Tabung Masa Depan

Monday, January 30, 2012

Terluka hati kerana sikap sahabat



Sekadar coretan ringkas..


Sedih. Apabila kita mengharapkan satu pertolongan daripada seorang rakan, dia tidak tulus menghulur tangan untuk membantu.


Tak kisahlah jikalau dia tak dapat membantu seperti yang diperlukan, mungkin terikat dengan tanggungjawab mahupun peraturan, sekurang-kurangnya janganlah membisu dan buat-buat tak tahu, alasannya, taat kepada peraturan. Sedangkan dulu kata nak membantu, tapi sekarang seolah-olah mahu beban tertimpa di bahu.


Apa yang paling mengecewakan, bila dia senyap je. Nasib baik ada seorang rakanku sangsi dengan tindakannya. Selidik punya selidik, apa yang berlaku tak seperti yang diharapkan. Kelam kabut aku dan dia berikhtiar supaya tiada masalah yang lebih besar berlaku disebabkan kesalahan yang telah dilakukan.





Sebenarnya, tak susah kalau kita nak memudahkan rakan di sekeliling kita. Ingat, kadang-kadang kita di atas, dan kadang-kadang di bawah. Kadang-kadang senang, kadang-kadang susah. Dan paling penting, semua orang pernah buat kesilapan, sama ada sengaja atau sebaliknya. Ada kesilapan yang dibuat sebenarnya punya alasan tersendiri yang tak perlu dibuka pada semua.


Jadi, apa gunanya BUDI BICARA? Kalau dalam mahkamah pun boleh meringankan hukuman si pesalah, bos boleh memberi cuti pelepasan kepada pekerja, guru memberi peluang kepada muridnya, apatah lagi sebagai seorang ketua!


Sepatutnya, sebagai manusia, sebagai seorang yang diberi tanggungjawab, sebagai ketua, semua perkara perlu diambil kira. Jangan terlalu terikat dengan prosedur, kerana semua itu adalah peraturan manusia yang fleksibel yang boleh diubah mengikut kesesuaiannya.




Aku mencoretkan rasa ini bukan apa, terlalu rasa terluka kepada seorang yang kukenali sebagai sahabat. Tak apalah jika tak dapat membantu, tapi tak salah jika bantu dengan memberi peringatan, cadangan ataupun nasihat, menyatakan cara yang dapat dilakukan untuk selesaikan masalah, dan peringatkan aku agar jangan mengulangi kesilapan yang sama dan mengambil perkara ini sebagai satu pengajaran. Bukan hanya mendiam diri duduk membisu membiarkan aku terkotang-kanting sebegini rupa dengan alasan untuk menghukum aku seberat-beratnya.


Bayangkan kalau disebabkan 13 jam kredit aku ditanda kosong, dan jika kesannya aku tak layak masuk peperiksaan, adakah kau berbangga disebabkan ketegasan kau pada peraturan, kawan kau ni terpaksa mengulang mahupun tak layak berada di dewan peperiksaan? Mana pergi perasaan bersalah kau sebagai seorang kawan dan ketua?? Adakah itu namanya satu kepuasan??


Entahlah, aku tak faham. Kenapalah ada sesetengah manusia begitu keras hati dalam perkara-perkara sebegini. Semoga hati aku lebih tabah hadapi dugaan sebegini, semoga tiada sekelumit rasa benci dalam diri ini. Na'uzubilah, Astaghfirullah..





" Dengan memudahkan hati memaafkan orang lain, mengikhlaskan diri membantu orang yang kesusahan, meredhakan segala ujian dan dugaan yang ditempuhi, mensyukuri dan menghargai segala nikmat yang diberi, serta memudahkan keinginan insan yang berada di sisi, insyaAllah hati akan lebih tenang, dipermudahkan rezeki, segala yang sukar menjadi lebih senang, segala yang diimpikan semakin mudah dicapai.. "






katakan like jika best ya!

No comments: