Tabung Masa Depan

Saturday, December 5, 2009

kORunk peRnah teRfikiR taK....

Kehidupan ni adalah satu perjalanan yang sangat panjang, banyak dugaan dan pelbagai perkara yang terpaksa dihadapi tidak kira suka mahupun luka. Tapi semua tu mengajar kita sebagai manusia mengenali erti kehidupan sebenar. Tiada siapa dalam dunia ni hidup hanya gembira sahaja, x pernah kenal erti sedih dan luka. Begitu juga sebaliknya. Semua yang berlaku dalam kehidupan ini sebenarnya mengajar kita supaya lebih kuat dan bersedia menghadapi hari-hari yang mendatang.



Tiada siapa yang tau ke mana tujunya..


Lepas-lepas subuh je ika terus buka lappy ni coz nak berkongsi ngan semua tentang diri kita sebagai manusia.. Pernah x korunk terfikir sebenarnya dalam dunia ni, apakah perkara yang korunk ade selama ni, adalah memang sebenar-benarnya adalah hak milik korunk?  Jika nak kate keluarga tersayang...pakwe/suami/kekasih adalah milik kita, kita sedar sampai satu saat nanti, semua tu akan kembali kepada Yang Maha Esa juga. Cam tu gak ngan harta benda yang kita ada now ni, rumah, kereta, segala-galanya, semua tu akan ditarik bila-bila masa je. Sebab kita tau malang x berbau kan.. Lagipun bila mati nanti bukan semua harta tu bawa masuk dlm kubur sekali kan.. Sedangkan apa yang ada pada diri kita ni pun sebenarnya bukan milik kita smpi bila2... Wajah yang jelita/handsome, tubuh yang sasa/slim, ataupun kepandaian/skills yang kita ada sekarang ni pun.. sebenarnya kita pinjam je.. sampai masa, bila umur mula mencecah 40-an, semakin lanjut usia.. segala yang diri kita miliki akan semakin merosot, mengendur, kerepot..mcam2la..


Tengah syok-syok ika melayan perasaan ni, ika teringat kata-kata cikgu ika tyme kat skola luk.. sebenarnya, satu-satu perkara yang menjadi hak milik kita je adalah PILIHAN kita.. yup, betul kate cikgu.. kita sebagai manusia hanya diberi hak milik untuk membuat pilihan, sekiranya pilihan yang kita buat adalah pilihan yang betul, maka kita akan rasa kesenangannya, tp if pilihan kita adalah pilihan yang salah, jadi kita juga yang akan menanggung penangannya.. that's we call as a risk, kita mesti bersedia menghadapi risiko atas pilihan yang kita telah tentukan..



banyak perkara yang perlu difikirkan sebelum membuat pilihan


Bila kita dah bertekad memilih satu2 perkara, jangan lagi menoleh ke belakang.. sekali kita pandang ke belakang, bererti kita akan jauh ketinggalan, yela.. hidup ni kan ibarat satu perlumbaan.. yang terbaik akan sentiasa di hadapan, menjadi kebanggaan dan hero/heroin kepada yang lain, manakala yang da terbelakang akan ketinggalan, dan dipandang rendah camtu je.. tapi rilekla.. hidup ni mcm roda.. kadang2 kite berada di atas, dan kadang2 di bawah.. juz nikmatinya je la life yang kita pilih..coz kne ingt.. segala yang terjadi suda menjadi ketentuan-Nya di Lauh Mahfuz, kita sebagai manusia hanya mampu merancang, sedangkan DIA yang menentukan segala-galanya... tapi selagi ada usaha, ikhtiar, tawakal untuk mncapai sesuatu yang dimpikan.. InsyaAllah suatu saat nanti pintu kejayaan pasti terbuka.. Itulah namanya REZEKI.. cuma kesabaran dan ketabahan ja yang akan menguji hati dan diri untuk terus berjuang... So, bila kita tgh frust coz gagal dlm exam, cinta, kerjaya, etc.. hanya pada Tuhan la satu2nya tempat mengadu.. yela.. selalunya kita2 ni...bila senang nak ingat Tuhan pun..nak solat 5 waktu seharipun cam dok dang je kan..tapi bile susah baru nak bentang sejadah..nak mohon pertolongan dan petunjuk dari-Nya.. ish3..



kadang2 di atas, kadang2 di bawah


Tapi x pela.. segala kesusahan yang dihadapi adalah sebagai satu peringatan kepada kita, sebagai manusia kita x kan dapat lari daripada melakukan kesilapn, well.. nobody is perfect right!. so.. juz be yourself, never forget your creator, n accept everything that happen in your life as a sign of love from HIM.. Bila ingat Tuhan.. sebenarnya hati ini akan menjadi lebih tenang.. seolah-olah memperoleh cahaya petunjuk dari-Nya... Sebab tu la sbelum membuat pilihan, mintala petunjuk dari-Nya.. then yakinlah pilihan yang kita buat adalah yang terbaik n jgnlah menyesali apa yang da dilakukan.. Jangan sia-siakan pilihan yang kita ada now ni.. coz once u've decided your choice, so itulah jalan hidup yang korunk kne lalui..



p/s: Hanya berkongsi sebagai PERINGATAN dan RENUNGAN bersama..






katakan like jika best ya!

4 comments:

zack zukhairi said...

insaf 10 minit. :D

ieQa sWetLuv said...

haha..naseb baik insaf jap dr x insaf langsung.. egeggegeege ;p

sue said...

good job dear =)

ieQa sWetLuv said...

thanks sue.. welcome to my world =)