Baca dialog di bawah dengan sebutan dan intonasi yang betul.
Suasana di Pasar Tani
Ibu : Assalamualaikum Pak Mat. Apa khabar?
Pak Mat : Waalaikumsalam. Baik sahaja, Mak Timah. Siapa sebelah Mak Timah ini?
Ibu : Ini anak saya, Amir.
Pak Mat : Belajar di mana sekarang? Bila sampai rumah?
Amir : Saya belajar di Universiti Kebangsaan Malaysia di Bangi. Petang semalam saya sampai.
Ibu : Pak Mat, banyaknya sayur hari ini, segar-segar belaka. Berapa harga seikat sayur bayam ini?
Pak Mat : Harga sayur bayam ini RM 1.50 seikat.
Amir : Wah, murahnya! Ibu, kita beli dua ikat sayur bayam itu ya. Amir suka makan sayur bayam.
Ibu : Kalau macam itu, berikan saya dua ikat sayur bayam ya, Pak Mat. Berapa jumlah semuanya ya?
Pak Mat : Cuma RM 2.50 sahaja. Terima kasih.
Ibu dan Amir: Sama-sama, Pak Mat.
1 comment:
sungguh menarik karangan dialog ini. saya menggunakan dialog ini sebagai ujian lisan saya bersama rakan. terima kasih
Post a Comment