Tabung Masa Depan

Sunday, July 21, 2013

Kertas Kerja Projek Mural I-Think



1.0 PENGENALAN

Sekolah merupakan institusi pendidikan yang dapat membangunkan insan ke arah kecemerlangan akademik, sahsiah dan kokurikulum. Persekitaran sekolah yang kondusif dapat menimbulkan keselesaan dan rasa selamat kepada warga sekolah sepanjang menjalankan aktiviti di sekolah tidak kira aktiviti kurikulum, kokurikulum atau kerohanian. Proses pengajaran dan pembelajaran di dalam atau di luar bilik darjah juga dapat berjalan dengan lancar dan sempurna. Salah satu cara yang dapat dijalankan ialah dengan mewujudkan kawasan sekolah yang ceria dan indah. Oleh itu, guru-guru pelatih akan mengambil peluang ini bagi menceriakan persekitaran sekolah dan mewujudkan suasana yang kondusif semasa bekerja dalam kalangan guru.



2.0 RASIONAL

Prasarana dan pengurusan persekitaran sekolah yang kondusif menjadi agenda utama serta salah satu budaya yang perlu diterapkan di sekolah. Persekitaran yang perlu diwujudkan mestilah bersesuaian dengan warga sekolah yang terdiri daripada guru, kakitangan sekolah dan murid-murid yang terdiri daripada pelbagai bangsa dan agama. Justeru, sebagai tempat yang menjadi perhatian ramai, kawasan persekitaran sekolah mestilah berperanan dalam menarik perhatian umum supaya perkhidmatannya diguna pakai secara optimum demi keselesaan dan kepuasan hati penggunanya. Keselesaan dan suasana yang kondusif digabungjalinkan dengan suasana persekitaran yang mendidik melalui pembinaan mural akan terasa lebih mesra. Secara tidak langsung tetamu yang melalui kawasan sekolah akan membaca kata-kata hikmah serta mengenal motif seni yang dijadikan mural. Mural yang dibina juga dapat dijadikan wadah yang menonjolkan budaya sekolah.



OBJEKTIF

i) Untuk menjadikan laluan ke kantin sekolah sebagai satu tempat tumpuan yang menarik bagi guru-guru, murid-murid dan tetamu yang berkunjung ke sekolah.
ii) Merancang dan melaksanakan aktiviti atau pun projek yang dipersetujui oleh pihak sekolah.
iii) Menyumbang tenaga dan buah fikiran dalam sebagai sumbangan terhadap sekolah.
iv) Hasil kerja guru pelatih sebagai tanda kenangan apabila selesai menjalani internship di sekolah ini.
v) Dapat memberi pengalaman baru kepada guru pelatih dalam pengurusan keceriaan sekolah dan pengalaman ini dapat digunakan apabila kami bakal berkhidmat sebagai guru sebenar pada masa akan datang.



3.0 TEMPOH DAN TEMPAT PELAKSANAAN

Tempoh : 4 minggu (Julai 2013)
Tempat : Laluan ke kantin sekolah SKTB




4.0 SASARAN

Pelawat, guru dan murid Sekolah Kebangsaan Tengku Bariah.




5.0 AHLI JAWATANKUASA

Penasihat : Puan Hjh Azma binti Senun
Pengerusi : Hjh Zaibidah binti Yusof
Naib Pengerusi : Y.M Tengku Hassan bin Che Ku Abd.Rahman
Penyelaras Projek : Muhammad Aliff Bin Abdul Rahman
Penolong Penyelaras : Nur Hafizah Bte Abdul Rahman
Setiausaha : Nurul Atiqah Bte Azahari
Reka Grafik : Muhammad Izzat Bin Baharuddin
                                     



6.0 ANGGARAN PERBELANJAAN


Bil.
Perkara
Harga/Kos
1
Berus
RM 20.00
2
Cat Mural
 RM 50.00
3
Cat Dinding
RM 30.00
               Jumlah
RM 100.00


* Alatan dan cat telah disediakan oleh bilik Pendidikan Seni Visual. Tiada perbelanjaan dikeluarkan.



7.0 SUMBER KEWANGAN

Sekolah Kebangsaan Tengku Bariah, Kuala Terengganu.



8.0 PERANCANGAN PROJEK

Bil.
Aktiviti
Bahan
Tindakan
1
Perbincangan mengenai idea mural bertemakan Peta I-Think
Gambar peta
‘I-THINK’
-  Semua guru pelatih
2
Pembinaan kertas kerja
Kertas kerja
- Setiausaha
2
Perbincangan dan pemilihan  bersama pihak pentadbiran untuk khidmat nasihat bagi mendapat kelulusan daripada Guru Besar.
Kertas Cadangan
- AJK
- Pengerusi Projek
- Guru Besar
3
Pemilihan Peta I-THINK yang bersesuaian di dinding laluan ke kantin sekolah.
Tema I-THINK dalam PdP
-  Semua guru pelatih
4
Projek dimulakan
Bahan dan alatan melukis mural
-  Semua guru pelatih
5
Refleksi dan dokumentasi
Kertas Dokumentasi
-  Semua guru pelatih



9.0 PENUTUP


Perancangan kertas kerja projek ini adalah untuk memudahkan pengurusan yang akan dikendalikan oleh guru pelatih dari IPGM Kampus Dato’ Razali Ismail. Kami berharap projek melukis mural Peta I-Think dapat dilaksanakan seperti yang dirancang. Projek seperti ini akan menjadi satu pengalaman secara tidak langsung kepada guru-guru pelatih mengenai pengurusan keceriaan di luar bilik darjah serta mengeratkan hubungan antara guru-guru pelatih dengan warga Sekolah Kebangsaan Tengku Bariah. Semoga projek yang bakal dilaksanakan ini dapat menceriakan lagi persekitaran Sekolah Kebangsaan Tengku Bariah.



Disediakan oleh:

.......................................
(NURUL ATIQAH BTE AZAHARI)
Setiausaha,
Projek Mural I-Think


Disemak oleh:

........................................
(MUHAMMAD ALIFF BIN ABDUL RAHMAN)
Penyelaras,
Projek Mural I-Think.


Disahkan oleh:

........................................
(HJH ZAIBIDAH BINTI YUSOF)
Guru Penolong Kanan 1,
Sekolah Kebangsaan Tengku Bariah,
Kuala Terengganu.



Diluluskan oleh:

.........................................
(PUAN HJH AZMA BINTI SENUN)
Guru Besar,
Sekolah Kebangsaan Tengku Bariah,
Kuala Terengganu.






Rujuk Nota Cikgu IPG lagi di sini ( link )





katakan like jika best ya!

17 comments:

Anonymous said...

nice~~~

Unknown said...

bagus ...saya suka...

Ieqa Swetluv said...

to @talip ahmad~

my pleasure =)

Anonymous said...

thanks for these information. senang rujuk! hihih :D

Anonymous said...

nak copy kertas kerja boleh?

Anonymous said...

nice..TQVM

Anonymous said...

nice...good jobs

Unknown said...

Kak, mohon copy .
masih baru lagi dalam urusan kertas kerja .minta rujukan ye kak. :)
thanks

Ieqa Swetluv said...

silakan ya semua, @syafi sya =)

Permata Syurga said...

syukran...maklumat sangat baik

Unknown said...

GOOD.

Unknown said...

NAK COPY BOLEH

Unknown said...

mohon copy

Unknown said...

tkasih atas bantuan y dihulur utk rujukan saya..

shahida ahmad said...

tq for the info. boleh buat rujukan :)

Anonymous said...

terima kasih atas bantuan anda

Anonymous said...

Terbaik Cikgu!!