Tabung Masa Depan
Sunday, October 10, 2010
Kerana KAU kawan, Aku Nak MATI!!
" Aku nak mati!!! Aku dah tak sanggup nak terus hidup macam ini lagi, aku dah tak TAHANN!!! "
Tersentak aku bila dengar kawan yang aku sangat sayangi cakap macam ni, dah kenapa pulak tiba-tiba keluar statement.
Kasihan bila aku mendengarkan cerita dia, ye, aku faham perasaan dia. Tapi bukan aku sengaja tidak mahu membantunya, kerana terlalu jauh dek pandangan mata, bukan maksudku tidak menghiraukan kau, kawan.
" Kenapa diorang selalu wat aku camni, apa salah aku?? Apa yang diorang tak suka sangat dengan aku. Kenapa diorang selalu je sisih aku camni?? Teruk sangat ke aku?? "
Aku minta dia istighfar banyak-banyak. Bersabar, dekatkan diri pada Tuhan. Anggapla ini satu dugaan, dugaan untuk menguji sejauh mana ketahanan hati dan kekuatan iman menghadapi segala tohmahan yang dilemparkan ke atasnya.
" Kau kena sabar, aku yakin kau tak bersalah. Segala yang berlaku pasti ada hikmahnya. Allah sentiasa menguji hamba-Nya kerana Dia tahu kau mampu hadapi semua ini. Aku yakin dengan kau, kau mesti kuat "
" Teruk sangat ke aku ni, aku dah cuba sehabis baik untuk menyenangkan diorang. Malah aku selalu tanya apa kurangnya aku, apa salahnya aku, apa silapnya aku. Tapi kenapa diorang tetap menguji aku dengan pelbagai alasan, sehingga aku teramat sedih, kecewa kerana punya kawan, tapi mereka berkata itu dan ini kat aku, malah aku diperlakukan sebegini. Aku pun manusia biasa, aku tak sanggup nak hadapi semua ini. Kalaulah aku diberi pilihan, aku akan pergi meninggalkan tempat ini, TAPI AKU TAK BOLEH!!"
" Kalau aku dekat dengan kau, pasti akanku temani kau di saat kau sedih mahupun suka. Tentunya takkan kau sorang-sorang camni. Mungkin Tuhan uji kau macam ini sebab DIA sayangkan kau, DIA mahukan kau muhasabah diri, DIA tak nak kau terpesong jauh dengan keseronokan hidup remaja. Aku yakin pasti ada hikmahnya. Sabarlah, aku sentiasa ada untuk kau biarpun kita tak ditakdirkan belajar sebumbung, aku tetap di ada kat sini. "
" Kau cakap je bolehlah sebab bukan kau yang kena, kau takkan rasa apa yang aku rasa, kau takkan faham apa yang aku terima. Hidup aku kat sini macam boneka, biarpun bibir tersenyum namun hati luka berdarah. Aku terpaksa berlakon seolah-olah semuanya tiada apa-apa sedangkan ikutkan hati ini pelbagai mende di luar jangkaan aku nak buat. Kalau tak difikirkan tanggungjawab, dah lama dah aku MATI!!! "
" Kau ingat ini jela, kau rasa dugaan ini besar, ada insan lain yang lebih besar dugaannya. Kalau kau rasa sedih, ada orang yang jauh lebih sedih berbanding dari kau. Dunia ini bulat, hari ini kau ditimpa malang, esok lusa tiada siapa kan tahu apa jua yang akan jadi. Hari ini orang buat kau macamni, esok lusa tiada siapa yang tahu apa pula jadi, Fikirlah tu! "
Manusia takkan berpuas hati pada kau selagi kau jatuh tersungkur, tika itu semuanya sekadar melihat di tepi dan ada juga yang sekadar menjeling. Kawan senang ramai, kawan duka tak mudah nak jumpa. Kehidupan dunia penuh hasad dengki, prasangka dan iri hati buat manusia jadi tamak dan mementingkan diri . Hanya iman peneguh hati. Semuanya dugaan..~
katakan like jika best ya!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
43 comments:
Sesungguhnya setiap ujianNya ada hikmah tsembunyi.
INGATLAH.. Kita patut mengingati MAUT tetapi berusahakah n berdayakah kita utk mhadapinya jika bekalan ilmu agama ibadat masih belum penuh didada. Setiap yg hidup pasti akan menemui ajalnya. Ajal itu sudah ttulis, cuma caranya bbeza. Mahukah kita mati dalam keadaan yg mengaibkn n tidak diterima Allah SWT??Fikirkanlah..
aku pun kena hal macam kawan ko tu..tambah lak orang yang rapat buat...tapi apakan daya...tahankan aje...orang beriman sabornya tinggi...cewah...bercahaya kejap aku...
kalo ikut hati memang aku nak sagat2 kepala orang2 yg berperangai cenggitu...
Gorengbaek - Mari memartabatkan bahasa melayu
Antara manusia yang paling Touya menyampah . Manusia jenis nie Touya memang pandang hina dan takkan hormat .
Dia tak taw bertapa peritnya apabila kita berada di pertengahan antara hidup dan mati . Masa itu kita takkan sedar apa yang di sekeliling kita . Langsung tak sedar apa yang kita lihat, langsung tak sedar apa yang kita dengar .
Masa itu kita terlalu takut , bukan takut pada mati tapi takut pada azab . Hanya mampu merayu-rayu di dalam hati sebab kesakitan fizikal buat kita tidak mampu bersuara .
problem dgn kawan2 nih is the most sakit thing in the world!
tetambah kite dok ostel.
sedihh ohhh!
aku dulu smp homesick tahap cipan bila gdoh ng kawan2.
ko tolong la sapot mmbe hg tuh eh.
hopefully she will be okk!
yang penting kena bersabar dan berfikiran waras...
harap dpt bersabar kn~
segala dugaan tuh msti ade hikmahnye..bkn ape, kita kena bljr bersyukur dan slalu think positif..=)
hurmm..
kiter pon pernah rase macam tu..
hope mmber yayunk dapat bersabar...
sebab Allah takkan bagi suatu ujian itu di luar kemampaun kiter... :)
bisalah manusia mmg x lepas dari dugaan ada dugaan la maknanya tuhan sygkah kita klu xde dugaan? tuhan x sayag... :)
lu ada bila kawan lu tgh kusut dan besedih..lu mmg kawan sejati!
ape pon dugaan n masalah..harap2 boleh sabar dan byk2 berdoa supaya dipermudahkan...
ish ish ish..kenapalah jadi gitu?
http://nomborsebelas.blogspot.com/
susah nak puaskan hati semua pihak...
www.bardboo.com
tp kenapa sampai nak mati plak? hmm...
Pd aku kwn ni mmg saat senang je dtg atau di saat dia nak mntk tolong baru dia terpekik terlolong mntk bantuan..
Saat dia gembira, xde nye nk cr kite..
Sbb tu aku time sng ke susah ke, buat bese2 je..
Haha..
Tp kalo dh x leh nak thn sorang, aku tulis dlm blog..
Tp bukan dlm bentuk penceritaan sbb aku agk kurang berjaya dlm ilmu cerita2 ni..
Hehe..
Ade kena mengena ke komen aku ni..
Ape2 pun cool dear..
Berat ni..minta nak mati..
banyakkan bersabar..
what goes around comes around... kan?
sabar kawan..sabar....
Marah betul, kah? Sabarlah. k :)
kawan xpuas hati carik saje kawan baru (selepas berusaha)
kawan ni ade mcm2.. lumrah idup juga tu kalau ade kawan yg begitu.. bnyk2 bsabar =)
tiap cubaan yg dberikn tu pasti de hkmahnye..DIA lagi Maha Mengetahui
Nana iidyLL ~
betul tu..thanks =)
Along Tapa~
uishh bahaya sagat2 org ni haishh
touya ~
tiba2 tgk ni macam ada talent jadik ustaz lak huk3
AISHA SAAD ~
itulah harapnya dia akan ok..tq
black_mel ~
betul tu sy setju ngee
Nabiel~
setuju ngan biel
Najwa cik Qaseh~
ika pun harap dia ok =)
NICK IRFAN ~
betul jugak tu
Linglung~
thanks linglung
zella y ~
mudah2an cmtula zella..thanks
sebelas~
ntahla..life is complicated right
sebelas~
ntahla..life is complicated right
bardboo ~
betul tu kak
NICK IRFAN~
ntahla ek tnya la dia
d_tieah ~
betul ckp kamu ada byk lg cara nak lepas kesedihan..
relevan~
itu sebab risau tu
c!k s!puT ~
setuju!
ciK LyndaWawa igUana ~
sabar3 =)
EpoL ღMadd ~
ye kot hoho
ARC™ ~
setuju huhu
Pinky Pixie ~
aah betul tu
CiK QiQi~
ya ika setuju dgn kamu =)
Post a Comment