Tabung Masa Depan

Saturday, December 3, 2011

TIPS UNTUK LEPASAN SPM: Apa plan anda sepanjang menunggu cuti panjang ni?



Bila habis je paper last SPM tu.. keluar dari dewan, YEAY MERDEKA MERDEKA MERDEKA!!! terasa lega, lepas segala beban yang ditanggung sepanjang proses belajar 6 tahun sekolah rendah + 5 tahun sekolah menengah... Hehe, aku?? semua tu dah berlalu 5 tahun lepas. Kalau diberi peluang untuk aku amik paper SPM balik, serius aku tolak mentah-mentah, tak larat dah nak mengadap 14 subjek punya buku.. Grrr..


So, sebagai orang yang dah macam banyak pengalaman ni (cewahh!!), nak berkongsila kat adik-adik yang baru lepas SPM, apa yang korang boleh buat sepanjang cuti panjang ni. Kalau tak ada plan, korang boleh 'terhidrat' kebosanan tau duduk rumah lama-lama(sila percaya, sumber dari pengalaman sendiri ni tau!!)



1) Plan Amik Lesen Kereta+Motor


Sementara banyak masa ni la, ada duit, ambiklah lesen. Jangan tangguh-tangguh. Kalau nak tunggu coming soon, jawabnya memang tak ada masa. Mana tak nya, lepas ni bila da sambung belajar, memang masa dah full, nak ambil lesen kereta pun tak boleh fokus, sebab dalam kepala dah macam-macam beban, beban assignment,  kerja projek, study group, paling sakit tengah sengkek sebab duit banyak habis untuk study. So. ada duit, dapat sokongan mak ayah, ambillah lesen dulu ye!


2) Survey peluang study+biasiswa


Waktu ini, dah kena matangkan fikiran, kena jadi dewasa sikit. Sebab kalau salah plan hidup, boleh menyesal kemudian hari. Ramai kawan-kawan yang tersalah plan ambil course masa belajar, then kena tukar dan mula semula. Bila dah jadi macam itu, rugi masa, rugi duit, rugi tenaga. Jadi, kena plan apa yang nak difokus, minat, peluang kerjaya, semua perkara tu penting untuk masa depan.  Bukalah cik google, surat khabar atau majalah-majalah yang menawarkan peluang biasiswa, apply! Tanya pada kaunselor atau kakak abang yang berpengalaman nih, macam mana diorang plan life. Mana tau, ada rezeki dapat, alhamdulillah. Sebaik-baiknya peringkat awal study, cuba elakkanlah belajar yang menyebabkan korang menanggung hutang PTPTN yang melambak tu. Ambillah masa ini untuk atur dan buat keputusan life korang ya.


3) Kerja Cari 'poket money'


Bagi yang tak dapat panggilan PLKN, jadi masa cuti memang tak ada benda nak dibuat. Kebanyakkannya budak yang baru lepas SPM ni memang semangat nak kerja, maklumlah nak merasa 'pocket money' lebih sikit. Baguslah macam itu, asalkan kerja yang dibuat tu tak salah dan sumbernya pun halal, dapat keizinan dari ibu bapa, tak jadi masalah. Lagipun, waktu macam inilah korang boleh tambahkan pengalaman hidup, belajar erti susah payah mencari duit, penat lelah bekerja, barulah dapat belajar menghargai hasil titik peluh sendiri. TAPI!!!! jangan pulak dah dapat gaji, boros tak tentu hala. MENYIMPAN itu penting, apatah lagi untuk kegunaan nak sambung study nanti.


4) Upgrade kemahiran 'Rumah tangga'


Haa... yang ini selalu adik-adik perempuan yang selalu kena buat. Yela, nak kerja, mak ayah berat hati nak kasi(macam mak ayah aku dulu). Diorang cakap, " Along tak yahlah kerja, kerja tolong mak kemas rumah, jaga adik-adik ni pun dah bagus dah". Memang bosan tapi apa boleh buat, TAK BAIK TAU MELAWAN CAKAP MAK AYAH DOSA TAK MASUK SYURGA!. Ambil je advantage, dari situ, belajarlah memasak, berjinak-jinaklah dengan menjahit ke, buat kek ke, apa-apa skills kewanitaan ni. Orang perempuan, belajarlah setinggi mana pun, ke dapur juga akhirnya. Anggap je sebagai bekalan sebelum nak kahwin nanti, tak delah kelam kabut nak belajar, kan!




Inilah serba sedikit perkongsian yang kak ika korang boleh suggestkan.. Yang lain-lain, terpulanglah pada korang nak buat, asal tak menyusahkan mak ayah dan memberi kebaikan untuk korang sebelum sambung study ye, dah cukup bagus lah tu. ADios~~




" Secawan manisan cinta buat pemilik senyuman pembacaku yang setia..  "




katakan like jika best ya!

6 comments:

A Fans of Lee Family said...

heee...bab lesen tu mmg x lepas pon lg..T_T umur dah bape dh..lesen xamik2..lame2 lgi penakut..haha
n bab y last tu I like..sbb saya bangga sbb saya boleh memasak.tp bab baking fail!..haha :P

NZ said...

dulu lepas SPM amik lesen kete..haha..ngeri betul pengalaman amik lesen kete dulu

zella y said...

dulu time cuti lepas spm mmg xbuat ape2...duduk je melepak kat umah...rugi rs nya....

E'in said...

no 1 2 and 3 tu dulu e'in wat.. no 4 lak xwat.. hehehe,,

misyamissyou said...

ehee terbaik la..part upgrade kemahiran rumah tangga tu hehee

faiz said...

nice blog!, follow blog saya ni pulak jomwayangku.blogspot.com