Tabung Masa Depan
Thursday, June 27, 2013
Kesibukan Semester 8 di IPG KDRI : Penyelidikan Tindakan
Assalamualaikum dan salam sejahtera..
Alhamdulillah aku berpeluang untuk mencatatkan kembara hidupku di sini. Rasanya sudah lama jari-jemariku menaip di sini. Kali terakhir aku menaip di blog ini, semasa cuti semester lalu.
Kini, sudah bermulalah semester terakhirku di IPG KDRI. Siapa sangka, dahulunya aku yang sangat comot, amat kebudak-budakan, tidak sabar-sabar menanti semester akhir ini, akhirnya tiba juga masa yang dinanti. Ikutkan hati ini, memang sangat happy dan teruja. Semester 8 ini seolah-olah membukakan ruang selangkah lagi untuk aku menghabiskan pembelajaran aku sepanjang di IPG. Selama 5 tahun setengah di sini, berbagai yang telah aku tempuhi, ujian dan cabaran aku di sini, dan akhirnya banyak mendewasakan dan mematangkan aku untuk menjadi manusia yang berguna dan guru yang akan berbakti kepada anak bangsa.
Semester akhir yang kunanti ini tidak semudah yang disangka. Rupa-rupanya, semester ini sangat mencabar berbanding semester lepas. Lebih-lebih lagi, tugasan kajian tindakan yang perlu dijalankan untuk memenuhi tuntutan Kursus Sarjana Muda Perguruan perlu diselesaikan demi menggenggam segulung ijazah. Kiranya, kalau tak siap kajian tindakan aku ini, jangan bermimpilah nak berkonvo nanti. Dengan masa yang sangat 'pack', pelbagai program lagi yang perlu diikut, internship, pembentangan seminar, kelas dan sebagainya buat aku jadi pening kepala. Sampai aku terfikir, laratkah aku mengharungi semester akhir ini dengan sehabis baik?
Dalam banyak-banyak perkara yang perlu dilakukan semester ini, antara yang paling mencabar bagi aku, penyelidikan tindakan. Rasanya, kalau nak cerita tentang penyelidikan tindakan ni, entah berapa kali aku bertukar-tukar tajuk. Memandangkan pada praktikum semester lepas, aku telah ditugaskan mengajar kelas aras lemah, tidak menjadi isu bagi aku untuk memilih masalah P&P yang mana untuk aku jadikan tajuk kajian tindakan aku. Daripada tajuk ayat songsang, kemudian kata ganti nama, selepas itu penjodoh bilangan, kemudian kata pemeri dan pembinaan ayat tunggal, entah berapa kali aku bertukar-tukar masalah. Pening kepala tak tahu nak pilih mana satu tajuk yang paling bersesuaian untuk aku jadikan kajian terhadap masalah aku. Akhirnya, setelah berfikir dalam pelbagai aspek, aku memilih kekeliruan kata sendi nama 'dari' dan 'daripada' sebagai tajuk masalah yang ingin aku kaji.
Bila dah pilih masalah, dah bina tajuk, pening kepala pula nak menghadap sorotan literatur. Bagi aku, bahagian sorotan literatur yang paling berat. Aku terpaksa membelek kajian-kajian lepas pengkaji lain yang berkaitan dengan tajuk kajian aku untuk dijadikan sebagai bahan yang akan menyokong kajian aku. Masalah utamanya, macam mana nak cari bahan dan kajian-kajian itu, bila sumber bahan tu agak susah untuk dicari. Nak harapkan internet semata? Jangan mimpilah. Kalau tidak kuat kefahaman kita tentang kajian pengkaji tersebut, macam mana nak tulis dalam sorotan literatur tu. Memang ambil masa sedikit sebab aku kena cari sekurang-kurangnya lima kajian lepas untuk aku jadikan rujukan dan guideline kajian ini.
Tapi, aku syukur sangat penyelia aku seorang yang amat membantu dan memberi sokongan kepada aku dan partner aku, Pyza. Encik Amir Hamzah bin Yaakob. Haa, inilah pensyarah penyelia bagi penyelidikan tindakan aku. Bila dengar banyak sangat pandangan dan pendapat berkaitan kajian tindakan ni dari ramai pensyarah, macam-macam mazhab la yang terpaksa dengar. Sampai satu tahap tu, aku rasa macam nak termuntah sebab banyak sangat nak kena ikut. Serabut. Tapi bila aku rujuk semula pada Encik Amir, alhamdulillah benda yang rasa amat sukar jadi tidak sesukar mana. Sebab itulah, kalau buat kajian tindakan ni, perkara yang paling penting, bila ada apa-apa perkara berkaitan kajian tindakan, rujuk PENSYARAH PENYELIA.
Rasanya, cukuplah setakat ini dulu. Ada masa aku update lagi...
Nota kaki: Mudah-mudah Allah permudahkanla setiap langkah dan perkara yang aku perlu lakukan sepanjang perjalanan semester akhir aku di IPG KDRI ini. InshaaAllah.
katakan like jika best ya!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment