Tabung Masa Depan
Saturday, January 28, 2012
Perjuangan yang perlu diteruskan
Seperti biasa, setiap kali tiba hari terakhir cuti, secara automatiknya biologikal tubuh aku mula tak menentu. Rasa tak sihat, pening, sakit perut, tak selera dan macam-macam dugaan lagi. Betapa dasyatnya respon tubuh ini menunjukkan tanda protes tidak mahu pulang ke Terengganu lagi.
Tapi apakan daya, menuntut ilmu itu satu perjuangan seorang musafir yang mengimpikan kejayaan. Hendak atau tidak, terpaksa juga aku redha dan sedar sesungguhnya ada perkara yang perlu aku selesaikan. Merantau ke negeri orang untuk menuntut ilmu juga dipanggil satu perjuang, satu jihad. Sepertimana sabda Rasulullah yang bermaksud, " Siapa yang keluar untuk menuntut ilmu maka ia berjuang fisabilillah sehingga ia kembali " (Riwayat At-Tarmizi dan Ad-Darimi)
Alhamdulillah, semua barang keperluan telah dikemas. Selepas Maghrib, ayah dan emak akan bertolak awal ke Segamat untuk menghantar aku menaiki bas SP Bumi. Lebih baik sampai awal di sana, tidak adalah nanti ayahku terkocoh-kocoh memandu kereta untuk sampai ke terminal. Sambil menunggu bolehla round-round KipMart Segamat sekali..hihi
Teringat lagi ketika aku menaiki bas dulu, penumpang yang duduk di sebelah aku tak senang duduk, dan bertanya waktu aku menaiki bas. Bas yang aku naik selalunya dari Melaka terus ke Kuala Terengganu, jadi di setiap perhentian pasti ada penumpang yang naik. Kasihan rakannya yang sepatutnya naik di terminal yang sama seperti aku ketinggalan bas akibat lewat sampai sebelum bas tiba. Bukan salah dia, tiket bas menunjukkan jam 11.30 malam sedangkan bas pula tiba 30 minit awal. Jadi bila macam ini, nak salahkan siapa? Jadi sebagai langkah berjaga-jaga, lebih baik tiba awal di terminal daripada ditinggalkan bas.
Mudah-mudahan perjalanan aku dari Segamat ke Kuala Terengganu selamatlah hendaknya, tak ada apa-apa masalah. Dahla esok pagi kelas dah bermula. Sabarlah hati, lagi setahun lebih je kena berulang-alik ke Terengganu Selepas itu, entah ke mana pulaklah ya... Terengganu i'll coming!!
katakan like jika best ya!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
sampai kt tganu nti belikan sata~hehehe..dah lame rsenye tak naek bas ekpress..weeee=)
Nabiel~
haha kalo belikan pun x sempat nak bagi kat biel ika dah telan sorang dah hehe.. dah lame x nek bas ekspres ke? meh gi ganu meh hee~
Post a Comment