Assalamualaikum dan salam sejahtera...
Akhirnya dapat juga Ieqa mencatatkan semua memori-memori indah Ieqa sepanjang di SK Kuala Ping di blog. Alhamdulillah, Ieqa syukur sangat. Sepanjang berpraktikum di sini, banyak yang Ieqa belajar.
Ingat lagi masa mula-mula Ieqa dan partner praktikum Ieqa, Pyza cabut undi untuk penempatan praktikum, terkejut, sedih, hampah, kelam kabut semua ada bila dapat tahu kami berdua kena berpraktikum di SK Kuala Ping, Kuala Berang. Dah la jauh dari IPG kitorang, pulak tu sekolah ini agak jauh juga dari bandar Kuala Berang. Lagi-lagi kami dua-dua orang Johor, dan tak ada saudara-mara orang Terengganu.
Nak buat macam mana kan, anggap sahaja ini cabaran, lagipun cuma sebulan je kan. So, kami berdua cuba untuk mencari rumah di sekitar sekolah, malangnya agak sukar sebab kebanyakan rumah kampung dan persendirian. Mujur sahaja ada ex-schoolmate sekolah rendah Ieqa, Atie yang belajar di politeknik Kuala Berang, sudi membantu Ieqa, ajak sekali sewa di rumah sewa dia, di atas rumah kedai di bandar Kuala Berang. Sewa pun tak mahal, RM60 sebulan untuk satu kepala. Syukur..
Bila dah berpraktikum kat sini, syukur sangat sangat sangat.Sekolah sangat best, even sekolah kecil dan kurang kemudahan, tapi warga SK Kuala Ping, baik guru-gurunya mahupun murid-murid di sini menerima Ieqa dan Pyza dengan tangan terbuka, seolah-olah kami ini sudah jadi sebahagian daripada SK Kuala Ping. Murid-murid kat sini sikit je, lebih kurang 100 orang je. Setiap tahun cuma ada satu kelas je, dan dalam satu kelas, paling ramai ada 26 orang murid sekelas, dan paling sedikit 7 orang murid sekelas. Seronoknya mengajar murid tak ramai, senang nak bagi tumpuan kat semua murid. Murid-murid lak tak banyak ragam, mudah bagi kerjasama, hormat cikgu dan yang paling pelik, suka duduk kat sekolah, haha..
Ingat lagi, jam dah menunjukkan pukul 2, tapi murid-murid masih ramai kat sekolah. Sampai seorang cikgu tu suruh diorang balik, itupun kejap je balik rumah, lepastu datang sekolah balik. Apa yang Ieqa nampak, murid-murid sini suka pergi sekolah, sebab di sekolahlah diorang boleh jumpa dengan kawan-kawan, boleh bermain di padang dan macam-macam lagi. Maklumlah budak kampung, kurang terdedah dengan permainan video game, dan internet. Bila Ieqa tengok diorang, Ieqa membayangkan murid-murid Ieqa ni macam murid-murid zaman Ieqa belajar dulu, sekali-sekala terimbau kenangan lama time sekolah rendah dulu.. Inilah murid kampung, jauh berbeza dengan murid bandar.
Cikgu-cikgu di sini tak ramai, just 16 orang je. Bayangkanlah kalau cikgu sedikit, satu cikgu berapa banyak jawatan yang kena pegang kan! Tapi, Ieqa rasa cikgu-cikgu sini sangat-sangat bagus, bagi komitmen dan kerjasama yang tinggi pada sekolah. Memang tabik springggg kat diorang.
Seriously, Ieqa memang rindu sangat nak balik semula mengajar di SK Kuala Ping. Seronok mengajar di sekola kurang murid. Seronok mengajar di sekolah yang tidak ramai guru, boleh makan semeja, duduk satu bilik guru dengan cikgu-cikgu semua. Dan yang paling seronok, bila mengajar murid-murid yang tidak banyak ragam dan selalu mendengar arahan cikgu. Ieqa faham agak sukar untuk mengajar murid yang lemah, tapi Ieqa tak kisah asalkan murid tu ada keinginan, keyakinan dan kemahuan untuk berjaya.
Daripada ini, Ieqa dapat belajar sesuatu. Tak semestinya apa yang kita rasa baik untuk kita, sebenarnya yang terbaik. Dan tak semestinya benda yang kita rasa tak baik untuk kita sebenar tidak baik. Sesungguhnya ketentuan Allah itulah yang terbaik, dan Ieqa rasa, kalau kita think positive, in shaa Allah semuanya akan jadi dengan baik.
Terima kasih murid-murid cikgu di SK Kuala Ping, atas hadiah dan kasih sayang kamu pada cikgu.. Cikgu sayang kamu semua.. =)
Nak baca lagi Alkisah Praktikum Cikgu Atiqah? Jom klik sini! ( link )
katakan like jika best ya!
No comments:
Post a Comment