Tabung Masa Depan

Wednesday, August 17, 2011

Hayati DOA TAUBAT dan selami kisah di sebaliknya..


Bismillahirrahmanirrahim..


Apa khabar semua kawan-kawan, semoga masih terus gigih berjuang di bulan yang mulia ini, insyaAllah. Salam Nuzul Quran ika ucapkan kepada semua saudara-saudara muslimin dan muslimat. Pada kesempatan ini, ika nak berkongsi dengan semua tentang kisah di sebalik DOA TAUBAT yang selalu kita alunkan terutamanya selepas solat. Kisah ini ika peroleh daripada salah seorang pensyarah ika. Marilah kita sama-sama menghayatinya..


****************************************************************************


Pada zaman dahulu, ada 2 orang  sahabat karib yang soleh tinggal di salah sebuah perkampungan di negeri Arab. Biarpun mereka hidup dalam keadaan yang serba sederhana, namun mereka sentiasa bersyukur dan taat kepada perintah Allah Taala. Seorang sudah berumah tangga, manakala seorang lagi masih hidup bujang.


Pada suatu hari, mereka berdua telah ke mengikut kafilah pedagang ke negeri lain untuk menjual barang dagangan. Setibanya mereka di suatu tempat untuk berehat, dengan tiba-tiba ribut pasir datang melanda. Maka, semua pedagang segera bersembunyi daripada ribut pasir.


Malangnya. sebahagian daripada barang dagangan yang dibawa oleh 2 sahabat tersebut telah rosak. Maka sahabat yang bujang ini menyampaikan hasrat untuk pulang ke rumah bagi mengambil barang dagangan baru, manakala sahabat yang sudah berkahwin pula mengambil keputusan untuk menjaga saki baki barang yang masih selamat. Sebelum si sahabat yang bujang ini bertolak balik, maka berpesanlah sahabatnya agar menyampaikan khabar kepada isterinya di kampung bahawa dia masih selamat.


Setibanya sahabat yang bujang ini di kampung, maka bersegeralah dia ke rumah sahabatnya untuk menitip salam dan khabar kepada isteri sahabatnya. Namun, alangkah terkejutnya, tanpa disengajakan dia telah  terlihat betis isteri sahabatnya ketika si isteri sedang membuka pintu..


Langsung dia berlari sederas-derasnya meninggalkan kampung sehingga menuju ke tengah padang pasir sambil menangis teresak-esak.. Dia terus melutut, sujud, mendah tangan dan memohon keampunan daripada Allah Taala...






terjemahannya  ..


Tuhanku ..
aku tidak layak
untuk syurgaMu...
tetapi aku tidak pula
sanggup menanggung
siksa nerakaMu...
Oleh itu kurniakanlah
keampunan kepadaku
ampunkanlah dosaku..
Sesungguhnya 
Engkaulah
pengampun 
dosa-dosa besar....


***************************************************************************************************************************


p/s: 

Setiap kali mengalunkan doa ini, rasa sayu sangat hati ini, betapa kerdilnya diri ini sebagai hamba-Mu, yang begitu lemah dan sentiasa melakukan dosa, tapi masih mengimpikan syurga milik-Mu.. Sedangkan api dunia pun tidak mampu ditentangi, apatah lagi api di Neraka-Mu.. Ampunkan dosa-dosaku Ya Rabbal 'Alamin.. Semoga terampun segala dosa ini Ya Allah.. Aminn..




katakan like jika best ya!

4 comments:

chegu abbas said...

sama-sama kita hayati maksudnya.... buang yang keruh ambil yang jernis

diana said...

pintu taubat sentiasa terbuka...

Aminnn...

Maaruf Tanker said...

yap biler bace n dengar trse sedih sgt...

Maaruf Tanker said...

yap biler bace n dengar trse sedih sgt...