Assalamualaikum..
Arghhhh!!! Letihnya!!! Baru minggu first kat sini, banyak da aktiviti n prog yang aku kena join. Tiap-tiap petang kena balik lewat, pas Asar baru sampai uma.. Rasa nak jerit je arghhh!!
Hari kedua (Isnin), aku ngan pyza ikut Kak Na n Kak Sal bawak budak ke SK Matang untuk pertandingan bercerita Tahap 1 dan Tahap 2. Aku jaga budak tahap 1, pza jaga budak tahap 2 tu. Pertandingan tu ada dua kategori, satu pertandingan bercerita (biasa) dan satu lagi pertandingan bercerita spontan (gambar). Walaupun tak dapat tempat yang tertinggi, overall budak aku dah buat yang sehabis baik. Tahniah!
masa kuarantin sebelum pusingan kedua, kesian budak duk bersila belakang kaunter library je huk2 |
Hari ketiga (Selasa) , busy melatih murid-murid main bola baling, untuk pertandingan bola baling peringkat zon. Kesian aku tengok budak-budak ni, bagus, tapi sayang, peralatan tak cukup, latihan on the spot, kurang persediaan, apatah lagi murid perempuan, tak tau teknik permainan yang betul. Aku n pza try hard untuk latih diorg untuk buat yang sehabis baik. Kat sini, aku terkejut tgk budak-budak dia, sudah terbiasa sukan dengan berkaki ayam. Bukan satu dua orang, tapi sebahagian besar. Murid kampung, jauh lebih lasak dari murid bandar, kan!
Cikgu Pyza yang keletihan + kengantukan.. hehe |
Hari keempat (Rabu), pertandingan bola baling untuk murid lelaki sudahpun bermula, berlangsung di SK Tengkawang. Aku ngan pza berhempas pulas melatih murid perempuan. Macam-macam benda nak ajar dalam masa yang sangat singkat. Tak apalah, janji budak-budak ni boleh main, cukuplah. Kami mula latihan dari kol 3.30ptg. Dalam jam 6 petang, aku n pza balik. Dengar cerita murid laki dapat tempat ketiga. Alhamdulillah..
Cikgu Ieqa yang dah berminyak muka sebab lama sangat kena mnunggu |
Hari kelima (Khamis), pertandingan bola baling bagi murid perempuan peringkat zon pula. Debaran kian terasa. Aku n pyza bagi sokongan sepenuh hati kat murid-murid perempuan. Kagum ngan murid-murid sekolah aku ni, even tak ada kenderaan nak pergi tengok, diorang sanggup kayuh basikal ke SK Tengkawang semata-mata untuk memberi sokongan kepada kawan-kawan sekolah dia. Bagusnya hubungan mereka sesama murid, macam adik-beradik. Inilah satu sikap yang sangat istimewa yang aku nampak dalam diri murid-murid di SK Kuala Ping, anggap kawan-kawan dia, tak kira tahun berapa sekalipun, ibarat adik beradik. Kagumnya...
Walaupun murid perempuan hanya berjaya dalam peringkat saringan, sekurang-kurang mereka telah berjaya menunjukkan semangat kesukanan yang tinggi.
Cikgu bangga sangat korang!!!
Nak baca lagi Alkisah Praktikum Cikgu Atiqah? Jom klik sini! ( link )
katakan like jika best ya!
No comments:
Post a Comment