang dilaknat Tuhan.. Kejam, sungguh kejam. Malahan, Apa yang kita sedia maklum dengan berita baru-baru ini, sahabat-sahabat yang sanggup menggadai nyawa untuk ke sana semata-mata dengan niat untuk menghulurkan bantuan juga dijadikan sasaran mereka melampiaskan amarah dan kekejaman.

 
************* 


Ya Allah, 
Bantulah mereka, 
Berikanlah kekuatan kepada muslimin muslimat, 
yang masih bertahan menegakkan maruah agama dan negaranya, 
biarpun penghinaan demi penghinaan dilemparkan kepada mereka. 

Ya Allah, 
tempatkanlah mereka dalam golongan yang kaucintai, 
dengan limpahan rahmat dan kasih sayangmu, 
syahid mereka ada kerana berjuang atas nama-Mu, 
biarpun kehidupan dunia penuh noda, penderitaan dan tangisan, 
setiap titis darah yang mengalir hanyalah demi mengharapkan redha-Mu 
dan hidup ini hanyalah milik-MU 

Ya Allah, 
Biarpun hari ini musuh agamaku berbangga membunuh,
menyeksa dan menghancurkan hamba-Mu, 
Namun aku yakin, 
cahaya dan rahmat-Mu sentiasa bersinar buat merka yang beriman, 
penderitaan ini akan tertimbus bila tiba masanya, 
Maka, 
selagi mereka bernyawa, 
kurniakan ketabahan dan kecekalan, 
untuk mereka bernafas dan berjuang, 
atas nama suci-Mu ya Allah.. 
Ya Rabbul Izzati.. Aminn~ 


************




luahan hati penulis: 
Bagaimana jika suatu hari nanti ditakdirkan negara kita menerima nasib yang sama, adakah kita juga kuat untuk menghadapi dugaan ini seperti mereka. Allahu'alam~


katakan like jika best ya!

Sunday, May 23, 2010

kerna tajamnya Mata peNa saNg penciNta..



Sekiranya
kita cinta kepada manusia
tak semestinya manusia cinta kepada kita


Tetapi sekiranya
kita cinta kepada ALLAH
nescaya cinta ALLAH tiada penghujungnya



Sekiranya
kita cinta kepada manusia
kita akan cemburu pada orang yang
mencintai orang yang kita cintai



Tetapi sekiranya 
kita cinta kepada Allah
kita akan turut mencintai orang yang
melabuhkan cintanya kepada ALLAH juga



Ya ALLAH
andainya dia adalah jodohku
yang ditetapkan oleh-Mu kepadaku



Maka,
campakkanlah ke dalam hatiku
cinta kepadanya adalah kerana-MU
dan campakkanlah ke dalam hatinya
cinta kepadaku adalah kerana-MU



Namun..
Andainya dia bukanlah jodoh yang
ditetapkan oleh-MU kepadaku
berikanlah aku kekuatan agar pasrah
dalam mengharungi ujian
yang KAU berikan kepadaku



~Bingkisan Puisi Aminah Qutbi~



Sungguh indah setiap bait-bait yang tersirat di sebalik bingkisan kata yang diungkap.. menggambarkan keikhlasan doa seorang hamba yang amat mengharapkan keredhaan dan cinta yang penuh pengertian dari Maha Pencipta.. mendambakan kasih yang penuh kesucian dari sang pencinta... fitrahnya.. setiap manusia mengharapkan cinta yang hakiki.. namun cinta yang abadi adalah hanya milik Illahi... Semoga setiap butir kilauannya akan meresap ke dalam sanubari jiwa-jiwa yang membaca.. InsyaAllah~ Aminn~



Nota hujung Dunia~

Aminah Qutb adalah adik perempuan kepada tokoh terkenal Syed Qutb yang mati di tali gantung kerana ketajaman penanya.. Betapa tajamnya tinta bersuara hingga menjadi penyebab terputus jiwa dan nyawa.. Semoga ruh beliau dirahmati Yang Maha Esa..



Sumber: Pemilik Cintaku Setelah Allah dan Rasul..



katakan like jika best ya!

Friday, May 14, 2010

3 sakit tak tenteram selagi tak lepas

sakit itu.. semua orang ada sakit.. cuma tahan tak tahan itu masing-masing nak kena hadap la.. tapi aku sure..tiga sakit ini selagi korang tak settle.. selagi itu la memang merana jiwa raga.. buat apa mende tak kan nya tenteram.. APA??? TAK PERCAYA?? ooo tak percaya ea.. jom check it out~~




Sakit gigi

perghh penangan sakit gigi memang dasyat.. sakit dia sampai ke kepala kot.. aku hari itu nak tumbuh gigi adik  punya pasal.. sok sek sok sek tahan sakit.. ada manusia sampai demam demam gara-gara hebatnya BISA tumbuh gigi adik... orang kata kalo gigi bongsu da tumbuh.. maksudnya dah tak boleh nak upgrade tinggi lagi.. okeyh that's mean aku dah setakat sini fine~~


bila sakit gigi rasa macam ada renovation dalam ni hoho




Sakit peRut


mana jamban mana jamban aku nak gedebushhhh~~  letakla ayam golek ke.. chicken chop ke.. air bandung cincau ke...cendol pulut ke... [amboi sodapnyer~] selagi tak beres kan masalah dalaman tu.. semua letak tepi...takkan laku.. yela perut nye maintainence dah tersekat.. overload.. huahua.. wahh merana kot.. tak tenteram nak wat keje ape.. lagi seksa kalau kena tunggu turn... nasiblah badan tenteram tak tenteram sabow jela...




sakit Hati


penyakit sejak zaman berzaman.. diwarisi turun temurun.. kalau dah sakit hati buat apa pun tak menjadi.. selagi tak bagi some refreshment.. memang boleh makn diri.. itu yang jadi kes buatan sana entah apa-apa yang sesat lagi menyesatkan itu.. jadi apa susah sakit hati itu kita neutralkan dengan ubat penenang + air COOL = rileks... then buat derk automatik dia akan jadi lega.. kalau berjaya bertahan bagusla.. kalau tak berjaya.. pandai-pandaila handle okeyh.. tak dapat den nak nolongnya ngeh ngeh ngeh...kalau ikut ajaran sesat aku dapat bagi sebiji pun kira dah puas hati la tu haha...




so.. tak tenteram kan sekagi mengadap tiga benda ni kan???~ hoho

**ok aku admit tak tahan rasanya tanganku nak mengupdate entry  ;p




katakan like jika best ya!

Wednesday, February 17, 2010

PeNting ke daYa taRikan untuk CINTA ??

Menyambung entry sebelum ini.. aku ada ceritakan tentang beberapa daya penarik lelaki di mata wanita.. Tapi tak semestinya disebabkan  semua tu, perempuan dengan mudahnya jatuh hati kepada golongan-golongan sebegini.. Dan begitu juga lelaki.. cantik adalah satu aset wanita yang menjadi tarikan.. tapi bukan bermaksud sudah cantik maka mudah nak mendapat cinta... kenapa...Tak percaya?? hehe..


Kisah Cinta 1

Ada seorang lelaki, namanya Wan (bukan nama sebenar) dia sangat kacak, bergaya, kaya dan punya banyak daya tarikan yang boleh membuatkan kaum wanita cair padanya.. Memang sah-sahla lelaki ini ramai peminat.. dari yang cantik hinggalah yang ke moderate.. Dari yang senior hinggalah ke junior.. memang tak terkira bilangan peminatnya.. Tapi entah macam mana lelaki ini tidak pernah langsung menoleh ke arah secret-secret admire mahupun x secret admirenya.. kerana hatinya sudah tertaut pada seorang gadis, bernama Lily (bukan nama sebenar).. yang jika dilihat gadis itu.. sah tidak punya apa-apa yang istimewa..

Tapi apa-apapun cara Wan cuba memikat Lily, Lily langsung tak berminat.. malah Lily rasa Wan ni sangat merimaskan, annoying dan menyakitkan hati.. Mana tidaknya.. ke mana Lily pergi, di situla terpacak muke si Wan ni.. Pernah sekali Lily memarahi Wan di khalayak ramai tetapi Wan slunber je dengan muke kerang busuk dia, wat tak tahu..

Kawan-kawan Lily marah gak dengan si Lily ni.. sampai dia digelar perempuan tak kenal dek untung.. Tapi apakan daya, jika hati tak suka, apa-apa pun dibuat memang tetap tak sukala.. kan cinta mana boleh dipaksa-paksa..

Satu hari, Lily join la satu ekspedisi mendaki gunung..  Bila Wan dapat tahu je Lily join, apa lagi dia terus daftar nama nak ikut.. Lily wat derk je.. dalam hati dia " Lantak la kau..aku malas nak layan huh~".. Sepanjang pendakian.. Wan sentiasa ada di sisi Lily.. Lagi-lagi diorang berdua satu group... senang kata.. kalau Lily nak air, Wan yang tolong ambilkan, Nak makan, Wan tolong sediakan.. kiranya semua kerja Wan buat semata-mata mahu menarik perhatian Lily.. Tapi Lily langsung wat tak endah je.. Dalam otak si Lily ni pikir.. "Ah, lelaki ni saje je lah tu nak tunjuk rajin.. ingat aku suke ke??"

Macam-macam cara Wan buat untuk Lily, tapi Lily langsung tak layan.. sampailah diorang abes pendakian dan sampai ke kaki gunung semula.. Akhirnya Wan terpaksa mengalah.. dalam hatinya punyela kecewa.. "Perempuan ini memang betul-betullah tak sukakan aku.. tak pelah.. lepas ini tak mahu la aku kacau dia lagi.. mm~"

Kerana terlalu sedih dan letih.. Wan pun terbongkang tidur kat bawah pokok.. bila ditengok memang sangat tak senonoh.. rupe orang betul-betul melepak la.. tidur ternganga lagi tu.. kesian.. Kebetulan si Lily lalu bawah pokok tu, ternampakla si Wan tengah melepak.. Dalam hatinya tersentuh.. "Wah.. cute juga ya dia.. " Lily tersenyum melihat gelagat si Wan tidur.. Akhirnya Lily menerima pelawaan cinta dari Wan.. Apa lagi Wan memang terjerit suka kerana berkat usahanya selama ini, dapat juga dia berjaya menambat hati Lily..

nota cinta~ mati-mati Si Wan fikir dia berjaya mencuri hati Lily kerana usahanya.. tapi sebenarnya Lily jatuh cinta semata-mata kerana melihat gaya tidur si Wan yang sangat cute di mata...huhu


Kisah Cinta 2

Ada seorang lelaki, yang sangat kacak rupanya.. namanya Zul.. senang kata serba serbi lengkap.. bertuah jika punya lelaki begini sebagai suami.. beriman, punya kerja yang baik, baik hati, senang kata memenuhi segala ciri-ciri lelaki idaman.. Tapi yang peliknya, lelaki ini beristerikan seorang perempuan yang tiada langsung tarikannya.. berkulit gelap, rendah, agak gempal.. kalau dilihat mereka berdua memang x kena langsung dengan peribahasa " bagai pinang dibelah dua ".. terlalu jauh berbeza..

Suatu hari rakan si lelaki ini  berbual-bual dengan Zul.. maklumlah dah lama tak berjumpa.. jadi macam-macam lah yang nak diceritakan..sampailah satu bab ni..

Rakan : Eh Zul, apasal ko boleh tersangkut kat bini kau tu.. memang jauh berbeza kalau nak dibandingkan dengan kau.. Aku pun pelik macam mana kau boleh kahwin dengan dia.. Dulu si Milah yang cantik gebu tu..bukan main suka kat ko..ko tolak mentah-mentah.. sedangkan semua mende dah lengkap kat dia.. kau tetap gak ngan bini kau sekarang.. apasal ya??

Zul : Hahaha.. kau ini pasal bini aku pun kau nak wat cerita ya.. macam-macam la.. Sebenarnya kau tak nampak mana kecantikan bini aku tu... dan kau memang takkan dapat tengok apa yang cantiknya.. sebab cuma aku je yang dapat tengok..haha..

Rakan : Maksud ko??

Zul : Aku boleh tersangkut kat bini aku..sebab telinga dia.. cantik.. hehe..

Rakan : Hah... Telinga!!


P/s: Kita tak perlukan sebab untuk suka dan mencintai seseorang.. kerana cinta yang luhur adalah jika kita dapat bersama dengan orang yang mencintai dan menerima kita seadanya dan kita juga mencintainya kerana diri dia seadanya.. bukan kerana rupa atau lain-lain..




katakan like jika best ya!

Monday, February 8, 2010

kuterima joDoh dengan hati terpaksa

( sambungan entry yang lepas )

Akhirnya hari yang aku tak nanti-nantikan pun tiba.. saudara-mara terdekat pun dah sampai.. semua tak sabar-sabar nak tengok rupa bakal suami aku.. Aku dalam bilik hanya mampu menurut. Diluah mati mak, ditelan mati bapak.. Nak tak nak, aku terpaksa juga ikut apa apa yang mak aku hajatkan.. Waktu itu, dalam hati ini hanya Tuhan je yang tahu.. Macam yang kawan-kawan kata, aku cuba tabahkan hati, terima dengan hati terbuka dengan jodoh yang mak aku dah tentukan. Aku yakinkan diri, aku tahu mak aku takkan jodohkan aku dengan sebarangan orang... Mungkin itulah insan yang terbaik bagi aku..


Setelah selesai didandan ringkas oleh kawan baik aku, Seri.. Aku tunggu dengan sabar, Seri pula tak putus-putus bagi aku kata-kata semangat.. Aku berlagak ok, kena control ayu(terpaksa).. tapi dalam hati ini KO kot.. yela umur baru macam ini dah kena paksa kahwin.. Siapa yang nak kan.. Ya Allah kuatkan lah hati aku, aku tak nak melawan cakap mak aku.. Aku tak nak jadi anak derhaka.. huh

Rombongan pihak lelaki pun sampai.. Hati aku ini memberontak sangat-sangat sebab nak tengok siapa la orang yang TAK BETUL tu, boleh pula nak kan aku.. Adoii dalam hati ini macam-macam sumpah seranah kot aku keluarkan.. geram aku, kalau ye pun bagi la peluang kenal-kenal dulu ke, ni tak... sekeping gambar pun tak bagi.. SAKIT HATI aku.. tapi.. nak marah-marah pun.. tak guna dah .. jantung aku ini dah macam nak terkeluar je.. sabar ika sabar sabar..

Mak aku panggil aku keluar dari bilik.. seluruh badan aku menggeletar, seram sejuk, macam nak menjerit pun ada.. ikut hati nak je aku pura-pura pengsan ke apa-apa ke yang boleh elakkan aku kena jumpa, Tapi bila ingat pesan mak, "Kakak jangan nak buat hal.. Ingat tu!!!" aku cam pasrah jela.. Setibanya aku kat ruang tamu.. tiba-tiba...

" Engkau!!!!!!!!! " 

Serentak aku dan dia menjerit.. Eh, takkan aku nak kahwin dengan dia ini kot... orang ini aku baru je kenal dalam blog... musuh ketat aku dalam cafeworld ini.. GILA LAH!!!! Memang waktu itu, tak semena-mena aku yang penuh keayuan waktu itu, terus berubah ke-MAT ALI-an.. kalau korang tengokla The Hulk.. korang boleh bayangkan betapa berubahnya aku.. hilang terus ciri-ciri wanita Melayu.. Aku apa lagi.. nampak je si $#@&*^ depan mata.. memang dah tak pikir apa dah.. on the spot aku terus angkat kerusi... meluru depan dia.. lari laju-laju nak terkam dia.. nak campak je kerusi tu  kat muka dia.. tapi belum je sempat aku.......

GedeBuKkkkkKK!!! 

Aku: Adoiiii..!!!!

Liza: Eh roomate!! ko dah kenapa ni?? ngigau sampai jatuh katil ni..

Aku: Weyh aku mimpi ngeri weyh.. aku tak nak kahwin lagi.. tolonglah aku tak nak kahwin dengan dia.. ko gi cakap kat mak aku aku tak nak kahwin lagi... adoii sakit pinggang aku oi...

Liza : kah kah kah.. itulah kau ika.. tidur macam katak berenang, kejap kuang lentang kejap kuak kupu-kupu.. tak baca doa pulak tu patotla mimpi bukan-bukan.. lawak gila la la kalo aku boleh snap gambo ko jatuh katil macam nangka busuk tadi, taruk kat blog memang bestla kontroversi terus.. kah kah kah.. lawak-lawak

Aku: ko ni jahat betullah.. malas nak layan huh~

p/s: Jangan berangan nak kawen kalau tak sedia lagi.. Jangan derhaka dengan mak bapak korang, Yang paling penting cerita di atas adalah rekaan semata-mata, penceritaan dan watak-watak dalam ni tiada kaitan antara yang hidup ataupun mati, saje nak test skill nak menulis tengok jadi ke tak.. kalo sudi leyh bagi bintang gak hehe.. siapa-siapa yang sudi membaca dan komen.. thanks sangat n minta maaf la.. kepada watak yang lagi satu tu.. gurau-gurau je ya hehe... aku sangat hargainya.. ngee~




katakan like jika best ya!

Saturday, February 6, 2010

Kena paKsa kaHwin.. oHH tidak!!

Berkerut-kerut dah dahi aku bila fikir balik apa yang mak cakap semalam.. Memang impossible sungguh.. tak percaya.. terkedu, terkesima, tersentak.. semua ada la sekarang ini.. dah mimpi apa la pula mak aku ini, sampai beria-ria nak kahwinkan aku.. entah dengan siapa aku pun tak tahu.. Tak pernah aku terfikir zaman sekarang ini masih ada lagi budaya nak satukan anak-anak. Lagi malang nasib aku sebab mak aku pun salah seorang yang menyokong dan percaya benda-benda macam ini.. ahhh... aku tak peduli, yang penting..

AKU TAK MAHU!!!! WAA~

Maaflah jika ada yang kata aku suka-suka je letak pesonal story kat sini.. tapi aku tak tahu nak luahkan kat siapa, selalunya mak aku la orang yang paling memahami aku, tapi kali ini aku terpaksa bertentang pendapat dengan mak.. sampai hati mak tentukan aku dengan entah siapa pun aku tak tahu.. malah tanpa kerelaan ku mak menentukan hidup dan masa depanku, katanya, jika aku tak terima, mungkin mak da tak nak terima aku lagi sebagai anak.. 


Patutlah aku pelik semacam je bila mak beria-ria suruh aku balik kampung, katanya ada hal penting.. aku pun bersemangat la pulang takut ada perkara yang tak diingini berlaku... Tapi sampai-sampai je rumah adik aku bising-bising.. kata mak nak jodohkan aku dengan anak kenalan rapatnya..Punya lah aku ternganga waktu tu.. Aku muda lagi kot.. baru je nak cecah 21, masak pun tak grad lagi... banyak lagi aku tak study tentang hal ehwal rumah tangga... takkan la dah kena paksa kahwin.. ini adalah  ketidak adilan bagi aku..waa

Aku teringat balik apa yang mak bincangkan dengan aku semalam..

Mak: Nak tak nak, kakak kena terima juga.. Mak dah janji dengan kawan mak, dan mak suka budak itu.. Jangan kakak melawan cakap mak, lagipun mak tak senang tengok kakak berkawan dengan lelaki entah siapa mak pun tahu..

Aku: Mak, tolonglah mak, kakak tak mahu la.. kakak muda lagi, rasanya belum cukup lagi menikmati usia remaja tau, mana boleh mak kahwinkan kakak dengan budak itu. lagipun macam mana kakak nak bahagia kalau kahwin dengan dia, kakak tak kenal dia langsung pun tau..Mak tak boleh paksa kakak macam ini.. Ayah, tolonglah kakak tak mahu kahwin lagi.. (time ini aku dah meleleh-leleh dah air mata... serius tak boleh tahan la)

Ayah: Apa yang mak buat itu, adalah yang terbaik untuk kakak. Ikutlah cakap mak ya, ayah pun tak boleh nak kata apa, sebab ayah pun suka budak tu. Lagipun dah sampai masanya pun kakak berkahwin. 

Mak: Betul cakap abang, tak salah pun mak tengok kalau jodohkan kakak dengan dia. Mak yakin kakak akan bahagia. Kalau kakak kata tak bersedia. mak berkahwin dengan ayah pun sebaya macam kakak juga.. mak tak peduli kakak suka ke tidak, kakak mesti terima... Ramai je mak tengok anak-anak kawan mak sebaya kakak dah berkahwin, yang dah ada anak pun ada tau.. Hari Ahad ini rombongan datang merisik, kakak jangan buat hal.. ikut cakap mak!!

Serius aku cakap aku betul-betul  tak mahu, apa yang aku kena buat ini?? kenapa mak aku tiba-tiba buat semua ni.. aku buntu gila-gila la.. tolong la siapa-siapa bagi aku kekuatan nak hadapi semua ini. Aku takut sangat-sangat, macam mana rupa bakal suami aku ni? Aku ni dah ready ke nak berumah tangga?? Takkan aku nak tinggal kan je dunia study dan kerjaya aku ini?? Macam mana aku nak hidup dengan orang yang aku tak kenal?? Serabutnya nak hadapi hari Ahad nanti.. tertekannya aku..huh~

P/s: apakah yang akan berlaku hari Ahad ini ya?? bersambung....



katakan like jika best ya!

Tuesday, February 2, 2010

KebeNaRan takKan diaM memBisu..

Dulu
Aku fikir semuanya berpunca dari salahku
Kau bilang kau tidak sudi menerimaku
Kau bilang kau dah tak mampu mempercayai ku
Kerana kau kata sikapku begitu mudah mesra pada yang lain
Maka kau buang aku dari hidupmu

Hari demi hari
Bulan demi bulan
Aku merintih sedih..pedih
kerana ku fikir semuanya salahku
Aku memendam rasa kerana aku tak mampu berkata apa-apapun
Hanya berendam air mata 
Dan merasakan segala yang terjadi berpunca dari diriku
Biarkan hati ini menangis hingga tak berlagu

Namun kebenaran takkan diam membisu,
Hari ini aku berjaya merungkai segala yang tersulit 
Memang benar Tuhan telah memakbulkan doaku
Agar memberi petunjuk samada kau adalah tetap buatku
atau sebaliknya

Dan hari ini aku melihat kau dengan yang lain
Betapa terlukanya hati
Dulu kau bilang gara-gara aku kau jadi serik untuk yang lainnya..
Tapi hari ini aku lihat kau gembira dengannya
Aku takkan pernah melupakan apa yang kau ujarkan..
Tapi aku takkan memendam dendam dengan apa yang kau lakukan..
Kerana ku yakin Tuhan Maha Adil akan menentukannya

Hari ini..
Saat ini..
Detik ini..
Aku meneguhkan hati bahawa yang lalu kan ku biarkan ianya berlalu..
dan hari ini akan ku terus melangkah maju
menghadapi liku-liku hidup yang akan muncul
Setiap yang kau lakukan padaku akan terus terpahat dalam kalbu..
Dan ku tetap terus berdoa 
Jika jodoh itu milikku maka berikanlah ku petunjuk..
Kerna bagiku hidup ini terlalu singkat untuk disia-siakan
hanya untuk CINTA DUNIAWI semata-mata..

Semoga kau berbahagia dengannya sentiasa..


p/s: KEBENARAN TAKKAN DIAM MEMBISU.. SEJAUH MANA KITA CUBA LARI DARI MENYATAKAN KEBENARAN..LAMBAT LAUN HIJABNYA AKAN TETAP TERBUKA JUA.. MAKA WAKTU ITU KAU TAK KAN MAMPU BERSELINDUNG LAGI DI SEBALIK KATA-KATA MAHUPUN APA JUA CARANYA....



katakan like jika best ya!

Wednesday, December 9, 2009

~epiLog geLoRa jiwa~

Konfius, bingung, tension, buntu.... hari demi hari perasaan jadi x tentu hala.. tidur malam  kian hilang enaknya... Apakah diri suda diserang insomnia..??? Nak kate sume ni berpunca gara-gara angin kus-kus dari luaran .. tak de lak dirasekan simptom-simptomnya.. Barangkali.. angin dalam badan yang berbolak-balik dihentam dek perasaan kacau bilau.. jua gara-gara kekalutan fikiran yang x dapat diungkap dan ditafsir oleh segala macam ilmu di dada.. Membuatkan nafas semakin sesak menanggung kebingungan yang teramat.. Ade ke mana2 pak dukun yang leyh merawat..?? Pastikah ade lagi rawatan yang bisa mengubati gelora yang melanda jiwa??


Oleh kerana kondisi masalah ini semakin gawat.. kini masalah kemurungan dan pergolakan dalaman semakin menguasai diri.. Jika dibiarkan.. khuatir ia kan meracuni segenap fikiran.. dan tidak mustahil akan melarat ke pelusuk tubuh.. Racun yang bebas pasti akan melingkari hati.. lalu dibawa oleh darah dan meresap ke segenap inci urat saraf.. dan akhirnya mengundang penyakit yang menyeksa jiwa dan raga.. Sape yang tahu ape yang ditanggung selama ni amat menderitakan jiwa.... Apakah hati yang parah  ini perlu ditanggung sepanjang masa??


Biarpun ketenangan dan kedamaian dirasakan  semakin diragut pergi.. Di benak terdetik jua.. mengimpikan kemanisan kan datang memberi segenap cahaya..Yang kan menyuluh sinar di setiap denai menuju bahagia.. Yakinkah semua ini ade penghujungnya?? Biarlah persoalan ini bermain2 di dada... Apa yang pasti.. hanya harapan.. dan tinggal harapan sahaja menjadi tempat bergantung.. dan waktu yang berlalu.. bisa mengatur langkah teguh ke hadapan.. Kesetiaan cinta pada-Nya jualah yang kan membakar semangat diri untuk menempuh dunia yang penuh pancaroba...






 


katakan like jika best ya!