Tabung Masa Depan

Thursday, December 1, 2011

DKC #2 : Aku tak suka MINGGU ORENTASI!!!



Prolog ( Link )


Ya Tuhan, jauhnya Terengganu dengan Johor. Perjalanan lebih 7-8 jam ini memang buat badan aku sakit-sakit, lagi-lagi duduk berhimpit dalam kereta proton lama ini. Mana tak nya, aku dan 3 orang adik yang lain duduk di tempat duduk belakang, macam sardin je gayanya. Kami sampai di kawasan Batu Rakit, berdekatan dengan maktab perguruan yang bakal aku belajar nanti dalam jam 9 malam. Susahnya nak cari tempat penginapan waktu ini sebab kebetulan pendaftaran maktab serentak dengan minggu konvokesyen UMT dan UDM(kini dikenali sebagai UNiSZA).


Keesokan paginya, sebelum bertolak ke maktab, kami singgah bersarapan roti canai dekat je dengan tapak pasar malam. Waktu itu, aku mula berkenalan dengan Mak Zah dan Abah, tuan punya kedai roti canai. Borak punya borak, entah macam mana gaya tiba-tiba je jadi anak angkat diorang. Wahh senang betul, tapi Mak Zah dan Abah memang baik sangat. Alhamdulillah rezeki di negeri orang kan.


First time aku masuk maktab, terkejut bukan kepalang. "Keciknya!!! Tak macam matriks aku dulu, besar, luas!" getus hati aku. Memang waktu itu, aku dah start membayangkan mesti hidup aku macam budak sekolah, kena kongkonglah, itulah, inilah. Yela, aku tengok kat kelas pun ada lagi yang guna meja dan kerusi kayu, kesiannya. Lepas semua urusan selesai, terpaksalah aku peluk, cium mak ayah aku, maklumlah perjalanan jauh kan kena bertolak awal-awal.


Aku ingat lagi, kakak senior yang mula-mula tegur aku waktu itu adalah Kak Atiqah, sama macam nama aku. Kawan first aku, Liza. Aku pun tak sangka, orang yang aku mula-mula tegur di dewan pendaftaran rupa-rupanya roomate aku.

aku dan liza, satu-satunya gambar kenangan masa orentasi yang aku still simpan sebab time ni baru dapat handset, setelah hampir 4 hari disimpan oleh facy... dengan baru orentasi: baju kurung n tudung putih+kain hitam...


Minggu orientasi memang menyeksakan! Bayangkanlah, kitorang sampai tak mandi petang, straight dari pagi da siap-siap bawa fail, barang amanah, baju sukan, kasut sukan ke mana-mana sahaja kitorang pergi sampailah ke malam baru ada can balik bilik. Masa itu barang amanah kitorang buku program, kertas alu-aluan dan kapur tulis. Tak boleh koyak, tak boleh conteng, tak boleh patah. Saiko betul abang-abang dan kakak-kakak facy ni, menyampah aku. Nak makan pun kena kira, kesian kot yang beratur belakang-belakang mesti lambat dapat makanan, then kena makan laju-laju. Tapi aku ni pun ada keras kepalanya. Time makan, kalau abang yang kurus-kurus tu dah kecoh melalak suruh cepat beratur, aku wat derk je. Yela, dah pesen aku kalau makan lambat sikit, takkan nak main telan macam itu je kan. Pastu nak gi mana-mana kena lari, bayangkanlah macam keadaannya dengan kasut 1 inci setengah itu. Aduhh seksa.


Paling tak seronok, hari second last aku tu,kitorang kena buat persembahan kebudayaan ikut unit masing-masing. Aku, unit Bahasa Melayu, Pendidikan Jasmani dan Kajian Sosial.Malam tu pulak la senior-senior ni buat program diorang, marah-marah kitorang. Even sekadar gimik, tapi aku menangis teresak-esak kot. WAKENABEBBB!!! Lawaknya ada seorang budak kelas aku yang tak tahu apa-apa boleh pulak jadi pelakon tambahan tak bertauliah, bila ingat balik, kelakar ayat dia, " Kalau saya yang bersalah, biar saya keluar dari sini!!!!". Haha, kesian tol dia ni.



Lepas je minggu orientasi, aku menghembus nafas selega-leganya, tidur selena-lenanya. Maklumlah teruk kena dera kan. Tapi kenangan itu memberi aku kenangan yang bermakna, apatah lagi berendam dalam kolam yang berbau busuk dengan sweater+track sukan satu set itu, memang dugaan yang mengancam la. Walau macammanapun, kenangan ini memang aku takkan lupa, seronok juga bila ingat semula. Apa yang penting...



AKU TAK SUKA ORENTASI DAN AKU TAK INGIN NAK TERLIBAT DENGAN MANA-MANA ORENTASI LAGI!!!







katakan like jika best ya!

4 comments:

Aisumi Chan Kawa'i said...

hehehee.. orientasi mana ada orang boleh lupa yangg~ tapi best apa bila dikenang2 balik :P

Alan said...

orentasi bila kena memang x best..bila dah habis study masa tu baru terasa seronok.

Makanan Paling Kotor Di Malaysia?

Ieqa Swetluv said...

aisumi Chan~

memang best, cuma waktu tu memang seksa lah sikit kan! hihi

Ieqa Swetluv said...

alan~

itulah namanya pengalaman, yang seksa tu la yang paling ingat =)