Tabung Masa Depan

Saturday, January 28, 2012

Penentu Jodoh



JODOH. Satu isu besar yang mesti hadir dalam setiap diri manusia yang hidup kat muka bumi ni.


Lepas makan malam dengan family, macam biasa, bual-bual, gurau-gurau sama-sama. Tiba-tiba aku meluahkan isi hati aku pada emak dan ayah.


" Mak, Ayah, kalau satu hari nanti ada orang minta along, dan mak ngan ayah pun berkenan, Along terima je. Sebab along yakin, baik untuk mak ngan ayah, baik jugak untuk along. "


Ikutkan emak dengan ayah aku, memang diorang takkan kongkong apatah lagi nak menentukan jodoh dan kebahagiaan hidup aku. Tapi aku, aku takut kalau tersilap langkah, tersalah cara dalam bermain dengan soal hati. Apatah lagi dengan terlalu banyak cabarannya hari ini.


Rasanya, aku tak ada masa nak mencipta hubungan dengan seorang lelaki lebih daripada sebagai kawan biasa. Apatah lagi teman tapi mesra, mahupun couple selain cinta selepas kahwin. Sebab aku tahu semua perkara itu hanya sia-sia, menjerumuskan hati aku kepada masalah emosi, khayalan cinta apatah lagi terdedah dengan dugaan syaitan. Dan aku tak pasti aku mampu nak pelihara diri aku dari semua perkara itu.




Jadi, aku tekad lebih baik aku macam ini daripada bermain dengan perasaan sendiri tentang sesuatu yang tak pasti. Lagipun aku percaya pada jodoh yang ditentukan Allah. Memang benar manusia perlu berikhtiar ke arah mencapai hasrat hatinya, tapi matlamat kan tak menghalalkan cara. Jika matlamat yang dirancang itu suci, maka caranya juga perlulah dilaksanakan dengan sebaiknya, sesuci hubungan yang hendak dibina.


Teringat lagi aku kisah cinta ustazahku sewaktu aku di SMAKJ dulu. Biarpun satu tempat belajar di Mesir, tetapi mereka tak pernah mengenali, apatah lagi berkomunikasi pada perkara macam ini. Sampai satu masa, ketika tahun akhir di universiti, lelaki itu berjumpa dengan ustazahku dan menyampaikan hasratnya untuk mengenali diri ustazah. Jawab ustazah, kalau awak nak kenal saya, jumpalah dengan kedua ibu bapa saya. Alhamdulillah,  jodoh mereka kekal bahagia sehingga hari ini.


Begitu juga nukilan penulis novelis Islamik, Ustazah Fatimah Syarha, yang menulis sebuah buku bertajuk Cintaku selepas Allah dan Rasul. Kisah di dalamnya juga menyentuh hati aku, untuk menikmati kemanisan cinta selepas perkahwinan. Bagaimana di saat dua insan sebelum disatukan, memelihara hubungan sebaiknya, berhubung perkara-perkara penting hanya melalui orang perantara juga email. Dan akhirnya, kesucian hubungan mereka melahirkan detik-detik indah bercinta selepas diijabkabulkan.




Wahh, indahnya cinta sebegini, cinta suci, cinta yang terpelihara. Terpelihara kerana ikhlasnya rasa cinta antara dua insan dan meletakkan cinta Illahi melebihi segalanya. Ya Allah, semoga hati aku juga terpelihara dengan redha dan kasih sayang-Mu, seumpama kisah-kisah cinta yang pernah kubaca. Seumpaman kisah cinta Saidina Ali dan Siti Fatimah. Semoga jodohku juga merasai dan mengimpikan sepertimana yang kuimpikan juga. Aminn..






katakan like jika best ya!

No comments: