Tabung Masa Depan

Sunday, July 21, 2013

Contoh/Format Penulisan Laporan Projek Internship IPG Semester 8



LAPORAN PELAKSANAAN INTERNSHIP PROJEK MURAL I-THINK



NAMA PELAJAR : Nurul Atiqah bte Azahari
PROGRAM : PISMP (BM/PJ/MZ) Semester 8 2013
NAMA SEKOLAH : SK Tengku Bariah, Kuala Terengganu.
NAMA PROJEK : Projek Mural I-Think
TEMPOH PELAKSAAN: 1 –14 Julai 2013 ( 2 Minggu )



OBJEKTIF:


i) Untuk menjadikan laluan ke kantin sekolah sebagai satu tempat tumpuan yang menarik bagi guru-guru, murid-murid dan tetamu yang berkunjung ke sekolah.
ii) Merancang dan melaksanakan aktiviti atau pun projek yang dipersetujui oleh pihak sekolah.
iii) Menyumbang tenaga dan buah fikiran dalam sebagai sumbangan terhadap sekolah.
iv) Hasil kerja guru pelatih sebagai tanda kenangan apabila selesai menjalani internship di sekolah ini.
v) Dapat memberi pengalaman baru kepada guru pelatih dalam pengurusan keceriaan sekolah dan pengalaman ini dapat digunakan apabila kami bakal berkhidmat sebagai guru sebenar pada masa akan datang.




STRATEGI PELAKSANAAN:


Pada mulanya, kami berempat telah berbincang untuk menjalankan projek mural. Kami telah bertemu dengan Penolong Kanan Pentadbiran, Hajah Zaibidah binti Yusof untuk membincangkan berkaitan projek mural ini. Beliau telah memberi persetujuan dan mencadangkan supaya kami membuat mural di laluan ke kantin. Hal ini kerana laluan itu merupakan laluan utama murid ke kantin. Pihak pentadbir sekolah telah memberi cadangan kepada kami agar membina sebuah mural berkaitan Peta I-Think secara bergambar.

Kami berempat telah berbincang untuk memilih peta I-Think bagi subjek Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains untuk dibuat mural. Saya telah mencari dan merujuk tajuk-tajuk yang menarik di buku-buku dan juga internet. Akhirnya saya dan rakan saya telah bersepakat dan memilih peta alir untuk tajuk Fasa-fasa Bulan(Sains), peta buih bagi tajuk ‘Describing Qualities of Spongebob’(Bahasa Inggeris), peta titi bagi tajuk nilai tempat(Matematik), dan peta pokok bagi tajuk Kata Nama(Bahasa Melayu) dalam projek ini. Seterusnya saya telah merangka kertas kerja dan seterusnya menghasilkan kertas kerja sebelum memulakan projek.

Selepas disahkan oleh Guru Besar, Puan Hajah Azma binti Senun, kami terus memulakan langkah pertama iaitu melakar gambar-gambar yang sesuai  menggunakan komputer. Keesokan harinya, kami telah melukis lukisan mural di dinding dengan menggunakan bantuan LCD projektor. Dengan menggunakan bantuan teknologi ini, bebanan kerja kami telah menjadi sedikit ringan. Seterusnya, kami telah mula mewarnakan mural tersebut. Kami perlu bergilir-gilir untuk mewarnakan mural tersebut kerana masing-masing mempunyai tanggungjawab lain seperti kelas dan sebagainya.

Mural tersebut mengambil masa untuk siap lebih awal daripada yang dijangkakan. Kami telah  menyiapkan mural tersebut pada 7 Julai 2013 iaitu 7 hari lebih awal daripada jangkaan.Hal ini kerana kami telah berpakat untuk menghabis hujung minggu kami di sekolah agar tugasan ini dapat disiapkan secepat mungkin. Semoga mural tersebut berguna kepada sekolah khususnya dalam membantu murid memahami konsep Peta I-Think serta input di sebalik mural tersebut.



REFLEKSI:


1) Kekuatan Projek

Sepanjang proses kami menyiapkan projek ini, terdapat beberapa kekuatan yang menyumbang kepada kejayaan projek ini. Antaranya ialah sokongan guru-guru di SK Tengku Bariah yang menjadi rujukan utama kami dalam penyediaan, perancangan dan lakaran peta I-Think sebelum dipilih sebagai lukisan mural. Selain itu, sokongan pihak pentadbir daripada segi penyediaan bahan dan alatan mural juga telah melicinkan perjalanan projek kami. Tambahan pula, kerjasama dan komitmen daripada semua rakan-rakan guru pelatih juga telah menjadi faktor utama dalam menjayakan projek ini. Masing-masing sanggup mengorbankan masa terutama cuti hujung minggu, dan waktu malam, serta mencurah idea bagi menghasilkan mural yang terbaik.


2) Kelemahan Projek

Terdapat beberapa perkara yang menjadi kekangan sepanjang melaksanakan projek mural I-Think ini. Antaranya ialah kekangan daripada segi jarak tempat tinggal kami ke sekolah yang agak jauh menyebabkan kami terpaksa mengambil masa untuk berulang-alik ke sekolah untuk menyiapkan projek mural I-Think ini. Selain itu, kawasan laluan ke kantin yang dihalangi dengan longkang sederhana besar kadang kala menyebabkan sedikit gangguan dan agak berbahaya. Waktu sekolah yang agak terhad juga memberi kesan kepada kelancaran perlaksanaan projek. Tambahan pula, kesuntukan masa kerana minggu internship dalam bulan Ramadhan juga menyebabkan kami tergesa-gesa bagi menyiapkan tugasan ini.




CADANGAN PENAMBAHBAIKAN


Antara cadangan yang dapat diberi adalah adalah lebih baik sekiranya tempoh internship ini dijalankan bukan dalam waktu Ramadhan supaya projek ini dapat dijalankan dengan terperinci lagi. Selain itu, kawasan atau tempat mural yang lebih selamat juga dapat membantu guru pelatih melaksanakan projek dengan lebih efisien.




KESIMPULAN


Secara keseluruhan, projek ini dapat dilaksanakan dengan baik. Rujuk hasil dokumentasi Projek Mural I-Think. Semoga projek ini dapat mencapai objektif yang telah ditetapkan.





Disediakan oleh,

…………………………………………
(NURUL ATIQAH BTE AZAHARI)




Disemak oleh,

……………………………………………
(                                                         )
Mentor,
Program Guru Internship SKTB 2013.








Rujuk Nota Cikgu IPG lagi di sini ( link )







katakan like jika best ya!

6 comments:

Anonymous said...

Very well written... A good guide..

Anonymous said...

leh hntr softcopy ke akuzuhrie@gmail.com?
tq sgt2...
urgent... :)
last day intern ni..
8 /8 14

Anonymous said...

tq atas perkongsian

Unknown said...

sangat2 membantu..tq dik

Unknown said...


tq satu contoh yg sangat membantu.

Unknown said...

tq sangat berguna untuk menyelesaikan tugasan.