Thursday, May 30, 2013

Nota BMM3109- Perbezaan imbuhan meN-…-kan dan meN-…-i , memper-… dan memper-…-kan , diper-… dan diper-…-kan (Morfologi)



Perbezaan antara meN-…-kan dan meN-…-i

Imbuhan
Golongan Kata
Fungsi
Objek tepat
Contoh ayat
meN-…-kan
KN, KK, KA, KT
kausatif
Objek tak bernyawa
Pak Ali menghadiahkan sebuah basikal kepada Ahmad.

meN-…-i
KN, KK, KA, KT
lokatif
Objek bernyawa
Pak Ali menghadiahi Ahmad sebuah basikal.

Terdapat segelintir kata kerja yang mempunyai imbuhan meN-…-kan dan meN-…-i yang boleh berganti antara satu sama lain.
Contoh: Ali sedang membaiki kereta yang rosak.
Ali sedang membaikkan kereta yang rosak itu.



Perbezaan antara memper-… dan memper-…-kan 

Imbuhan
Golongan Kata
Fungsi
Contoh Ayat
memper-…
Kata Adjektif
menjadikan lebih/ bertambah
Ibu memperindah ruang tamu dengan pasu bunga.

memper-…-kan
Kata Kerja




Kata Nama
menyebabkan orang lain melakukan perbuatan yang terkandung dalam maksud kata kerja

i) kuasatif




ii) segelintir kata nama seperti hamba, isteri, dan suami menghasilkan perkataan yang berlainan maksudnya. (m/s 210)





Tuan pengarah  telah mempertimbangkan kembali  keputusan itu.


memperhamba- melakukan diri seseorang seperti hamba
memperhambakan- menjadikan diri seperti hamba seseorang.

-Wanita itu memperhamba orang gajinya.

- Hang Tuah memperhambakan dirinya kepada sultan.


Perbezaan antara diper-… dan diper-…-kan


Imbuhan
Golongan Kata
Fungsi
Contoh Ayat
diper-…
Kata Adjektif
dijadikan lebih/ bertambah
Ruang tamu diperindah dengan pasu bunga oleh ibu.

diper-…-kan
Kata Kerja




Kata Nama
Menyebabkan sesuatu dilakukan oleh orang lain.



Dijadikan sesuatu mengikut kata dasar
 Keputusan itu telah dipertimbangkan kembali oleh Tuan Pengarah.


Hang Tuah diperhambakan kepada sultan oleh Bendahara.



*Terdapat sekumpulan kecil kata nama yang hanya menerima imbuhan diper-… untuk membentuk kata kerja.   Contoh: alat  - diperalat
daya - diperdaya





katakan like jika best ya!

No comments: