Tabung Masa Depan

Thursday, July 11, 2013

Qari Junior 2 di TV3 2013, Rancangan Realiti Televisyen Terbaik untuk Kanak-kanak.



Assalamualaikum dan salam sejahtera...


Apa khabar semua? Alhamdulillah masih berkesempatan lagi aku menikmati Bulan Mulia ini iaitu Bulan Ramadhan. Memandangkan sekarang aku agak sibuk dengan internship di sekolah, agak sukar sikitla nak menulis di sini. Tapi jangan risau, segala memori dan kenangan sepanjang aku di SK Tengku Bariah ini akanku coretkan dalam Kembara Tinta Atiqah Aiza.





Sempena Ramadhan kali ini, TV3 telah mengadakan satu program realiti melibatkan Qariah-qariah muda iaitu adik-adik kita yang berumur 7 tahun hingga 12 tahun, iaitu Rancangan Qari Junior 2. Mereka akan diadili oleh juri berdasarkan hafazan surah-surah yang ditetapkan. Tengok rakaman sepanjang Uji Bakat adik-adik ini pun dah cukup buat aku terpikat. Takjub, muda-muda lagi sudah dapat menghafal Al-Quran dengan lancar.


Yang paling menghiburkan, bila tengok keletah mereka yang jujur, ada yang takut, ada juga yang malu-malu. Comel je hihi.. Ada budak yang mengaku dipaksa datang,ayat dia "Saya tak nak masuk tapi  mak paksa, saya pun terpaksa jela masuk." Haha.. Tergelak je aku tengok .. Ada satu part seorang budak lelaki yang menangis-nangis ketika diuji bakat, tapi dalam menangis dia tu lancar juga membaca surah An-Naba' secara tahfiz. Hebat.. Ada juga seorang peserta yang sangat mengagumkan, boleh membaca Al-Quran secara taranum, mengikut tajwid dan lancar bacaannya. Ya Allah sedapnya dengar suara dia, sejuk perut ibunya mengandung.


Nak tau perkembangan lanjut, bolehla like fan page Qari Junior TV3 (link). Habis tu, kalau terlepas tonton, macam mana ya? Jangan risau, boleh je tonton di blog ini (link) ya. Jom tengok Uji Bakat adik-adik kita ini di Muzium Kesenian Islam, Kuala Lumpur di (link) dulu, mesti korang terpikat punya and nak tengok yang seterusnya heee..



Jadi, jangan lepaskan peluang untuk menonton rancangan ini sepanjang Bulan Ramadhan di TV3 ya.







N.O.T.A.K.A.K.I:

Nanti kalau aku ada anak, kecik-kecik lagi aku nak latih dia  mengaji dan menghafaz Al-Quran. InshaaAllah...




katakan like jika best ya!

No comments: