Tabung Masa Depan

Monday, June 3, 2013

Nota EDU 3104 : Banding Beza Model Objektif dan Model Proses




Model ialah satu entiti yang mengandungi beberapa komponen, misalnya sasaran , hasil pembelajaran, pengalaman pendidikan dan saling berhubung kait. Ia juga dikatakan sebagai satu panduan yang membantu kita untuk mengambil tindakan wajar agar matlamat pendidikan tercapai.





Model Objektif terdiri daripada dua jenis iaitu Model Tyler dan Model Taba. Kekuatan model ini adalah bersifat  sistematik kerana mempunyai langkah- langkah pelaksanaan  tertentu ke arah pencapaian tujuan pendidikan yang telah ditentukan. Kelemahannya pula kurikulumnya berpusat kepada tujuan pendidikan yang ditentukan oleh penggubal  kurikulum. Guru tidak  berpeluang mengesyorkan  kandungan yang hendak  dipelajari. Proses penilaian mengambil masa yang amat panjang. Guru terikat dengan tujuan  pendidikan yang ditetapkan  dan mengabaikan  pembelajaran yang berlaku  hasil interaksi guru dengan  murid.


Model Tyler

Diasaskan oleh Ralph W. Tyler. Model ini terbahagi kepada empat komponen. ‘Ends- means’ model iaitu hasil pembelajaran hendaklah ditentukan dahulu sebelum kaedah pengajaran


4 komponen dalam Model Tyler:

-objektif
-kandungan
-pengurusan
-penilaian



Model Taba


Diasaskan oleh Hilda Taba seorg ahli teori   kurikulum dan pendidik. Sumbangan tertumpu kepada kurikulum sosial khusus kepada perkembangan konsep dan pemikiran kritikal. Lebih cenderung kepadaa pendidikan  bercorak progresivisme.

Terdapat 7 komponen dalam model ini iaitu:

- Diagnosis keperluan
- Pembentukan Objektif
- Pemilihan kandungan
- Pengurusan kandungan
- Pemilihan pengalaman pendidikan
- Pengurusan pengalaman pembelajaran
- Penilaian



Model Proses ( Model Stenhouse)


Model kurikulum dikatakan satu proses yang mempunyai ciri berikut:
  
- aktif
- Dinamik
- Bukan sesuatu yang berbentuk fizikal
- Melibatkan interaksi antara guru, murid dan ilmu yg disampaikan

Kekuatan model ini adalah bersifat dinamik dan objektif pengajaran tidak ditentukan terlebih dahulu. Kelemahannya pula adalah objektif pengajaran dan kaedah pengajaran tidak ditentukan terlebih dahulu.


Prinsip-prinsip kurikulum


- Pemilihan kandungan- apa yang diajar, apa yang dipelajari
- Pemilihan strategi mengajar- bagaimana diajar, bagaimana mempelajari sesuatu
- Membuat keputusan mengenai urutan kandungan yang akan diajar
- Pelaksanaan kurikulum dalam konteks sekolah , murid dan persekitaran yang berbeza





katakan like jika best ya!

2 comments:

Unknown said...

terima kasih atas perkongsian

Unknown said...

terima kasih atas perkongsian