Tabung Masa Depan

Friday, November 27, 2009

~ ciNTa sEjaTi vs ciNTa naFSu ~

Hye kawan2.. hari ni ika nak ajak u all.. sama2 kite renungkan.. apakah makna cinta yang kite dah peroleh sebenarnya.. ciNTa sEjaTi ataupun ciNTa naFSu semata2??


 [pk jgn x pk hehe..]


 Setiap insan ingin mencintai dan dicintai..mustahil la kalo ade yang kate..

" i boleh hidupla without cinta..love is nonsense"..

haha..di bibir mungkin senang untuk berkata-kata..tp dalam hati.. hanya DIA Yang Maha Kuasa je tau.. tapi.. bg sape2 yang da mendapatkan cinta n menikmati alam cinta..pernahkah anda terfikir.. adakah cinta yang anda da miliki now ni adalah cinta sbenar..cinta sejati anda?? atau sebaliknya???

tepuk dada tanye dri sndri..!!

Oleh sebab itu.. marilah kita menyingkap bagaimana kite peroleh rasa cinta itu.. bagaimana  kita menjalani alam percintaan kita.. dan bagaimana si dia melayani kite sebagai org yang amat dicintai.. Jika dia benar-benar mencintai anda.. mungkin di bawah adalah serba sedikit kesungguhan yang dapat kite lihat dari respon si dia..

  1. dia akan menjaga kehormatan anda dan keluarga anda.. serta dirinya juga..
  2. mengawal dirinya demi mendapatkan cinta yang tulus.. 
  3. setia dengan anda biar terlalu jauh di mata tapi di hati hanya ada kamu
  4. berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapai cita-citanya demi masa depannya bersama kamu kelak
  5. rela berkorban harta, masa dan tenaga demi melihat anda bahagia bersamanya..
  6. sentiasa berkongsi segala suka duka, susah senang serta berusaha menjadi org yang pertama mendengar segala luahan hati kamu..
  7. saling mempercayai adalah pengukuh kasih yang dibina
  8. tidak terlalu berahsia dengan anda sehingga boleh menimbulkan syak wasangka..
  9. sentiasa mnjadi pembimbing.. pendidik.. penyokong dan penasihat bagi anda dalam segala hal..
  10. berusaha untuk mengukuhkan ikatan yang dibina sehingga ke peringkat yang lebih serius iaitu menjalinkan hubungan antara 2 keluarga..

Terdapat banyak lagi respon yang bole kita lihat dari kesungguhan si dia terhadap kamu.[lain2 tu cari sndri la ye hehehe].. Namun jika respon yang diberikan olehnya langsung tidak ada seperti  yang di atas.. cubalah anda berbincang dengannya.. jika hasilnya tidak memuaskan..dapatkan pandangan daripada orang yang paling percayai untuk berkongsi. Bukan ape takut anda tersalah pilih cinta nafsu ja..hurmm..

Ingat..!! 
jangan bertindak terburu2..

semua masalah boleh diselesaikan dengan baik..jadi bertenanglah kerana kata Ustaz Fuad[zaman skola dlu..ingt gak lagi ek hehe].. KETENANGAN ADALAH KEMENANGAN YANG PERTAMA.. =)


Sekiranya memang benar cintanya hanya untuk kamu..maka kamu perlulah mempercayainya.. tanpa kepercayaan yang tinggi kepada pasangan anda..apalah guna hubungan yang dibina.. akan tetapi.. usah mempercayai sehingga 100%.. kerana kita tidak tahu apa yg akan berlaku pada masa depan..  sekurang2nya letakkan 5% syak wasangka dlm hati anda..dikhuatiri jika dia membelakangkan cinta yang dibina.. maka anda adalah org yang paling kecewa pada waktu itu..  


jangan sampai frust tertonggeng lak gara2 cinta..
hehe


Sebelum ika akhiri post yang ini.. ika nk share ape yang mak ika ingatkan pada ika bile ika kehilangan first love ika...

" Orang yang da bertunang pun boleh putus tunang.. orang yang da berkahwin 10-20 tahun pun boleh bercerai-berai..yang da hidup beranak cucu pun kadang2 ade gak yang berpisah.. kalo bukan berpisah ketika hidup..pasti mati yang tetap akan memisahkan.. Apatah lagi kalau sekadar hubungan cinta alam remaja.. Jodoh Pertemuan di tangan Tuhan..terimalah dengan hati yang ikhlas dan redha.."




 








katakan like jika best ya!

No comments: