Tabung Masa Depan
Friday, December 2, 2011
Kisah Di Sebalik Blog : Setiap Entry adalah BERHARGA
Siapa sayang blog dia, sila angkat tangan \0/!!!
Rasanya semua blogger sayangkan blog dia. Tak tahulah ada yang tak sayang pulak kan.. Mana tak nya, nak membikin blog, bukannya mudah. Perlukan komitmen. Tak kisahlah sama ada blog it blog personal, blog bisnes, blog glamor, blog gosip atau sebagainya, pemilik blog pasti berpuas hati gila-gila bila dapat mencipta blog yang diinginkannya.
Sebab tu lah, bila dapat buat blog, dah cukup puas hati dah. Bertambah puas hati bila ada idea melambak-lambak nak menulis. Nak tulis entry ni pun, perlukan tenaga, masa, semangat bagai. Biarpun tulis bodoh je, letak satu perkataan mahupun sekeping gambar sekalipun, pasti ada isi yang tersirat. Tak kisahlah kalau orang tu kata " aku ni menulis tak ada tujuan pun" , janji hati puas.
Bila menulis entry, selalunya penulis yang menulis dengan tulang empat kerat, korek-korek idea dalam kepala otak tu, lebih menghargai apa yang ditulis, berbanding dengan sesetengah yang tahu ambil, copy dan paste. Serius kalaulah Malaysia ini mengamalkan undang-undang plagiat yang ketat sepertimana negara-negara luar jalankan, tak tenanglah hidup kau dibuatnya!
Setiap entry yang dihasilkan adalah seni kreatif blogger itu sendiri. Sumber idea, pengalaman, pembacaan, perkongsian, media massa, semua ini membantu penulis mencari jalan apa yang nak ditulis dan bagaimana nak menulis. Jadi, jelaslah kat sini bahawa SETIAP ENTRY YANG DIHASILKAN ADALAH SANGAT BERHARGA terutama bagi diri si PENULIS.
Kesimpulannya, janganlah jadi macam sesetengah manusia yang sesuka hati nak condemn orang, mencaci cerca penulisan entry orang lain. Tak baikk!!Entry yang baik, bagilah sokongan. Kalau tak bersetuju dengan apa yang ditulis, bagilah komen, pendapat dan teguran dengan cara berhikmah. Manusia ini memanglah pantang ditegur, tapi kalu kena caranya, diorang boleh berfikir mana yang baik dan mana yang buruk. Terpulang pada si penulis untuk berfikir balik apa yang dibuat.
Apa yang penting, sebagai penulis blogger itu sendiri, hargailah hasil penulisan korang. Sebab nak hasilkannya bukan mudah. Macam mana nak buat? Salah satu cara, bila free-free baca balik apa yang korang da tulis dulu-dulu. Kelakar bila tengok cara menulis korang zaman purbakala dulu dengan sekarang ni. Then, bila menulis tu, janganlah sampai entry korang tu memusnahkan hidup korang sendiri. Memang betul kalo ada yang kata " blog aku, aku punya sukalah nak tulis apa!" TAPI.. tak semua cerita boleh diceritakan. Lainlah kalo ko tu gune private identity, so tulislah apapun orang takkan kenal ko siapa, dan semua tu takkan ganggu life sebenar ko kat luar tu.
Bebel ada makna:
Baru sehari blog terkena MALWARE hari tu, tak leyh nak bukak pun aku da resah gelisah, sedih sangat sangat, apetah lagi kalau berhari-hari tak boleh bukak kan.. Kalaulah blog ini tak ada, meranalah jiwa ini huk huk huk..
katakan like jika best ya!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
8 comments:
saya sayang blog saya.. ^^
*tetiba je... hehe
Tulis panjang atau pendek, yang penting orang faham apa yang disampaikan.
Pun dah cukup baik. Kan Cikgu Ieqa? :)
tulis bila rasa nak menulis, kadang-kadang main tulis saja... faham atau tak memang tak pastilah.
betul tu.. ('',) era setuju..
# nak cari idea bukan senang ... ^^
MALWARE untuk blog tu apalah ceritanya?
tak boleh bukak langsung ke apa?
saye syg blog saye sgt2!
itu tndanya ika terlalu sygkan blog nie yea~hehehe..
mmg syg sgt ngan blog!=)
Dear!
Lamanya tak jenguk siniiiiiiiii >_<
Betul, setiap yang kita tulis, ada
nilai yang tersendiri even orang
cakap macam entah pape, huhu~
Post a Comment