Tabung Masa Depan

Thursday, January 26, 2012

Fadhilat Membaca al-Mathurat, menjadi penerang hati


Bismillahirrahmanirrahim..


Pernahkah kita merasakan seumpama ada kekosongan yang terselit dalam jiwa, biarpun seisi keluarga di sisi, ramai rakan-rakan menemani mahupun sibuk di sana sini? Aku juga tidak menafikan perasaan ini, kadang-kadang jiwa terasa kosong.


Jadi, ieqa nak berkongsi dengan rakan-rakan satu petua, yang dapat membantu jiwa daripada berasa kekosongan, iaitu dengan amalan membaca al-Mathurat. Al-Mathurat merupakan himpunan wirid dan doa yang diamalkan oleh Rasulullah. Dengan mengamalkan membaca al-Mathurat setiap pagi dan petang, insyaAllah, dengan rahmat dan kasih-sayangNya, Allah akan memelihara hati dan jiwa pembacanya sepanjang hari.





Daripada sedikit rujukan yang ieqa peroleh, terdapat banyak fadhilat dan kelebihan jika kita mengamalkan  al-Mathurat. Antaranya adalah jiwa terselamat daripada gangguan, hati menjadi lebih tenang, diri terpelihara siang dan malam, dimudahkan segala urusan hidup dan sebagainya. Selain itu, akan terpelihara kesihatan diri juga mengukuhkan lagi hubungan kita dengan Allah Taala.


Bagi ieqa, selepas mengamalkannya, ieqa mudah nak buat kerja, baik dalam menuntut ilmu mahupun memelihara jasmani dan rohani. Ieqa lebih mudah menerima ilmu dan mengingati apa yang telah dipelajari. Tambahan pula, kandungan doa dan wirid al-Mathurat lebih ringkas, kiranya sesibuk mana sekalipun, ieqa masih ada masa untuk membacanya selepas Subuh dan Asar. Ieqa sekarang ini cuba nak mengingati dan menghafal beberapa doa yang boleh dijadikan sebagai doa selepas solat Fardhu dan solat Sunat.


Jadi, cubalah kita sama-sama amalkan membaca al-Mathurat ini. InsyaAllah dapat mendekatkan diri kepada Illahi, menambahkan rasa cinta kita kepada Rasulullah, serta menjadi panduan hati dan memelihara jiwa.




" Kita tidak pernah memiliki apa jua yang ada di dunia ini. Waima keluarga, harta, jasad mahupun nyawa, semuanya adalah harta yang dipinjamkan oleh Illahi untuk setiap manusia yang hidup di muka bumi. Cuma yang kita miliki ada pilihan, sama ada untuk jadi yang lebih baik atau sebaiknya. Maka buatlah pilihan dengan sebaik-baiknya."





katakan like jika best ya!

No comments: