Tabung Masa Depan

Thursday, December 1, 2011

Penangan 'Review' Filem Ombak Rindu, ramai yang menangis




Seperti yang semua tahu, 01 Disember 2011 merupakan tarikh yang dinanti-nantikan oleh penggemar novel Ombak Rindu karya Fauziah Ashari dimana Filem Ombak Rindu telah mula ditayangkan. Wahh, tengok trailer je dah mengancam, apatah lagi movie juga kan!




Filem yang menampilkan hero kacak kegilaan ramai Aaron Aziz (Hariz), dan dua aktres jelita Maya Karin (Izzah) dan Lisa Surihani (Mila), serta barisan pelakon yang tidak kurang hebatnya, pasti dapat menjayakan filem ini. Mesti MELETOP kan!


Teringat zaman Tingkatan 1 nak ambil pekse Darjah Enam Sekolah Agama dulu, esoknya nak exam malam itu boleh pula kakak senior(yang nak pekse Darjah Khas) dok jadi Penglipur Lara mengulang kaji wat 'study group' cerita Ombak Rindu. Masa itu aku muka suci lagi tak pandai baca novel, so bila dengar cerita dia yang berkobar-kobar bagai nak 'RAK', aku terus teruja nak baca novel jugak! Hahaha, punyalah orang gila novel, dari kulit depan novel sampai sinopsis belakang novel tu boleh dia cerita, betul-betul khatam tuh.. Dasyat...




Aku, menghitung hari bilalah masa free nak tengok wayang, nak kena turun Kluang dulu baru ada panggung wayang,. Tak pe tak pe, nasib ada keretapi bayar RM2 je kan huhu.. Weyh, semangat kot nak tengok. Kat  status FB aku tu, ramai betul letak status meleleh air mata lepas menonton movie ni. Rasanya  tak rugi tengok filem yang ada unsur dan jalan cerita macam ini berbanding filem merepek-merepek yang jalan cerita lebih kurang sama je kan.. huhu..



So, korang dah tengok tak???


( Korang ingat lagi tak novel pertama yang pernah korang baca? Aku dulu even semangat nak baca novel Ombak Rindu nih, tapi novel first aku aku baca ' Kau Yang Satu '. Bagi aku novel ini lagi BEST jugak kalo wat movie! huhu... )




" Rinduku umpama ombak yang tak terhenti , Kasihmu bagai pantai yang setia menanti... "



katakan like jika best ya!

6 comments:

Unknown said...

sedih...tp ade part senset...1 panggung gelak, mesti tgk !

gadishebat. said...

macam banyak gelak jugak sbnrnya,,here my review

http://roelabyrinth.blogspot.com/2011/12/review-ombak-rindu.html

:)

Ieqa Swetluv said...

gadiskaca~


aku tengah sabow nak tgk citer ni huhu

Ieqa Swetluv said...

gadis hebat~

yeker? makin semangat nak tengok hihi

zella y said...

salam ieka....
moga sihat2 hendaknya.... ;)

igt nak tgk jugak cite ni...
katanya best.....

Ieqa Swetluv said...

zella~

itulah... jom kita g tgk jom jom huhu