Tabung Masa Depan
Friday, October 11, 2013
Sabar dan Memujuk Hati
Mujur da nak penghujung semester akhir.. Apa yang berlaku selama aku di IPG ini, yang manis aku kenang yang pahit aku telan.. Biasa dah diketepikan dr awal2 lagi.. Semenjak awal-awal lagi aku melangkah di Bumi Terengganu ni lagi.
Teringat lagi aku bila sendirian tiada rumah sewa sedang mereka masing-masing da 'cop' rakannya.. Tak pela aku sabar. Alhamdulillah syukur ada juga seorang kawan lain biarpun daripada unit lain, bersama rakan unitnya yang lain yang sudi menerima dan tidak melepaskan tanganku saat aku sendirian.
Teringat lagi aku bila semua memulaukan aku di kelas aku sendiri... Tak pela.. Syukur Alhamdulillah, sekurang-kurang disebabkan inilah aku jadi semakin kuat dan tekad untuk belajar.
Teringat lagi aku bila aku ditinggal-tinggalkan, atas alasan aku lambat, aku dah tak ada, aku dah balik. Sedangkan setiap seorang ada telefon bimbit di tangan kalo benar mereka nak menghubungiku. Tak pela... Alhamdulillah sekurang-kurangnya aku belajar untuk lebih berdikari.
Teringat lagi aku bila apa yang kulakukan tidak dihargai oleh mereka, apa yang kubuat perlu diberi tahu serba serbi, sedang mereka buat aku yang terpinga-pinga sendiri. Tak apalah, alhamdulillah.. sekurang-kurangnya aku belajar untuk jadi lebih bersahaja.
Teringat lagi aku bila diejek dan dihina oleh beberapa hamba Allah yang menyangkakan diri mereka cukup sempurna, hanya melihat kelemahanku sebagai bahan gurauan dan gelak tawa. Tak pelah alhamdulillahh.. sekurang-kurangnya aku bersyukur dengan nikmat fizikal dan rupa paras yang cukup sempurna yang Allah ciptakan bagiku.
Semua pengalaman aku menuntut ilmu di Bumi Terengganu ini mengajar aku untuk jadi lebih matang dan banyak bersabar dengan segala perkara yang berlaku di sekelilingku selama LIMA TAHUN SETENGAH di sini. Namun untuk kembali ke sini, terutama ke Kuala Terengganu, cukuplah kali ini sahaja yang terpaksa kutanggung. Biarlah aku mengembara ke tempat lain, tempat baharu, bertemu dengan sahabat-sahabat yang baharu, dan mudah-mudah kehadiranku di sana akan lebih dihargai.
Aku belajar memaafkan segala kelukaan yang telah mereka lakukan, namun parut yang teramat dalam ini agar sukar untuk dihilangkan, kerana sesungguhnya aku ini manusia yang lemah dan tidak sempurna. dan aku yakin, Allah bersama orang2 yang sabar dan redha dengan ujian dan ketentuan yang dilaluinya.. Sekurang2nya aku dah rasa perasaan ni, dan aku harap, orang yang bagi aku perasaan ni akan belajar merasainya keperitannya satu hari nanti agar mereka menerima pengajaran dan tidak mengulanginya lagi.
M O D E : Memujuk hati.... =(
katakan like jika best ya!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
assalamualaikum,..akk unit apa ye? :)
bicaranuranikasih.blogspot.com/
be strong
have faith
Post a Comment