Tabung Masa Depan

Showing posts with label juRNaL ciNta. Show all posts
Showing posts with label juRNaL ciNta. Show all posts

Tuesday, January 18, 2011

Mencari kisah Cinta Ieqa Swetluv : Tanggal 18 JAN Happy Birthday to MR EX-BF


Tersedak aku bila tengok-tengok ada juga entah manusia mana la kan duk sibuk-sibuk nak cari kisah cinta aku. Hahaha, perlu ke tau?? OHH aku tak glamor jadi better jangan baca takut nanti ada yang muntah hijau *euwwww... Kisah cinta aku yang biasa-biasa saja, itupun cerita lama. Semuanya bermula.....


*************************************************



Satu miscol, yup, dari situ bermulalah perkenalan aku dengan DIA. Panjang ceritanya.. Tak pernah disangka aku boleh tangkap cintan dengan senior aku sendiri.


Kenapa aku suka dia?? Macam mana lah aku boleh mengalah dengan dia. Sedangkan sepanjang hidup aku, aku tak pernah ada perasaan istimewa pun pada kaum lelaki, biarpun hanya suka-suka, sebab aku rasa selalunya diorang tak matang, perangai cam budak-budak.. grrr... Tapi dia ada sesuatu yang ISTIMEWA.



OHhh.. Rasa JAHAT sangat!! Rupanya aku ni jadi penghalang. Bestfren aku admire gila kat mamat ni. Siyesly, aku tak pernah ada niat nak kacau line . Yela, mula-mula tu aku just layan dia as abang angkat je, maklumla jiwa remaja, kurang kasih sayang la katakan. Tapi betullah kata orang, abang angkat lah konon, lama-lama aku sendiri jugak yang terangkat. Cehh!!


Dah lentok gara-gara penangan 'first love', tetiba kawan aku ni serang time malam SPM, tak silap aku esoknya ada paper BIO (nasib baik result BIO aku ok fuhh). Serabut gila time tu, rasa bersalah, mesej dia, aku terus mintak clash. Tapi gara-gara ayat SENTAP dia ni...



Aku : Saya rasa, baik kita putus je. Awak berkawanlah dengan dia, dia dah lama suka kat awak, dan dia bestfriend saya. Anggap je kita tak pernah ada apa-apa.


Dia : Awak ingat saya ni apa? Kain buruk ke yang boleh pas pas kat orang suka-suka hati je. Siapa awak untuk tentukan hati saya dengan siapa. Hati saya pada awak. Saya suka kat awak!


Kenapalah hati aku ni lembik macam agar-agar bila dengan dia, grrrrr~~ Tapi sebagai seorang perempuan yang jujur lagi polos **cewahhh.. suka tak suka kena cakap gak, betullah orang kata hati perempuan ini ibarat kerak nasi, direndam dengan air lama-lama lembut gak.



Sanggup ketepikan kawan baik sendiri demi seorang lelaki. Kau memang BODOH!! Haa tengok sekarang ni, at last dia pi tinggalkan ko sekor-sekor kat sini, selamat dengan perempuan lain. Mula-mula hati ini macam kena siat-siat toreh toreh berdarah tak henti-henti. Kononla disebabkan AKU kau jadi serik nak dengan perempuan lagi , tup tup rupanya da ada perempuan lain. Cinta Jarak Jauh, patutlah banyak alasan. Hatiku terbakar, lelaki memang dasar PENIPU!!!


Ya, aku akui memang aku JELES giler la weyhhh, 4 tahun hati aku pada ko. Kau tahu tak besow gila tau angan aku, dahler aku payah nak percaya lelaki. Tapi KAU...Dalam sebulan je ko rilek-rilek da selamat ngan perempuan lain lak. Dulu aku dengan kau punyalah rahsia, underground je.. Tapi dengan dia, satu dunia kau kasi hebohkan supaya semua tau kau sedang BAHAGIA. Ciss~ kejam!!!


Lepas tu aku dok pikir-pikir balik, hurmm.. Lepak je sudah apa nak sedih, benda dah lepas, biarlah. Apa-apapun, nasib baik aku ni masih waras sebab leyh kontrol diri, tak macam beberapa orang manusia yang kecewa gara-gara putus cinta, terus menyimpang dari landasan agama, jadi lesbian, playgirl, bunuh diri and whatever. Aku takkan buat benda-benda bodoh hanya kerana seorang lelaki. Merugikan diri sendiri..Lagipun member aku tu da ok dengan aku, even dah tak close macam dulu.




To YOU.. Happy Birthday my MR. EX-BF yang ke-24.. Semoga kau bahagia. Sorry, tak ada istilah friendship lepas 'break up' antara kita dan aku tak mahu dan tak ingin tahu apa-apa tentang KAU. Memang aku TAK benci dan takkan mampu lupakan kau sebab kau pernah memberi peluang untuk aku rasa apa itu erti BAHAGIA. Tapi kerana KAU, kini aku takut merasa TERLUKA untuk kali yang kedua...



********************************************


Toink toink... So, korang percaya ke ni kisah cinta aku?? Hahaha.....



Hujung Tinta~

Cinta boleh buat manusia hilang arah ..



katakan like jika best ya!

Monday, December 6, 2010

" I Love You ", Ooops, awak dan dia rupanya.... !


Beberapa hari yang lepas, setelah sekian lama aku tidak menjeling formspring box aku, sekali tengok mak aihh dekat 50 soalan ada, tapi ada satu soalan yang agak menarik :



ape yang anda akan buat jika anda jatuh hati pada seseorang yang sudah mempunyai gf/bf..??


Actually, soalan ini buat aku teringat beberapa pengalaman lalu yang mengajar aku untuk menjadi lebih matang dan dewasa dalam berhadapan situasi seumpama ini terutama sekali dalam mengenali individu yang berlainan jantina. Kita luaskan sedikit prospek soalan, iaitu jatuh hati pada seseorang yang telah berpunya, tak kiralah gf/bf, tunang orang ataupun bini/laki orang..


Bagi aku, better just ignore perasaan tu, sudah menjadi fitrah seorang wanita pasti akan tertarik dengan lelaki dan begitu juga sebaliknya. Tetap sebagai manusia yang punya iman, akal, hati, dan perasaan, perlulah bersikap secara rasional. Ikut hati mati, ikut rasa binasa. Maka ikutlah iman dan akal, supaya dapat berfikir secara rasional. Ibarat memandu kereta, pemandu yang mengawal kereta, sama ada gear, kelajuan, etc.. akan tetapi sekiranya membiarkan kereta yang mengawal si pemandu, alamatnya, out of control, terbabas...


Oleh sebab itu, buat apa perlu terkejar-kejar pada seekor kumbang yang sudah ada empunya sedangkan masih banyak lagi kumbang yang berterbangan mencari si bunga. Begitu juga dengan si kumbang, kalau si bunga dah ada si dia usahla terkejar-kejar pada si dia. Dan aku percaya pada satu perkara, bila kita mengambil hak orang, maka tak mustahil hak kita juga akan dirampas orang. Tak pelik, sebab inilah realitinya, 'What goes around comes around'.. Tapi mereka sebenarnya kesah ke??


Teringat aku pada sebuah kisah, kisah si gadis dan jejaka, sudah bertunang. Satu hari, si jejaka telah menumbuk muka rakan sekerja si gadis yang dipercayai cuba mengayatnya. Salah si gadis juga kerana membuka ruang kepada si rakan sedangkan sudah tahu statusnya sebagai tunang orang. Namun apabila diingat balik cerita lama, rupa-rupanya dahulu ketika si gadis sudah bersedia untuk ditunangkan dengan bekas kekasihnya, datang si jejaka telah merampas hati si gadis sedangkan tinggal beberapa minggu lagi hendak diikat. Maka tak peliklah macam tu kan. Jadi awas ya jangan suka-suka hati je nak ambil hak orang.


katakan like jika best ya!

Sunday, November 14, 2010

Sebuah Pengertian


Aku harap kau faham..
Detik ini, waktu ini,
Masih jauh lagi perjalanan perlu ditempuh,
Nyatanya,
Hidup ini tak semudah ABC, 123,
Atau Alif Ba Ta seperti yang difikir.

Seringkali kita terlepas apa yang sudah berlalu,
Biarpun kerapkali berangan tinggi pada hari ini,
Tetapi apa yang jadi esok,
 Tak bisa dijangka sepertimana perangkaan kelmarin.

Kita cuma diarahkan menjadi pelakon untuk menggerakkan wayang,
Sedangkan segala langkah dan gerak laku,
Telah diatur oleh Maha Pencipta,
Pentas dunia ini cumalah tabir ceritera manusia,
Tiada siapa tahu peleraian plot drama kehidupan.

Aku harap kau faham,
Kenapa aku tak tegar mengikat janji,
Mahupun bermimpi untuk dimiliki dan memiliki,
Kerna aku juga masih berteka teki ,
Apa, Bila, Bagaimana, Mengapa, Kenapa dan Siapa,
Sungguh aku sendiri tidak pasti.

Dan aku harap kau faham,
Aku masih tak bersedia untuk berjanji
Kerna kini masih ada yang utama selain soal hati,
Sungguh aku tak mahu menabur lafaz yang tak pasti,
Pintaku harap kau kan mengerti.

Biarlah masa menjawab segala persoalan yang terbungkam,
Jika takdir sudah terpateri di lauh mahfuz,
Ku terima semuanya dengan redha dan tulus,
Sehingga itu, biarlah masa membawa arus...



katakan like jika best ya!

Wednesday, October 27, 2010

Pelik tak Kalau Orang Perempuan Ngurat Lelaki??


Soalan ini selalu benar berpusing pusing kat kepala otak aku. Dah menjadi kelaziman bila dikatakan frasa 'mengurat', itu sudah menjadi hak milik lelaki. Sebab lelaki je yang selalu tak berapa nak malu dalam teknik ngurat mengurat ni, kalau tak percaya boleh tanya kepada orang yang paling pakar bab-bab ini, encik touya karuma huhu..




Kalau ikut pendapat aku sendiri pun, mungkin bila aku tengok orang perempuan yang dok usha bikin ayat, pakai seksa seksi nak mancing si 'jejaka idaman', aku rasa, urmm lantak lah dia janji bahagia. Tapi kalau aku sendiri nak buat macam itu, minta maaflah saya bukan jenis begitu. Sebab di kotak pemikiran aku, rasa macam perempuan itu desperate gila sampai terpaksa bersusah payah mengambil hati si lelaki supaya terjatuh hati pada si perempuan. Sedangkan entah betul entahkan tidak lelaki tu sebenarnya suka atau sebaliknya, yela, orang lelaki ni jugak kaya dengan muslihatnya, TAK BEGITU TUAN PUAN??


Lagipun, yang paling dirisaukan sekali jika tersalah memilih orang, kan merana badan. Tak percaya tengok kat paper, macam-macam kes tentang perempuan terpedaya, diseksa suami. Nauzubillah. Sebab itulah apabila perempuan ini dia 'jual mahal' sikit, jadi, once lelaki dapat dia, so dia akan lebih menghargai apa yang dia ada. Walau macam manapun, bak kata mak aku, " Along, dapat suami ini nasib, yela, belum kahwin lain, lepas kahwin lain pulak caranya.." Hakikatnya lebih kurang macam itulah agaknya kowt. Kena tunggu aku kahwin dulu baru leyh confirm huhu.


Sekarang ini nak cari yang cantik/kacak ada di mana-mana sahaja, di pasar, di shopping complex, di kedai makan, waima di tandas awam pun ada, cuma itulah jodoh pertemuan kan di tangan Tuhan. Sebab pada pendapat aku, semua manusia ciptaan Allah ini memang cantik-cantik belaka dan punya kelebihan tersendiri, cuma lelaki yang istimewa sahaja yang akan nampak kelebihan istimewa pada si perempuan, begitu juga sebaliknya.


Bukannya aku memandang rendah pada si perempuan yang dok mengusha si lelaki, sebenarnya tak ada salahpun lagi-lagi dalam zaman millenium yang penuh materialistik dan pemikiran terbuka ini. Sebab dah terbukti perempuan juga mampu melakukan pelbagai perkara sama seperti mana lelaki. Perempuan juga punya hak untuk memilih yang terbaik sama juga seperti lelaki. Walau bagaimanapun, bagi aku, kena berbalik pada asal, cara sebenar yang Islam anjurkan. Dalam membina hubungan, penggunaan orang tengah sangat penting untuk memelihara dan menjaga nama baik kedua pihak.


Ke salah PENDAPAT AKU INI???



katakan like jika best ya!

Friday, September 24, 2010

Indahnya erti cinta sebegini, masihkah ada lagi untukku?


Boleh dikatakan, hampir setiap hari apabila aku membelek profil kawan-kawan di facebook, maka hampir setiap hari jugalah aku menatap banyak gambar-gambar perkahwinan dan honeymoon rakan-rakan aku. Wahh sejujur dan seikhlas dari dalam hati, timbul rasa cemburu, jeles seolah-olah hati ini juga meronta-ronta ingin kecapi kebahagiaan sedemikian rupa. Tidak disangka-sangka rakan yang dahulunya sama-sama belajar sekelas kini sudah berumah tangga, sepupuku yang dahulunya main bersama-sama sehingga comot-comot kini sudah mendukung bayinya. Jika diikutkan logik, memanglah boleh dah kahwin dalam usia macam ini, tapi macam mana nak fokus study, nak jaga family, jaga suami dan sebagainya??


Bukan itu yang ingin dikongsikan dalam entry ini, tapi sebenarnya perkongsian aku dengan salah seorang sahabat yang kini sudah bahagia membina masjid impiannya. Namanya, biarlah ku rahsiakan. Antara perbualan kami..


Macam mana life lepas berkahwin??

Alhamdulillah, syukur kini aku dapat nikmati erti kebahagiaan sebenar. Bersama suami, keluarga, rasa keperluan dan keinginan hidup sebagai seorang wanita kini semakin lengkap, insyaAllah.


Study vs Rumahtangga

Pada mulanya memang aku akui, aku pernah dalam dilema, bagaimana nak uruskan diri selepas berkahwin. Yela, tanggungjawab sebagai seorang isteri, tanggungjawab sebagai seorang anak, tanggungjawab sebagai seorang pelajar, semua itu harus aku seimbangkan dengan sebaiknya. Alhamdulillah suami aku juga memahami. Dalam situasi macam ini, sikap saling  menyokong, tolak ansur dan bersepakat antara satu sama lain sangat penting. Apa-apapun kami sama-sama dah sepakat untuk utamakan study terlebih dahulu baru fikirkan jalan yang lain pula.


Kisah cinta dulu dan kini

Sebelum ini aku pernah tersilap jalan. Merasai saat-saat jatuh cinta ketika zaman remaja dahulu membuatkan hidup ini dibuai dengan angan-angan. Setiap hari aku mengharapkan cinta seorang lelaki yang amat kucintai, yang aku tahu cinta itu belum lagi menjadi milikku, tapi dek keghairahan dan keasyikan melayan hati dan perasaan sehingga aku tersalah langkah. Membiarkan lelaki itu menyentuh lelaki tanganku, bersama ke sana ke mari dengan lelaki yang bukan ada apa-apa hubungan yang sah denganku, malah dengan sewenang-wenangnya aku membiarkan diriku hanyut dengan kata-kata cinta dan rindu selalu. Namun hasilnya, hubungan cinta yang dahulunya kufikir menjadi milikku, namun putus di tengah jalan tanpa diduga.

Tetapi kerana kekuatan hati, aku cuba memperbaiki kembali kesilapan dahulu, dan jadikan pengajaran sepanjang hidup. Mendekatkan diri kepada Illahi membuatkan semakin hari semakin hati ini dirawat dengan hidayah dan kasih sayang-Nya. Dan setiap hari aku berdoa, dan terus berdoa semoga ditakdirkan jodoh yang terbaik untukku, iaitu seorang lelaki yang dapat memimpin aku untuk ke arah yang lebih baik, seorang lelaki yang boleh mengasuh dan mendidik aku menjadi seorang muslimah yang sempurna, dan seorang lelaki yang mampu memelihara kehormatanku dan keluargaku walau di mana jua berada.

Sehingga hari ini, aku menjaga hati dan pandanganku dari godaan dunia cinta, dan aku jagai hati ini daripada tersilap langkah untuk kali yang kedua. Alhamdulillah, Tuhan masih menyayangi aku, dan masih memberi aku ruang dan peluang untuk memperbaiki diri dan jalan hidupku. Takdir menemukan aku dan suamiku sehingga kami disatukan di bawah kalimah suci, dengan redha keluarga dan semua. Aku bersyukur. Salam cinta yang penuh barakah membuatkan aku tertarik dengan niatnya yang ikhlas, yang juga sama-sama mahu menjaga hati dan pandangan daripada sesuatu yang menyebabkan diri semakin lalai dan alpa. Dan apabila kudengar dia mengucapkan kata bersedia untuk memperisterikanku dengan penuh yakin di hadapan ibu bapaku, dan mereka juga setuju, subhanallah, aku tersangat gembira aku dan rasa bersyukur.


Nasihat dan perkongsian

Sabarlah, dalam hidup ini kena selalu bersabar dan bersabar. Jika pernah buat silap, perbaiki kesilapan itu. Jadikannya sebagai satu pengajaran. Perlu kuatkan hati. Bagaimana?? dengan dekatkan diri kepada Tuhan. Jika inginkan kejayaan, jika inginkan jodoh yang baik, jika terluka dan merana, jika sakit atau dalam kesusahan, jika bersedih waima jika gembira dan bahagia sekalipun, kepadanya juga bermohon dan sentiasalah bersyukur. Jangan sesekali kau jauh daripada rahmat dan kasih-Nya.

Tentang cinta, jika lelaki itu sudah ditakdirkan untuk kau, InsyaAllah dia tetap akan jadi milik kau. Permainan cinta remaja hanyalah sementara, kata-kata 'awak saya punya' , 'i love u' , ' saya rindukan awak' dan sebagainya hanyalah sekadar kata-kata yang tiada buktinya. Jika benar dia mencintai kau, dia akan bersabar dan terus bersabar dan berusaha sedaya upaya untuk memiliki cintai yang diredhai serta menjaga tanggungjawab yang diberikan sebaiknya. Hanya perkahwinan dan pernikahan sahaja yang akan menghalalkan perhubungan dan setiap kasih sayang antara lelaki dan wanita.

Ada dua cara jika ingin melihat dia sama ada jodoh yang ditentukan atau sebaliknya, ataupun mengharapkan mudah-mudahan dialah jodoh yang ditakdirkan. Pertama, solat istikharah, iaitu satu cara untuk mencari petunjuk sama ada dia yang telah tersurat sebagai jodoh atau sebaliknya. Yang kedua, jika kau benar-benar mengharapkan dialah cinta dan jodoh yang diingini, sentiasalah solat hajat dan mohon keberkatan dalam perhubungan. Ingatlah, jodoh pertemuan di tangan Allah, jika sudah ditakdirkan dia bukan milik kau, sejauh mana kau kejar, sekuat mana juga kau berusaha, namun dia tetap bukan milik kau. Walau bagaimanapun, yakinlah, ada insan yang lebih baik sedang menantikan kau nanti. InsyaAllah~



Hujung tinta:


Kehidupan seorang wanita akan lebih lengkap bila sudah bersama suami dan memiliki keluarga yang diimpikan, manakala kehidupan seorang lelaki pula akan dirasakan sempurna apabila sudah mencapai kejayaan dalam hidup dan kariernya.. Betul atau tidak, aku pun nu kuman lalala


Lepas berbual dengan dia, tiba-tiba rasa macam nak gi kahwin sekarang jugak.. tapi mak dah pesan awal-awal, BELAJOW sampai dapat ijazah, dah kerja baru mak kasik kawen, jangan menggatal luk.. hoho mak dun wori anakmu akan mengikut arahan okies huhu



katakan like jika best ya!

Wednesday, July 21, 2010

Dilema Cik Penulis: Hembusan Cinta dan Lambaian Perkahwinan


Hurm.. tak sangka, sedar tak sedar pada tanggal 08 Julai 2010 yang lepas aku dah mula melangkah ke usia 21 tahun. Alhamdulillah Tuhan masih lagi memberi aku peluang untuk terus bernafas di atas bumi-Nya, hidup dalam keadaan harmoni, bahagia dan sihat sejahtera. Begitu cepat masa berlalu sampaikan kadang-kadang aku rasa macam baru je masuk form one, then habis SPM, selamat habiskan study di matrix even penuh kepayahan and now ini aku dah masuk 2 tahun setengah study kat maktab perguruan. Cepat sungguh masa berlalu~~


Bila aku toleh kanan, kawan aku bernama si polan bin si polan dah kahwin, bila aku pusing kiri, teman baik aku pula si polanah binti si polan dah selamat anak satu. Kalau nak diikutkan usia kami semua sebaya, masih belajar tetapi sudah melangkah masuk ke alam perkahwinan. Aku pula masih di sini, perangai manja-manja plus nakal-nakal form five dulu masih tak berubah. Sebab sampai hari ini aku masih merasakan i'm still young, beatiful dan maintain cantik jelita.. auww.. just kidding lalala~ ;p


Ya, dulu aku percaya pada cinta dan perkahwinan, semasa hati ini dimiliki oleh seseorang yang amat aku kasihi, pelbagai impian dan anganan yang telah kulakar, tetapi selepas badai melanda, lakaran itu sudah lama musnah. Nampaknya Tuhan dah tentukan di bukan jodoh yang terbaik bagiku dan aku juga bukan yang terbaik baginya, selama berhari-hari dan berbulan-bulan aku cuba ubati hati yang sudah terluka dek kerana obsesi pada cinta pertama. Nasib baik Tuhan memberikan aku kekuatan kerana DIA tahu aku mampu untuk hadapi dugaan ini. Dan hal ini menjadikan satu pengajaran bagiku supaya jangan berlebih-lebihan pada perkara yang masih belum lagi menjadi hak milik kita yang sah lagi halal.


Selepas beliau, bukan sengaja aku pagari hati ini untuk didekati oleh sesiapa lagi, bukan aku tak sudi untuk mengambil peluang kali kedua. Aku memohon kemaafan kepada beberapa hati yang pernah terluka, tetapi sesungguhnya aku tak ingin kecewa dan terus kecewa atas dasar cinta yang tiada barakah. Apatah lagi dek  luka lama itu teramatlah pedih. Biarpun ianya semakin sembuh namun parutnya masih jelas dan peritnya menjadi igauan buruk. Maka aku jadikan sebuah buku berjudul " Pemilik Cintaku selepas Allah dan Rasul " karya Fatimah Syarha sebagai sumber inspirasi untukku mengembalikan semangat  agar terus menjadi wanita yang kental, kuat dan tidak mudah goyah dalam godaan cinta duniawi semata-mata. Kerana aku masih berpegang atas ayat Al-Quran yang mafhumnya lebih kurang berbunyi; Lelaki yang baik diciptakan untuk wanita yang baik. InsyaAllah~


Aku gembira melihat sahabat aku seorang demi seorang sudah menemui jodohnya. Alhamdulillah dah kahwin pun korang. Usia yang muda bukan menjadi penghalang andainya si teruna sudah bersedia menggalas tanggungjawab sebagai suami dan pemimpin keluarga si dara sudah bersedia menjadi wanita terpenting, isteri dan ibu yang terbaik dalam pembinaan sebuah keluarga. Moga masjid yang kalian bina akan sentiasa tersergam indah dengan haruman dan wangian Jannah dan diberkati oleh-Nya. Sepupu aku yang kahwin pada usia muda pun (kini beliau berumur 22 tahun) baru sahaja melahirkan bakal seorang ulama' ( Aminn~), anak keduanya.. wahh tak sabar rasanya mahu ketemu dia dan anaknya. Aku memang suka sangat bila tengok kawan-kawan aku dah berkahwin, kawan-kawan aku yang dah punya anak. Entahla perasaan itu tak mampu diungkap dengan kata-kata kerana terlalu gembira melihat kebahagiaan yang terpancar di wajah mereka.


Sekarang ini fokus aku lebih kepada study, tinggal 3 tahun lagi untuk aku tamat belajar dan seterusnya ditabalkan sebagai pemegang ijazah keguruan. Wahh tak sabar rasanya menanti detik-detik itu. Cinta?? Perkahwinan??? haha.. Jika ada jodoh takkan ke mana. Lagipun aku bukannya terlalu beria-ria untuk memiliki cinta itu buat masa ini. Namun jika jodoh sudah tiba dan ibu bapa merestui, maka akanku terima dengan hati terbuka. Kerana bagi aku cinta dan perkahwinan bukan sekadar untuk suka-suka tapi persediaan untuk menggalas tanggungjawab yang lebih besar lagi. Ingat senang ke kahwin?? Takkan nak bagi isteri and anak makan pasir je. Takkan si isteri hanya tahu kahwin tapi tak reti nak melayan suami dan menjaga rumah tangganya. Persedian jasmani, emosi, rohani, ilmu, dan agama perlu dipertitik beratkan terlebih dahulu. Biarpun perkahwinan merupakan jalan selamat sebagai menghindarkan diri daripada zina, tetapi harus difikir akan kemampuan dan kudrat menggalas tanggungjawab. (menjawab entry Touya Karuma)


Rasanya dah terluah segala isi yang terbuku di hati. Mudah-mudahan ku peroleh cinta sejati insyaAllah~



katakan like jika best ya!

Saturday, June 12, 2010

Nota Cinta Kudus


Di sebuah perpustakaan, terlihat seorang jejaka yang begitu asyik membaca buku di satu sudut. Keasyikannya untuk membaca isi yang terkandung dalam buku tersebut membuatkannya leka dan tidak menghiraukan sekelilingnya. "NOTA CINTA KUDUS", begitulah judul buku tersebut, menceritakan kisah cinta suci antara dua insan yang tak pernah kenal rupa, hanya nota yang menjadi penghubung dan perkenalan mereka. Ketika dia menyelak helaian terakhir, tiba-tiba sekeping surat merah jambu terjatuh daripada helaian tersebut.




Si jejaka mengambil surat tersebut lalu  membaca tulisan yang terdapat di muka depannya, "Nota ini hanya milik seseorang yang hatinya ikhlas untuk memberi dan menerima". Biarpun dia berasa amat serba salah untuk membacanya kerana khuatir seandainya surat tersebut milik orang lain, namun perasaan ingin tahunya membuatkan hatinya beria-ria untuk mengetahui apakah yang terkandung di sebalik sampul surat tersebut. Lalu dia membukanya dan terlihat akannya sekeping nota yang kemas lipatannya. Lalu, dia membuka nota tersebut perlahan-lahan dan membaca tulisan yang terlakar di dada nota tersebut.



" Seuntai kasih seharum kasturi dihulurkan buat penerima berhati murni,

Hati berbunga tatkala bait-bait kata dilakarkan, hanya mengharapkan sebuah perkenalan suci, atas keinginan menjalin persahabatan, namun dipinta, biarlah hanya warkah penghubung bicara. Justeru, jika yang membaca sudi dan bersedia menyambut perkenalan ini dengan hati terbuka, maka senanglah hati ini menerima. Perkenalan yang hanya terlakar dengan tulisan, jangan ditanya siapa yang berkata, jangan dipinta pertemuan atau lainnya, kerna yang diinginkan hanyalah hati yang tulus memberi dan menerima. 

Maka, balaslah dengan nota bersambut kata, disisip kembali ke dalam sampul yang sama, dan diletakkan kembali ke buku ini  di ruangan yang sama. Akan dibalas setiap kata, dan nantikanlah pada detik dan waktu yang sama, pasti wadahmu kan terjawab jua. "



Terjalinlah persahabatan antara si jejaka dengan si gadis yang tak dikenalinya, kemesraan di sebalik bait-bait yang tersusun indah membuatkan dia tertarik untuk mengenali si gadis dengan lebih mendalam hingga lahirlah perasaan cinta. Namun kerana janji yang dipegang, maka si jejaka tidak pernah meminta lebih selain sebuah persahabatan. Begitulah seterusnya hubungan terbina, hanya dengan nota yang tersisip di sampul penghubung mereka.


Tibalah satu ketika, si jejaka terpaksa meninggalkan desa tercinta, menyambut panggilan untuk berjuang demi memartabatkan maruah bangsa dan negara. Maka dikhabarkan akan si gadis pada sekian waktunya, tarikh berangkatnya dia. Lalu, warkah terakhir berbalas kata,



"  Duhai perwira,

Jika kau pulang dengan selamat, akan ku tunggu tibamu di stesen keretapi api desa kita setelah tamatnya peperangan ini. Maka, bawalah sekuntum mawar merah sebagai tanda untuk mudah ketemu dirimu, dan akan ku bawakan sekuntum mawar merah sebagai tanda bagi diriku. Semoga perjuanganmu dilindungi dan akan ku setia menantimu di sini. Jika ada jodoh kita, pastinya akan menjadi milik kita, jika sebaliknya, maka redhalah menerimanya. "



Berlalulah 2 tahun lamanya, hinggalah tamat peperangan tersebut. Kekuatan cinta mereka membuatkan si jejaka berjaya menumpaskan musuh negara dan kembali dengan selamat. Seperti yang dijanjikan, si jejaka membawa sekuntum mawar merah untuk bertemu dengan si gadis di tempat yang dijanjikan. Gembira sungguh dirinya kerana dapat jua mereka bertemu. Setibanya dia di stesen keretapi tersebut, maka terlihatlah dia seorang gadis berkerusi roda membawa sekuntum mawar merah sedang menantikan seseorang. Sewaktu itu, mulalah muncul perasaan curiga dan serba salah sama ada mahu berjumpa dengan si gadis atau tidak.




Namun apabila diingat semula akan janji yang termeterai antara mereka dua tahun yang lalu, si jejaka pun kuatkan hati dan terus melangkah menghampiri si gadis. Dia tekad, jika memang itulah gadis yang diimpinya selama ini, maka akan dia tunaikan janjinya untuk membina istana impian bersama. Dia menyapa si gadis, lalu bertanyakan adakah dia empunya yang dicari. Jawablah si gadis,



" Maaf, bukan saya yang abang cari, mawar ini bukan milik saya tetapi ia milik seorang kakak yang berpakaian merah jambu,  sedang duduk di kedai itu. Katanya dia sedang menanti seseorang lalu meminta agar saya membawa mawar ini dan jika ada yang bertanya, dia suruh saya serahkan mawar ini kepada abang dan sampaikan pesan agar abang berjumpa dengannya di kedai tersebut. "


Berlarilah si jejaka mencari si gadis di kedai tersebut. Segeralah dia mencari-cari kelibat mana-mana gadis yang memakai pakaian merah jambu, namun tidak dia ketemu. Biarpun bersungguh dia bertanyakan kepada tuan kedai perihal gadis itu, malangnya kata si pekedai gadis itu sudah berlalu kerana lama menunggu. Alangkah kecewanya hati si jejaka mendengar, hatinya umpama kaca pecah berderai.


Tatkala dia membuka pintu kedai tersebut, maka terlihatlah dia di satu sudut ada seorang gadis jelita sedang menunggunya di hadapan kedai tersebut sambil tersenyum mesra umpama melambai dirinya. Hati yang duka rianglah semula melihat gadis yang diimpi bertemu akhirnya. Maka, tamatlah kisah NOTA CINTA KUDUS, benarlah kata orang, jika ada jodoh takkan ke mana, apa yang penting bukanlah rupa, tapi yang dicari adalah ketulusan dan keikhlasan hati menerima dia seadanya.




katakan like jika best ya!

Sunday, May 23, 2010

kerna tajamnya Mata peNa saNg penciNta..



Sekiranya
kita cinta kepada manusia
tak semestinya manusia cinta kepada kita


Tetapi sekiranya
kita cinta kepada ALLAH
nescaya cinta ALLAH tiada penghujungnya



Sekiranya
kita cinta kepada manusia
kita akan cemburu pada orang yang
mencintai orang yang kita cintai



Tetapi sekiranya 
kita cinta kepada Allah
kita akan turut mencintai orang yang
melabuhkan cintanya kepada ALLAH juga



Ya ALLAH
andainya dia adalah jodohku
yang ditetapkan oleh-Mu kepadaku



Maka,
campakkanlah ke dalam hatiku
cinta kepadanya adalah kerana-MU
dan campakkanlah ke dalam hatinya
cinta kepadaku adalah kerana-MU



Namun..
Andainya dia bukanlah jodoh yang
ditetapkan oleh-MU kepadaku
berikanlah aku kekuatan agar pasrah
dalam mengharungi ujian
yang KAU berikan kepadaku



~Bingkisan Puisi Aminah Qutbi~



Sungguh indah setiap bait-bait yang tersirat di sebalik bingkisan kata yang diungkap.. menggambarkan keikhlasan doa seorang hamba yang amat mengharapkan keredhaan dan cinta yang penuh pengertian dari Maha Pencipta.. mendambakan kasih yang penuh kesucian dari sang pencinta... fitrahnya.. setiap manusia mengharapkan cinta yang hakiki.. namun cinta yang abadi adalah hanya milik Illahi... Semoga setiap butir kilauannya akan meresap ke dalam sanubari jiwa-jiwa yang membaca.. InsyaAllah~ Aminn~



Nota hujung Dunia~

Aminah Qutb adalah adik perempuan kepada tokoh terkenal Syed Qutb yang mati di tali gantung kerana ketajaman penanya.. Betapa tajamnya tinta bersuara hingga menjadi penyebab terputus jiwa dan nyawa.. Semoga ruh beliau dirahmati Yang Maha Esa..



Sumber: Pemilik Cintaku Setelah Allah dan Rasul..



katakan like jika best ya!

Friday, May 21, 2010

Gadis eMo membUka ceRita : LamaRan ciNta LelaKi ditoLak


Selepas isu panahan arjuna di mata kirana ( 1 & 2 ).. kali ini berani-berani sahaja si gadis emo ini membuka cerita baru pula.. rasanya agak lama tidak berbicara tentang cinta.. Ya, manusia dan cinta memang tak boleh dipisahkan.. ibarat irama dan lagu.. tanpa irama, lagu hilang tempat menumpang melodi.. ibarat gigi dengan gusi.. tanpa gigi, hodohlah gamaknya senyuman pak Mat tukang kebun.. ibarat handset tanpa kredit.. tanpa kredit, hilanglah fungsi handset sekadar hiasan untuk ditunjuk-tunjuk.. begitulah juga kisahnya tentang cinta..


Sememangnya manusia perlukan cinta, kerana dalam cinta lah ada kisah penyatuan antara Tuhan dan hambanya.. dalam cinta ada kronologi kisah kasih jiwa-jiwa.. dalam cinta juga lahirnya perasan menghargai dan mensyukuri alam dan keindahan dunia.. Begitu melankoliknya pengertian di sebalik frasa cinta itu sebenarnya.. Tetapi apa yang hendak dibicarakan adalah tentang cinta dua jiwa, cinta antara lelaki dan wanita.. Sahabatku bercerita, bagaimana rakannya begitu kecewa kerana lamaran cintanya ditolak oleh si gadis, sehingga membuat keputusan meragut nyawa sendiri, hal sebegini bukan sahaja terjadi kepada perempuan sahaja, malah kekecewaan itu adalah abstrak pengertiannya, cuma yang membezakan perempuan lebih mudah melahirkan emosi dan kedukaan berbanding arjuna yang hanya berkeputusan memendam rasa.. Namun hakikatnya, sudah sinonim bahawa wanita sememangnya akan menanti panggilan cinta dari jejaka idaman, tetapi mengapakah cinta ditolak tidak diterima??







1) Belum bersedia

Biarpun semua insan terkejar-kejar untuk menikmati dan merasai indahnya mencintai dan dicintai, menyanyangi dan disayangi, tetapi tidak semua wanita begitu terburu-buru mendambakan perkara-perkara sebegini. Kadangkala mereka tidak bersedia atas dua perkara ; sama ada diri sendiri atau masalah kepada jejaka. Jika halnya kerana diri sendiri, barangkali wanita itu masih bingung dan tidak pasti dengan hati mereka, jadi mana mungkin mahu membuat keputusan serta merta. Maka berilah mereka sedikit masa dan ruang. Namun jika halnya kerana si jejaka, mungkin apa yang dilihat umpama lelaki itu tidak nampak kesungguhan dan komited dalam membina hubungan yang lebih serius.



2) Desperate guy

Wanita cukup rimas dengan lelaki yang suka memaksa dan terburu-buru. Bagi mereka, lelaki begini hanya bersikap mengongkong dan menganggap cinta sebagai mainan sementara. Masakan baru kenal sehari dua sudah ajak declare.. bak kata atuk aku.. "Buang tebiat apa?!" haa.. daripada melayan cinta yang tak pasti penghujungnya, lebih baik reject awal-awal.. nampak sangat nak buat main je.. may be sebenarnya dia serius, tapi selalunya cinta pandang pertama hanya melihat pada luaran semata-mata, bukan keikhlasan hati dan kemurnian budi pekerti.. cubalah kalau tiada rupa, mahu kah dia??



3) kisah lampau

Setiap individu punyai kisah lampau, ada yang suka ada yang duka, ada gembira dan ada yang mencengkam jiwa.. Jadi, ada juga wanita yang terpaksa menolak kerana impak kisah cinta lama membuatkannya lebih berhati-hati menyusun langkah..takut lah juga jika pisang berbuah dua kali.. merana la badan... alahai.. orang kata, kalau umur dah semakin meningkat ini, dah tak ada masa dah nak main-main cinta monyet.. buang masa je.. Jadi kalau mereka menolak, pasti masih ada sesuatu yang menutup pintu hati mereka.. entah siapa lah yang bijak mencari kunci yang sepadan dengan mangganya..



4) bukan pilihan hati

Bukan sengaja nak menolak.. tapi.. masalahnya pada lelaki.. keterampilan, personaliti, sikap, gaya hidup, masa depan tak mampu menjamin hubungan yang serius.. nak bercinta tapi pemalas, berperangai seperti budak-budak, tak mahu berfikir serius tentang future.. Jadi tak mustahil si gadis akan menolak.. Orang perempuan mestilah menginginkan lelaki yang bertanggungjawab, serius dalam hubungan.. yela nak berhadapan orang tuanya nanti mestilah cukup syarat baru lah lulus.. sebab itulah tidak mustahil jika ada yang memlilih pasangan yang sekufu, terjamin masa depan.. cinta sahaja  tanpa duit pun tak boleh hidup oiii~~ takkanlah nak bagi anak dara orang makan pasir je nanti kan!



5) hati sudah dimiliki

yang ini memang kes berat.. yela ada kes itu, perempuan ini sengaja menyimpan rahsia, letak status kat facebook single, sedangkan dah mingle..  dah ada tutt~~ masih lagi mahu melayan yang lain.. perempuan macam gini yang bahaya, memainkan hati dan perasaan sahaja...tapi ada je kes lelaki spesies begini.. sama je dua kali lima.. jadi awas ya, jangan mudah terperangkap dalam pukat orang-orang macam ini.. tak dapatlah den nak nolongnya.. Yang lelaki ini pun satu juga.. sebelum nak propose tu.. sekodeng-sekodeng la apa yang patut, usha kiri kanan depan belakang sebelum menyusun kata.. karang kalau dah masuk gear, dah tekan minyak, payahlah nak reverse lagi-lagi kalau kat lebuh raya.. lagi bahaya kalau dah syok syok dengan cik kiah rupanya tangkap cintan dengan bini orang .. Melepaslah sudah~~



Jadi.. sebab itulah kadang-kadang si gadis menolak lamaran cinta sang jejaka.. Rileks je sudah bunga bukan sekuntum kumbang pun tak seekor.. pandai-pandai la nak hidup..




katakan like jika best ya!

Monday, April 26, 2010

caiRnya leLaki biLa dengan peRempuan 'muKa suCi'

Salam sayang dari saya buat semua..

Tajuk penulisan kali ini bukan sekadar suka-suka mahupun untuk memburukkan mana-mana pihak sama ada dari pihak lelaki mahupun pihak wanita.. Hanyalah sebuah perkongsian ringkas yang ingin saya ketengahkan khas buat pembaca-pembaca, agar sama-sama kita dapat berfikir dan bertukar pendapat mengenai perkara ini.

Frasa perempuan 'muka suci' yang saya bicarakan pada entry kali ini membawa definisi kepada perempuan yang berwajah ayu dan lembut (erti kata lain muka baik)... sekali tengok sejuk mata memandang. Dengan tutur bicara yang lembut, gaya yang sopan santun, suara lembutnya menenangkan jiwa dan boleh memikat sesiapa sahaja yang memandang terutamanya kepada golongan BUKAN wanita, memang inilah yang dikatakan sebagai ciri-ciri Wanita Melayu Terakhir. Memang jelas dapat dilihat wanita yang mempunyai sentimen-sentimen sebegini agak sukar untuk ditemui pada masa kini. Namun persoalannya sejauh mana kah rupa yang 'suci' ini membawa kepada pengertian 'kesucian hatinya' ??


Melalui beberapa peristiwa yang saya dapat lihat daripada kehidupan manusia-manusia dikeliling saya.. persoalan ini semakin berlegar-legar di kotak mentaliti saya..

Seorang lelaki kecewa selepas dipermainkan perasaannya oleh perempuan jenis sebegini, yang hanya berselindung di sebalik kata dan rupa BAIKnya, akhirnya terbongkar yang dia sudah punya kekasih hati.. Masalahnya... kenapalah perempuan itu susah sangat nak mengaku diri itu dah berpunya.. tetapi masih lagi nak melayan orang lain?? kenapa, tak cukup kasih sayang ke?? Yang lelaki pula, begitu mudah anda dipermainkan oleh wanita sebegini.. apa yang dah terjadi??

Lelaki-lelaki macam ini pun satu.. seolah-olah merelakan dirinya ditipu dan tertipu.. membiarkan diri mereka dipergunakan sewenang-wenang oleh wanita 'muka suci'. Saya sedia maklum setiap lelaki mengimpikan kekasih hati yang punya ciri-ciri Wanita Timur.. Namun, berhati-hatilah.. jangan biarkan diri anda ditipu berkali-kali di sebalik 'topeng suci' wanita sebegini. Apa yang dapat saya lihat daripada senario sekeliling saya, lelaki cuba untuk menunjukkan yang mereka hebat dan bijak menentukan insan yang sepertimana mereka inginkan, MALANGNYA.. mereka masih lagi belum berjaya mencapai apa yang mereka impikan, sebab apa?? sebab apabila keegoaan yang menguasai diri semakin memuncak, maka mereka akan hilang stabiliti untuk berfikir sewarasnya dalam menentukan apa yang diinginkan..

Paling menyakitkan hati apabila ada sebahagian lelaki yang sesuka hati memerli, mengata, mengutuk, dan memandang rendah terhadap wanita yang tidak melengkapi ciri-ciri kewanitaan sejati yang pada perspektif mereka adalah wanita 'muka suci'. Sekurang-kurang apa yang terbaik mereka bahagia dengan diri mereka seadanya.. tidak hipokrit.. jadi, janganlah tertipu dengan drama manusia ini. Adalah lebih baik jika kita mengenali seseorang individu kerana realiti diri mereka yang sebenar, tulus dan jujur.. daripada terus terpedaya dek aksi 'drama queen'..

Satu kes lagi yang menyebabkan lelaki mudah tertipu dan terpedaya apabila ada sebahagian daripada mereka yang desperate mengejar cinta wanita.. Dan perkara ini saya telah alami sendiri dimana ada seorang lelaki yang bernama J (bukan nama sebenar) yang hanya saya kenali di yahoo messanger, tiba-tiba tanpa saya ketahui mana datang, asal usul, kehidupan dan siapa dia sebenarnya, beria-ria meminta declare.. hanya atas alasan dia 'alone'.. tolonglah jangan cemarkan apa yang dimaksudkan sebalik perkataan cinta itu sebenarnya.. Seharusnya cinta itu diletakkan di tempat yang tinggi nilainya, sukar diperoleh dan sangat berharga, kerana cinta yang bermakna hadir ikhlas dari dalam jiwa.. kerana, kita tidak bercinta hanya untuk hari ini semata-mata, tapi untuk selamanya.. Cinta itu menjadi lebih bermakna sekiranya berlandaskan cinta kepada Maha Pencipta.. Telah saya titipkan erti cinta dalam sebuah bingkisan pujangga..

Cinta tanpa ketulusan takkan kemana-mana
Cinta berdasarkan rupa hanyalah sementara
Cinta tanpa harta jua menempah derita
kerana harta kan menjamin bahagia dunia
bersederhana lah dengan apa adanya
Maka 
cintalah seseorang kerana keindahan agamanya
kerana cinta itulah yang menjamin bahagia selamanya..
dunia akhirat.. 
InsyaAllah~

Saya tidak bermaksud ingin menyatakan semua wanita kategori 'muka suci' ini punya nilai-nilai negatif yang menyakitkan hati, namun sedarlah.. jangan kerana nila setitik rosak susu sebelanga, kain putih bersih nan indah tetap kelihatan kotor gara-gara melekat sehelai mee goreng mamak. Jadi kepada kaum wanita yang rasa-rasa diri dia tu spesies begini. beringat-ingatla ya.. anda takkan bahagia jika membuat orang lain menderita. Kepada kaum lelaki, jangan sesuka hati sesedap rasa nak mengata kaum wanita hanya semata-mata rupa dan gaya mereka yang bukan kategori wanita idaman, berhati-hati sebelum memilih jangan dah terhantuk baru nak tergadah..last-last frust menonggeng..

So, Don't judge a book by its cover..

katakan like jika best ya!

Saturday, April 17, 2010

Kisah Gadis Emo - pengajaran bagi yang bernama PEREMPUAN

Setinggi seluas gunung dan lautan
Sejuta harapan dipertaruhkan
Beronak berliku jalan kulalui
Selagi berupaya ku teruskan

Alangkah sukarnya memadam bayangan masa silam
Di dalam keberanian terusik juga perasaan
Tiada hentinya kupanjangkan doa
Semoga jiwa ini terus tabah

Sesungguhnya saat yang teridah hanya sementara
Yang terpahat dalam diri hanya kenangan dan nestapa

Tak rela kuturutkan hati menyesali apa terjadi
Andai begitu suratan yang tertulis di azali

Biarlah walaupun ku sepi
Sedih pedih dikhianati
Aku kan tetap terus mengorak mengorak langkah perjalanan ini..


Lagu Yang Terindah hanyalah sementara, Erra Fazira...


Setiap kali gadis itu mendengar lagu ini, sangat memberi kesan yang mendalam kerana setiap bait-bait kata yang tersusun umpamanya berkait dengan realiti kehidupan masa silamnya.. Gadis itu berrfikir, adakah semua yang terjadi berpunca daripada kesilapannya menerima cinta, bercinta atau..???

Saya terbaca sebuah post seorang sahabat saya di facebook..

"Seorang perempuan harus menyintai lelaki yang jahat sekurang - kurangnya sekali atau dua dalam hidupnya, supaya dia tahu menilai erti terima kasih pada lelaki yang baik..."


Entahla ya.. benarkah kata-kata ini..? saya pun tak berapa nak pastila dengan pendapat ini.. sebenarnya deeply in my heart, saya agak tak berpuas hati dan tidak setuju.. kenapa perempuan sahaja yang perlu menghadapi tamparan ini?? habis, bagaimana pula bagi JEJAKA-JEJAKA yang tidak tahu menghargai kekasihnya??


katakan like jika best ya!

Wednesday, March 31, 2010

seBeLUM dan seLEpaS siNgLe..

hye guys.. giler arh aku.. dah berapa abad tak meng-update blog.. actually deep in my heart.. really mish my baby bloggy ni tau wawawa.. tapi apa kan daya.. jodoh aku nak ber-dating dengan blog aku ini macam chipsmore.. almaklumla.. aku kan busy woman.. uishh.. hati-hati nak sebut tu i bukan busy body ok.. hoho


Apa yang best dengan topik yang aku nak bebel now ni??!! haaa... saje jerk nak share-share dengan u all ni yela.. now ini aku kira ramai juga la kaum kerabat sahabat handai aku yang dilanda broken heart gitu gara-gara putus cinta.. Haishh macam-macam kes aku dengar.. ada satu kes itu terpaksa clash coz ibu tak merestui hubungan cinta, ada lagi itu awek dirampas orang.. ada gak yang mulanya dianggap special la.. konon-konon yang si mamat ini fikir  dah dapat tackle hati girl ni.. yang girl ini lak boleh dok layan laki ini sampai dia dah tangkap jiwang.. last-last mak cik sekoq ni baru la nak habaq kat mamat ni yang dia dah ada balak.. ape lagi frust tertonggeng la mamat ini.. ish ish ish....


Ala rilek r bro.. sis.. whateva la sape-sape yang terasa dirinya alone, ditinggalkan atau be single balik.. small matter je tu.. juz take it as benefits for u guys.. banyak kebaikannya pas jadi single ni balik.. x percaya??? meyh aku bagitahu kat korang apa yang best nya bila dah jadi single mingle ni balik.. heehehe..


sebeLum siNgLe...

~  handSet ni tak berhenti-henti nak berbuNyi.. tak bunYi mesej yaNg daTang buNyi call yang berkuNjunG.. dalam inBox penuh dengan mesej dia je semata-mata.. sikit-sikit nak kena delete mesej inbox yang dah sarat ngan mesej, pic mesej, apa-apa mesej la.. dah itu dah ler setiap haRi nak bergayut.. semua tu bukan guna air liur semata-mata je tau.. semua tu guna kredit.. kadang-kadang itu time gRaf rindu aka menGGataL tengah tiNgGi.. bergayut 24 jam kalau boleh.. tengok-tengok check kredit 0 sen.. haha.. sehari punya bajet nak topap tu kadang-kadang boleh cecah RM 20-30... memang dasyat ish3...

seLepas siNgLe..

~  haNdset dah jaRang le nak bunYi-bunyi.. kalau berbunyi pon bila ada kes yang penting-penting je.. dah tak dela ayat-ayat jiwang nak muncul kat screen.. cess time ni la mule nak rindu zaman KEGEMILANGAN dulu kan.. tapi rilek arhh.. yang baiknya duit boleh save tu.. korang lak tak payah nak pening-pening nak korek tabung ke ape ke semata-mata nak topap punya pasal.. paStu daLam haNdset dah ada vaRiasi sikiT.. tak de la semua mesej dia semata...  ada time tu handset main campak-campak bawah katil je.. yeLa dah tak de sape nak yang nak bagi meSej lagi kaN hak hak hak



sebeLum siNgLe...

~ kalau nak pergi mana-mana semua kena inform kat dia.. nak keluar ke, nak berjalan ke.. dengan siapa, berapa jam.. entah macam-macam semua nak kena inform.. nak pergi JaMBaN pun nak kena report.. kalau tak nanti ditanya kenapa tak jawab call or lambat balas mesej, kan payah nak terangkan lagi apa lagi tah.. lepas itu nak keluar pun nak kena jaga-jaga, mana boleh keluar main slunber je.. karang kalau keluar dengan kawan-kawan, ada pula geng berlainan jantina.. pastu kantoi dengan si dia, dah pulak kes cemburu pun ada.. nak berkawan kat facebook ke kat mana-mana la semua nak kena jaga demi si dia tersayang.. punyalah baik demi nak menjaga kemaslahatan hubungan.. cewaahhh~

seLepas siNgLe..

~ nak buat apa-apapun bebas.. tak payah nak pening-pening fikir ke, risau ke si dia marah atau apa-apa.. tak perlu nak report segala aktiviti kat sesiapa, sendiri punya hal urus sendiri la kan.. boleh je nak berkawan dengan sesiapa sahaja secara BEBAS.. tak ada lagi nak dengar ada orang nak cemburu ke, marah-marah ke, apa-apa ke.. tak perlu nak fikir hati siapa-siapa.. janji diri sendiri happy sudah.. huhu



dah le cukup la tu aku bebel karang tak larat pula korang nak baca.. jadi apa-apa pun hidup mesti kena sempoi la beb.. insyaAllah kalau ada jodoh tak akan ke mana.. dekatkan diri pada Tuhan.. mohon banyak-banyak mudah-mudahan dipertemukan jodoh yang baik-baik.. tak guna jugak kalau bercinta sakan bagai nak rak tapi akhirnya harapkan panas sampai ke petang rupa-rupanya hujan di tengahari, harapkan pagar, pagar makan padi.. BuaNg maSa, buAng duiT, buaNG aiR mata je.. buhsan je kan hak hak hak..kepada yang dah jumpa tu.. sayanGiLah dia dan huBungan anDa sebaikNya ok.. naK kawin jaNgan lupa jeMput aku tau hohoho~


katakan like jika best ya!

Wednesday, February 17, 2010

PeNting ke daYa taRikan untuk CINTA ??

Menyambung entry sebelum ini.. aku ada ceritakan tentang beberapa daya penarik lelaki di mata wanita.. Tapi tak semestinya disebabkan  semua tu, perempuan dengan mudahnya jatuh hati kepada golongan-golongan sebegini.. Dan begitu juga lelaki.. cantik adalah satu aset wanita yang menjadi tarikan.. tapi bukan bermaksud sudah cantik maka mudah nak mendapat cinta... kenapa...Tak percaya?? hehe..


Kisah Cinta 1

Ada seorang lelaki, namanya Wan (bukan nama sebenar) dia sangat kacak, bergaya, kaya dan punya banyak daya tarikan yang boleh membuatkan kaum wanita cair padanya.. Memang sah-sahla lelaki ini ramai peminat.. dari yang cantik hinggalah yang ke moderate.. Dari yang senior hinggalah ke junior.. memang tak terkira bilangan peminatnya.. Tapi entah macam mana lelaki ini tidak pernah langsung menoleh ke arah secret-secret admire mahupun x secret admirenya.. kerana hatinya sudah tertaut pada seorang gadis, bernama Lily (bukan nama sebenar).. yang jika dilihat gadis itu.. sah tidak punya apa-apa yang istimewa..

Tapi apa-apapun cara Wan cuba memikat Lily, Lily langsung tak berminat.. malah Lily rasa Wan ni sangat merimaskan, annoying dan menyakitkan hati.. Mana tidaknya.. ke mana Lily pergi, di situla terpacak muke si Wan ni.. Pernah sekali Lily memarahi Wan di khalayak ramai tetapi Wan slunber je dengan muke kerang busuk dia, wat tak tahu..

Kawan-kawan Lily marah gak dengan si Lily ni.. sampai dia digelar perempuan tak kenal dek untung.. Tapi apakan daya, jika hati tak suka, apa-apa pun dibuat memang tetap tak sukala.. kan cinta mana boleh dipaksa-paksa..

Satu hari, Lily join la satu ekspedisi mendaki gunung..  Bila Wan dapat tahu je Lily join, apa lagi dia terus daftar nama nak ikut.. Lily wat derk je.. dalam hati dia " Lantak la kau..aku malas nak layan huh~".. Sepanjang pendakian.. Wan sentiasa ada di sisi Lily.. Lagi-lagi diorang berdua satu group... senang kata.. kalau Lily nak air, Wan yang tolong ambilkan, Nak makan, Wan tolong sediakan.. kiranya semua kerja Wan buat semata-mata mahu menarik perhatian Lily.. Tapi Lily langsung wat tak endah je.. Dalam otak si Lily ni pikir.. "Ah, lelaki ni saje je lah tu nak tunjuk rajin.. ingat aku suke ke??"

Macam-macam cara Wan buat untuk Lily, tapi Lily langsung tak layan.. sampailah diorang abes pendakian dan sampai ke kaki gunung semula.. Akhirnya Wan terpaksa mengalah.. dalam hatinya punyela kecewa.. "Perempuan ini memang betul-betullah tak sukakan aku.. tak pelah.. lepas ini tak mahu la aku kacau dia lagi.. mm~"

Kerana terlalu sedih dan letih.. Wan pun terbongkang tidur kat bawah pokok.. bila ditengok memang sangat tak senonoh.. rupe orang betul-betul melepak la.. tidur ternganga lagi tu.. kesian.. Kebetulan si Lily lalu bawah pokok tu, ternampakla si Wan tengah melepak.. Dalam hatinya tersentuh.. "Wah.. cute juga ya dia.. " Lily tersenyum melihat gelagat si Wan tidur.. Akhirnya Lily menerima pelawaan cinta dari Wan.. Apa lagi Wan memang terjerit suka kerana berkat usahanya selama ini, dapat juga dia berjaya menambat hati Lily..

nota cinta~ mati-mati Si Wan fikir dia berjaya mencuri hati Lily kerana usahanya.. tapi sebenarnya Lily jatuh cinta semata-mata kerana melihat gaya tidur si Wan yang sangat cute di mata...huhu


Kisah Cinta 2

Ada seorang lelaki, yang sangat kacak rupanya.. namanya Zul.. senang kata serba serbi lengkap.. bertuah jika punya lelaki begini sebagai suami.. beriman, punya kerja yang baik, baik hati, senang kata memenuhi segala ciri-ciri lelaki idaman.. Tapi yang peliknya, lelaki ini beristerikan seorang perempuan yang tiada langsung tarikannya.. berkulit gelap, rendah, agak gempal.. kalau dilihat mereka berdua memang x kena langsung dengan peribahasa " bagai pinang dibelah dua ".. terlalu jauh berbeza..

Suatu hari rakan si lelaki ini  berbual-bual dengan Zul.. maklumlah dah lama tak berjumpa.. jadi macam-macam lah yang nak diceritakan..sampailah satu bab ni..

Rakan : Eh Zul, apasal ko boleh tersangkut kat bini kau tu.. memang jauh berbeza kalau nak dibandingkan dengan kau.. Aku pun pelik macam mana kau boleh kahwin dengan dia.. Dulu si Milah yang cantik gebu tu..bukan main suka kat ko..ko tolak mentah-mentah.. sedangkan semua mende dah lengkap kat dia.. kau tetap gak ngan bini kau sekarang.. apasal ya??

Zul : Hahaha.. kau ini pasal bini aku pun kau nak wat cerita ya.. macam-macam la.. Sebenarnya kau tak nampak mana kecantikan bini aku tu... dan kau memang takkan dapat tengok apa yang cantiknya.. sebab cuma aku je yang dapat tengok..haha..

Rakan : Maksud ko??

Zul : Aku boleh tersangkut kat bini aku..sebab telinga dia.. cantik.. hehe..

Rakan : Hah... Telinga!!


P/s: Kita tak perlukan sebab untuk suka dan mencintai seseorang.. kerana cinta yang luhur adalah jika kita dapat bersama dengan orang yang mencintai dan menerima kita seadanya dan kita juga mencintainya kerana diri dia seadanya.. bukan kerana rupa atau lain-lain..




katakan like jika best ya!

Thursday, January 7, 2010

teKniK-teKnik naK meNguRat

Biasalah kalau kena usha oleh sesiapa.. yela semua dah makin dewasa.. yang lelaki akan berusaha mendekati si wanita.. dan perempuan pun ada jerk yang cuba merapatkan diri dengan lelaki yang disukai.. Kalau tak ada permulaan ni semua.. macam mana la nak start hubungan yang lebih serius kan kan.. huhuhu..

Jadinya, aku nak membongkarkan teknik seseorang nak mengurat.. entah betul entah tidak.. ni main hentam jela.. tapi selalunya yang aku perasan macam ni lah, bersumberkan daripada pengalaman sendiri dan pengalaman orang lain..hehe.. apa lagi, let's check it out!!



1. Kalau tak kenal maka tak cinta, jadi sebelum nak jatuh cinta, mesti la nak kena kenal2.. permulaan tu ada macam-macam jenis.. ada yang dari mata ke mata(terjumpa/ bertembung), ada lak yang dari mata ke monitor lappy(ala cinta cyber la kununnya..) dan ada gak yang tak tersengaja kenal.. bak kata orang macam-macam gaya la nak starting perhubungan tu.. Jadi nak mengenal lebih rapat, mula la nak minta no. fon, tak kisahla samada secara direct ataupun indirect(underground), taktik-taktik camni  la dibuat supaya boleh keep in touch.. so.. dekatlah di hati hehe..

2. Bila dah dapat no. fon tu.. kalo yang minta direct mula la tanya-tanya khabar.. dah makan ke belum.. memesrakan diri la gayanya.. yang dapat underground lak.. mulalah la konon-konon tersalah call la.. tersalah send mesej la.. dah la dia call kita dulu, lepas tu boleh tanya pulak " Ni siapa ya?".. uik.. dia yang start dulu, ade pula kita yang ditanya.. tak ke pelik macam tu..? haha.. korang mesti pernah kena macam ni juga kan kan??lalala~ ;p

3. Bila hubungan makin mesra, mula-mula mesej wish morning dengan night je.. sekarang da mesej 24H.. kadang-kadang sanggup tak tidur sampai 2-3 pagi.. boleh dikatakan handset ni sokmo kat tangan, nak makan pun tot tet tot tet, nak tidur pun tot tet tot tet.. senang kata nak buat segala mesti handset kat tangan la.. haa.. orang kata waktu ni la nak kenal hati satu sama lain.. dah tu bila feeling mulelah senyum sorang-sorang, ketawa sorang-sorang.. hahaha tok sah la nak ngenceng aku.. paham dah ngeh3.. senang kata, lapar pun boleh kenyang bila tengah mesej dengan dia, ngantuk pun boleh terbeliak lagi mata tu nak mesej ngan dia.. maklumlah orang tengah di ambang asmara..kah kah kah..

4. Dah lama mesej-mesej, dalam hati terdetik lak nak dengar suara si dia, merdu ke.. macho ke.. yela bak kata orang dengan suara la boleh kenal orangnya macam mana.. walaupun kadang-kadang x sama apa yang disangka, tapi suara memang memainkan peranan penting lah.. Mula lah keluar taktik baru, konon-konon call cakaplah tak sempat nak mesej2.. sedangkan nak dengar suara je... time tu la masing-masing control ayu/macho,.. suara terus berubah gaya.. yela kalo x, bila bercakap dengan kawan.. amboi bukan main garang je.. tapi dalam telefon.. aduhai lembutnya.. (bajet baikla tu.. huahua).. mana lah hati tak mula terpikat.. siang malam terbayang-bayang suara si dia.. cewah.. gila jiwang la..

5. Dah lama kenal.. dah kenal suara.. mulela cakap, " I teringin sangat nak tengok wajah u.. mestu u cantikkan".. haha.. dah teringin2 tu.. masing-masing mulalah hantar mms.. bila tengok cun lega hati..tapi kalaulah bila tengok rupa si dia x macam yang diharapkan.. mula lah menghilangkan diri.. senyap jela.. kuang3.. biasalah kalau tak pernah jumpa memanglah terkejut beruk.. ingatkan wajah secantik 'Snow White' se'handsome' Prince Charming' , tapi rupanya mengalahkan Prince/Princess Frog.. orang macam gini memang x boleh dipercayai la.. suka sebab rupa bukan sebab hati budi.. kalaulah aku yang kena gini.. orang macam ni aku bagi tendangan halilintar je kot muahaha..

6. Lepas tu.. bila apa yang diharap memang dapat.. mulalah start nak jumpa-jumpa.. date la konon-kononnya.. waktu ni memang si lelaki kena poket tebal la.. yela first time nak jumpa awek takkan la si gadis yang nak kena support lak.. hilanglah ke'gentleman' nya tu nanti. kui kui kui.. yang tak de kereta.. mulelah pinjam kereta member..  tak pun sewa.. jalan-jalan tengok wayang.. makan-makan.. biasalah tu kanangan lah katakn.. hehe

7. Bila tengok semua taktik dah semakin mencapai matlamatnya.. time ni lah mule approach pada dia.. panggilan pun dah makin mesra.. kiranya masing-masing dah tunjukkna green light la.. yala.. dah segala semua kongsi sama-sama, ada masalah bincang sama-sama, dah mula mesej-mesej nakal (konon-konon nak bermanja la hehe) haa.. apa lagi.. kalo korang rasa semua da ok.. cakap jela kat dia.. jangan nak cover2.. lagi best kalau cari port istimewa, take dinner ke apa-apa ke.. lepas tu luahkanlah perasaan.. cewahh time ni mesti senyum lebar mengalah Mc Donald.. Tapi kalau men'declare' guna handset je pun no hal lah.. kalau da suka.. apa-apa cara pun jalan je..hohoho..



Haa.. apa lagi siapa-siapa yang rasa masih single lagi ke.. try la taktik-taktik ni.. lelaki ke perempuan ke zaman sekarang ni sama je.. siapa-siapa pun boleh start dulu.. hehe.. Tapi tak semua yang diharapkan akan 'happy ending'.. semua ni kan nasib je.. Ada jodoh tak kan ke mana, yang penting sendiri pun kenalah berikhtiar.. Kalau memang si dia betul-betul nak jadikan hubungan ke arah yang lebih serius baguslah.. tapi kalau dah nampak macam dia tu nak mempermainkan hati dan perasaan baik cabut je.. yang penting dalam nak mencari pasangan, berhati-hati lah.. jadi jalan selamat, kenalah dapat restu mak bapak.. barulah berkat!






katakan like jika best ya!