Tabung Masa Depan

Friday, August 3, 2012

Senario : Adik-adik (lirik) untuk ABM Bahasa Melayu Tahun 4


Assalamualaikum..

Dah beberapa minggu tak berkesempatan berkongsi cerita di sini kerana kesibukan berpraktikum di sekolah. Nak kongsikan sebuah lagu yang akan ieqa gunakan untuk proses P&P Bahasa Melayu Tahun 4 nanti.




Senario : Adik-adik

Mari oh adik-adik mari belajar
Kalau rajin usaha tentu berjaya
Buku yang adik ada baca sama-sama
Ibu bapa tersenyum gembira.

Janganlah adik leka di masa muda
Bila dah besar nanti akan kecewa
Kawan-kawan berjaya adik tak ke mana
Ibu bapa merasa kecewa.

Kita tulis oh ya ya ya
Kita baca oh ya ya ya
Cikgu ajar kita dengar sama-sama
Jangan tidur oh ya ya ya
Harus sedia oh ya ya ya
Baru betul kalau kita nak berjaya

Ada masa gembira tapi jangan lupa
Bila tiba waktunya lakukan segera
Bukan saja dunia di akhirat juga
Jangan sampai kita semua lupa

Ingatlah kawan-kawan semua pesanan
Jadikanlah panduan juga tauladan
Untuk kita gunakan di masa hadapan
Agar hidup kita kan sempurna.

So Do Mi Re A B C D
So Re Fa Mi D E F G
Cikgu ajar kita dengar sama-sama
Cuba bilang satu dua tiga empat lima enam
Siapa cepat sudah tentu dia dapat

Ingatlah kawan-kawan semua pesanan
Jadikanlah panduan juga tauladan
Untuk kita gunakan di masa hadapan
Agar hidup kita kan sempurna.

Kita tulis oh ya ya ya
Kita baca oh ya ya ya
Cikgu ajar kita dengar sama-sama
Ibu bapa pasti akan rasa gembira
Jikalau kita semua Berjaya
Hoorey!


p/s~ Lecturer nak observe Ahad ini.. harap P&P ika berjayalah kali ini amin...



katakan like jika best ya!

No comments: