Tabung Masa Depan

Thursday, February 20, 2014

Puisi Tradional Masyarakat Melayu : Nazam



Assalamualaikum dan salam sejahtera


Kali ini Ieqa nak berkongsi mengenai salah satu puisi tradisional masyarakat Melayu iaitu nazam. Nazam merupakan salah satu jenis puisi lama yang berasal daripada puisi Arab, telah wujud lebih 100 tahun yang lalu. Nazam seakan-akan menyerupai nasyid tetapi ia boleh didendangkan secara perseorangan atau berkumpulan secara sponton oleh kaum wanita ketika menganyam tikar, membuat ketupat, menidurkan anak dan sebagainya. Untuk maklumat lebih lanjut, boleh rujuk di sini ( link ).


Jika dilihat, masyarakat kini semakin melupai warisan Nazam. Jika ditanyakan kepada sesiapa, rata-rata akan menggelengkan kepala dan berkata tidak tahu, bagi mereka, puisi tradisional yang mereka tahu adalah pantun dan syair. Oleh itu, Ieqa nak kongsikan sedikit ilmu yang Ieqa telah peroleh semasa menuntut di IPG daripada pensyarah Ieqa, Encik Amir Hamzah bin Yaa'kob.


Berikut adalah salah satu karya puisi tradisional nazam yang telah dihasilkan oleh rakan Unit Ieqa, Nurhafizu Adha, dan telah dinazamkan oleh Rosafandi bin Rosli sempena sambutan Merdeka di IPG Ieqa. Nazam ini telah didendangkan mengikut dendangan muzik Nazam Kasih Ibu dan Ayah  (link) .





 KISAH JUANGNYA

Beratus tahun dijajah orang
Banyak derita bahagia jarang
Bukan sedikit nyawa yang hilang
Akhirnya merdeka kian di ambang

Sungguh dunia ada harganya
Tidak terbeli daulat negara
wang dan ringgit bukan nilainya
jasad dan nyawa jadi maharnya

sedarkah tuan nilai merdeka
sukar didapat senang dilupa
banyaklah orang mengambil lewa

tanpa mengira kisah juangnya. 






katakan like jika best ya!

No comments: