Tabung Masa Depan

Monday, October 28, 2013

Penulisan Abstrak/Abstract dalam Kajian Tindakan (Action Research)




MENINGKATKAN PENGUASAAN KATA SENDI NAMA 'DARI' DAN 'DARIPADA'
MURID TAHUN EMPAT MENGGUNAKAN
KAEDAH J-MONO



ABSTRAK


Kata sendi nama merupakan salah satu aspek tatabahasa yang terdapat dalam bahasa Melayu yang perlu dipelajari oleh setiap murid. Namun, terdapat sebahagian murid yang seringkali keliru dan tidak dapat menguasai kata sendi nama ‘dari’ dan ‘daripada’ dalam ayat dengan betul. Oleh hal yang demikian, kajian ini bertujuan untuk  meningkatkan penguasaan kata sendi nama ‘dari’ dan ‘daripada’ murid tahun empat dalam ayat dengan penggunaan Kaedah J-Mono. Kajian ini berbentuk kualitatif. Kajian ini dilaksanakan ke atas empat orang murid Tahun Empat Nilam Sekolah Kebangsaan Tengku Bariah, Kuala Terengganu yang terdiri daripada tiga orang murid lelaki dan seorang murid perempuan. Kajian ini telah dijalankan selama empat minggu. Tiga instrumen telah digunakan bagi menganalisis dapatan kajian iaitu ujian pra dan pos, pemerhatian berstruktur dan soal selidik. Hasil analisis dapatan kajian, pengkaji mendapati berlaku peningkatan ketara selepas intervensi dilaksanakan iaitu, keseluruhan subjek kajian memperoleh markah lebih 90% dalam ujian pos berbanding ujian pra. Dapatan ini membuktikan bahawa Kaedah J-Mono berjaya meningkatkan penguasaan murid dalam mengaplikasikan kata sendi nama ‘dari’ dan ‘daripada’ dalam ayat dengan betul.


(Kata Kunci : meningkatkan, penguasaan, kata sendi nama, dari, daripada, Kaedah J-Mono)



ABSTRACT


Preposition is one of the aspects of grammar in Malay language to be learned by every student. However, there are some students who are often confused and unable to master the preposition of 'dari' and 'daripada' in a sentence correctly. Therefore, the aims of this research is to improve the mastery of preposition 'dari' and 'daripada' for students in year four by using the method of J-Mono. This research is using a qualitative method. This research is performed by four pupils from Year Four Nilam in Sekolah Kebangsaan Tengku Bariah, Kuala Terengganu. This research is conducted in four weeks. Three instruments were use to analyze the findings which are the pre and post test, structured observation and questionnaires. From the analysis findings, the researcher found that there is a significant improvement after the intervention implemented. The overall result from the research of the subject scored is over 90% in the post-test than pre-test. These findings show that the method of J-Mono is able to increase student proficiency in applying the preposition of 'dari' and 'daripada' in a sentence correctly.

(Keywords: improve, preposition, ‘dari’, ‘daripada’, Method of J-Mono)





katakan like jika best ya!

2 comments:

Unknown said...

kajian yang sangat menarik..memang murid bermasalah dalam perkara ini..

jamaeyahmahat said...

Salam, boleh tak emel kepada saya keseluruhan kajian tindakan ini sebagai rujukan kerja kursus saya... didahului dengan ucapan terima kasih.