Tabung Masa Depan

Wednesday, January 25, 2012

Perubahan Untuk Aku, dan Impian



Assalamualaikum..


Jika dihitung, sekian lama aku meninggalkan dunia blog ini. Bukan kerana sibuk, tetapi kadang-kadang aku perlu masa untuk menikmati hidup realiti. Jika sebelum ini aku begitu teruja menikmati dunia maya, sehingga aku sendiri tidak menyedari.


Dahulu, setiap hari mesti teruja nak online. Jika sehari tak menatap 'facebook', tak menulis di 'blog', tak begurau senda dengan teman-teman di ym atau chat.. Rasanya serba tak mencukupi. Tapi sekarang ini bila aku online semua tu, macam tak ada apa. Bosan.. Ada seribu lebih kawan di facebook, tapi tak tahu nak borak apa dah. Nak letak status, tak tau nak taip apa. Blog, terbiar je, macam dah hilang idea. YM lak, dah lama tak on, malas..




Rasanya ramai rakan aku yang akan kehilangan punca wujudnya blog aku ni. Mana taknya, url blog aku dah ubah, daripada http://chentamaneesku.blogspot.com, kini dah jadi http://atiqahaiza.blogspot.com. Nama blog pun daripada Dunia Ieqa Swetluv, aku lagi senang memilih nama Atiqah Aiza, gabungan nama aku, Atiqah, dan kedua ibu bapaku, Aiza (Azahari dan Hazizah).


Atas alasan apa aku menukar serba serbi? Saja je.. hehe.. Rasanya sebagai seorang guru bahasa, kalau bukan aku yang perlu memartabatkan bahasa, siapa lagi, kan! Ejaan 'chentamaneesku', zaman kanak-kanak yang masih belum matang berfikir, sesuai dengan penulisanku dulu. Tapi kini, aku perlu menjadi dewasa. Umur pun dah mencecah 23. Apatah lagi 2 tahun, insyaAllah aku akan bergelar seorang guru.


InsyaAllah, aku nak cuba menulis secara matang. Kali ini, aku berazam nak mencari sesuatu yang realiti, dan mengkajinya sehingga ke akar umbi, untuk dikongsikan dalam penulisan blog ini. Mudah-mudahan impian aku tercapai, Aminn..


Perkembangan aku kini, semester ini aku akan bermula praktikum bula tiga nanti. Nak bercerita panjang, tunggulah nanti. InsyaAllah banyak yang ingin aku kongsikan di sini..


" Ketawa tidak semestinya gembira. Menangis tidak semestinya juga bersedih. Emosi memang sangat sukar didefinisi. Kerana banyak perkara yang sukar untuk difahami, apatah lagi daripada manusia "




katakan like jika best ya!

2 comments:

Unknown said...

semoga cita-cita anda akan tercapai ye...(skema takk..heee..)

Ieqa Swetluv said...

haha..laju je ko ek.. aiya~~