Tabung Masa Depan

Monday, January 4, 2010

peRmuLaAn haRi yang tenSion..

Setibanya aku kat maktab semalam dalam kira-kira jam 6.30 pagi, semua kecoh-kecoh air tak ada.. Wahh bayangkan lah, dah la tengah malas nak pulang ke sini, lepas tu sampai-sampai je tak ada air.. lagi-lagi bagi kaum wanita, kalau mandi mana cukup sebaldi air.. memang stress stress..( memang x puas la cuti ini sebenarnya.. rasa macam kejap je )


sekali mandi pakai 3 baldi air.. ok x?? ;p


Ingatkan sekejap je masalah ni.. malangnya berlarutan sampai sepanjang hari.. sampailah ke pagi hari ini.. Bayangkanlah hidup tanpa air.. sedangkan sebahagian besar daripada kehidupan kita memang berhadapan dengan air.. Nak mandi, nak minum, nak masak, nak basuh baju, nak segala-galanya lah.. kalau tiada air memang susah sangat. Jadinya aku dah macam kekeringan dah ni kerana kekurangan air.. Dah la tengah on mode malas mahu pulang, lepas itu terpaksa menghadapi masalah ini, ni yang rasa macam mau pulang ke rumah je arghhh!!



Cuma aku nak tanya lah pendapat semua, antara hidup tiada air, dengan hidup tiada elektrik, mana yang lebih menyeksakan ya?? Hehe.. mari kita buat survey huhuhu..

Nasib baiklah warden ku, Encik Asri memang baik hati lagi memahami, dengan baiknya beliau meminjamkan kolam renang anaknya kepada kami.. Wahh dah tua-tua pun boleh mandi dalam kolam renang kanak-kanak ni.. haha.. Uik, jangan salah faham ya, kami bukan menggunakan kolam itu untuk buat kuak lentang ke, kuak kupu-kupu ke.. memang sure-sure la saiz badan yang dah melebar dan memanjang ni tak sesuai sama sekali untuk membuat semua aksi itu.. (tapi kalau ikut hati nak je mandi dalam kolam tu.. wahh teringat zaman kanak-kanakku dulu huhuhu)


bestnya kalo bole berenang kat sini kan..

Bila dah lama tak jumpa semua kawan-kawan, macam-macam topik la yang jadi perbualan hangat, yang seorang tengah seronok sebab pakwe dah balik bercuti semester dari Australia, yang seorang lagi mengumpul koleksi lagu-lagu Wali Band(best kan lagu-lagi diorang).. yang seorang lagi pula sibuk bercerita tentang Y.E.S (Year End Sale).. macam-macam la.. tetapi aku ini.. jadi tukang mendengar je la.. Nak cerita pasal pak we.. aku now ni kan da status single but not avaiable( konon frust la ececece ) , Nak cerita pasal lagu-lagu pula, aku sibuk melayan perasaan je kot sepanjang cuti kat rumah ni, Nak cerita pasal Y.E.S , mana la kat hometown kesayangan aku tu ( Labis ) ada shopping kompleks (walaupun hanya pekan kecil je tapi jangan tak percaya ya, ada jakuzi tau kat sini huhu), jadinya hidup aku terperap jela 24/7 kat rumah.. nak buat macam mana la kan... kawan-kawan semua da jadi orang jauh merantau dah.. jadinya memang tak ada benda yang aku nak kongsikan.. last-last ade ke patut kawan-kawan aku ni me' nganjeng' aku.. kata aku ni kurus sangat.. memang nak siku je sorang-sorang, "aku dah makan banyak la badan aku je yang tak nak besar-besar dah ni!!"



Siapa suka layan lagu Wali Band angkat tangan?? 

Best ya bila ada pakwe?? (macam aku tak pernah ada pakwe je wekkk~)


Cerita pasal kurus ni.. korang tengok aku ni nampak macam kurus sangat ke? Percayalah aku dah berusaha sedaya upaya nak menggemukkan badan, antaranya selama seminggu berturut-turut makan telur separuh masak, makan makan makan je pagi petang siang malam, macam-macam cara dah buat, tetapi malangnya tahap metabolisme dalam badan aku ni terlalu tinggi kot.. jadinya balik cuti ni memang tak ada apa-apa kesan la pada aku, tak gemuk, tak kurus..  Di saat semua orang sibuk berdiet, berusaha nak kuruskan badan dengan macam-macam cara, siap minum Jusmate tu.. aku pula bila mak aku ajak pergi farmasi je.. sibuk je tanya ubat nak gemukkan badan la.. ada kawan aku cadangkan aku minum susu weight-gain.. eii x mau la aku.. kalau boleh aku nak sistem badan aku berjalan secara natural je.... kalau dah memang masa aku gemuk.. gemukla.. Sepupu aku mecadangkan pada aku, kalau nak cepat badan berisi, kau kahwinlah cepat-cepat.. Erkk.. kahwin? belum masanya nak layan zaman muda enjoy-enjoy dulu huhuhu...



sebenarnya aku rasa badan aku dah ok je kot.. tetapi aku cuma nak menggemukkan pipi je... Siapa ada tips nak gemukkan pipi harap sudi bantu huhu.. (boleh ke??ngee~)

Adoi.. ter'over' pula aku menulis kat sini, apa boleh buat, terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata takkan nak padam semua kot.. hehe.. jadi dah macam-macam aku bercerita.. siapa-siapa yang boleh bagi bantuan CPR untuk aku sila panjangkan kepala anda.. kerana aku x nak mulakan hari aku dengan stress nanti hilang seri.. huahuahuahua..


tak rela di 'CPR' kan oleh sesiapa wawawa






katakan like jika best ya!

20 comments:

Uda said...

salam
saya rela tak der elektrik dari tiada air.. seksa lol.. 3 hari tanpa air.. boleh mati tau..

sue said...

ai ieqa...haha samela kite..malas nak balik maktab. sampai maktab terus mengecat...haha adeh

beliamuda said...

lebih baik takde elektrik dari takde air. elektrik bukan tubuh kita perlu pun. air kita mahu.

Nabiel said...

nk tips gemokkn pp ke?hehehe
tnye sumi..dia arif!hehehe:P
nuff tido lakkk..

Mohd Fakhrurazi Jamaludin said...

nak nak air xde mse dah buang air besar.msti rse cam nak nangis jer kan?huhuhu.

@juera said...

ii yunk!..klu x de letrik buleh tahan lg..klu x de air mak aihhh ssh nk ckp..huhu

SuRayA^i. said...

lbey rela kalo xde elktrik..xd air sekse wooo~~

ieQa sWetLuv said...

Uda ~

betul2.. tu la masalahnya..

ieQa sWetLuv said...

sue ~

kalo kena ngecat leyh sabar lagi sue.. tapi sampai2 takde air tu yang bikin lagi merana..waaa =(

ieQa sWetLuv said...

beliamuda ~

ya sokong3.. 70% badan kite perlukan air..

ieQa sWetLuv said...

nabiel ~

yeker?? nanty tolong tanyekan sumi untuk ika tau tau tau hohoho

ieQa sWetLuv said...

Mohd Fakhrurazi Jamaludin ~

haha.. tu yang paling kacau tu adoii.. ;p

ieQa sWetLuv said...

@juera ~

susah nak luah dek kata2 da.. tahankan jela hoho

ieQa sWetLuv said...

SuRayA^i. ~

betul3.. seksa dalam dan luar terus.. ngeh3 ;p

––––•(-•.cik.•-)•–––– said...

better xad letrik dr aer..
tips gemok pp xad..
tips gemok badan byk a..
(:

ema said...

alaa susahnye kalau takde air . kalau tak ade electric pun tape tapi jgn takde air . tak sanggup i ^__^ busuk badan i nanti (:

nurulrazak said...

jgn paksa badan gemuk..nanti dah masok 20-an badan boleh naik mendadak.....Sampai la ni berat tanak trun...dulu berat sy tak lebey 40kg pon..pastu asyik makan jer..pas besday yang ke 21..berat tak mo turun..dahla terover naik..hehe *pengalaman sebenar ...T_T*

ieQa sWetLuv said...

––––•(-•.cik.•-)•–––– ~

haha.. nak gemuk badan pun x berjaya2 lagi ni..tensen orang asik tegur je sy ni kurus sgt wawawa

ieQa sWetLuv said...

ema ~

hehe.. i ni terpakse bertahan je.. kalo rumah dekat da lame i pulang da hehe

ieQa sWetLuv said...

nurulrazak ~

yeker?? hurmm.. dapat naik sikit je pun jadi la hehhee.. tapi x mo kat badan..kat pipi je ngeh3 ;p