Assalamualaikum dan salam sejahtera..
Syukur alhamdulillah, Ieqa masih lagi diberi ruang dan peluang untuk berkongsi coretan di medan blog ini. Sungguh, rasa rindu yang teramat untuk menulis, namun dek kekangan waktu yang sentiasa mencemburui buatkan Ieqa sukar untuk meluangkan masa di sini.
Sabtu, bersamaan 29 Mac 2014, adalah tarikh yang telah memberikan kegembiraan yang teramat dalam hidup Ieqa. Keputusan penempatan guru lepasan IPG telah diumumkan. Dan rezeki Ieqa, dapat menyumbangkan bakti mendidik anak bangsa di tanah kelahiran Ieqa sendiri, iaitu di Johor Bahru, Johor. Biarpun bukan di kampung halaman Ieqa, Labis, tapi Ieqa rasa cukup lega kerana ditempatkan berdekatan dengan emak dan ayah Ieqa. Sekurang-kurangnya mudahlah Ieqa untuk pulang ke kampung jika tiada aral melintang menjenguk emak dan ayah.
Rezeki Ieqa kali ini mengajar di sekolah kawasan PPD Johor Bahru, betul-betul berjiran dengan PPD, Sekolah Kebangsaan Temenggong Abdul Rahman 2, atau dikenali sebagai STAR 2. 1 April 2014, tarikh keramat bagi Ieqa, bermulalah perjalanan hidup Ieqa sebagai seorang pendidik bertauliah, lepasan IPG KDRI, Kuala Terengganu. Nampaknya, tak boleh lagi bertangguh-tangguh nak siapkan kerja bila berjiran dengan PPD ni, takut kalau-kalau dipantau tiba-tiba. Hehe..
Tambahan pula, murid-murid Ieqa di sini semuanya hero-hero belaka. Ini merupakan cabaran bagi Ieqa, apatah lagi berhadapan dengan situasi macam ini. Tak pe Ieqa, you can do it, think positive and take it as a challenge! Go go chaiyuk! Haha. .
Okla, setakat ini sajalah coretan Ieqa. InshaaAllah ada kesempatan Ieqa akan bercerita panjang lebar tentang sekolah Ieqa. Jaga hati, jaga diri, jaga iman, InshaaAllah semuanya selamat.. =)
2 comments:
tahniah..
selamat hari guru :)
x pening ke jadi cikgu
Post a Comment