Tabung Masa Depan
Friday, July 11, 2014
Hadiah Hari Lahir Yang Paling Bermakna
Assalamualaikum dan salam sejahtera
Alhamdulillah, tanggal 8 Julai 2014, genap sudah umur aku, 25 tahun. Uishh banyak juga dah umur aku ini ye. Kalau nak dihitung dengan pengalaman 25 tahun ini, rasanya sukar untuk diungkap dengan kata-kata.
Aku ucapkan ribuan terima kasih pada kawan-kawan yang sudi ingat kat aku, wish aku. Sangat terharu bila ada korang ingat aku. Terima kasih sangat-sangat.
Tapi ada seperkara lagi yang aku ingin luahkan, hadiah yang paling bermakna dan takkan sesekali aku lupakan sempena hari lahir aku. Tanggal 9 Julai 2014, berakhir sudah hubungan aku dengan seseorang yang amat aku sayangi, seseorang yang sebelum ini aku dambakan akan menjadi bakal suami untuk aku.
Tipulah kalau aku kata aku tak sedih. Hampir setahun aku menanti ikatan yang sah untuk hidup bersama dengan dia. Aku yakin pada dia. Aku percayakan dia. Aku sentiasa berusaha untuk menjadi yang terbaik untuk dia. Bersama dia di saat susah senang. Aku sentiasa risaukan dia, memikirkan tentang dia. Aku terima dia seadanya tanpa mendengar suara-suara negatif yang kurang gemar aku bersama dia. Tapi apakan daya, sudah takdir Illahi, hubungan kami berhenti setakat ini.
Tak mengapalah, aku berharap dia akan jumpa dengan sinar cahaya yang dia dambakan. Kita hanya manusia biasa. Walaupun sekuat mana kita berusaha untuk merancang sebaik-baiknya, hanya Allah yang akan menentukan segalanya. Allah lebih mengetahui apa yang terbaik untuk hamba-hambaNya. Sebab itulah, mungkin Allah tentukan perpisahan ini, kerana Allah tidak mahu aku dan dia menderita kemudian hari. Mungkin aku sebenarnya bukan terbaik baginya, dan dia juga bukan terbaik bagi aku. Dan akhirnya kegusaran hati aku selama dengannya, dan istikharahku selama ini terjawab dengan permintaan daripada dia. Tak apalah. Aku redha. Setakat itu yang aku mampu untuk memujuk hati untuk teruskan hidup.
Kini, aku terpaksa bersendiri lagi, mencari sinar dalam kelam, untukku lengkapkan sebahagian diriku. Hanya kepada Allah aku meminta, sungguh aku tak mahu hidup bergelumang dalam keadaan tertanya-tanya siapakah SUNAN yang kunanti selama ini. Kerana aku rasa, sudah sampai masanya untuk aku membina masjid bagi diriku pula, supaya aku dapat lindungi hatiku, agamaku, dan imanku. Ya Allah permudahkanlah niat hatiku ini.
katakan like jika best ya!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment