Tabung Masa Depan

Thursday, January 26, 2012

Review Movie : Journey 2 The Myterious Island



Kepada sesiapa yang sukakan movie adventurous, ieqa rasa korang kena tonton movie ni, Journey 2- The Mysterious Island, lakonan The Rock (Dwayne Johnson), Josh Hutcherson, Vanessa Hudgens. Boleh baca sinopsis movie ini kat sini (link).




Serba sedikit tentang movie ini, Sean, seorang remaja yang bijak dan mengikut jejak langkah bapa dan datuknya yang suka mengkaji tentang pulau misteri. Namun selepas ayahnya meninggal dunia, dia hidup bersama ayah tirinya, Hank dan ibunya. Pada mulanya Sean susah nak terima Hank, tetapi setelah Hank membantu Sean menyelesaikan kod yang dipercayai dihantar oleh datuknya dari Pulau Misteri, mereka mula sefahaman.


Selepas itu, Sean mula berkenalan dengan Kailani, anak pemandu pelancong yang akan membantunya ke pulau tersebut. Nak dijadikan cerita, pelbagai insiden yang tidak disangka-sangka berlaku selepas mereka sampai ke pulau tersebut. Jadi nak tahu apa yang berlaku, kenalah tengok sendiri movie tu.




Apa yang menarik, sepanjang masa ieqa duduk kat depan movie, memang tak rasa bosan langsung. Lagi-lagi movie 3D, rasa real je, terutama masa helikopter Gabato (bapa Vanessa) pecah terkena puting beliung, kemudian dikejar binatang liar, kejadian gempa bumi dan pulau ditenggelami air, memang tak sempat nak mengantuk, suspens je. Terkejut, berdebar macam berlakon sekali tu haha.






Unsur-unsur humor yang diselitkan memang menjadi. Satu panggung wayang gelak-gelak tengok movie ini. Bagi ieqa, movie ini memang unexpected la, idea tentang Atlantis tu memang agak menarik. So bila tengok, kalau dapat flash back balik sikit-sikit cerita kartun Atlantis dulu, lagi best. Yang uniknya,dekat pulau tu, binatang yang kecil seperti serangga, mengkarung, lebah, etc jadi besar, binatang yang besar-besar macam gajah, jerung pulak jadi comel-comel, kecil-kecil je. Pelakon sikit je, just 5 orang je, tapi kesan grafik, sound dia memang power. So, kalau rasa-rasa nak tengok wayang, jom tengok movie ini, tak rugi!!! huhu



katakan like jika best ya!

No comments: