Tabung Masa Depan

Monday, October 28, 2013

Cara Penulisan Sorotan Literatur/ Literature Review dalam Kajian Tindakan(Action Research)




Assalamualaikum dan salam sejahtera.


Kali ini Ika nak kongsikan kepada semua ilmu yang telah Ika peroleh daripada seorang pensyarah AR Ika, Dr Rosli iaitu berkaitan cara penulisan sorota literatur atau literature review yang terbaik. Untuk makluman semua, sorotan literatur merupakan penulisan ringkasan aripada kajian-kajian lepas yang berkait dengan kajian tindakan yang kita jalankan.


Penulisan sorotan literatur yang terbaik kajian yang dilaksanakan tidak lebih daripada sepuluh tahun daripada tempoh kajian yang kita laksanakan. Penulisan sorotan literatur yang terbaik hendaklah merangkumi enam perkara berikut:


1. Objektif pengkaji lepas
2. Tahun kajian tersebut dijalankan.
3. Di mana kajian tersebut dijalankan.
4. Bilangan responden/subjek kajian yang terlibat.
5. Intervensi kajian yang digunakan.
6. Kesan/hasil kajian tersebut.


Keenam-enam aspek ini akan dikaitkan dengan pemilihan masalah kajian yng hendak dikaji, responden/subjek kajian serta teknik/kaedah/alat intervesi kajian tersebut (rujuk tajuk kajian anda). Berikut adalah salah satu contoh penulisan sorotan literatur.



MENINGKATKAH PENGUASAAN KATA SENDI NAMA 'DARI' DAN 'DARIPADA' MURID TAHUN EMPAT MENGGUNAKAN KAEDAH J-MONO



(...)
Nurul Hannah bt Abdul Awang (2012) dalam kajiannya, Meningkatkan Penguasaan Murid Tahun Lima Ibnu Khaldun Mengingati Fakta dalam Topik Kegemilangan Melaka Menggunakan Teknik Permainan ‘Dice Games’ menunjukkan tahap keberkesanan permainan ‘Dice Games’ telah dapat membantu murid mengingati peranan sultan dan pembesar empat lipatan. Kajian ini telah dijalankan selama empat minggu terhadap lima orang murid Sekolah Kebangsaan Seberang Takir menggunakan teknik permainan ‘Dice Games’. Beliau telah menggunakan Model Kajian Tindakan Stephen Kemmis. Hasil dapatan yang diperoleh daripada pemerhatian, ujian pra dan pos serta borang selidik menunjukkan peningkatan berlaku secara menyeluruh selepas perlaksanaan intervensi dijalankan, iaitu 100% subjek kajian telah dapat menyatakan semula peranan sultan dan pembesar empat lipatan selepas intervensi dilaksanakan.  Kajian ini jelas menunjukkan bahawa teknik permainan dapat membantu subjek kajian mengingat fakta yang terdapat dalam sesebuah topik pembelajaran dengan lebih mudah kerana bersesuaian dengan perkembangan murid sekolah rendah. (...)

Selain itu, pada akhir penulisan sorotan literatur, sebaik-baiknya pengkaji hendak menulis berkaitan keinginan pengkaji berkaitan rasional dan keinginan pengkaji untuk meneruskan kajian tersebur. Berikut antara contoh ayat penutup sebelum mengakhiri ayat.

" (...)  Namun, kajian yang sedang pengkaji jalankan masih belum disentuh dengan lebih mendalam. Oleh hal yang demikian, pengkaji akan melihat dari aspek(...) "


katakan like jika best ya!

11 comments:

Nissa Zulkifli said...

thanks for the post. mbantu sy mbuat literature review. jemput ke blog saya klu free ya!http://bitasweet.blogspot.com/

Imna Alim said...

tq,,, byk membantu..

Imna Alim said...

tq...banyak membantu..

norfarahin omar said...

(y)

Devi Govindasamy said...

terima kasih.

faridah said...

terima kasih

Faridah Zulkifli said...

terima kasih

Faridah Zulkifli said...

terima kasih

Kak Sal said...

tq..

Kak Sal said...

tq..

isba said...

Terima kasih....saya tumpang baca maklumat yang berguna ini.