Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Semalam Ieqa semak keputusan interview SPP Ieqa yang lepas, alhamdulillah lulus. Rasa lega sangat. Sekarang ini apa yang penting adalah penantian menunggu penempatan posting. Entah mana lah Ieqa akan dapat nanti. Apa yang penting mudah-mudahan urusan selepas ini dipermudahkan.
Kali ini Ieqa nak kongsikan pengalaman Ieqa interview bersama kawan-kawan semua.
Haa.. itulah status 'kelegaan' selepas interview. Lazimnya, satu bilik akan di-interview oleh dua orang panel, seorang merupakan wakil dari SPP dan seorang lagi adalah cikgu cemerlang bagi course kita. Jadi sebelum interview, perkara yang paling penting yang perlu disediakan mestilah segala perkara yang telah dinyatakan dalam senarai semak : Kad pengenalan, Surat Beranak, Sijil SPM, Kelayakan JPA, Surat Akuan Tamat IPG/ Transkrip Keputusan Semester Akhir dan Sijil-sijil aktiviti atau penglibatan kita sepanjang berada di IPG. Jangan lupa juga ya, sertakan sekali salinan atau fotostat semua-semua tu dengan buku RPH masa praktikal lepas ok!
Semasa menunggu giliran interview, memang rasa nak pecah dada sebab tahan debar. Mana tidaknya, turn Ieqa pula dalam pukul 11 lebih. Jadi, macam-macam rupa Ieqa dapat tengok kawan-kawan yang dah lepas interview tu. Punya lama nak tunggu turn dari pukul 9 pagi lagi dah duduk dalam Pejabat SPP Menara Ansar, Johor Bahru tu. Perangai Ieqa, kalau dah sampai tempat interview, Ieqa memang dah tak boleh nak belek-belek dan nota atau buku SPP tu sebab Ieqa takut lagi banyak Ieqa baca saat-saat akhir, lagi blank nanti masa kena tanya.
Dalam bilik SPP itu, lazimnya akan dipanggil lima atau enam orang sekali. Kebetulan masa time Ieqa dipanggil, ada tiga orang rakan sekelas Ieqa di IPGKDRI, dan dua orang lagi dari IPG Ipoh yang sama bilik dengan Ieqa. jadi rasa kuranglah sikit debarnya sebab geng-geng kita je kan.
Mula-mula, kami dikehendaki memperkenalkan diri, asal, belajar di IPG mana dan apa yang kami buat sekarang. So, biasalah jawapan selamat Ieqa, membantu ibu di rumah la hehe (tiru jawapan orang sebelah je kuikuikui). Kemudian, bermulalah tembak menembak soalan yang ditanyakan kepada kami berenam.
Salah seorang daripada rakan Ieqa diminta oleh wakil daripada pegawai SPP untuk membuat makroteaching 'SET INDUKSI' Bahasa Melayu selama lima minit dan kami hendaklah berlakon seperti dalam situasi di bilik darjah. Selepas itu, setiap seorang perlulah memberi komen berdasarkan pengajaran rakan tadi dan pandangan kita berkaitan 'SET INDUKSI'.
Selepas itu, ada lagi soalan-soalan lagi. Jadi, Ieqa share dengan semua perbualan Ieqa dengan kawan Ieqa berkaitan soalan interview yang ditanya..
Itulah pengalaman interview yang Ieqa dah lalui. Di sini Ieqa share juga pengalaman kawan-kawan Ieqa di-interview.
Kalau nak tahu lagi contoh-contoh soalan interview lain, bolehla kawan-kawan tengok blog Cikgu Mira ini untuk rujukan ya. Lebih banyak pengalaman dan soalan-soalan killer yang ditanya di sini hee. ( link )
Harap perkongsian ini serba sedikit dapat membantu rakan-rakan buat persedian sebelum interview ya. Good luck dan buat yang terbaik okies.
katakan like jika best ya!
1 comment:
Berdebar betul temuduga SPP ni ye, alhamdulillah semua lulus dengan baik..terima kasih..nice entri.. :-)
Post a Comment